Tazkirah Jumaat: Derhaka…Adakah Hanya Anak Kepada Ibubapa?


Majalah Solusi edisi Februari 2010 menampilkan artikel Ibu Bapa Derhaka? yang menyentuh tentang hubungan ibu bapa dan anak-anak.

Tazkirah Jumaat kali ini ingin juga berkongsi apa yang ternukil di laman ini:

Seringkali kita mendengar yang zaman sekarang anak-anak makin ramai yang derhaka kepada ibubapa. Disebalik fenomena yang berlaku ini adakah kita (Ibubapa) mengkaji dan merenung sejenak kenapa anak-anak pada hari ini semakin nakal,jahat dan menderhakai kepada ibubapa mereka? Jika ibubapa mendidik anak-anak dengan betul mengikut gaya hidup islam perkara sebegini dapat dikurangkan. Apabila anak derhaka kepada ibubapa kita bising tetapi adakah kita telah mendidik anak-anak kita dengan betul? Didikan agama yang cukup? Apa kata kita lihat dahulu kisah di bawah :

Seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a. mengadukan hal kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya.  Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).” Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran.  Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruj dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.”  Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri. 

Benarlah kata-kata Pensyarah subjek Institusi Islamku mengatakan kajian dibuat sebenarnya pada zaman sekarang lebih ramai ibubapa yang menderhaka kepada anak-anak kerana didikan agama tidak diberi secukupnya kepada anak-anak dan lahirnya genarasi tidak bertamadun zaman moden yang ada pada hari ini. Jadi, didiklah anak-anak sejak dari dalam kandungan lagi. Semoga generasi pewaris kita hidup dalam jalan yang diredhai oleh yang Maha Esa.

Nukilan OnDaStreet: Kerapkali “derhaka” dikaitkan antara hubungan anak dengan ibubapa (selain daripada konteks politik.. asyik-asyik politik, keluarga sendiri pun tidak dibetulkan, tiada gunanya juga).

Namun, tanpa kita sedari, ada antara kita yang bergelar sebagai ibubapa juga penyumbang permasalahan remaja hari ini kerana kita yang “derhaka” terdahap mereka. Mungkin, kita seharusnya cuba memperbetulkan apa yang terjadi pada hari ini dengan memperbetulkan diri dan keluarga kita sendiri.

Ini juga bermakna disini, jika pemimpin hari ini risaukan generasi muda mudi hari ini yang sudah tidak beradab, betulkanlah peribadimu dahulu untuk menjadi contoh yang baik. Jika carutan kebiasaanmu, ubahlah kepada ucapan/zikir sebagai amalanmu untuk diucapkan kepada umum.

Adalah diharapkan, kita dapat renung kembali dan memperbaiki diri kita.

Kepada yang bergelar anak-anak, janganlah pula menuding semata-mata pada ibu bapa atau orang lain. Dirimu sudah punyai akal dan dipercayai telah diajar ilmu-ilmu asas (melainkan selalu tak masuk kelas atau tidur dalam kelas). Gunakanlah kurniaan itu sebaiknya.

Wallahualam…

 

About these ads

231 responses to “Tazkirah Jumaat: Derhaka…Adakah Hanya Anak Kepada Ibubapa?

  1. Salam,

    Dalam hal ‘derhaka’ ini, sy mengatakan kita sepatutnya re-define maksud derhaka itu.

    Adakah dikatakan derhaka anak yg jarang pulang kekampung, walhal ibubapa pun dulunya jarang-jarang pulang kekampung ?

    Adakah dikatakan derhaka anak yg tidak menjaga ibubapa yg sudah tua, walhal ibubapa dulu pun hanya menjenguk nenek bila dah sakit ?

    Adakah dikatakan derhaka anak (kita namakan si-A) yg tak pulang kekampung bila ibubapa pernah kata ‘Aku tak kan izinkan si-A tu jejak rumah ini semula’ kepada anak lain (kita namakan si-B). si-B pula memberitahu si-A kisah itu. Anak-anak lain ibubapa ini tidak tahu ucapan yg pernah terkeluar dari mulut ibubapa tadi ?

    Entah ape nak kata.

    ODS: Itulah persoalannya kini. Kebanyakan apabila diperbincangkan, orang yang lebih muda pangkatnya sahaja yang dilihat salah..

    Adalah diharapkan kisah yang dipaparkan ini menjadi teladan..

    Terima kasih Nani. :)

    • Keadaan cik masih ok lg drpd saya yg mempunyai mak yg hipokrit,penipu,mulut lebar,pilih kasih,batu api.ini kenyataan stelah saya sndiri dgr&lihat.dahlah bpk saya cm tu,lg nk buat saya meletup,penah saya tanya dia mak benci adik ke byk kali dia nafikn,sudah ternyaa buktinya.Setiap lps saya solat,saya akn mengadu nasib pd Allah.Keluarga saya langsung xleh dipercayai&apabila saya bersuara xpuas hati,mereka kata saya b’drama,special,berlagak,gila,penuduh,makhluk suci,derhaka&kuang ajar.ini smangnya xadil

      • nasib saya pun lebih kurang sama…. Umpama kita bagi madu, orang baling najis pula pada kita… Hati selalu berkata-kata dan mulut juga kadag-kala menyuara…Tapi teringat kisah nabi, kejahatn dibalas kebaikan… Kita HANYA boleh memohon daripada ALLAH agar KEADILAN menjadi milik kita juga kerana apa yang kita lakukan kerana ALLAH! Cuma bukan senang kita nak ikut contoh baik Rasulullah… Iman dulu yang kena kuat…

        • Nasib sy pula sy sering dituduh kurang ajar oleh mak apabila sy cuba memarahi adk sy kerana melakukan sesuatu yang salah… tetapi telah disalah tafsirkan oleh mak dan adik2 saya.. sehingga sering dituduh kurang ajar dan jahat… walau pun tidak terlintas pun hendak menyakiti mereka kerana niat sy ikhlas mahu sesuatu yang baik kepada adk sy.. tetapi mak saya pula terasa lebih2 seperti saya pula memarahinya… apakan daya… hanya mampu berserah kepada Allah~ semoga di-kau sentiasaa merahmati ku Ya Allah.. :’)

  2. CONTOH:Seperti kakak saya yg krg ajar kpd ibunya sendiri.dan adik yg berlagak pandai dan tak pandai berterima kasih kpd.

    ODS: ???

  3. saya pula mcmmana.. saya mahu menghantar anak2 ke nursery..tp tidak dibenarkan ibu.. tp bila tidak larat dia ckp mcm2 kata saya buat dia jadi hamba abdi.. sedangkan da puas saya pujuk dia utk hantar cucunye ke nursery memandangkan kerja saya tidak menentu perlu balik malam.. pernah suami mengambil bibik utk menolong dia menjaga cucu sbb takut keletihan.tp hanya seminggu sbb katanye dia hilang privacy.. (jadi burn aje duit yg da dibayar ke agent)
    tetapi baru2 ini bila kami mengambil anak2 agak lewat sikit..sekitar pukul 8 mlm..(tak la lewat mana) tp dihentam dgn kata2 nista.. mcmmana tu? adakah saya dikategorikan anak derhaka-jikalau anak-anak saya nak hantar ke nursery tp ditegah oleh ibu..sehingga merajuk..
    tp derhaka kah lagi:bila dia penat dia kata saya dan suami layan dia mcm hamba abdi..kata2 nye menyebabkan suami sungguh terasa..sedangkan upah yg saya beri pada ibu mengalahkan nursery.. dan mcm2 cara saya dan suami cuba buat utk meringankan beban nye.. saya tak pernah suruh dia jaga cucu pun.. tp saya rasa sgt sedih diperlakukan ibubapa saya mcm ini..

    ODS: Saya tumpang simpati dengan rina. Untuk mengatakan rina derhaka, adalah tidak adil kerana rina cuba menuruti kehendak ibu rina sendiri.

    Beginilah, pada saya, rina telah cuba menuruti kata-kata ibu rina. Bermacam cara sudahpun dilakukan, bagi dia jaga pun sudah, berikan bibik pun sudah. Apa yang saya boleh cadangkan ialah, rina berbincanglah dengan suami rina mana yang elok. Setelah capai keputusan bersama, sampaikanlah secara elok kepada pihak yang berkaitan.

    Jika rina dan suami berkeputusan untuk tidak menghantar kepada ibu rina untuk menjaganya, jangan diputuskan hubungan anak rina dengan tuk nenek nya. Bawalah sekali sekala berkunjung.

    Semoga rina dan suami dapat mengambil keputusan yang terbaik demi anak itu tanpa benar-benar derhaka kepada ibubapa.

    Teguhkan pendirian bersama demi membina keluarga rina dan suami sendiri dan harapnya, apabila kita pula mencapai tahap umur tersebut, kita pula tidak bersikap begitu.

    • saya rasa….

      biar suami yang wat keputusan….syurga dah dibawah tapak kaki suami..so suami kena tegas…zaman sekarang dah x da kisah maling kundang or si tanggang….wat solat istiqarah….ckp je kat mak…suami arahkan anak dihantar ke nursery…saya kena patuh arahan suami…

    • salam puan rina..sy tertarik kpd tulisan puan..sy jg ingin berkongsi sesuatu..sbgai ank kita haruslah sentiasa mentaati ibu bapa..setelah berkahwin taat pula pd suami..betul kan…sy ingin menyeru puan agar sentiasa berfikiran positif..sudah banyak yang puan usaha untuk memenangi hati ibu..sy respect pd tindakan puan,tahniah…sy percaya apa yg puan lalui adalah sbg salah satu ujian ALLAH dalam hidup puan..ingatlah, ALLAH tidak akan menguji hambanya sekiranya hambanya tidak mampu untuk memikulnya,sy percaya puan seorg yg tabah,disini sy ingin mengajak puan agar senantiasa berfikir positif..tenangkan fikiran puan dengan banyak berzikir dan mengingati ALLAH..nescaya jiwa puan akan lebih tenang,amalkanlah zikir ma’thurat dan solat tahajjud serta solat sunat taubat,byakkn berdoa,mudah-mudahan hati ibu puan akan lebih terbuka untuk menerima kebaikan..percayalah,setiap masalah datangnya daripada ALLAH sama ada untuk menguji keimanan atau untuk menghapus dosa…jadi,penawar kepada masalah juga akan datang daripada ALLAH..maka,penyelesaian terbaik adalah dengan memohon bersungguh-sungguh kepada ALLAH..ALLAH ada jawapannya..jgn berputus asa berdoa ye puan..banyakkan pelajari ilmu agama dengan alim ulama’…lebih mudah zaman sekarang puan boleh belajar banyak ilmu agama dalam radio mcm radio ikim.fm…semoga hati puan akan lebih tenang lg selepas ini..wassalam.~ctacia91usim~

    • haa..derhaka..derhaka..selagi dunia ni ade..anak x boleh melawan parent walaupon anak tu benar..fikir fikirkan lah

      • wahai sahabat,
        Pertama, ‘indah’ sungguh bahasamu…
        Kedua, apakah tujuan sahabat gunakan nama ‘pakjib’, padahal nama email tiada kaitan dengan nama yang ada’jib’ dimana-mana bahagian nama?
        :)

  4. Puan Rina adalah isteri seseorang. Ketaatan yangmana dulunya tertumpah kepada kedua ibubapa kini telah bertukar kepada suami tercinta.

    Dalam hal ini ada baiknya Puan Rina boleh ambil keputusan sendiri setelah mendapat keizinan suami bukan lagi menghantar anak kerumah ibubapa setiap hari. Sejarah pernah mencatat cerita pada zaman Rasulullah saw.

    Ada seorang pemuda yang merantau mencari rezeki dan meninggalkan isteri dirumah selama beberapa hari. Suaminya berpesan kepada isteri supaya jangan lagi keluar rumah sehingga beliau balik.

    Rumahnya 2 tingkat. Tingkat atas adalah kediamannya, manakala tingkat bawa tinggal seorang ayah yang sudah tua. Keesokkan harinya ayah jatuh sakit. Naik saudara datang memberitahu perihal ayah yang sedang sakit. Namun diberitahu bahawa suaminya melarang keluar dari rumah. Oleh hal keadaan ayah semakin uzur lalu ada dikalangan ahli keluarganya datang bertemu Nabi saw memberitahu perkara yang terjadi. Lalu Rasulullah saw. menyatakan ketaatan kepada suaminya lebih utama.

    Selang beberapa hari kemudian ayah yang tua lagi uzur telah meninggal dunia tanpa anak kesayangan disisi. Begitu juga dijawab bila diberitahu pemergian ayahnya buat selama-lama. Anaknya masih disitu meskipun diberitahu ayah sudah tiada, masih lagi taat akan pesanan suami tercinta. Tidak diziarahi apatah lagi untuk melihat mayatnya buat kali terakhir. Setelah selesai urusan jenazah lalu persoalan ini dikemukakan sekali lagi kepada Rasulullah saw.

    Lalu Rasulullah menyatakan bahawa ayahnya telah mendapat ganjaran yang besar diatas kesempurnaan mendidik anaknya dengan akhlak yang mulia. Ganjaran syurga bagi ayahanda tercinta kerana berjaya mendidik anak jadi anak solehah yang taat kepada suami.

    Begitulah kehebatan jika ketaatan sebenar dapat dihayati. Masalah derhaka tidak timbul bila ada kebenaran hakiki sebagai penunjuk jalan. Itulah sebabnya orang beriman setiap hari wajib memohon jalan yang lurus 17 kali. Jika tidak disebut dalam sembahyangnya nescaya solat itu menjadi tidak sah.

    ODS: Terima kasih saudara abdullah.

    Mungkin komen saudara abdullah ini boleh memberi idea kepada rina untuk merenung dan muhasabah. Biarlah tindakan yang bakal diambil tidak memudaratkan keadaan. Sepertimana yang saya katakan, berbincanglah secara elok dengan suami dan bersama dengan keputusan yang telah dipersetujui bersama. :)

    • Terima kasih encik abdullah dan ods kerana memberi pandangan yg sgt positif.
      tp bukan kah kalau suami tidak mendengar kata ibu mertua itu dikira derhaka juga?bukankan ibu mertua perlu dianggap sebagai ibu sendiri. kalau ikutkan hati memang saya lebih suka mendengar kata suami saya.selesai terus masalah saya. tp mcmmana pula suami saya?dia pun risau jikalau dikategorikan sbg anak derhaka kepada ibu mertua. bila ibu tidak suka maknanya apa yg kita buat tidak mendapat keredhaan maha Esa juga…
      saya telah pun menghantar anak di nursery sejak awal mei.. tp dia kerap menangis sbb tidak biasa dan ibu terus mengambil anak saya dan pesan pada kami jgn cuba buat mcm tu lagi.. apa bleh buat? kita anak.. nak tak nak telan aje la apa yg dia nak ckp lepas ni kalau tak larat.

      ODS: Puan rina,

      Jika diambil dari satu sudut, ya, suami puan juga perlu mengelakkan daripada dikategorikan sebagai anak derhaka.

      Namun, sebagaimana yang saya berikan pendapat saya sebelum ini, berbincanglah secara elok dengan pihak yang terlibat. Jika keadaan dan hasilnya tidak begitu positif pada situasinya, suami dan puan harus mengambil tindakan yang memberi kesan yang lebih baik kepada pengurusan keluarga suami dan puan.

      Perlu juga kita ambil kira terdapat pasangan yang bercerai berai hari ini kerana terlalu menurutkan ibu bapa kedua pihak yang tidak sehala atau ibubapa yang terlalu mengawal anak dan menantu mereka. Mungkin ianya baik untuk pasangan tetapi tidak bagi ibu bapa mereka dan campur tangan berlebihan boleh menyebabkan keruntuhan rumah tangga.

      Berkenaan dengan insiden anak itu, pada pandangan saya, anak itu tanggungjawab puan dan suami, bukan mertua atau ibu bapa. Selagi anak itu tidak cacat atau mudarat atau perjalanan suami dan puan itu tidak betul, tanggungjawab mendidik, mengasuh dan membesarkan anak itu masih pada suami dan puan, bukan orang lain.

      Jika anak itu tidak biasa dengan pengasuh yang sedia ada, masih ada cara lain dan orang lain. Tidak semestinya satu cara sahaja yang berkesan. Berbincanglah secara elok dan bersama ambil keputusan yang terbaik untuk anak puan dan suami.

      Saya doakan agar urusan puan dan suami diberi petunjuk dan dipermudahkan. InsyaAllah. :)

      • mami setuju….maybe mak puan rina ni…lupa yang dia pun boleh jadi “ibu derhaka” …..mengguris hati anak dan menantu pun dosa….xleh lah nak kongkong hidup anak yg dah bersuami..sebab tu lah…nabo pesan kalo dah kawin mcm x berapa elok tinggal sekali dgn mertua……n satu pesan untuk kita semua…..bila dah rasa apa yg salah mak ayah kita buat maka harapnya di masa hadapan kita x ulang perkara yg sama kat anak2 kita….jgn sambung cara didikan yang mcm tu….lagi pun kita wajib taat perintah ibubapa selagi x bertentangan agama..pada pendapat sy yg mmg x alim ni…kalo keadaan mcm tu mcm memudarat kan anak puan rina….nanti dia stess dgn masalah keluarga…ibu yg dah berusia biasanya lebih emosional…rasanya sebab tu lah mcm2 hal jadinya….kejap boleh jaga anak..bila penat membebel…then nak jaga balik…

  5. salam…saya da benda g ingin ditanya…saya ada seorg ayah dan ayah saya telah kecewa dengan sikap saya.saya telah berpuasa nazar ttp saya tdk mmberitahu kpd ayah saya yg saya berpuasa..ayah saya dia suruh saya melakukan byk sgt kerja smpai saya pn x larat..so saya duduk dlm bilik senyap2 dan bila ayah saya pggl saya,saya buat x tau saja..dan pd petang tu saya telah marah ayah saya tp x la saya meninggi suara sangat…ayah saya berkta kepada adik saya yg ayah saya kecewa dgn saya sebab sikap saya..tp ayah saya suka memaksa saya melakukan kerja walaupn saya x larat..dan dia x akan bercakap dengan saya…jadi adakah saya telah mnderhaka kepada ayah saya?..apa yg dimaksudkan kecewa(seorg bapa kecewa trhdp anakny)?..adakah ayah saya memaafkan saya?…adakah itu satu dosa besar?..apa hukum derhaka kepada seorg bapa?..kalau derhaka kepada seorg ibu dan ibunya tdk memaafknny mgkn x boleh masuk syurga ttapi klaw dgn ayah pula mcm mana…tolong la saya…saya buntu sekarang ni…..

    ODS: Salam hamba Allah,

    Berdasarkan situasi yang saudara berikan, saya melihat kepada perselisihan komunikasi antara saudara dengan ayah saudara. Ianya bukanlah kesilapan yang berat, cuma, jika salah satu pihak sudi bertanya atau memberitahu, saya fikir saudara mungkin tidak berada dalam situasi tersebut.

    Pertamanya, melainkan saudara punya sebab untuk tidak memberitahu saudara berpuasa, saya merasakan tiada salah untuk memberitahu secara awal kepada ayah saudara yang saudara sedang berpuasa. Mungkin, ayah saudara boleh cuba memahami keadaan saudara. Bukan sebagai alasan atau menunjuk, tetapi sekadar pemberitahuan.

    Keduanya, mungkin juga ayah saudara boleh bertanya kepada saudara kenapa saudara tidak larat atau sebagainya.

    Saya fikir, permasalahan saudara yang saudara hadapi boleh diperbaiki dengan lebih berkomunikasi secara elok. Beritahulah dan berterus teranglah kepada ayah saudara apa yang telah berlaku.

    Dan sebagai anak, tiada salahnya saudara yang mula meminta maaf kerana setidaknya, mungkin boleh sejuk hati ayah saudara dengan maaf dan penjelasan saudara.

    Semoga perhubungan saudara dan ayah saudara pulih seperti biasa. InsyaAllah. :)

  6. salam. saya ingin tahu apakah ssya termasuk anak derhaka bilamana saya tidak memenuhi kehendak bapa saya? saya seorang yang berkerja dan mempunyai seorang bapa yang pemarah. dari kecil saya sentiasa hidup dalam ketakutan lantaran sikap bapa yang pemarah. bukan sekadar marah mulut tapi turut datang tangan samada kepada saya adik-beradik dan juga emak. bapa tidak pernah menjalankan tanggungjawab dengan sempurna dan hidup saya sering dalam kekurangan padalah bapa seorang yang bekerja tapi duit gajinya habis untuk dibuang di kaunter nombor ekor. kini saya telah dewasa, telah bekeja baik dan mempunyai keluarga sendiri. walaupun bapa tahu saya telah bekeluarga dan perlu banyak wang untuk menyara keluarga tapi bapa masih dengan tabiat buruknya meminta-minta duit untuk kepentingannya yang tidak berfaedah. bila saya katakan saya tidak dapat membantu terus-terus bapa marah dan mengatakan saya kurang ajar dan pentingkan diri sendiri. walhal setiap bulan saya berikan wang untuk belanja mak bapa saya yang saya kira mencukupi untuk membeli sayur ikan tiap hari. tapi bagi bapa semua itu tidak mencukupi. saya ada suami dimana saya perlu minta izin darinya untuk memberi belanja kepada ibubapa saya. suami juga ada memberi duit belanja dengan ibu mertua dan sesungguhnya kami berlaku adil sesama keluarga kami kerana jumlah wang adalah sama bagi kedua pihak. tapi bapa saya tetap katakan saya seorang yang jahat padalah dia tidak tahu bahawa saya dan suami juga ada banyak tanggungan lain. suatu hari akibat terlalu marah bapa melarang saya datang ke rumahnya. hati saya amat sedih sebab selama ini saya berusaha menjadi anak yang baik . lantaran tidak dapat memenuhi hasrat bapa nak minta duit saya dihalang begitu sekali. tapi saya masih saba dan tetap berkunjung ke rumah bapa untuk menjenguk emak. adk-beradik lain juga terpengaruh dengan sikap bapa dan menuduh saya pentingkan diri padalah mereka tidak sedar berapa banyak pertolongan yang telah saya hulurkan ketika mereka perlukan saya. itulah sebabnya saya keliru dimana letaknya saya. saya tidak mahu dilebel anak derhaka. sesungguhnya bapa seorang yang panas baran, degil dan tak akan dengar nasihat dari mana-mana pihak sekalipun. bukan hanya saya seorang tapi semua adik-beradik lain mengalami nasib yang sama. kalau yang tak bekerja tu bapa katakan menyusahkan dia padahal dia tidak pernah tahupun makan minum kami semua. bapa suka mengungkit kisah lama seolah -olah dia telah penat membesarkan kami tapi hakikatnya itu cuma kata-kata kosong. sedihnya mendapat seorang bapa yang begitu. namun saya tetap menyelamatkan maruah bapa. tidak mahu bercerita keburukan bapa pada mertua dan orang lain. apakah tindakan saya adalah betul?

    ODS: Berdasarkan kisah yang saudara berikan, saya tumpang simpati dengan apa yang saudari lalui. Saya tidak mungkin akan faham 100% kerana bukan saya yang melalui apa yang saudari lalui.

    Untuk mengatakan saudari derhaka, pada pandangan saya adalah tidak tepat. Apalagi tanggungjawab utama saudari kini adalah pada suami saudari. Peliharalah kebahagiaan rumahtangga saudari dahulu kerana saya percaya saudari telah cuba yang terbaik.

    Saya faham akan ada ketikanya akan terdetik rasa gusar, rasa risau, rasa seperti tidak selesa kerana saudari telah dididik untuk taat, patuh dan bertanggungjawab. Cuma, kini, sepertimana yang saya katakan tadi, tanggungan tanggungjawab menjaga saudari dan saudari kepada hamba Allah telah beralih kepada suami saudari sebaik ijab dan qabul pernikahan antara suami dan wali saudari.

    Berbincanglah dengan suami dengan cara baik dengan suami bagaimana untuk menghadapi keadaan ini dan semoga Allah mempermudahkan urusan saudari dan suami. InsyaAllah.

    • sesungguhnya Allah maha adil…..kita lakukan lah apa yg kita anggap sebagai tanggungjawap kita….yg lain kita serahkan kepada Allah….Allah tahu situasi sebenar…..lepas solat adu je semua kat Allah….insyaalah dibukakan jalan penyelesaian…….mami yakin Allah tlg…..kalo betul duit ti bagi dgn ikhlas, anak kepada ayah sebagai tanggungjawap…mami rasa Allah xkan benarkan duit tu d gunakan untuk tujuan x baik….

    • assalammualikum saya nak tanya adakah salah kita merlaku kan sesuatu yg tidak disuka oleh ibu bapa kita walaupun benda itu lumrah kehidupan.saya ingin berkawan dengan lelaki tetapi takut dimarahi oleh ibu bapa jadi saya berkawan secara senyap-senyap adakah itu dikira saya ini sebagai seorang anak yang derhaka dan bagai manakah kita ingin berkawan dengan lelaki dengan niat sebagai seoraon kawan sahaja tidak lebih daripada itu…..

      • sweet girl,
        Agak sukar bagi saya menilai kerana secara teknikalnya kini, sukar untuk menghalang sesuatu perhubungan sebagai kawan antara lelaki dan perempuan.

        Mungkin apa yang saudari boleh lakukan adalah berbincang kenapa ibubapa saudari melarang dan daripada situ saudari boleh dapat gambaran dan penjelasan akan larangan saudari berhubungan (berkawan) dengan lelaki.

    • haa..anak derhaka la tu..sbb selagi kite ni anak..atau sampai dunia ni blom kiamat..yg mude or anak kena la ikut ckp parent walaupon x betul..dah suratan mcm tu..

      • wahai sahabat,
        Pertama, ‘indah’ sungguh bahasamu…
        Kedua, apakah tujuan sahabat gunakan nama ‘pakjib’, padahal nama email tiada kaitan dengan nama yang ada’jib’ dimana-mana bahagian nama?
        :)

  7. salam. saya nak tanya pendapat kalian tentang situasi ini,

    saya ada seorang teman lelaki dan kami merancang untuk mendirikan rumah tangga, tapi malangnya, keluarga nya tidak seperti keluarga bahagia yang lain…ibunya tertekan akibat tekanan yang amat dsyat daripda suaminya sampaikan dia tidak boleh lagi berkomunikasi secara normal dengan masyarakat…dia akan cari pasal dengan sesiapa saja yang berbaik denganya..teman lelaki saya anak bongsu dan dia terpaksa melayan karenah ibunya selama dia hidup dengan ibunya ini kerana abang-abangnya dan ayahnya tidak lagi kembali ke rumah…dia jugak bersa tertekan dengan sikap ibunya..sebagai contohnya, baju itu diberikan pada si A oleh ibunya sewaktu mereka berbaik-baik..bila dah bergaduh si ibu menuduh anaknya yang mencuri baju itu dan beri pada si A..akibat terlalu tertekan dengan sikap ibunya, dan untuk mengelakkan dia terpukul ibunya, dia nekad membawa diri jauh dari ibunya,,…saya sebagai teman wanitanya berasa bersalah samada untuk menghukumny sebagai anak yang derhaka atau teruskan saja hubungan ini…yang saya tahu dia amat baik budi pekertinya..cuma akibat tekanan keadaan keluarga membuatkan saya ragu-ragu untuk teruskan niat untuk berkahwin dengannya..yang saya risaukan..zuriat yang bakal dilahirkan nanti akan mendapat kesannya seperti derhaka

    • salam puteri bimbang,

      Pendapat saya, samada untuk meneruskan perhubungan itu bergantung kepada diri saudari serta tahap kesanggupan dan ketahanan saudari sendiri.

      Ini kerana, sesetengah orang akan mengambil langkah lebih awal untuk melangkah pergi untuk mengelakkan risiko dibelakang hari, walaupun nilai si polan itu susah untuk dijumpai. Ada juga yang meredah bersama tetapi meletakkan syarat terlebih awal. Tidak kurang juga yang meredah cabaran bersama tanpa ragu-ragu.

      Jika saudari merasakan kesanggupan dan ketahanan saudari tinggi untuk bersama dengan teman lelaki saudari, mungkin saudari boleh bersama-sama memikirkan apa yang boleh dilakukan untuk memperbaiki keadaan antara ibu dan teman lelaki saudari. Baiki selagi mana boleh tanpa menambah terukkan keadaan. Mungkin ya, akan ada halangan, tetapi mungkin dengan tindakan itu, keadaan menjadi lebih baik di kemudian hari. Jika saudari ingin berbuat begitu, mungkin antara perkara yang perlu saudari ketahui (untuk menjernihkan keadaan), apakah yang telah berlaku yang membuatkan ahli keluarga teman lelaki saudari meninggalkan si ibu. Pasti ada cerita disebalik perkara itu. Cumanya, jika jodoh saudari bukan dengan teman lelaki saudari, janganlah membuka aib teman lelaki saudari itu.

      Andai kesanggupan dan ketahanan saudari tidak tinggi atau sederhana, mungkin lebih elok saudari berkawan sahaja kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hubungan saudari dengan teman lelaki saudari dan juga hubungan antara teman lelaki saudari dengan ibunya. Ianya akan menyakitkan, tetapi mungkin akan ada insan yang akan menjadi jodoh bagi saudari dan teman lelaki saudari ketika ini yang mampu menjadikan keadaan lebih baik daripada yang sebelumnya.

      Bak kata indah (tetapi pilu), “Cinta tidak semestinya bersatu“…

      Sekadar pandangan untuk saudari…

      • terima kasih atas pandangan ini…..Semoga Allah permudahkan urusan anda sebagaimana anda membantu memudahkan urusan orang lain…Ameennn

        ODS: Mudah-mudahan dapat membantu.. apapun, jika saudari tetap buntu, pohonlah bantuan dan petunjuk Allah.. :)

        • saya bercinta dengan si Z hampir 3 tahun dan kami sebaya.kami sangat serasi dan saling memahami.terfikir juga, mungkin kerana saya prmpuan anak sulung dan si Z anak yang bongsu.sekarang kami berdua berada di penhujung pengajian sebelum Gred. pada mulanya ibu kepada Z amat menyukai saya kerana saya setiap masa melayan karenahnya yang asyik berkongsi masalah keluarganya..saya sanggup mendengarnya kerana saya sayangkan teman lelaki saya dan saya tahu ibunya pernah mengambil ubat tekanan di hospital. saya juga tahu yang si Z dah terlalu tertekan dan dia bersabar dengan karenah ibunya bayangkanla sepanjang pengajian saya, ibunya menelefonnya setiap masa dan setiap hari menceritakan perkara dan masalah yang sama samada bertahun-tahun dahulu dari sebelum dia berkahwin hingga masalah dia membesarkan anaknya. apabila dia dapat tahu yang anaknnya berkawan dengan saya, saya pula yang mengambil tugas si Z untuk jadi pendengar.

          sekarang cuti semester akhir sebelum kami konvokesyen, si Z bergaduh dengan ibunya di rumah, dan ibunya asyik menghubungi saya dan memberitahu keburukan tentang si Z.yang saya fikir “dia tk tahu ke saya sangat sayang pada anaknya”. dan saya tahu si Z sangat tertekan dengan ibunya memandangkan ayahnya sudah dikatakan lari tanpa cerai dari ibunya dan tidak ambil tahu langsung tentang ibunya manakala abang-abangnya yang lain juga masing-masing membawa diri dan hanya dia yang melayani ibunya. dan sekarang si Z nekad keluar dari rumahnya untuk membawa diri, tetapi dia masih ambil tahu tentang ibunya. Si ibu pula, menuduh saya menghasut anaknya untuk melawannya dan tiba-tiba ibunya cari gaduh dengan saya. habis diungkit apa yang diberi dan mengata macam-macam pada saya dan ibu saya juga terkena tempiasnya…hubungan kami jadi makin hambar kerana pihak saya amat mementingkan restu ibu bapa kalau hendak berkahwin..saya juga begitu, tujuan saya untuk mencari keredhaan Allah.. Masalahnya sekarang, ibu bapa saya sudah setuju untuk mengahwinkan saya dengan si Z selepas beberapa tahun bekerja..tetapi ibunya tidak suka kepada saya hanya kerana makan hati dengan tindakan si Z..Apa tindakan yang patut saya lakukan? saya keliru samada teruskan hubungan ini hingga ke jinjang pelamin atau lupakan saja hasrat kami untuk berkahwin….bolehkah si Z kawin senyap-senyap tanpa restu ibu dan hanya saya yang mendapat restu kedua ibu bapa?? bahagiakah hidup kami nanti dengan keredhaan Allah?

          • saudari,
            Mungkin permasalahan saudarai tidak sama dengan “puteri bimbang”, tetapi apa yang boleh saya cadangkan adalah seperti pandangan yang telah diberikan sebelum ini.

            Bezanya, pada pandangan saya, saudari telah berada dalam keadaan yang lebih baik untuk menilai situasi.

            Saudari pernah rapat dengan ibu Z yang mana saudari mungkin sudah tahu hujung pangkal permasalahan yang ada dan sifat ibu Z. Makanya, dengan kemungkinan punca keadaan keruh diantara Z dan ibunya boleh dikenal pasti, Z (dan juga saudari) boleh membantu memperbaiki keadaan.. Dan memandangkan ibubapa saudari sudah memberikan lampu hijau, bawa-bawa berbincanglah dengan ibubapa saudari akan situasi ini. Mungkin mereka dapat membantu juga.

            Daripada gaya saudari, maaf jika saya andaikan saudari sudah berat kepada keadaan untuk meneruskan perhubungan. Maka, pohonlah kepada Allah agar dilembutkan hati si ibu agar redha menerima saudari sebagai menantunya selain berusaha mengikut kemampuan dan penuh kebijaksanaan.

            Jika tidak berjaya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

            Sekadar pandangan yang harap dapat membantu.

      • haaa…jadi anak derhaka la tu..dah nasib dpt mak cmtu..kite ni sbb agama islam je yg boleh hormat parent tau..

        • wahai sahabat,
          Pertama, ‘indah’ sungguh bahasamu…
          Kedua, apakah tujuan sahabat gunakan nama ‘pakjib’, padahal nama email tiada kaitan dengan nama yang ada’jib’ dimana-mana bahagian nama?
          :)

  8. Salam. Saya ada beberapa kemusykilan

    1) Saya mempunyai seorang ibu mertua tiri (ibu tiri kpd suami saya. Ibu kandungnya sudah meninggal) yang selalu mencari & hanya nampak keburukan & kesalahan org lain, yang selalu berburuk sangka, selalu salah faham, cemburu, dll kepada semua orang, termasuklah dgn anak/menantu/cucu sendiri. apabila hati & fikiran dikuasai bisikan syaitan, maka keadaan makin teruk sehingga si ibu tiri ini sanggup menjatuhkan hukuman ‘anak derhaka’ kpd anak dan menantunya, dengan semudah2nya dilafazkan. sedangkan ibu bapa kandung sendiri susah nak jatuhkan hukuman anak derhaka kpd anak kandung, inikan pula si ibu tiri yg sewenang2nya mengeluarkan kata2 sedemikian. dan si suaminya pula hanya tahu berdiam diri tak mampu membela anak/menantu walaupun tahu di mana kebenaran. Adakah jatuh hukum ‘anak derhaka’ itu sekiranya daripada ibu tiri?

    2) Jikalaupun derhaka semorang anak lelaki itu, adakah si isteri juga turut menjadi anak derhaka sedangkan dia tidak pernah dehaka kepada suami, sentiasa taat pd perintah suami?

    3) Wajarkah seorang ibu (lebih2 lagi ibu tiri) memarahi, menghina & mengaibkan anak/menantu sendiri di depan ahli keluarga lain? Pulak tu, atas sebab2 yg entah apa2. Mungkin cemburu.

    harap dapat jelaskan. Hukuman anak derhaka terlalu berat utk kami pikul,dengan kesalahan yg bukan2, hanya akibat salah sangka & iri hati. kami telah memohon ampun juga, walaupun tak sesalah mana.namun semuanya takkan berakhir di situ, tutup buku lama, tetap ada buk baru yg dikumpul kesalahannya.& kami suami isteri hanya mampu berdoa & menangis dlm solat…Tolonglah jelaskan.Terima kasih…

    • Salam saudari,
      Pertama sekali, saya cuba memberi pandangan, berdasarkan apa yang saudari tuliskan dan apa yang dapat difikirkan buat ketika ini.

      Jika diikut secara asasnya, anak wajib mematuhi ibubapanya, sebagaimana yang firman Allah – surah al- Isra’ ayat : 23

      Yang bermaksud : ” dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau keduan-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tatapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia ( yang bersopan santun )”.

      Namun, jelas juga dalam Islam akan keadilan tanggungjawab antara satu pihak dengan satu pihak lagi. Contoh tanggungjawab pemerintah terhadap rakyat, dan begitu juga tanggungjawab rakyat kepada pemerintah. Begitu juga hubungan antara ibubapa dan anak. Keduanya memiliki tanggungjawab antara satu sama lain.

      Biasanya kita didedahkan akan tanggungjawab anak terhadap kepada ibubapa, tetapi amat jarang ditekankan juga tanggungjawab ibubapa kepada anak-anak.

      Untuk menjawap ketiga-tiga persoalan, saya fikir ianya bergantung kepada apakah perkara yang menyebabkan si anak dituduh sebagai derhaka dan apakah perkara itu memang menyebabkan si anak itu derhaka dari konteks hukum syarak. Adakah ianya juga melibatkan perkara-perkara yang boleh memudaratkan urusan rumahtangga?

      Untuk saudari mengetahui jawapannya dengan lebih baik, saya fikir ada eloknya saudari bertenang seketika, renungkan apa perkara yang menyebabkan si ibu berkata begitu. Cuba pandang dari sudut ibu mertua saudari. Dalam ertikata lain, cuba cari salah sendiri dahulu, dan adalah lebih baik dibincangkan bersama suami terlebih dahulu. Mungkin suami saudari mengetahui sedikit sebanyak perkara itu disebabkan oleh suami sendiri dan mungkin saudari juga.

      Kemudian, nilaikan apa perkara yang kononnya menyebabkan si ibu mengatakan si anak derhaka. Apakah kerana si ibu mahukan sesuatu yang tidak melanggar hukum syarak, tetapi diluar kemampuan si anak menyediakannya (sebagai contoh si ibu bapa mahukan daripada anaknya rumah tiga tingkat untuk diri mereka padahal si anak rumah satu tingkat pun belum mampu dimiliki)?

      Sebagaimana pandangan saya yang ada diberikan sebelum ini, hasil daripada renungan dan perbincangan, suami saudarilah yang seharusnya mengambil tindakan sewajarnya kerana pertamanya, tanggungjawab sebagai suami, dan keduanya, ini urusan yang lebih dekat dengannya (kerana ianya berhubung ibu tirinya sendiri).

      Saya doakan yang terbaik buat keluarga saudari dan dirahmati dan dipermudahkan urusan oleh Allah. :)

      • Antara ‘kesalahan’ kami adalah :

        1) apabila ibu mertua menyuruh suami saya (anak tirinya) menyuruh saya berhenti membaca Yaasin (saya sedang baca Yasin kepada arwah bapa saya ketika itu) dan duduk berkumpul di hadapan ramai2, tapi suami saya tidak menurut perintahnya.
        2) di rumah kami tiada gambar perkahwinan sebelahnya tapi belah saya saja (gambar2 tu dalam pakej kahwin belah saya, so memang dah ada, saya letak ajelah di rumah)
        3) marah suami angkat bag2 saya jika pulang ke rumah maknya, tapi kalau bag maknya difikannya belum tentu diangkat (salah ke suami saya angkat bag pakaian kami sendiri, saya pun tak faham).
        4) marah saya berterima kasih kepada kawan2 saya di dalam facebook tapi tak puji dia masa saya kurang sihat
        5) membuat fitnah kepada ibu bapa saya (sebab dia ni memang suka cari gaduh dgn semua orang, & dia pun tak ada kawan. semua kawan dia lari sebab gaduh). 2 minggu sebelum arwah bapa saya meninggal, arwah sempat kata dia terkilan dengan mertua saya yg berlaku kejam kepad kami sekeluarga.
        6) tuduh kami jarang balik rumah maknya sebab saya tak bagi, padahal saya yg selalu ajak jumpa mak bapaknya, kalau tak di rumah pun, di kedai maknya. jarang balik rumah sebab banyak kucing, saya mengandung masa tu & sekarang ada baby pun bahaya kalau kucing sampai belas2 ekor. saya pun ada lelah, jadi ada sebabnya, tapi kami masih balik jugak kadang2.
        7) marah saya mengingatkan anaknya supaya selalu ingatkan mak kandung mereka yg dah meninggal (saya ingatkan mereka supaya ziarah kubur, baca yasin/alfatihah), salah ke?)

        …macam2 lagi…yg semuanya berbau iri hati, salah faham, buruk sangka, dll…..saya & suami hanya mampu menangis sendiri di rumah dengan karenahnya, & masih cuba bersabar & ambil hati…kehidupan kami amat berbahagia, kecuali dengan karenah si ibu tiri ni… :-(

        tapi, jatuh ke hukum ‘anak derhaka’ tu kalau dari ibu tiri? :-( kalau dapat jawab yang tu pun saya amat berpuas hati…terima kasih sekali lagi…

        • Salam saudari,
          Situasi-situasi yang digambarkan saudari lebih kepada menggambarkan ada sesuatu yang si ibu itu pendamkan. Mungkin, cara terbaik untuk melapang sedikit apa yang terkusut adalah dengan bersemuka dengan ibu tiri suami saudari bersama suami saudari. Berbincanglah secara bersemuka dan berhikmah tentang apa yang tidak kena dimata ibu itu dan minta dirasionalkan akan apa yang dilakukannya.

          Berdasarkan gambaran yang saudari berikan ini, saya berpendapat ianya lebih kepada keadaan “sedangkan lidah lagi tergigit”. Situasi-situasi yang saudari gambarkan diatas lebih kepada asam garam rumahtangga, yang pada saya boleh diatasi dengan komunikasi secara berhikmah. Agak terlalu berat untuk mengatakan suami dan saudari dijatuhi hukum sebagai anak derhaka.

          Usahakanlah, semoga Allah mempermudahkan dan melembutkan hati pihak-pihak yang terlibat, insyaAllah. :)

  9. Pingback: Tazkirah Jumaat: Anak, Menantu atau IbuBapa & Mertua Yang “Hantu”? « On Da Street·

  10. saya keliru dengan permintaan mertua saya..katanya dia menyuruh saya bekerja..dan anak saya biar dia yg jaga..masalahnya, saya memmang berniat mahu menjaga dan mendidik anak saya sendiri…kerana dahulu ketika saya kecil, saya kurang mendapat perhatian dan kasih sayang org tua..kerana itu saya tidak mahu anak saya mengalami nasib yg sama…tambahan pula, bukankan menjaga dan mendidik anak saya, adalah tanggungjawab saya dan suami…mengapa mertua saya beria-ia mahu menjaga anak saya dan seolah2 mahu merenggangkan hbgn saya dan anak saya sendiri? saya benar2 keliru…apa yg harus saya lakukan…

    • saudari,
      pertama sekali, ucapan tahniah kerana saudari mahu menjaga dan mendidik anak saudari sendiri, dan sememangnya menjadi tanggungjawab saudari dan suami menjaga dan mendidik anak sendiri.

      tentang permintaan mertua saudari, berbincanglah dengan suami bagaimana hendak menguruskan perkara ini. Ini kerana, mungkin suami saudari dapat membantu menjelaskan keadaan kerana mertua saudari adalah ibunya, adn mungkin dapat menilai permintaan mertua saudari itu satu permintaan atau suruhan.

      Baik ianya suruhan atau permintaan, berbincanglah dengan mertua secara baik setelah berbincang dengan suami mengenai perkara tersebut. :)

      • memang sudah kami maklumkan kepada ibu mertua saya…sehingga saya mengambil keputusan untuk menjahit untuk mendapatkan wang sekiranya wang yg menjadi persoalan…namun ibu mertua saya tetap menyuruh saya keluar bekerja dan tetap mahu menjaga anak saya….saya tidak pasti apa tujuannya…untuk pengetahuan, ibu mertua saya tidak mempuyai anak perempuan, manakala anak saya perempuan…kdg2 saya takut dgn tindakan mertua saya…dia pernah secara diam2 membawa anak saya keluar tanpa kebenaran dan pengetahuan saya….pada ketika itu, saya cukup bimbang…tambahan pula anak saya memang tidak dpt berenngang dengan saya…saya benar2 takut dan bimbang dengan sikap mertua saya…suami saya pula seolah-olah buat tidak ambil tahu…namun saya tidak menyalahkannya, kerana mungkin takut derhaka dengan ibunya….ibu mertua saya juga suka memburuk-burukkan ibu mertuanya sendiri (nenek suami sebelah ayah mertua)…suami dan adik ipar pun tidak rapat dengan nenek sebelah ayah mertua…hanya mementingkan nenek sebelah ibu mertua…kerana itu juga lah saya kuathir jika anak saya dijaga mertua saya, dia akan dihasut yang mcm2…tambahan pula keluarga mereka agak berada dan selalu menyebut2 dan menunjuk2 kemewahan dan harta yg mereka miliki…saya tidak mahu anak saya dididik dengan harta dan kekayaan dan bermegah2 dengan harta…persoalannya kini, adakah salah jika saya berkeras tidak mahu ibu mertua saya menjaga anak saya, dan adakah menjadi kesalahan jika saya mahu rapat dengan anak saya sendiri?? saya benar2 buntu….

    • Untuk pengetahuan saudara, saya telah pun berbincang dengan suami dan mertua..sehingga saya mengambil keputusan untuk menjahit bagi mendapatkan wang, sekiranya wang yang menjadi persoalan…namun mertua saya tetap mahu saya keluar bekerja dan mahu menjaga anak saya…saya benar2 bimbang dengan tindakan ibu mertua saya…dia pernah membawa anak saya keluar tanpa kebenaran dan pengetahuan saya…pada ketika itu, saya benar2 bimbang kerana anak saya memang susah berenggang dengan saya…selain itu, ibu mertua saya suka memburuk-burukkan ibu mertua nya sendiri. (nenek suami sebelah ayah mertua)..saya juga perhatikan, suami saya dan adik nya tidak rapat dengan keluarga dan nenek sebelah ayah mereka..mereka hanya melebihkan sebelah ibu mereka…saya bimbang jika anak saya dijaga oleh ibu mertua saya., perkara yg sama akan terjadi….tambahan pula, keluarga mertua agak berada..mereka selalu menunjuk2 harta dan kemewahan mereka…sedangkan saya berasal dari keluarga yang sederhana sahaja…saya tidak mahu nanti anak saya dididik dengan harta dan kemewahan sehingga mencontohi sikap ibu mertua dan keluarganya yg suka menunjuk2 dan merendah2kan harta orang lain…persoalannya kini, salahkan jika saya tetap berkeras menolak permintaan mertua saya?? adakah menjadi kesalahan jika saya mahu mendidik dan menjaga sendiri anak saya?? bantulah saya….saya benar2 buntu…

      • saudari,
        Berdasarkan apa yang saudari nukilkan, pada saya tiadalah salah saudari dan suami berkeras untuk menjaga dan mendidik sendiri anak-anak. Tidak menjadi kesalahan untuk membentuk peribadi yang terpuji dalam diri anak-anak.

        Cuma, saya harapkan, janganlah pula saudari secara tidak sengaja memburukkan mertua saudari tika menjaga dan mendidik anak-anak saudari. Saya doakan yang terbaik buat saudari dan keluarga saudari.

        • terima kasih di atas pandangan anda..saya berterima kasih atas bantuan anda dan saya juga berharap yg terbaik buat saya dan keluarga…saya juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kpd anda.semoga kita semua sentiasa di bawah limpahan rahmat-Nya…ameen…

  11. salam…

    Saya terlupa bertanyakan satu lagi persoalan kpd anda. Saya berharap tidak menyusahkan anda kerana saya lupa bertanyakan soalan ini tempoh hari…berkenaan tentang suami saya yang sependapat dengan ibunya yg mahu saya keluar bekerja untuk membantu nya dari segi kewangan…saya bukan tidak mahu bekerja, dan bukan tidak mahu membantunya…saya cuma mahu meluangkan masa membesarkan dan mendidik anak saya…persoalannya kini, adakah saya dikira derhaka kpd suami kerana tidak menurut kehendaknya menyuruh saya bekerja? sedangkan bukankah tanggungjawab mencari nafkah adalah tugas suami?? saya mohon pendapat dan pandangan dari pada anda…terima kasih juga kerana sudi meluangkan masa memberi bantuan dan buah fikiran kpd saya…

    • ida,
      secara asas dan hukum, sememangnya tanggungjawab mencari nafkah terletak kepada suami. namun, dalam dunia yang serba mencabar kini, kebanyakan isteri turut bekerja membantu suami mencari nafkah menguruskan keluarga.

      namun, suami perlu ingat, pendapatan isteri adalah hak isteri, dan haram digunakan oleh suami jika isteri tidak redha.

      Ingatlah, disebalik terdapat hak suami atas isteri, ada juga hak isteri atas suami. Jika kedua pihak mahu bermain hukum secara semberono, ya, mungkin hak masing-masing diperjuangkan, tetapi rumahtangga dan anak-anak entah kemana. Disinilah letaknya antara sebab ibubapa dan mertua tidak digalakkan untuk masuk campur tangan urusan anak menantu dalam pengurusan rumahtangga mereka, melainkan untuk mendamaikan rumahtangga anak menantu jika berlaku pergolakan atau perselisihan yang teruk (setakat sikit-sikit tu, tidak perlulah..sedangkan lidah lagi tergigit).

      kerana itulah, dianjurkan agar suami dan isteri itu berbincang dan berpakat dengan baik.

      harap saudari (dan juga pembaca) faham akan apa yang saya maksudkan. :)

      • terima kasih kerana membantu…semoga usaha anda membantu memberi pandangan dan idea yang baik dirahmati Allah selalu…ameen…

  12. Salam, saya merupakan seorang ibu tiri. (Isteri suami saya meninggal dunia). Anak tiri yang ke3 (Bongsu) melawan cakap, degil dan berani menjerit dengan saya. Tak kurang juga mencuri duit saya. Sekarang umurnya 15 tahun. Dulu arwah neneknya (bekas ibu mertua suami) tinggal bersama-sama dengan kami sekeluarga. Terlalu banyak kepahitan yang saya telah lalui dan berkat kesabaran kerana anak-anak, saya bertahan. Semasa neneknya hidup, anak tiri yang ke 3 terlalu dimanjakan terutama sekali dilimpahi dengan duit. Saya faham kenapa dia terlalu disayangi kerana arwah ibunya meninggal dunia (kemalangan)semasa umurnya 1 tahun. Bayangkan, semasa tadika boleh pegang duit puluhan ringgit.

    Satu perkara yang sukar dilupakan dalam hidup saya, saya pernah hampir bercerai dengan suami kerana perancangannya (nenek tersebut) dengan mengambil baju dalam dan seluar dalam saya dan baju dan seluar lelaki lain (tak tahu siapa punya) dimasukkan ke dalam beg plastik dan diletakkan di atas kereta suami. Hanya Allah saja yang tahu hancurnya hati saya masa tu. Walaupun, terlalu pahit untuk ditelan, namun saya sudah lama memaafkannya kerana dia (nenek) telah meninggal dunia pada 2009 yang lalu. Tetapi sekarang ini anak tiri yang ke 3 sering menyakiti hati saya. Kerja-kerja ringan (seperti isi air minuman dalam botol) pun tak nak buat. Sekarang ini, hati saya benar-benar dah tak tahan dengan sikap dia sehinggga terlintas di fikiran saya takkan maafkan dia. Suami pula asyik tegur saya suruh cakap lembut-lembut, psiko sekali dah saya buat tapi tak ada perubahan malah makin menjadi-jadi pulak. Apa yang perlu saya buat?

    • puan Lieza,
      pertama, mohon maaf kerana mengambil masa untuk “approve” komen kerana ketidak luangan masa untuk melihat blog.

      berkenaan dengan situasi yang saudari hadapi, apa yang saya boleh katakan adalah, saudari sedang menghadapi sesuatu yang sukar untuk dijelaskan tanpa mengetahui mengapa anak ketiga puan bertindak sedemikian rupa.

      mungkin akan ada pembaca yang mengandaikan punca anak ini bersikap begitu adalah kerana pengaruh arwah mak mertua puan, tetapi saya fikir puan masih mampu mendidik anak puan dengan bantuan suami dan anak-anak puan yang lain.

      cuba dapatkan penjelasan daripada anak ketiga itu mengapa dia bertindak sedemikian rupa. mungkin bukan melalui puan, tetapi suami atau adik beradiknya. tanpa mengetahui punca yang jelas, pada pandangan saya, agak sukar untuk puan menilai langkah yang perlu diambil untuk membaiki keadaan. suami dan anak-anak yang lain perlu bantu, kerana keharmonian berkeluarga bukan hanya usaha seorang atau satu pihak, tetapi setiap ahli keluarga. :)

  13. Salam… terima kasih atas pandangan saudara. Salah satu andaian saya ialah semasa tempoh pembesarannya yakni, neneknya masih hidup, saya tidak boleh menegur/ denda anak itu jika dia melakukan kesalahan sebab saya pernah dimarah, dicaci maki dan dibanding-bandingkan dengan ibunya. Saya tahu saya tidak boleh menggantikan tempat ibunya tapi kesan ke atas budak itu telah nampak hasilnya sekarang ini. Mungkin anak itu keliru mendengar nasihat sama ada nasihat saya atau neneknya. Biasanya manusia lebih senang menerima perkara yang menggembirakan berbanding disebaliknya apatah lagi kanak-kanak, walhal kalau diikutkan “manis jangan ditelan, pahit jangan dibuang”.

    Pandangan saudara itu tadi sedang kami sekeluarga berusaha ke arah itu, Terima kasih sekali lagi. Sekian. Wassalam.

  14. saya nk bkongsi masalah saya ngan mak mentua saya..mak mentua saya selalu berlagak muda..die tgal bersama saya..kalo saya pkai tshirt n jeans die pn nk pkai sdg kn umo nya da mcapai 54 tahun..die selalu sms dengan laki2 muda..kdg2 die pegi jumpa laki2 yg die msj..tp kl da jmpe mst lelaki tersebut tak contc da..apa yang saya pkai smua die nk..ble sy xde d rumah die msuk ke dlm blik sy dan cek smua dalam blik sy sampai ke toilet sy pn die tgk..peh2 kl sembang ngan saya smua ank menantu xbetul..peh2 suka ada2kn cerita n nk gado2 kn ank2 dan ank menantu..sampaikn kemaluan bekas suaminya pun die cite pada saya..1 ketika sya da xtahan dengan sikapnya kerna handphone die rosak dan lelaki yg die jumpa da xnak berkawan ngan die..die cari gado ngan saya..smua die ungkit sebab pk kn duit xde da nak beli hp..die cakap xnk da duk ngan saya..saya pn cakap tak apalah kalo tak nak dari pegi umh ank lain ngumpat kami lebih baek duduk umah sendiri..dari situ die naik kn suara mare2..die pn bputar pelik cakap..tp yang sebenar die nk duit..last2 die myumpah ank cakap tak selmat hidup kome..die xpnh nk bsyukur duduk ngan kami idupnya lebih selesa..mkn cukup..smua cukup..tp nk dt d tgn..ble ank ckp xde dt die mcm xpercaya..die pk ank berduit jer..mse ank kecik die tgalkan ank2 tnpa belas kasihan..saya mendapat tahu die tgalkn ank2 kuar dari umh hanya tgalkn beras shja..mknan2 lain semua die bw..tp ble ank da beso nak duit ank jer..kl ank tu kaya xpe..nie gaji ank pn ckup2..mse d rumah kami kami bg mkn aym jemu nk ikan..dlu mse duduk ngan ank ksygn mkin sambal tumis kosong pn xpnh mrungut..lepas tu merungut dekat ank2 lain cakap kami mkn ikt slera kami mkn aym jer…kalo org luar syg sungguh..pernah 1 ketika sy de mslh cemburu pd kakak angkat suami sy…mak mentua saya sgup xtego n bermasam mke ngan saya n ngan kak angkat saya je die berlembut ati kerna kak angkat tu leh bagi no hp laki2 kt die…kami sbg ank ingin kn mak kami mcm mak org lain yg normal..tlg lah saya sebelum saya terikut ajaran sesat n derhaka

    • pertama sekali, mohon maaf kerana terlepas pandang komen ini.

      jika masalah saudari belum selesai, mungkin saudari boleh mempertimbangkan cadangan saya ini…

      berdasarkan apa yang saudari ceritakan, ini bukan persoalan yang jelas menunjukkan saudari yang derhaka atau seumpamanya. ini lebih kepada sikap ibu mertua saudari sendiri.

      jika saudari ingin membantu, carilah seseorang yang difikirkan oleh saudari dan suami untuk membantu ibu mertua saudari.

      sambil-sambil itu, janganlah diabai ibu mertua itu. bantulah mana yang dalam kemampuan dan seikhlas mungkin. :)

  15. saya ada kwn yang baik,ttp dia dikatakan “derhaka” adakah dia derhaka kpd ibu bapa apabila ibu bapanya tidak berlaku adil pada ke6 org anaknya…ibunya lebih syg kakak no 1,4,dan adik lelaki 5.stp kburukan mrka ia akan sembunyikan,dan kburukan kakak saya no 2,3,6 dihebahkan kpd orang ramai.tmsuk keaiban cucu sulungnya,yang ditangkap basah di dalam rumahnya selepas kematian 5hari suaminya…dan kini baru 4bln bergelar janda,dan anak luar nikahnya itu diambil oleh ibu mentuanya krn cucunya tidak mahu menjaga anaknya sendiri.semua ini disembunyikan dpd ayahnya jika ayahnya tahu tentu mati ibunya,cucu dan anak luarnikah itu.Dan anaknya yang no 1 berzina dgn jantan lain,slps 5hari kematian suami,kmudian tergesa2 untuk menikah dgn jantan lain.sehingga ibunya sanggup menangguhkan pertunangan adiknya yg ke 6,semata2 anaknya yg no 1.salah kah dia melawan ibunya padahal,ibunya sendiri derhaka pada suaminya dan tidak berlaku adil pada tiap2 anaknya.

    • saudari aini,
      berdasarkan kisah yang saudari berikan ini, saya berpendapat ianya tidak jauh beza keadaannya dengan Tazkirah Jumaat ini. Bezanya dalam keadaan yang berlainan dengan permasalahan situasi berbeza. Namun, asasnya lebih kurang sama.

  16. salam…

    saya ingin berkongsi masalah dan meminta buah fikiran…saya telah berkahwin dan kini menetap bersama ibu sejak kematian ayah 8 bulan lalu….masalahnya sekarang ibu saya mengambil peranan menjaga ibunya yang sudah tua. Pada mulanya kami bahagia, tapi campur tangan nenek dan adik adiknya membuatkan hubungan saya dan ibu renggang. saya merupakan anak angkat…setelah ayah meninggal, ayah mewasiatkan rumah peninggalan nya kepada saya dan ibu… pelbagai hinaan dan kata-kata kurang enak yang saya terima dr adik2 ibu…sehingga menghalau saya keluar dr rumah itu. saya masih lagi tggl di situ kerana telah berjanji dgn arwah ayah akan menjaga rumah dan ibu sebaik mungkin. tapi akibat hasutan mereka ibu mula berubah…tidak bercakap..tidak bertegur sapa dengan suami…tidak mahu berbincang…semula perlakuan kami salah di mata ibu dan adik2nya. suami pernah membuat laporan polis atas semua ugutan mereka tp mereka mula menghasut ibu dengan mengatakan kami seperti samseng pula. Akhirnya, ibu ambil keputusan pindah, dan tinggal bersama sepupunya. saya kesal ibu saya mengambil keputusan ini tanpa berbincang..saya rasa seperti dibenci..seolah-olah kasih sayang selama ini telah pun pudar dihatinya..adakah saya ini anak derhaka? saya sedar saya menumpang kasih sayang nya..hartanya..tapi mengapa semua sifat2 keibuan itu pudar setelah ayah pergi…saya rasa terluka sgt krn insan yang saya sayang mula menjauhkan diri dari saya…mula mengkhianati saya…dan lebih menyedihkan ibu bercerita dengan jiran2 apa yang terjadi dlm keluarga kami…terlalu jahatkah saya? saya terasa begitu malu…dan menangis bila mengenangkan nya…moga puan/tuan boleh memberi pandangan agar saya dapat membina kekuatan saya semula…

    • Assalamualaikum wbt..
      Membaca komen puan nora membuat diri rasa terpanggil untuk menitip secubit catatan di sini..

      Puan..
      Mungkin sudah asbab puan merupakan anak angkat, maka timbul sahaja rasa tidak puas hati di kalangan adik-beradik angkat. Namun seperti yang puan sebutkan, rumah itu telah diwasiatkan kepada anda, dan sekiranya wasiat tersebut dibuat secara bertulis @ ‘black and white’, maka wasiat itu sangat kuat. Saya harap, wasiat itu wasiat bertulis.
      Ini kerana, dalam kaedah pembahagian harta pusaka (faraid), tiada bahagian untuk anak angkat..maka sekiranya seseorang itu ingin memberikan sebahagian hartanya kepada anak angkatnya, lalu hendaklah dia berwasiat.
      Andai demikian, maka tetaplah tinggal di situ.

      Saya faham bahawa anda rasa terkilan malah keliru sama ada telah bertindak betul atau tidak. Berdasarkan cerita puan, saya fikir puan nora berada dalam kedudukan yang benar.
      Tentang perpindahan ibu (lebih tepat ‘ibu angkat’) anda ke rumah sepupu beliau, biarkanlah dahulu buat sementara waktu, mungkin suatu masa beliau akan sedar.
      saya juga TIDAK melihat anda sebagai anak derhaka. Yang berlaku adalah misunderstanding, apatah lagi dengan adanya jarum2 fitnah dan penghinaan.
      Jika apa yang berlaku ini meredakan keadaan, maka biarlah ianya reda. Pun demikian, jagalah juga adab dan kesopanan terhadap orang tua. Memang bukan senang utk hidup ‘menarik rambut dalam tepung’.

      Saya harap, puan dan suami terus tabah dan sabar dlm menghadapi ranjau kehidupan. Mohonlah pada-NYA, moga hati yang keras menjadi lembut.. lantas yang batil terkaku kelu.

      sekian, terima kasih :) wassalam
      http://suarajagat.wordpress.com

      • salam….terima kasih atas pandangan saudara…mudah2an hati ini lembut dan redha atas ujian-Nya. Saya berharap moga 1 hari nanti ibu akan kembali ke rumah kami…terasa sepi hidup ini tanpa dia..sebagai tempat saya bermanja dan mengadu.

        Mudah2an ada rahmat Allah Taala disebalik semua dugaan ini.

        Terima kasih.

  17. DERHAKA SEORANG ANAK TIRI.

    Saya merupakan isteri kedua dan mempunyai 7 org anak tiri. Semua anak tiri duduk serumah dengan ibu kandungnya dan jarak rumah mereka dgn rumah saya mengambil masa kira2 setengah jam perjalanan. Masalah saya di sini ialah terdapat beberapa org ank tiri yg tidak menyukai saya atas alasan saya menghalang mereka menggunakan kereta yang ada dirumah saya (kereta tu milik suami saya). Pada suatu hari, saya berat hati untuk berikan kunci kereta pada anak tiri saya, dan dalam beberapa jam anak tiri saya keluar dgn menaiki kereta, dia mengalami kemalangan jalan raya. Namun dirinya tdk mengalami sbrang kecederaan. Selepas dari kejadian itu, saya menegur dia ” itulah, tadi kata nak pergi kedai, kenapa nak tipu mak?”..terus menerus dia memaki hamun saya. Seolah2 dia tidak bersalah dan sehingga sekarang dia masih menengking saya dan apa yg saya sedih ialah suami saya dan ibu kandungnya hanya berdiam diri melihat kelakuan anaknya pada saya. Apa yang harus saya buat sekarang?..saya tak ada tempat untuk mengadu.

    • assalamualaikum ummi,
      ini sekadar pandangan, dan harapnya dapat membantu…

      dalam keadaan yang saudari kisahkan, agak sukar jika ibu kandung tidak turut menegur anak-anaknya.

      namun, ini tidak bermakna saudari tidak boleh mendidik anak-anak tiri saudari. mungkin saudari boleh cuba mendekati dan memahami salah seorang daripada anak-anak tiri yang tidak menyukai anda. cuba seorang demi seorang.

      dalam pada itu, mintalah bantuan suami saudari. dia juga bertanggungjawab dalam mendidik anak-anak, tambahan pula mereka itu anak-anak kandungnya.

      harap pandangan saya dapat membantu.. :)

  18. assalamualaikum…

    ibu mertua aya aa berkecil hati dengan saya. saya x tahu apa kesalahan saya. saya cuber bercakap dengannya tp taknak dier taknak bercakap dengan saya, sya sms meinta maaf dan bertanya apa salah saya, dier tak jawab.

    kisahnya begini…saya bersembang mcm biasa dengan mak mertua saya yg dipanggil ibu, dia risau keadaan anak saya yg dmam dan meminta saya untuk menjaga..saya beritahu tk payah saya nak tengo anak saya sendiri. saya tak perasan nada suara saya tp sayaraser takdela sampai tahap memaki hmun..tiba2 dier menanggis. saya ingt dier mennaggis keran anak saya yg demam. rupa2nya sbb lain kerana bila saya di umh sendiri dier sms meminta saya jangan blik selama lamanya..da berharap tuhan akan membalas perbuatan saya.

    saya terkejut dan marah, kerana seama ini suami dan saya selalu balik ke ruamahnya berbanding anak2 yg lain (selalu mngadu anak2 lain tak balik), suami saya sayangkan ibunya dan akan slalu menurut kata ibu dari saya, sbb memang saya tahu ibu tmpt pertamas selagi suami saya buat perkara yg betul, selalu berjalan2 jala brsama, kami berkongsi susah senang..tp kerana kejadian dan dosa saya yg tak pernah diungkaikan saya dilayan begitu. suami saya tb2 terjebak dan tidak mngizinkan suami saya balik juga dan suami pun tk fhm apa masalah ibunyaseletah bertanya berkali2. kita faham ibu mertua cepat terasa tpp apakah hukum saya dinilai tanpa saya tahu apa salah sya sebenarnya.

    sekian trima ksih.

    • assalamualaikum,
      berdasarkan apa yang dinukilkan, saya berpandangan yang pada ketika dan saat itu, perasaan ibu mertua sensitif dan anda juga tidak jelas apa yang berlaku.

      dalam keadaan ini, saya berpendapat pasangan anda seharusnya cuba membantu memperbaiki keadaan kerana pasangan anda adalah anak kandung ibu mertua anda. memandangkan komunikasi antara anda dengan ibu mertua juga agak terjejas, pasangan andalah yang saya lihat sebagai calon sesuai untuk memperbaiki keadaan.

      sekadar pandangan yang harap dapat membantu. :)

  19. sy ad seorg ayh yg pns baran.bru2 nie,mak dn ayh sy brgaduh.ibu sy dipukul smpi lebam di mata dn tulangnye patah..kakak sy dtmpr dn sy jg dipukul..mlah sy jg diusir klr.pdhal sy ini ank prmpuan dn sy bru brumur 18thn.sbb kmi jg dipukul ialah krana mnympuk ktika ayh mrh.ayh ckp kt ibu sy tntg nenek kmi yg sudah MNGGaL DUNIA.die ckp nenek kmi tu mnyushkn kmi sekeluarga.sy ckp jgnla ckp tntg nenek kmi.terus die pukul kmi..
    ……..
    ayh sy xprnh mgajar sy solat…mengaji..tntg agama…
    hnya ibu sy sj yg mlksanakn tggjwb itu..
    mcm mne sy nk hormat ayh yg pukul isterinye sndiri yg mrupakn ibu sy?
    sy nk hormat die,tp ayh sy sndiri yg hilangkn rse hormat itu dlm diri sy..

    • hani,
      benar, dari sesetengah sudut, ayah hani terlepas pandang sesetengah perkara yang hani nampak dia terabaikan. mungkin dari satu sudut lain, ada tanggungjawabnya sebagai ayah yang ayah hani tidak abaikan.

      beginilah, hormatilah ayah hani sebagaimana yang seharusnya. jika ayah hani terus memukul atau sampai tahap mendera, adukan kepada pihak bertanggungjawab sebelum terlambat.

  20. Salam…

    Saya nak mintak pendapat atau komen,nasihat atau apa2 sahaja..Ini berkaitan dengan perhubungan saya dan juga ibu saya..saya mempunyai 4 adik beradik..saya seorang perempuan dan anak no 2 dari 4 adik-beradik..hubungan saya dgn ibu tidak begitu baik..tp jika baik, baik betul..tp jika kami bergaduh, kami gaduh betul2 hampir sebulan tidak bercakap…Saya seorang anak perempuan yg inginkan perhatian dan kasih sayang juga belaian seorang ibu..Ibu saya sering mengeluarkan perkataan yang tidak elok jika memarahi saya..Saya sering dipanggil “perempuan sundal” dari saya darjah 4..saya ingatt lagi..sekarang ni umur saya sudah 25..jika bertengkar dgn ibu, mesti dia mengeluarkan perkataan itu..disebab kan saya terlalu memendam rasa, saya jadi bengang dan naik angin bila ibu panggil saya begitu..kerana itu lah saya sering menjerit dan memaki ibu saya balik dgn perkataan2 yg tidak elok..seperti “aku pun tak harap kau lahirkan aku”.. Saya tahu saya adalah diantara anak2 yg akan masuk neraka..tp jujur saya tidak pernah berniat untuk berkata begitu..Saya terlalu marah dan sedih kerana ibu sering panggil saya begitu…=’( Diantara adik beradik yang lain, saya seorang yg suka memberontak jika sesuatu perkara itu tidak patut di perlakukan kepada saya..Saya rasa sedih kerana anak-anak lelaki yang lain di beri kasih sayang seperti anak perempuan sehingga mereka tidak tahu “independent” …Saya seorang anak yg independent kerana saya tahu saya tak menyusahkan ibubapa saya seperti mintak duit..Kalau takade duit saya sanggup berlapar..Jika tidak ade kerendaan untuk ke tempat kerja,saya harapakn kwn2 saya..Saya tak pernah harapkan ibubapa saya jika saya dlm kesusahan kerana saya tahu ibu saya akan ungkit perkara tu..Saya jadi rasa tidak adil bila adik beradik yang lain tidak tahu bawa diri…frm head to toes semuanya disediakan oleh ibu saya..dan bilaa ibu bising, dia akan bising pada saya…Adakah kerana saya seorang perempuan semua kerja kerna saya yang buat?? Yang lelaki buat ape?? Kalau harapkan anak perempuan saje yg buat kerja, kenapa tak lahirkan anak perempuan shj?? Saya banyak bantu ibu dlm kerja rumah tapi apabila kami bergaduh dia akan ckp “kerja ape je kau buat dlm umah ni??” saya jadi sedih..kerana seolah2 saya tidak dihargai..Saya tahu saya anak perempuan, jika suatu hari nanti saya akan kawin dn kena ikut suami saya tidak akn duduk bersama2 ibu untuk menjaganya…tp adekah adik beradik yang lain menjaganya?? pastii?? Adekah kerana saya anak perempuan doa saya lambat sampai pada Allah?? Saya tidak mintak untuk jadi anak perempuan…kalau boleh saya taknak lahir kedunia ni..tp saya redha..tak kesahlaa klu dengan memaki saya itu akan membahagiakan ibu saya…

    • bungasabar,
      Terus terang saya katakan saya kagum dengan pendirian saudari untuk tidak bergantung harap dan berusaha sebaik mungkin untuk tidak membebankan ibu bapa. Semoga terus begitu.

      Namun, apa yang mungkin boleh dicadangkan adalah saudari tidak perlu lagi menjawab kembali secara kasar. Ini kerana saudari pun tahu, tiada hasilnya selama saudari menjawab sebegitu.

      Ya, benar, dalam keadaan sudah berusaha tetapi tidak dihargai amat menyakitkan. Apatah lagi dipersoal dan diperlekeh. Saya hanya boleh berpesan agar saudari dapat bersabar dan jangan patah semangat. Ini kerana dikala saudari hilang kedua itu, saudari akan menyusahkan diri saudari.

      Saya mendoakan saudari mendapat suami yang menghargai saudari atas ciri-ciri ini. Namun, janganlah pula di”hukum” suami saudari andai terjadi sekali dua keadaan yang mengingatkan saudari akan keadaan yang berlaku antara saudari dengan ibu saudari.

      Saya juga mendoakan keadaan berubah kepada lebih baik untuk saudari dan ibu saudari. :)

      • Nasib saya sama seperti bungasabar,Apr 16, 2011 @ 14:44:29…. Walau macam mana teruk pun saya diperlakukan, saya tetap menjadi anak yang baik dan tidak menyusahkan ibu bapa saya. Semasa saya hendak berkahwin dengan suami, ibu bapa saya sanggup mencarikan menantu aka isteri untuk abang saya supaya kami bersanding bersama2, kira main cekup jer sebab tidak suka menguruskan majlis itu untuk saya seorang. Kira kan abang dipaksa berkahwin dengan isterinya sebab ibu mengugut tidak akan membantu abang dimasa hadapan jika dia membantah cadangan ibu. Bapa saya sanggup mengugut untuk sepak terajang saya kalau saya membantah usaha mereka. Sedih sangat masa tu, hanya Allah saja yang tahu. Sehingga kehari ini, abang tidak putus2 menyusahkan ibu bapa saya. Ibu bapa saya terpaksa bantu abang dan keluarganya dalam segi kewangan sebab abang sentiasa kekurangan wang dan suka bergaya. Isterinya pula tidak pernah bekerja dan tidak malu meminta wang dari ibu. Ibu hendak mengaburi mata semua orang dengan mengatakan, abang seorang anak yang baik dan isterinya pandai berjimat cermat. Setelah 9tahun berkahwin, saya membawa diri berhijrah kenegara orang putih sebab meluat dengan perangai ibu yang asyik memuji mereka dan memperlekehkan saya dan suami. Walaupun hati terguris, saya tetap ingat pada ibu bapa saya. Sehingga lah dua tahun lepas, abang dan isteri bertengkar dan merajuk dengan ibu bapa saya sebab tidak meminjamkan mereka wang $5ribu. Abang berhutang kereta, sementara isterinya pula hendak membantu keluarganya yang dalam kesusahan. Ibu bapa saya sudah tidak bekerja dan akhirnya wang simpanan mereka semakin menipis sebab asyik berikan pada abang dan keluarga belah isterinya. Itu pun ibu saya merahsiakan perkara yang sebenarnya dari saya. Saya dapat tahu dari adik ipar saya, tapi diamanahkan supaya jangan bertanya hal ni pada ibu saya. Jadi saya pura2 tidak tahu perkara sebenarnya. Ibu saya licik, dia marahkan saya yang tidak memberikan dia wang, padahal dia sebenarnya hendak wang saya supaya dia dapat hulurkan pada abang. Dalam masa yang sama, ibu masih seperti biasa memuji abang dan kakak ipar saya. Maka bertambah meluatlah saya dengan perangai ibu saya yang hipokrit. Setiap kali saya tegur perbuatan ibu bapa saya, saya dianggap kurang ajar tapi kalau tidak tegurkan, menjadi2 manjakan abang dan isterinya sehingga ibu bapa sendiri tersiksa dalam diam. Susah hendak saya tanggani masalah ni. Duit bapa saya habis untuk abang dan isterinya, tapi bapa tidak pernah menghulur bantuan sesen pun pada saya. Diwaktu mereka senang, mereka tidak pernah ingat pada saya tapi bila mereka susah, mereka mencari saya dan menuntut hak mereka sebagai orang tua saya. Tapi bagaimana pula hak saya yang mereka telah abaikan berkurun lama iaitu kasih sayang dan ihsan dari ibu dan bapa sendiri? Saya meminta pertolongan sedara mara untuk menasihati ibu saya, sebab saya tahu, ibu sangat licik dan suka memutar belit cerita dan memburuk-burukan saya, serta memuji abang dan kakak ipar sebab mereka adalah anak dan menantu pilihan. Namun harapkan pagar, pagar makan padi. Sedara mara yang dengki dan tidak amanah, memburukan cerita saya pula sehingga menyampaikan pada ibu saya tentang tindakan saya. Ibu saya kecik hati dan menyindir bahwa saya mengaibkan dia pada orang lain. Masalah abang saya tidak akan selesai kalau ibu bapa saya tidak mahu mengaku kesilapan mereka dan sendiri tidak mahu berubah. Saya hendak minta nasihat sesiapa saja yang membaca ruangan ini, hati saya dah tawar sangat sehingga dari rasa belas dan kasihan pada ibu bapa bertukar pada benci. Macam mana saya nak ubat hati saya ni? Adakah saya berdosa besar sebab kecik kan hati ibu, sedangkan saya yang sebenarnya teraniaya? Saya sangat kecewa dan tawar hati, hingga saya tidak mahu menelepon ibu saya sebab ibu sangat manipulative.

        • Berdasarkan apa yang telah dinukilkan, saya fikir, saudari perlu utamakan suami saudari kerana saudari sudah pun berkahwin. Keutamaan saudari telah berubah saat saudari dinikahkan.

          Berkenaan dengan ibu bapa saudari, bantulah seadanya, tanpa membelakangkan suami. Mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya dan perlu kita teladani supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang sama…

          Wallahualam..

    • salam. saya terbaca luahan ht saudari td dan ingin bg sdikit pandangan. llaki or ppuan bukan lah jd ukuran sama ada doa kita mudah sampai pd allah atau tdak. begini… apabila kita dmaki…dkata macam2 yg pastinya mcabar ksabaran,kita akan mlenting! btol kan…tp brapa ramai yg cuba mendiamkan dri stp kali dmaki? yg mnzalimi akan mgalah apbila xada yg mlawan…yg marah2 akhirnya akan penat apbila xde yg melawan… yg ego akan kalah apbila kita mulakan teguran. ksimpulannya,cara terbaik…saudari diamkan dri saja..biarlah apa yg dkata,ingatlah,sape yg ibu saudari akan cari bila di akhir hayat dia nnti,adakah adk bradik saudari yg xpandai bdkaari tu?? sy xfkir macam tu……kalau kita hitungkan umur,brape lama sgt ibu kita blh hdup? tp ajal maut allah yg tentukan…pergaduhan ni,hanya akan tjadi kalau ada pihak lawan,kan? so,kalau sudari bt senyaaaaap je,ibu akan terus bising atau stop?

      Biarlah dia maki hamun…1 hari,penatlah dia….insya allah..kalau dh xtahan mdengar,cubalah pekakkan telinga stp kali dmaki,..hanya ksabaran mjd ukuran dsini…sy doakan smoga saudari mdapat kkuatan mnahan dugaan ni…ia hanya lah ujian sblum saudari BERTEMU ALLAH.

  21. Assalamualaikum, saya ingin menceritakan pengalaman saya.
    Ayah saya tidak benarkan saya keluar bersama kawan saya yang tinggal di kawasan dan sekolah yang berlainan mulai hari ini. Saya berasa amat sedih kerana di sekolah saya, saya tidak mempunyai seorang kawan pun. Saya tidak boleh belajar dengan baik jika tidak mempunyai sesiapa yang boleh membimbing saya. Saya masuk ke bilik saya bersendirian. kemudian bila saya keluar dari bilik dan dimarahi lagi oleh bapa saya. Saya berasa amat sedih dan saya tidak sanggup untuk mengeluarkan kata-kata ingin menjelaskan keadaan saya di sekolah. Saya bersendirian. Saya berasa amat sedih dan marah lalu lari ke dalam bilik dan menutup pintu dengan kuat. Saya tak nak mengeluarkan sepatah perkataan pon kerana takut menjadi anak derhaka. Kemudian ayah saya datang lagi ke bilik saya dan marah sangat. Dia cakap buruk tentang saya. Dia mengatakan bahawa saya ini kurang ajar kerana tutup pintu dengan kuat. Dia mencaci saya, mengatakan bahawa saya tidak pernah sembahyang, tidak pernah belajar, dia cakap pasal “1 HARI TIDAK BOLEH KELUAR” nak sampai kurang ajar macam ini. 1 hari?! tadi dia kata jangan keluar dah? dia nak menang je, apa-apa salah dia, dia letakkan kat saya. Jadi saya pulak salah. Saya rasa macam nak lari dari rumah. Saya taknak bergaduh dengan ayah saya. Demi kebaikan, patutkah saya lari dari rumah?

    • waalaikumussalam,
      saya agak kurang jelas dengan apa yang berlaku. apakah bapa saudara marah saudara berpunca daripada tindakan saudara? jika bapa saudara marah kerana saudara tidak sembahyang walaupun sudah diajar dan ditegur, wajarlah saudara dimarahi.

      saudara,
      saya fikir bukan bapa saudara nak menang sahaja. daripada ayat saudara, saya fikir juga lebih elok juga daripada “langsung tidak boleh keluar” dengan “1 hari tidak boleh keluar”.

      saudara,
      apa yang saya nampak dan nilai, bapa saudara sayangkan saudara. mungkin cuma saudara kurang jelas akan niat dan tujuan tindakannya. mungkin saudara hanya nampak dia marah, tetapi sebab apa dia marah saudara kurang jelas.

      lagipun, lari dari rumah bukan jalan penyelesaian yang baik. mungkin pada saudara ianya menyelesaikan masalah. tetapi percayalah, ianya hanya sementara.

      Oleh itu, saya berpendapat, adalah tidak wajar saudara ingin lari dari rumah. berbincanglah dari hati ke hati dengan bapa saudara secara elok. :)

  22. saya nak tanya pendapat…seringkali kata derhaka kurang ajar ank kepada ibu bapa…apa plak hukum menantu kepada mertua…selalu kita dengar menantu perempuan n ibu mertua…tetapi jarang dengar menantu lelaki dengan ibu @ ayah mertua…mmg syurga dah di telapak kaki suami…tp salahkan seorang isteri membela ibu dan bapanya apabila suami bersikap kurang ajaq ngan family mertua???suami sering tunjukkan sikap tidak suka pada ibu dan ayah mertua padahal tiap kali pulang ke rumah mertua si suami di lyn sebaik mungkin…sehingga suami ne kata pada ibu mertuanya bongok bangang…dan apabila balek ke rumah mertua ibu dan ayah mertua hulurkan tangan untuk bersalam tetapi tidak disambut….sedangkan anak2 dijaga oleh ibu serta ayah mertua..tetapi suami berkata anaknya dijaga bukan dengan ikhlas hati tetapi kerana duit…sedangkan satu sen pon suami x pernah bagi untuk dorang…segala keperluan anak termasuk susu dan pampers semua ditanggung oleh ibu dan ayah mertua serta adik iparnya…apa pula hukumnya jika begitu???

    • ct tanjung,
      apabila sudah bernikah, ibu bapa mertua adalah satu tahap yang sama dengan ibu bapa kandung. oleh itu, ibu bapa mertua juga perlu dihormati sebagaimana ibu bapa kandung.

      Namun, suami dan isteri harus tahu keutamaanya dan perlu juga mengambil kira urusan rumahtangganya sendiri. Dalam keadaan terlalu menurutkan kehendak semua pihak (hanya atas sebab taat) sehinggakan membahayakan rumahtangga sendiri, ini tidak digalakkan.

      Dalam situasi yang saudari berikan, perlu dilihat punca kepada keadaan tersebut.

      Dari satu sudut, ya, suami kurang ajar kepada mertua. Suami itu juga dilihat seperti mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa juga.

      Akan tetapi perlu juga dinilai sudut lain. Bagaimana pula jika suami sebenarnya tidak meredhakan anak-anaknya dijaga mertua, tetapi tindakan itu dibuat oleh isterinya? Bagaimana jika tindakannya untuk tidak memberi itu sebagai isyarat kepada isterinya yang dia tidak setuju anak-anak dihantar dan dijaga oleh keluarga mertuanya?

      Dalam keadaan situasi diberikan, semua pihak perlu menghormati tanggungjawab masing-masing dan dilaksanakan.

      Terima kasih.

  23. Assalamualaikum,
    Saya ada persoalan, mak saya slalu cakap,tiada istilah ibubapa derhaka kepada anak. Bukan kah anak ini anugerah Allah,dan hati kami juga perlu di jaga?
    Apakah bukti hadis @ ayat Al-Quran yg menyatakan ibu bapa juga boleh derhaka kepada anak-anak?

    • waalaikumussalam,
      Setahu saya tiada yang diterangkan dengan jelas dan terang dengan apa yang anda ingin cari.

      Namun telah digariskan bahawa ibu bapa juga ada tanggungjawab terhadap anak-anak. Anda bolehlah cari dalam Al-Quran dan hadis-hadis.

      Beginilah..jika ibu bapa mengabaikan tanggungjawab mereka, apakah mungkin anak-anak yang soleh dan tidak derhaka boleh dihasilkan?

      Mengambil skop yang lebih luas (tetapi dalam urusan keluarga) begitu juga tanggungjawab antara suami dengan isteri. Isteri perlu taat pada suami dalam perkara-perkara yang menjadi tanggungjawabnya. Begitu juga suami perlu menunaikan tanggungjawab kepada isterinya.

      Jika hanya satu pihak bertanggungjawab ke atas pihak lain, tetapi tiada daripada pihak lain itu, apakah mungkin berlaku hubungan yang harmoni? Fikir-fikirkan.

      Sila juga rujuk kisah dalam artikel ini.

      Terima kasih

  24. bagaimanakah hukumnya anak itu tidak menghormati isteri-isteri ayahnya? (selain ibu kandungnya)

    Syukran atas reply nya.

    • Maaf Wan kerana tidak dapat memberi respon lebih awal.

      Boleh saudara huraikan apakah maksud soalan saudara? Tidak hormat yang bagaimana? Jika tidak hormat kerana tidak menurut kata (dalam erti kata menurut arahan), lain keadaannya (kerana keutamaan adalah ibu bapa sendiri). Tidak hormat dari sudut perlakuan dan tutur kata, ianya sama seperti tidak menghormati orang yang lebih tua.

      Harap lebih jelas dalam memberikan situasi ya. :)

  25. anak2 saja y sering dtunding jari..mmg pelik topic ni nk dbincangkan sbb ibu bapa tu kan dmuliakan..ade tak ayat quran y ade kaitan dgn topic ni..menzalimi anak sndr.
    ape jadi pulak kalo mak ayah pilih kasih, ade tak dorg pk ape y anak tu rase..
    disisihkan..dimaki tak tentu pasal..ade je yang tak kene di mata..
    mcm mane nk tmbul perasaan sayang kalo dari kecik kebencian y d semai..
    bile menjauh diri, d tuduh anak derhaka..

  26. as salamm..

    saya sedar saya dalah anak derhaka walau sy tk pernah menengking mak saya..
    baru2 ini saya dan adik bergaduh dengan mak .. adek saya dimarahi kerna tidak dpt membantu nya di kedai.. adeik saya ni sudah berkahwin dan bersuami .. ketiak memngiil adik sya mnolongnya adek sya sdnagg mngemas umah dan hndak pulng ke kg.. mak sya kecik hati kerana tidak dpt menolongnya. saya pula kerana tk dpt nk byrkan duit kereta, sedngkn gji sy bru msuk. seolah2 salah kami berdua terlali besar.. keesokannya saya lihat di fb mak syaa telah mnulis bahawa saya ngn adek num dua ni anak tak kenang budi. pentingkan diri. dye mngungkit semua yg diberi sejak dari kecil sampai ke besar.. akhirnya smpi sekrng saye tk mnegur mak sye begitu jgk dggn adek.. sye jgk tidak mkn dirumah kerana takut diungkit.. saya tak phm ape yg mak sya tk puas hati sedngkn setiap bln sye dh bg wet berlnja kn dapur byr api air.. bila dye ckp cm tu n nak memlaukan kami dua beradik seolah saya ni btul2 anak yg sangnt jaht,, ayah saya pula adalah kaki judi. dan seringkali tidak bawa duit balik.. sya lah yg membntu berlanja kan dapur. adek beraditk seramai 8 org dan sya anak sulong. bolehkah seorng ibu mngungkit setiap apa yg dipertngungjwb kn.. saya juga mngetahui bhw saya ni ank luar nikah… apa ptut sye buat yerr.. mak saya pnh ckp saya ni seperti pelacur.. adakah sebnrnye dye bncikan saya .. dan kerana saya die terpksa berkahwin dengan ayah sya…

    • Assalamualaikum,
      Agak berat juga situasi yang saudari hadapi. Berat kerana mengambil kira bagaikan seolah saudari permulaan bebanan kepada hidup ibu saudari bergelar ibu (berdasarkan situasi yang saudari gambarkan).

      Ini sekadar pandangan peribadi saya. Mungkin sesuai, mungkin tidak.

      Apa yang saudari tempuhi ini dugaan buat saudari. Diharap saudari jangan patah semangat dan patah harap. Mungkin ya, boleh kita beranggapan ibu saudari membenci saudari kerana “terpaksa” kahwin kerana sudah terlanjur dan saudari dalam kandungan.

      Akan tetapi, dari sudut yang positif, saudari boleh dikira beruntung kerana ibu saudari tidak menggugurkan kandungan dahulu. Setidaknya, ada juga perasaan kemanusiaan dan tanggungjawab yang ibu saudari lakukan.

      Namun, dalam pada itu, tidak kira anak luar nikah atau tidak, tanggungjawab ibubapa perlu ditunaikan. Berkenaan mengungkit balik tentang tanggungjawab yang telah ditunaikan, pada saya bergantung kepada keadaan. Jika saudari dan adik beradik langsung tidak bertanggungjawab kembali sebagai anak kepada ibubapa, perlulah ditunaikan sebaik yang boleh.

      Namun, bagi adik saudari yang sudah berumahtangga, keutamaannya kini kepada suaminya.

      Doa dan harapan saya kepada saudari, berusahalah menjadi anak yang lebih baik. Mungkin kurang elok ibu mengungkit dan menulis status sebegitu di facebook, namun tidak bermakna saudari harus patah semangat atau merasa tertekan yang amat. Harap saudari banyak bersabar menghadapi dugaan ini. Jika berkemampuan, pimpin dan bimbinglah kedua ibubapamu ke arah kebaikan sementara belum bersuami (mengambil kira keutamaan saudari berubah selepas berkahwin kelak).

  27. Salam,

    Saya punya masalah yang agak berat dan telah lama berlarutan..

    Saya dibesarkan dlm sebuah keluarga yg agak ketat cara pendidikannya.. Ayah saya seorg bekas polis dan seorg yang sangat tegas dan agak pemarah.. Sejak kecil saya tidak begitu rapat dengan kedua org tua saya mungkin kerana saya tidak dpt menerima cara pendidikan yang terlalu ketat dan too much verbal abuse.. Ayah apabila marah sering mengeluarkan perkataan2 yang sangat menyakitkan hati.. Oleh yang demikian , saya mencari perhatian dari pakcik saya yg kebetulan tinggal bersama keluarga..

    Saya membesar di bawah jagaan pakcik saya dan Alhamdulillah.. saya membesar dgn baik.. Walau bagaimanapun, saya tetap menghadapi kemurungan yang agak serious kerana pada tahun yang sama saya menghadapi ujian PMR dan SPM, pakcik saya terpaksa berpindah ke daerah lain kerana tugasan (pakcik saya juga seorg polis).. Bukan saja saya tidak mendapat sokongan moral utk menghadapi ujian terpenting ini, tetapi saya kerap kali dibanding-bandingkan dengan sepupu-sepupu saya yang jauh lebih bijak dari segi akademik.. Saya teringat semasa mendapat result PMR dengan keputusan 5A, saya disambut dingin oleh kedua org tua.. Begitu juga dgn SPM di mana saya diasak dengan bermacam2 kata2 yang sangat menyakitkan hati walaupun keputusan saya agak baik..

    Sekarang… pakcik saya telah kembali menemui Ilahi , saya terasa sangat2 kehilangan.. Tiada siapa yang memahami situasi saya , termasuk adik-beradik yang menganggap saya terlalu sensitive… (siapa la yg tak terasa kalau mak ayah sendiri marah2 anak dengan perkataan “babi” , “muka kau mcm iblis syaitan” atas perkara2 yang remeh??) Saya cuba utk berbaik2 dngan kedua org tua saya tapi tiap kali mereka melontari kata2 yang menyakitkan hati, saya seolah sudah tawar hati… Saya juga mendapat tahu yang pakcik telah meninggalkan sebuah account ASB atas nama saya dengan sejumlah wang yang banyak untuk saya tetapi disimpan dan diguna sendiri oleh kedua org tua saya atas keperluan mereka sendiri dan juga untuk adik saya (konon nya adik saya akan melanjutkan pelajaran.. tapi adik saya sekarang sudah bekerja dan alasan itu langsung tidak munasabah).. Saya semakin tawar hati….

    Apabila saya mengambil tindakan mendiamkan diri semasa mak ayah memarahi saya, saya dilontari dengan tuduhan “anak derhaka”.. bukan sekali dua.. tetapi terlalu banyak.. sehinggakan saya menghukum diri sendiri dan menganggap diri tidak akan punya keberkatan hidup kerana telah “didoakan” seumpana itu oleh ibubapa sendiri…

    Bagaimana saya hendak mengatasi masalah begini kerana saya langsung tidak berdaya… saya pernah beberapa kali cuba untuk membunuh diri kerana terlalu tertekan dengan ibubapa yang terlalu “toxic”….

    • Assalamualaikum saudari,
      Pertama sekali, maaf kerana lambat membalas komen.

      Keduanya, tahniah buat saudari kerana masih berkemampuan menahan diri daripada terus cuba membunuh diri. Ketahuilah tindakan membunuh diri itu tidak akan membantu saudari, biarpun dialam lain nanti.

      Apa yang saya boleh saya cadangkan adalah cuba saudari abaikan mana-mana perkataan kasar yang diucapkan oleh ibubapa saudari. Saya faham dan sedar, amat susah untuk saudari berbuat begitu. Namun, cubalah untuk “memekakkan” telinga untuk ayat tersebut ketika keadaan begitu berlaku.

      Keduanya, cubalah elakkan situasi yang mungkin menyebabkan saudari dimaki sebegitu rupa. Saya pasti saudari telah dimarahi dan dimaki banyak kali untuk pelbagai sebab dan dalam perbagai keadaan. Cuba kaji keadaan-keadaan tersebut, punca dan bagaimana saudari boleh dmaki sebegitu. Jika ianya berpunca daripada saudari sendiri, cubalah untuk menjadi lebih baik. Menjadi lebih baik dengan mengaku silap dan tidak mengulangi kesilapan yang sama. Jika bukan salah saudari, cuba elakkan keadaan yang sama berulang kembali. Cuba baca tanda-tanda kepada bagaimana keadaan tersebut boleh berlaku.

      Ketiganya, saya tahu tindakan ibubapa saudari itu agak salah kerana menggunakan harta yang ditinggalkan arwah pakcik saudari untuk saudari. Namun, anggaplah ianya sebagai sedekah dan bantuan untuk adik beradik saudari. Paling tidak (jika kecewa yang amat), anggaplah itu sahaja yang termampu buat masa ini untuk saudari membantu keluarga saudari. Saya cuma mampu berdoa agar saudari dapat mengikhlaskan diri dalam membenarkan mereka gunakan harta tersebut dan semoga Allah membantu saudari dikemudian hari.

      Semoga hari-hari saudari dipenuh rahmatNya. Saya doakan agar saudari tidak lagi cuba untuk membunuh diri. Banyak-banyak istighfar jika tertimbul fikiran begitu. Cari bahan bacaan yang berkaitan akibat, balasan dan hukum orang membunuh diri untuk membentengi diri saudari daripada terfikir untuk bertindak membunuh diri.

      Saya juga mendoakan agar urusan kita dipermudahkanNya.. insyaAllah

  28. assalamkm,
    sy ingin bertanyakan kemusykilan dalam hidup saya. Ibu bapa saya masih ada dan sihat,alhamdullillah. tapi sbg anak, sy amat kecewa dan jauh hati tentang sikap ibu saya yang suka merendahkan, mengutuk, mengumpat dan mengejek sy kpd jiran2 dan kawan2 nya. Kadang2 sy terdengar perbualan mereka tp hanya mampu terdiam.Sy amat banyak terasa hati dgn ibu yg jg pernah mengutuk bapa saya di belakangnya. Kasihan sgt dengan bapa, bukankah menjaga maruah suami adalah wajib?Akibatnya, antara ibu,jiran dan kawan2nya menjadikan kami bahan ketawa.Sy sgt2 sedih, tp masih diam kerana tidak mahu pergaduhan antara anak dan ibu,Sehingga tahap kesabaran maksima, sy mengadu senyap2 kpd adk sy, tetapi malangnya ibu terdengar dan menyedari kami ketika itu.ibu sgt2 marah dan mengatakan dia benci sy dan dia kata saya anak derhaka.Seharian di tidak mahu memandang muka sy atau bercakap dgn sy.Sy tahu syurga di bwh tapak kaki ibu, ttp hak dan maruah seorang anak spt sy?sy x terjawab soalan ini dan masih tercari2 jawapannya.

  29. HAK DAN MARUAH SEORANG ANAK..
    adalah isu yg seringkali dilupakan dan dibuat-buat tidak tahu oleh ibu bapa zaman moden skrg.

    Yg asyik dipersalahkan adlh anak-anak/ generasi lebih muda. sy juga melalui situasi spt ini. Jika si anak perempuan telah berkahwin, ok la tu, ada alasan ikut suami. kalau yg anak dara dewasa/ belom berkahwin, tgal serumah dgn ibu jenis mcm ni, lagi laaa besar dugaan/ujian dari-Nya. Tak tau sapa yg perlu dipersalahkan kerana kita pun ‘darah muda’ .

    Cuma bagi sy, sy cuba elakkan dari berkata2 ketika rasa amarah yg amat pd ibu kerana takut kata-kata ketika marah itu akan ada unsur hina/aib. Tetapi, ada masanya terlepas juga kata-kata kasar itu kepada ibu. Sy akan cepat2 bertaubat, berdoa/mengadu kpd Allah yg Maha Mengetahui dan Maha Mendengar. Alhamdulillah, setakat ini selepas proses ‘mengadu’ kpd Allah itu, hati sy akn berasa lebih lega dan dipelihara drpd segala mala petaka.

    Sy menasihatkan kpd kwn2 sekalian agar tidak terus menerus menyalahkan diri sendiri atau putus harapan apabila berhadapan dgn isu-isu sebegini yg mana behaviour/attitude ibu kita itu adlh tidak normal spt ibu-ibu penyayang yg lain. Allah yg telah metakdirkan ‘mereka’ sebagai ibu kita, adakah Allah SWT itu tidak berlaku adil terhadap kita ? Adakah Allah sengaja mahu ‘mencelaka kan’ kita ? Jawapan nya tentulah TIDAK… Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang…

    Jadi, jgan biarkan perasaan pasrah/putus asa/ mati akal etc terus menerus menguasai hati + akal kita. Ambil wuduk, semayang dan mengadulah serta berdoalah kepada Nya…hadapilah kaum ‘ibu-ibu tidak normal’ ini dengan penuh keikhlasan mengikut kesanggupan masing2. Gunalah AKAL anugerah Allah beserta dgn ilmu agama yg tidak seberapa itu dgn sebaik-baiknya…yg plg penting, ambik lah iktibar, agar kita tidak akn sekali-kali mewarisi sikap ‘abnormal’ ibu kita ni in order for us to be the best mother ever…..aminnnnnn

  30. Assalamualaikum,

    Saye pon ade masalah dgn mak ayah kandung jugak ni….Masalah ni timbul setelah saye berkahwin dan bekerja. Alhamdulillah, saye dpt keje bagus dan dikire mewah dlm hidup saye. Mak Ayah selalu tak puas hati dgn ape yg saye lakukan, nak saye lebihkan keluarga saye jer dalam semua bende (mase/duit /layanan dsb)….Keluarga mertua saye bukan nyer org susah, diorang tak heran dgn ape yg saye ade….dan diorang tak ambik kisah pon saye lebihkan keluarga saye……Bende ni berterusan berlaku sampai skang (dah 6 tahun kahwin). Syak wasangka terhadap isteri saye tak penah padam, ade je yg tak kene,,,,mcm2 tuduhan mak ayah saye dah buat kepade isteri saye, isteri saye terus bersabar dan telan je semua kerenah mak ayah saye..terlampau banyak tohmahan tak berasas kami kene….Banyak kali kami ade krisis dgn mak ayah saye, akhirnyer kami jugak yg mengalah,mak ayah saye tak penah pon nak insaf dan sedar… sebelom ni saye pernah tak bawak isteri saye balik kampong selama 2 tahun (waktu tu belom ade anak)..die tak suke isteri saye…fitnah isteri saye ade laki lain….cube nak bolot harte saye….menghabiskan duit saye…..akhirnyer kami mengalah jugak dan mintak maaf walaupon bukan salah kami….tapi kali ni saye nekad untuk “bawak diri”, dah 2 bulan saye tak telefon, tak balik kampong (tapi duit belanja tiap2 bulan saye masih masukan dlm akaun mak saye),,,, tak lame lagi saye nak dpt anak kedua, saye nekad taknak bgtau diorang langsung dan saye takkan telefon dan balik kampong sampai diorang betul2 sedar dan insaf….biarlah die rase insaf dgn kehilangan saye……biarlah ia berterusan sampai bile-bile, selagi diorang tak sedar dan insaf, saye takkan mengalah kali ni…memang la perit utk saye hadapi semua tu tapi saye dah nekad….semua ni utk kebaikan diorang…saye nak diorang insaf dgn perangai suke memfitnah/riak/takbur/suke mengharamkan itu/ini…sampaikan air susu yg diberikan pade saye waktu kecik pon die haramkan, sedih betul saye rase…bukankah itu tanggungjawab si ibu???……Ayah saye pon suke mengharamkan saye jejak kaki ke rumah die bile kami ade krisis…..Walaupon saye dah nekad, saye takut saye tak cium bau syurga dgn tindakan saye ni…….Adekah tindakan saye ni betul?…..Tolong lah saye pilih jalan yg tepat….

    • assalamualaikum Jiwakacau,
      Berdasarkan komen anda, saya secara peribadi berpendapat tindakan yang saudara ambil ini ada keburukan dan kebaikannya.

      Dari satu sudut, ianya boleh dinilai sebagai agak kasar (walaupun saudara tidak berbuat apa pun secara fizikal, cuma mendiamkan dan menjauhkan diri). Sebagai anak, sudah tentu kurang elok tindakan yang saudara ambil Apatah lagi menjauhkan cucu yang bakal lahir dengan tok dan neneknya.

      Apa yang saya boleh cadangkan adalah, setidak-tidaknya telefonlah sebulan sekali bertanya khabar. Mungkin jika marah sangat sekali pun, apalah kiranya angkat telefon “Hello, mak ayah apa khabar? Harap semua sihat. Saya doakan mak ayah sihat hendaknya. Baiklah mak ayah, saya mintak diri, assalamualaikum.”

      Berkenaan dengan tuduhan dan segala syak wasangka, biarlah masa yang menentukan. Mungkin apa yang boleh saya cadangkan, janganlah dilayan atau dimasukkan ke dalam kepala saudara. Melainkan ianya menganggu gugat rumahtangga saudara, ambillah tindakan dengan sewajarnya. Paling ekstrim, bawa kedua belah pihak bersua muka dan bicarakan tuduhan itu secara terbuka dan secara berhikmah. Jika perlu orang tengah, bawa sekali orang yang cukup ilmu dan bijak. Jika perlu dibawa kepada pejabat agama untuk sesi kaunseling, bawalah ke sana.

      Harap pandangan peribadi saya memberi saudara beberapa lagi alternatif kepada saudara untuk menghadapi masalah ini.

      Terima kasih.

  31. salam

    mohon pencerahan.

    1.apakah hukum,apabila seorang anak yang sudah berusia 25 tahun,dan hati dan dirinya mahu ke majlis ilmu mahupun ke program pentarbiyahan diri,namun begitu dihalangi oleh ibu ayah.bukan sekali malah berkali-kali.disamping itu,apabila anak membeli buku-buku islami dikatakan ianya suatu pembaziran dan terus diterjah dgn ayat sebegini,”kau duduk kat rumah baca quran,solat dah cukup.” sedangkan anak itu terlalu kurang dan kontang akan ilmu-ilmu agama kerana tidak berguru.bagaimana dia mahu memahami hukum tajwid,tadabbur ayat-ayat Allah dan memahami tafsir dengan hanya sendiri-sndiri sahaja?dan ibunya pula juga tidak langsung bertilawah dengan ayat-ayat Allah itu.

    2.apakah yang patut dilakukan oleh anak itu?mungkin Allah belum lagi memakbulkan doanya dan mengharapkan hamba-Nya itu terus bersabar?namun,keinginannya untuk memahami islam dengan pemahaman yang sebenarnya terlalu membuak-buak.dia bimbang andai level imannya menurun krn tiada bimbingan yang sewajarnya.

    3.dan adakah menjadi dosa apabila seorang anak itu tetap keluar untuk ke majlis ilmu setelah memohon kebenaran walaupun ianya dihalang.
    jazakallah.

    insan yang lemah.

    • Assalamualaikum hkk,
      Maaf kerana terlepas pandang komen saudara.

      Adalah menjadi salah satu tanggungjawab ibubapa untuk mempersiapkan anak-anak dengan ilmu, apatah lagi ilmu akhirat. Jika tiada kemampuan untuk mengajar sendiri, hantarlah kepada mereka yang boleh. Ini yang saya fahami daripada Tazkirah ini.

      Baca Al-Quran dan solat semata tidak cukup. Carilah ilmu dan sentiasa berusaha memperbaiki diri.

      Oleh itu, saya berpendapat adalah tidak menjadi kesalahan dan dosa untuk saudara mempelajari dan menghadiri ke majlis ilmu dengan ikhlas. Untuk mengelak rasa kurang senang, mintalah kebenaran dengan cara berhikmah.

      Wallahualam..

  32. apakah hukum ank yang derhaka kepada ibu tiri ataupun bapa tiri? Tidak menghormati ibu bapa tirinya, menengking dan mengherdik ibu bapa tiri dengan menggunakan perkataan áku dan engkau’, apakah hukumnya sama dengan derhada kepada ibu bapa kandung?

    • lynnz,
      Dalam pengetahuan saya, ibu tiri atau bapa tiri itu sama taraf dengan ibu bapa kandung kita kerana mereka itu adalah pasangan kepada ibu/bapa kita. Maka, perlulah anak itu mentaati ibu/bapa tiri itu sebagaimana yang sepatutnya.

      Wallahualam…

  33. assalammualaikum…
    saya nak tanya..adakah anak yang derhaka kepada ibu bapa boleh bertaubat.
    adakah taubatnya itu boleh diterima.. saya sangat jahat.. saya telah melakukan kesemua dosa -dosa besar . menderhaka kepada ibu bapa, berzina, membunuh, minum arak. memutuskan tali persaudaraan. saya dan teman lelaki telah berzina sehingga saya mengandung, teman lelaki mahu masuk meminang saya tapi dihalang oleh ibu bapanya. kerana kecewa saya terjun dari tingkat 2 rumah saya untuk membunuh diri. tapi saya tak mati saya masih hidup tapi anak yang saya kandungkan keguguran. melihat keadaan saya, teman lelaki melarikan diri dari rumah dan menikahi saya tanpa restu ibu bapanya dan kedua ibu bapa saya.
    sekarang kedua orang tua saya tiada lagi.. kedua orang tua suami masih tidak mahu menerima saya. walaupun puas dipujuk. keluarga saya semua sudah membuang saya kerana malu saya kahwin cuma dimasjid tiada majlis. malah sekarang saya dan suami hidup sebatang kara. harta yang kedua ibu dan bapa saya tinggalkan untuk saya juga dirampas oleh ahli keluarga. saya paham apa yang terjadi adalah balasan saya atas perbuatan dosa dosa besar saya. saya redha, sekarang saya cuma mahu bertaubat. tapi adakah taubat saya akan diterima.. bagaimana caranya supaya taubat saya diterima.. adakah saya tak perlu bertaubat sebab saya memang sah masuk nerakaa..setiap kali saya solat saya tertanya tanya adakah Allah sanggup memandang saya yang hina ini.. saya dan suami memang jahil tentang agama.. bukan kurang didikan tapi telah lama ditinggalkan banyak yang kami tidak tahu..sekarang bila saya hendak mengaji saya takut tersalah sebutan, bila saya membaca surah didalam solat saya tak pasti adakah betul sebutannya.

    • saudari,
      Diharap saudari jangan berputus harap.

      Sesungguhnya Allah Maha Mengasihani dan Maha Pengampun, Selagi dirimu masih bernyawa, hanyalah Allah yang berhak mengampunimu untuk dosa-dosamu denganNya. Bertaubatlah nasuhalah, dan jangan diulang maksiat tersebut. Saya atau sesiapa pun tiada hak untuk menafikan hak taubatmu melainkan Allah. Hanyalah Allah yang menentukan syurga neraka mu.

      Dosamu dengan Allah, hanyalah Allah yang menentukan. Dosa sesama manusia, minta maaflah dengan hamba Allah tersebut.

      Wallahualam..

  34. anak2 kena sentiasa beralah dengan ibu bapa kerana tiada mereka tiadalah kita di dunia nih…. ingat tu…..

  35. Salam.. sy nk tye.. ibu bapa sy bercerai ms umo sy 10 thn & skang umo sy 25.. Masing2 da kwen laen.. ms kecik kami tggl dgn bapa n skang da bekerja kami berhijrah ke negeri mak n ayah tiri sy menetap… masalahnya skarang ni ayah tiri sy xnk mengaku yg sy & adik bradik adalah anak tirinya.. seboleh bolehnya die xnk jiran2 tau yg kami ni anaknye.. bila ada org bertanya die akan ckp adik.. mcm 2 jgk dgn mak sy yg ikut jer kehendak suami die…mayb die malu sbb ayah tiri sy muda, umo 35 n mak sy 47.. mak sy jnda anak 5.. dorg kwen da 12 thntp dlm situasi laen die ok.. bole jd kwn…Kakak sulong sy seorang yg keras kpala, die yg smpi skrang xbole trima keadaan 2, die sllu melawan ckp ibu sy & alasan yg di gunakan sbb mak x mengaku anak.. knp perlu jg hati dorg sedangkan dorang pon xjg hati ank2.. sy trima jer keadaan ni krn mls nk gduh.. sy layankan jer ap yg mak & ayah tiri sy nak.. dulu sy pena jgk persoalkan psl ni & sllu gduh dgn ibu sy smpi die kecil hati.. tp kami adik bradik pon kecil hati dgn sikap ibu & ayah tiri kami.ibu sy bukan la seorang yg terlalu teruk cuma masalahnya kami x membesar dgn die, ayah tiri sy lau kitorg duduk rumah die kena byr sewa..pena kakak sy bergaduh dgn mak sy smpi die mengeluarkan kata2 “kau bkn mak aku”… sy pening dgn keadaan ni.. sy sudah bersuami tp suami sy masih xtau lg psl perkara ni… sy xtau nk crita mcm mn.. sy perlu crita kt die sbb sy xnk bila dpn jiran nt mak n ayah tiri sy ckp die adik ipar bkn menantu n sy xnk die tau dgn cr mcm 2.. sy pon xtau nk slh kan siapa dlm hal ni, kakak sy yg x hormat ibu sy atau ibu n ayah tiri sy yg mcm 2.. & kakak sy byk bt ibu sy menangis dgn sikap die..sy tau kakak sy mmg derhaka dgn ibu kami tp die mcm 2 sbb ibu sy x mengaku kami ni ank dpn jiran2 n adik bradik ayah tiri sy..

    • assalamualaikum Pn Bella,
      Sedih saya apabila membaca apa yang puan lalui. Diakui, apabila ibubapa tidak mengaku anak (atau sebaliknya), ianya sesuatu yang tidak sewajarnya berlaku. Meskipun ianya mungkin bicara ketika dan saat itu sahaja, ianya tidak seharusnya berlaku,

      Dalam situasi puan, saya berpendapat tentu amat sukar apabila ayah tiri tidak mahu mengaku anak-anak tirinya. Dan lebih menyedihkan, ibu puan menurut kata suami barunya begitu sahaja.

      Beginilah… memandangkan puan dan kakak puan telah pun dewasa dan kini sudah berumahtangga, keutamaan kini adalah kepada suami. Penuhilah yang itu. kerana itu keutamaan puan sekarang.

      Berkenaan dengan perihal ayah tiri dan ibu puan, mohon ampun dan minta halal makan minum sepanjang dalam penjagaan mereka. Khabarkanlah juga kepada suami puan dengan secara berhikmah agar suami tidak bertindak secara negatif.

      Semoga padangan ini dapat membantu.

  36. sy sedih sangat ngan kehidupan saya.slalu saya ada perselisihan faham ngan mama saya.saya tak nak tinggi kan suara tak nak marah dia. tapi setiap kali pun dia akan buat saya terasa SAYA ANAK DERHAKA.
    situasi pertama: minggu nie saya nak pulang pastu dia akan kata. tak habis2 nak balik je. dia pun tahu setiap 2 minggu saya akan balik. dia langsung tak menghargai saya. sy rindu dia. tapi bila balik macam menyusahkan dia je,
    situasi kedua: sekarang kau dapat duit ptptn tak minta la duit dekat abh.nanti bila da habis kau sebuk nak minta duit kat abh.dulu abg kau minta sebulan rm100 je. saya betul2 jimat tak nak bagi duit habis sampai abh saya hairan kenapa saya tak minta duit.saya malu sangat. nanti ada yang tak puas hati.
    situasi ketiga: saya nak pegi makan. sepanjang jalan dia nak bawa saya pegi makan dia akan menrungut ja.macam tak iklas je. tak faham saya apa masalah dia.sy pun teringin nak makan dengan mama. SAYA MASIH ADA MAMA KENAPA KENA MAKAN DENGAN BF JE SELALU.
    situasi keempat: SAYA RINDU MAMA. tapi bila col. kau nie tak habis2 col.kenapa dengan kau nie ha. dok belajar dok teringat rumah ja.
    situasi kelima: kau nak pergi sabah tak. kalu nak pegi sabah sediakan duit rm900. (saya masih belajar dan mengharap duit ptptn dan dia seorg pegawai tinggi) saya ckap tak apa la.pegi la enjoy.saya dirumah sorg2 pun ok. Dia pun tempah tiket da,nak pegi.
    setiap kali pun ada perselisihan.kadang2 tak de sebab pun kenapa dia perlu marah saya tapi dia kata dia menyampah tengok muka saya.(kejadian di pagi hari raya haji). bila dengan org luar dia ckap baik ja.anak angkat dia ckap baik ja.dengan sy kadang2 ckap seperti mau sindir2 saja. pastu dapat title ANAK DERHAKA bila saya melawan.sy da tak larat nak besabar.kadang2 dia seperti pentingkan diri.bila dia kenyang sy dia tak kisah pun. tapi bila saya keluar dan dia lapar dia mengharap kan sy beli makanan untuk dia tanpa menalifon saya. yang sedih nya bila sy col dia nak tanya nak makan tak.dia akn ckap dengan nada y garang, tak payah la.tak lapar.dia seorg yang baik.tapi dia suka buat saya terasa ngan kata2 dia.kadang2 tu mcam nak kena gadoh baru dia nak fikir. macam susah je bela sy sorg. SAYA SAYANG KAN DIA TAPI SAYA ANAK DERHAKA SEBAB DIA TAK PENAH FAHAM.

    • Saya boleh membayangkan betapa perit apa yang anda lalui.

      Beginilah… patuhilah ibubapa mu selagi mana ianya tidak melanggar hukum agama.

      Berdasarkan apa yang anda tulis, cara mama anda bagaikan ada yang tidak kena. Cuba dapatkan bantuan ahli keluarga yang lain untuk cuba memahami keadaan. Bertitik tolak dari situ, fikirkanlah apa yang boleh membantu menjernihkan keadaan.

      Saya mendoakan keadaan anda bertambah baik hendaknya.

  37. As Salam.
    Saya ingin meminta bantuan/pandangan moderator terhadap masalah saya sekeluarga.
    Ibu saya telah meninggal dunia semasa adik paling bongsu berusia 3 tahun,22 tahun lalu. 5 tahun kemudian, ayah berkahwin lain. pada mulanya hubungan keluarga erat mcm biasa. tetapi kami adik beradik perasan keadaan mula berubah bila ibu tiri mempunyai anak sendiri.
    Keadaan menjadi semakin teruk sejak kebelakangan ini. Ayah asyik marah2. Menuduh adik bongsu kami macam2 dan menyalahkan saya yang menyebabkan adik berkelakuan buruk. Kami manusia biasa, ada kekurangan, tetapi tidaklah seburuk yang dia canangkan.
    Ayah merupakan seorang yang disegani oleh orang kampung, terkenal dgn sikap pemurah dan peramah. Dengan imej berkopiah dan bersolat 5 waktu di masjid.Malangnya kami tidak lagi merasai itu semua. Kami hanya diselubungi rasa takut bila berdepan dengannya. Dia asyik menyalahkan kami dan memenangkan isterinya.
    Saya pernah menyuarakan rasa hati saya setelah dia menengking saya. Saya dan kakak merupakan seorang guru berusia 35 dan 37 tahun ditengking di hadapan adik tiri dan mak tiri. Jirang sebelah rumah pun boleh dengar apa yg ayah marahkan. Mujurlah pak cik sendiri.
    Ayah suka memburukkan kami pada orang kampung. Kakak yang tinggal dan bertugas di kampung malu apabila ada yang bertanyakan hal yang ayah ceritakan. Masalahnya bukan semuanya betul, kadangkala apa yang berlaku dimulakan oleh ayah dulu. Tapi bila ayah bercerita pada org, macam kami yg cari pasal.
    Ayah memburukkan adik dengan macam2 kata nista, tapi bila ada masalah, adik lah yang kena tolong dia. Saya tinggal agak jauh dari kampung, tetapi saya akan pulang sekurang2nya sebulan sekali. Tapi saya tidak duduk di rumahnya,memang sejak awal begitu. Saya duduk di rumah kakak (asalnya rumah ayah), yang terletak hanya beberapa langkah di belakang rumah ayah. Kerana ibu tiri sebenarnya tidak selesa berkongsi rumah dgn kami, cuma kami tidak beritahu ayah. Rupanya macam2 pula cerita timbul skrng.
    Macam2 perkara yang timbul ini berlaku saya rasa disebabkan ibu tiri tamakkan harta. Ibu tiri tidak kisah kalau ayah membazir wang utk hal tidak berfaedah atau utk adik beradik sendiri. Tapi dia asyik bising kakak tinggal di rumah lama mereka dan adik bongsu kami (telah berkahwin) tinggal bersama ayah. Mereka tidak mahu keluar dan menyewa di tempat lain krn itu akan hanya mengesahkan cerita buruk ayah ttg mereka.
    Saya pernah nasihatkan ayah, cubalah memaafkan. sebab kes yang disebut2 brulangkali pada org kampung, hanyalah kes lama. Yang dia tak dapat maafkan. Kita kena maafkan org baru kita beroleh hidup yang tenang. dia mahu kami semua duduk berborak dengan dia. sdangkan kita nak berdepan dengan dia pun takut. Telah beberapa kali saya ditengking (kerana anginnya yang kurang baik) ketika mahu bersalam dengannya. Itu cukup membuatkan saya fobia, dan malu pada anak sendiri. Rupanya dia bukan marahkan saya, tetapi dia marah pd abang ipar saya.
    Saya juga telah nasihatkan dia, kita kena kawal marah. kalau rasa nak marah, ambil air sembahyang,tapi dia marahkan saya pandai2 nasihatkan diri.
    Setiap hari saya doakan dia, saya maafkan kesalahan dia tidak menjadi ayah yang boleh saya jadikan tempat bermanja. Tapi setiapkali saya dengar dia bercerita semula pd org lain tentang rasa kecewanya terhadap kami, saya jadi bengang. Sampai bila benda perkara ini harus berlarutan. sekiranya dia berbuat begitu, maksudnya dia tidak rela memaafkan. sekiranya dia tidak dapat memaafkan, bagaimana lembaran baru, kisah keluarga yang harmoni boleh dilahirkan?
    Saya malu dgn tindakan ayah bercerita dgn org kampung dia mahu jual rumah kerana kecewa dgn anak2. Saya juga kasihan padanya kerana menjaja keburukan keluarga sendiri. Berdosakah dia memburukkan anak?
    Dia juga telah menempah tiket penerbangan utk menyambut Syawal di Jepun bersama adik(yang bekerja di sana). Mungkin dia terlalu kecewa. Tetapi sebenarnya, bukanlah ada masalah sgt. Suami saya pun pelik dgn perangainya. Suami sentiasa menasihatkan saya agar menurutkan kata ayah. Tapi saya tidak suka, kalau bila duduk dgn ayah dia hanya cerita keburukan adik saya atau ahli keluarga yg lain. Saya mahu keluarga yg normal, yang menyokong,, menyayangi dan mendoakan ahli keluarga yang lain.
    Saya sudah puas menangis. Dan saya tahu, bila kita berfikir dengan ‘kalau’ kita akan berdosa. Tapi saya pasti, kalau ibu masih ada, pasti ini semua tidak terjadi.
    Saya nak minta pandangan:
    i)apakah yang boleh saya lakukan untuk memperbetulkan keadaan ini?
    ii)derhaka kah saya kerana membuat ayah rasa kecewa, seedangkan saya rasa dia x patut rasa kecewa pun.

    terima kasih.

    • Assalamualaikum puan,
      Pertama sekali, mohon ampun dan maaf kerana memberi respon agak lambat.

      Berdasarkan apa yang puan ceritakan dan soalan yang diberikan, saya berpendapat puan bolehlah kumpulkan adik beradik (dan pasangan masing-masing jika perlu) untuk duduk sama berbincang dengan ayah puan, tanpa kehadiran ibu tiri puan untuk pusingan pertama. Berbincanglah akan perkara-perkara yang menjadi isu antara ayah puan dan adik-beradik puan. Tempat dan masa? Jika boleh, luar dan jauh daripada rumah kediaman. Tentang masa, cubalah baca bagaimana perasaan ayah puan pada ketika itu. Jika pada waktu ketika untuk duduk berbincang itu tiba, namun anginnya kurang baik, tundalah ke masa yang difikirkan ayah boleh bertenang dalam berbincang.

      Tentang soalan kedua puan, keutamaan puan kini adalah pada suami puan, bukan ayah puan lagi. Bilamana ayah puan rasa tersinggung, puan tidak menjadi anak derhaka, kerana hak dan tanggungjawab ayah terhadap puan telahpun diserah kepada suami puan ketika akad nikah.

      Namun, saya faham, anak mana yang tidak sayangkan ibubapanya. Cubalah usahakan bersama adik-beradik secara berhikmah. Saya berdoa agar keadaan menjadi lebih baik, InsyaAllah

  38. Terima kasih atas pandangan anda.
    Kami akan cuba memperbaiki hubungan dengan ayah seperti mana yang dicadangkan.InsyaAllah
    =)

  39. assalamualaikum
    saya ingin bertanya…. saya ank sulung yg telah berkahwin…. setiap thn setiap kali ramdhan muncul, ibu bapa saya selalu bergaduh, seperti puasa yg lps mak sya keluar tnpa izin suami meningalkan suami n ank2, sya sbg ank sulung yg mguruskan ayah adik2 sramai 4org mkn dan minum dia org, begitu jugalah pda puasa kali ini, disini saya ingin bertanya slah ker sekiranya sya bercerita dgn adik2 ibu saya tentang mslh keluarga kami, sya bcrita disbbkn ibu tlh besumpah tidak mahu pulang, tindakan sya sbg ank sulung meminta bantuan dari ahli keluarga ibu menasihatkan ibu sya, ada atok pun x melarang ibu terus tinggal dirumahnya….. sdgkn sya pun tlh bckp dgn datuk saya hukum isteri mnggalkan rumah, atuk x mengendahkan pun, lalu tindakan ibu menelafon jiran2 mengatakan sya memburuk2kn ibu nya sendiri dgn mak saudara, lalu jiran2 berjumpa dgn saya mengatakan saya ank derhaka, salah saya ker bercerita dgn ahli keluarga mak sya, saya x de kakak atau abg, cuma suami, sblm sya membantu memperbaiki ibu n ayh sya minta izin suami, suami izinkan. bapa sya bkn kaki perempuan, bkn kaki joli, sorg yg beriman 5 waktu, ibu bapa saya telah per umrah 3 kali haji 1 kali. saya pun x faham sejak ibu saya pulang dari haji 6thun yg lalu perangai ibu berubah, semakin keras hati ibu, tidak bole ditegur langsung, dari kecil ank2 sudah biasa diherdik…..

    saya telah membaca mslh rkn2 yg lain sperti diatas syurga isteri pd suami alahamdulilah sya faham.

    • waalaikumussalam…
      Saya fahami yang saudari telah mencuba apa yang termampu dengan keupayaan saudari. Apa yang saudari sampaikan itu juga betul cuma tidak diendahkan oleh keluarga mak saudari.

      Bagaimana pula dengan ayah saudari? Apakah usahanya untuk membetulkan keadaan? Saya berpendapat, ayah saudari lebih bertanggungjawab dalam menguruskan hal ini. Dan sduah tentu, tanpa usaha daripadanya, pada saya agak sukar dan terbatas buat saudari.

      Mohonlah bantuan Allah, dan mintalah ayah saudari yang mengetuai usaha memperbaiki keadaan keluarga saudari.

      Harap pandangan ini membantu…

  40. Salam…

    Saya ada seorang kawan perempuan. Sekarang dia sedang praktikel sama dengan saya di sebuah syarikat di negeri Perak. Saya sebenarnya dah kenal dia dari matrik lagi sehinggalah ke universiti. Jadi semasa kami sama-sama praktikel dia telah menceritakan masalah keluarganya kepada saya.

    Begini, dia telah diserahkan oleh ibubapanya kepada nenek serta makcik dan pakciknya semenjak dia beusia 2 minggu lagi. Hal ini disebabkan ibubapanya tidak dapat menjaga beliau kerana masalah ekonomi keluarga pada ketika itu. Kemudian, setelah dia menjadi semakin dewasa, ibubapanya ingin mengambilnya semula dari jagaan nenek, makcik serta pakciknya. Tetapi beliau tidak mahu berpindah untuk tinggal bersama keluarganya kerana merasa lebih selesa tinggal bersama keluarga yang telah menjaganya sejak dari kecil lagi.

    Masalah timbul apabila ibunya telah melarang beliau untuk tidak menghubungi keluarganya kerana merasakan yang anaknya seperti tidak mahu menghargai keluarga sebenar beliau. Ibunya kerap menghantar mesaj yang sering kali terpacul kata-kata kesat seperti “BILA KAU NAK MATI”, “PEREMPUAN SIAL” dan “AKU TAK PERNAH LAHIRKAN ANAK SEPERTI KAU” dan banyak lagi kata-kata kesat yang mungkin kita orang biasa tidak akan percaya seorang ibu akan katakan kepada anak yang dilahirkannya. Walaupun begitu, dia tidak pernah sekali pun membalas mesej tersebut malah tidak faham mengapa ibunya seperti terlalu benci akan dirinya sedangkan dia tidak pernah mengeluarkan kata-kata kesat ataupun melawan cakap ibubapanya.

    Memburukkan lagi keadaan, bapanya separti menurut sahaja kata-kata ibunya supaya tidak menghubungi anaknya malahan ibunya pernah meghantar mesej yang mengharamkan beliau untuk menguhubungi serta datang ke rumah mereka yang terletak di utara tanah air. Pernah suatu ketika bapanya menolong beliau untuk membuat projek tahun akhir. Hal ini akhirnya telah diketahui oleh ibunya lalu bermacam-macam lagi mesej yang menyumpah-nyumpah beliau telah dihantar. Ibunya seperti merasakan yang dia telah dikianati oleh suaminya, sedangkan yang ditolong itu adalah anaknya sendiri. Malahan ibunya pernah menhantar mesej yang menharamkan beliau untuk menghubungi suaminya. Biasanya ayat tersebut dihantar kepada perempauan luar yang mungkin ingin merosakkan rumahtangga tetapi kes ini dihantar kepada anaknya sendiri. Malahan nafkah untuk dirinya tidak pernah diberi jika benar mereka merasakan dia adalah salah satu ahli keluarga.

    Jadi bagaimana untuk kita kategorikan beliau dan apakah ada cara untuk mengatasi masalah keluarga beliau tersebut? Saya rasa inilah satu-satunya kes yang berlaku dimana seorang ibu mengharamkan anak yang dikandungkannya sehingga 9 bulan tetapi di akhinya seperti tidak merestui kelahiran anaknya yang merupakan anak ke-2 dari 4 beradik.

    Terima kasih

    • Assalamualaikum Kawan Perihatin,
      Pertama sekali, mohon maaf kerana lambat memberi respon.

      Berkenaan dengan permasalahan kawan anda, saya tidak dapat membayangkan betapa berat dugaan yang dilaluinya.

      Berdasarkan apa yang anda nukilkan, kawan anda itu sudah selesa dengan nenek, makcik dan pakciknya, yang telah menjaganya sejak kecil, dan secara tidak langsung kasih sayang yang telah diberikan melebihi kasih sayang yang seharusnya diberi oleh ibubapanya sendiri. Jika diserah kepada keluarga angkat (yang tiada pertalian darah, mungkin berbeza keadaannya).

      Di sinilah saya lihat antara puncanya. Memandangkan kawan anda itu diserah kepada makcik pakcik dan neneknya sendiri, ibubapa tidak seharusnya lepas tangan terus. Ya, masalah kewangan membataskan keadaan, tetapi ianya tidak seharusnya berlaku sehingga meningkat remaja apatah lagi dewasa.

      Dalam keadaan ini, kawan anda saya anggap tidak berada dalam kategori anak derhaka, tetapi ibubapanyalah yang tidak sengaja mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu bapa. Ini kerana, anak itu bukan diserah kepada orang lain, tetapi dalam lingkungan keluarga sendiri. Apatah jika ada 3 anak lagi.

      Namun, sebagai kawan yangperihatin, nasihatilah kawan anda itu untuk cuba berbaik dengan ibubapanya. Selagi di masih belum berkahwin, dia perlu mentaati ibubapanya selagi ianya tidak melanggar hukum syariat.

      Dan.. Kawan Perihatin.. terdapat banyak lagi kes ibu mengharamkan anak yang dikandungnya. Mungkin ini yang pertama untuk anda… :)

  41. assalamualaikum w.b.t…saya ingin bertanya…
    1) berdosakah dan derhakakah saya terhadap ibu bapa saya, jika saya tidak pulang ke kampung sekiranya suami tidak mengizinkan saya pulang ke kampung untuk berjumpa dengan mereka?kerana dari segi perkahwinan kami tidak di setujui ibu bapa saya.(kawin golok).mereka tidak mengetahui tentang perkahwinan ini.
    2) jika saya tidak pulang,adakah saya derhaka terhadap ibu bapa saya yang telah membesarkan saya ini?

    • waalaikumussalam,
      maaf kerana lambat memberi respon.

      Untuk soalan-soalan saudari, pada pandangan saya ini bergantung kepada status perkahwinan saudari. Dalam ertikata lain, memandangkan saudari bernikah tidak berwalikan bapa kandung saudari sendiri, perlu dirujuk samada perkahwinan saudari inisah atau tidak.

      Jika perkahwinan saudari sah, suami saudari menjadi keutamaan saudari. Jika tidak, saya fikir perlu dirujuk kepada mereka yang lebih arif, kerana saya kruang pasti akan kedudukan saudari.

      Maaf jika saudari rasa pendapat saya tidak membantu.

  42. saya hendak meminta nasihat dan pandangan mengenai permasalahn sy ini.Untuk pengetahuan, sepatutnya saya akan bertunang pd bulan 12 ni dan akan melangsungkan perkahwinan pada thun depan.apa yg mnjadi masalh sy ini ialah Ibu saya sendiri tidak merestui pilihan sy.sy sudah berkawan dengan pilihan sy itu selama 11 thun dan dia seorang yg boleh memahami hati sy dan yg boleh ph perangai sy.apa yg sy akui sy memng seorang yg sgt degil dan keras kepala. Selama 11 thun sy berkwna dgn pilihan saya itu, sy ada juga menjalin hubungan dengan lelaki lain. Pilihan hati sy ini dpt tahu dan dah bnyk kali dia nasihat sy supaya berubah dan terus berubah dan berubah. Dan selama 11thun sy berkwan dengannya memeng terlalu bnyk kecurangan yg sy buat terhadap dia tetapi di amsih bersabar dan terus bersabar menasihati dan menunggu sy sehingglah sekarang. Dan sehingga ke hari ini dan di saat ini alhmdulilah sy dan dia merancang untuk berkahwin dan apa yang menjadi permasalahannya sekarang ialah Ibu saya tidak merestui sy untuk berkahwin dengannya.memang terlalu complicate untuk saya menceritakan permasalahan sy ini kerana semuanya mungkin berpunca dari silap dan kekhilafan saya sendiri. Ibu saya tidak merestui pilihan saya itu adalah kerana calon suami saya ini merupakan bekas anak murdnya dulu semasa sekolah menengah, dan dia juga merupakan orng sekampung dengan arwah ayah saya tetapi kali lgsung bukanlah saudara terdekat. Disebabkan prinsip ibu sy itu yng mmng taknak memnantunya 1 kmpung dngn arwah ayah sy serta xnak anak muridnya sebagai menantu mentyebabkan die tidak merestui langsung pilihan hati saya itu. Sedangkan calon suami saya itu tak pernah berkecil hati bila saya menceritakan padanya ibu saya tidak suka dia. Masa dia mula2 kenal mak saya ok, tp saya ada kawan lelaki di kolej dulu. lelaki itu sukakn saya tp sy anggap kawan shj, tp mak saya berkenan padanya. yang saya perasan,sejak saya terus terang pd emak lelaki tu kawan shj dan saya suka pd pilihan saya, emak mcam terus benci pd pilihan hati. ayah pula mcm mengikut shj ckp emak. sy buntu sgt . sy syg mak sya. pilihan hati sy juga selalu ambil tahu pasal mak saya walaupun tahu mereka membenci dia..sy dah bt istikarah dan berdoa pd Allah swt, tp nmpaknya mereka masih keras hati dan sy tak jumpa jln penyelesaian.bila asy kata saya dah taknak pikirkan tentang lelaki ke ataupun calon suami dan saya hanya nak perbaiki hubungan dengan ibu dan family, tp ibu saya ni tetap juga nak bercerita dan berbalah pasal pilihan dia tu. saya mhon bantuan n nasihat.

    • Assalamualaikum raisha,
      Pertama sekali, mohon maaf kerana tidak memberi respon dan pandangan secepat mungkin.

      Berdasarkan apa yang saudari nukilkan, saya cuba memberi pandangan yang boleh dipertimbangkan. Namun, keputusan dan usaha masih terletak kepada saudari dan paling penting – Allah yang menentukan.. dan saudari harus redha dengan ketentuanNya.

      Saya percaya saudari mahukan lelaki itu kerana kesetiaannya dan pastinya terdapat ciri-ciri yang menunjukkan dia boleh memimpin saudari dunia dan akhirat. Semoga begitulah hendaknya.

      Namun, dalam merungkaikan halangan daripada ibu saudari, saya tahu ianya amat sukar. Apa yang boleh dicadangkan adalah, saudari perlu berterusan mengambil hati dan memujuk ibu saudari. Begitu juga dengan lelaki ini. Dia juga perlu membuktikan saudari membuat pilihan yang tepat. Berusahalah dan sentiasa berdoa agar hati ibu dibuka oleh Allah untuk menerima lelaki itu sebagai menantu.

      Bagaimana untuk memujuk? Dalam hal ini, saudari lebih arif kerana ibu itu ibu saudari sendiri, pasti tahu apa yang disukainya, apa yang tidak disukainya. Pujuklah dengan seikhlas mungkin. Jika boleh, jadikanlah ianya amalan jika ianya baik. Jika perkara itu kurang elok, elakkanlah.

      Dalam pada itu, saudari ada memberitahu saudari ada membuat solat istikharah. Ketahuilah, petunjuk tidak semestinya diberikan selepas solat kali pertama. Ianya hak Allah, dan bergantung kepada Allah untuk memberinya atau tidak. Namun, tidak bermakna apabila tiada tanda atau petunjuk, Allah tidak mahu memberikan petunjuk. Akan tiba masanya, tetapi pada tika dan saat yang sesuai.

      Dan, berdoalah kepada Allah agar dipermudahkan urusan dan jodoh itu, jika benar lelaki itu untuk saudari. Permudah dan dekatkanlah. Namun, jika tidak, jauhkanlah agar saudari dapat meneruskan hidup tanpa resah gelisah.

      Semoga dapat membantu saudari berfikir dan melakukan apa yang perlu.

      Wallahualam… :)

  43. aslmkm
    sy mmpunyai seorg bapa yg malas dan x serius dgn tnggjwb sbgai ayah.sejak sy kecil, dia gemar dgn hiburan,malangnya, smp skrg umurnya 60+, masih mementingkn hiburan dan tidak akan mmbuat sbrg kerja.ayah tidak ambil berat ttg kami sjk kecil, cntohnya, mnyuruh kami anak perempuan pergi ke kedai yg jauh pd waktu malam kerana bapa malas nak keluar.ataupun, sanggup membiar kami basah kesejukan jika naik motor bersamanya jika baju hujan hanya ada satu.sy sedih sbb ibu bapa slalunya mementingkan anak2 dahulu sblm diri sendiri.untuk mngambil makanan pun bapa mnyuruh orang lain,jg mngambil baju dan apa2 sahaja sbb dia terlalu malas.dia hanya berfikir ttg wang dan tidak pernah brfikir ttg anak2.ibu menjadi mangsa kezaliman bapa secara diam ini.bapa mmg tidak memukul kami,ttpi menyeksa kami dgn kemalasannya dan kasih sayang yg tidak dberi meskipun dia masih hidup.ini mnyebabkan saya kdg2 naik darah sbb ibu sgt tidak larat kena melayan bapa spnjg hari walaupun bapa masih kuat.mmg isteri patut melayan,ttpi,ibu tidak pernah dilayan dgn baik oleh bapa sbb dia malas dan pentingkn diri.tlg beri nasihat pada saya sbb sy kdg kurang bicara pd bapa sbb takut tercakap kasar padanya.sy lbh suka berdiam diri dan buat tak tahu padanya supanya tak ternampak yg saya sgt benci sikapnya sejak kecil.namun dia bapa sy dan sy doakannya setiap hari.tp dlm masa sama, dia tak pernah berubah dan sy makin benci padanya.

  44. salam,saya ingin bertanya..apakah hukumnya meminta ibu mengasuh @ menjaga anak kita?sedangkan si ibu sudah sepatutnya berehat & melakukan kerja rumah yg ringan sahaja (ibu sudah agak tua)..kalo berdosa..apakah dalilnya?
    syukran….

  45. sy mpyai seorg adik angkat(x pernah wujud perkataan itu dlm kluarga sy) yg dijaga dari lahir dgn penuh kasih syg. tapi setelah berjaya dlm hidup beliau amat membenci pada kami serta menderhaka pada ibu.Padanya suami dan keluarga suaminya yg diutamakan.Kami tdk wujud pdnya.Dia selalu membuat ibu menangis sedih dgn kata2 dan tindakannya.Padanya dia malu mpyai saudara mara spti kami.Dia tdk pernah mhargai apa yg kami lakukan utknya.Entahlah…skrg sy terpaksa pahatkat dlm hati sy bhw adi kesyagan sy sudah mninggal.Memang sedih sgt2 bila org yg kita syangi tlh berubah..

  46. Slm, sy nak tahu adakah anak angkat dosanya sama seperti menderhaka pd ibu sendiri.(dipelihara dari awal kalahiran).terima kasih.

    • Assalamualaikum sha,
      Pertama sekali, mohon maaf kerana membiarkan soalan saudari terlalu lama untuk dijawab. Kesibukan masa dan persoalan ini sendiri memerlukan masa yang banyak untuk difikirkan.

      Merujuk kepada ringkasan yang saudari berikan, bolehlah ditakrifkan dianya menderhaka kepada ibubapa saudari (terutama ibu saudari) kerana dianya telah dipelihara sejak lahir. Apatah lagi jika menyusu badan dengan ibu saudari.

      Namun, keutamaannya kini adalah kepada suaminya kerana sudah berkahwin.

      Pada pandangan saya, janganlah dikeruhkan keadaan. Jika dia tidak mahu bercampur, biarkanlah. Jika dia datang kembali, layanlah sebagaimana saudari dengan keluarga saudari. Jangan dibeza-bezakan, terutama dengan apa yang sudah berlaku.

      Wallahualam…

  47. Assalamualaikum..

    Untuk pengatahuan saudara, kami adik beradik sering mengahadapi masalah untuk berkahwin…dimana ayah seringkali tidak bersetuju dengan pilihan kami. sekiranya dia tidak bersetuju, dia akan boikot dan tidak menghadiri majlis yang dibuat..setiap adik beradik,kesemuanya ada masalahnya..jodoh kami pun dengan org biasa..bekerja sederhana.

    tetapi mungkin ujian, seorang anak dato’, berpangkat doktor, dikalangan saudara kami juga ditakdirkan bertunang dengan abang saya mengikut ‘family match’…abang dan tunangnya juga sesama suka.semenjak itu,ayah saya sangat meraikan bakal besan dan menantunya itu..sangat2 rapat sehingga segala program yang dibuat, disampaikan antara satu sama lain..

    ditakdirkan,mereka tiada jodoh kerana tiada keserasian..dan kerana abang saya yg kurang mempedulikannya sewaktu menyambung pengajiannya di universiti lantaran kekurangan wang untuk sntiasa menghubunginya..maka tunangnya itu kecewa..setelah bekerja abg saya ingin memujuknya semula dan ingin berkawin dgn nya,namun tunangnya tidak mahu…tunang abang saya juga pernah bertindak agak kasar sewaktu kami semua berbincang secara spontan dalam bilik sewaktu beraya dirumah saya. .disitu terserlah lah sikap sebenar gadis doktor itu yang agak keras..akhirnya,abang memilih orang lain kerana dia pula yg kecewa kecewa.

    sekarang ayah lansung tidak bersetuju..kerana dikatanya pilihan abang yg ke2 ini tidak cantik..,anak org biasa,ibunya jururawat dan hny tinggal di kawasan sederhana..sedangkan pd pandangan kami, manis orangnya,bertudung dan lemah lembut..,tetapi hanya guru tadika,namun dia memiliki diploma..dalam masa yg sama,.dia mahu jodohkan dgn anak saudaranya juga seorang doktor..abang saya tetap mahu berkahwin untuk mengelakkan berlakunya maksiat dimasa hadapan memandangkan umurnya sudah 30 tahun..ayah tetap berkeras tidak setuju dan katanya mungkin ada hikmah buruk jika berkahwin..sedangkan perkahwinan kami semua dia tidak suka..bukan kerana apa..semua kerana darjat dan harta..kakak saya yang akan berkahwin dgn org korparat hujung tahun ini,, ayah saya layan dia dgn begitu baik dan sgt bersetuju walaupun dia tahu,tunangan kakak saya jenis orang yang lari jauh dari pegangan agama..

    adakah abang saya dikira menderhaka dan tidak patut berkahwin dgn gadis baru pilihannya?atau terpaksa mengikut pandangan ayah saya yang meminta agar abang saya tangguhkan dahulu sehingga jumpa org yg benar2 ayah saya berkenan..katanya ayah saya,ramai lagi umur 35 tahun,40 tahun yg masih belum berkawin..setelah diajak berbicang secara berlembut dgn adik beradik pada hari raya lepas pun, dia menengking kami semua dan tetap berkeras dan keputusannya muktamad katanya, DIA TAKKAN ADA HADIR PADA MAJLIS TERSEBUT yang mgikut prancangan akan berlansung pada raya haji ke-2..

    • Assalamualaikum Nur,
      Jika menurut hukum, abang saudari bolehlah dianggap menderhaka, kerana keutamaannya sampai ke akhir hayat adalah ibu dan bapa, bukan isterinya (atau bakal isteri). Rujuklah kisah Nabi Ibrahim dengan Nabi Ismail mengenai perkahwinan.

      Namun, ini tidak bermakna abang saudari dan keluarga tidak boleh berusaha memujuk ayah saudari. Pujuklah secara baik, senangkanlah hatinya selagi ia menurut syariat.

      Saya mendoakan yang terbaik buat saudari dan abang saudari sekeluarga.

      Wallahualam…

  48. Assalam semua,
    Ini ada channel terbaik untuk saya luahkan masalah dan mendapat few points yg baik dari korg…3 tahun perkahwinan dan alhamdulillah boleh dikatakan membahagiakan…tp kalau masuk campurtangan MIL neh mmg kitorg akan gaduh teruk..selama ni saya banyak sabar apa yg mak suami ckp pasal saya dan keluarga…tp semua saya telan atas dasar hormat suami ja…tp bila sampai satu tahap dia ckp saya ni bawa sial..bawak beban(atok saya stroke dan saya bawak atok dan nenek stay dgn kitorg tp bulan2 saya dpt rm2800 dr saving atok utk belanja perubatan pampers semua dan bole dikatakan kami tumpang makan juga atas belanja tu pasal nenek saya insist jadi xda isu beban pasal kitorg hired maid lagi)..mak dia suka mengata saya dr sebelum nikah lagi sampai satu waktu tu mmg saya xnak kawen dgn suami…tp suami dtg dan nangis2…jadi saya fikir xadil nak hukum dia atas perangai buruk mak dia….tp bila sampai tahap mak dia kata saya bomoh suami utk kawen dgn saya itu mmg kira melampau sgt..then sampai cita buruk2 pasal saya kt org2 kg..jiran2..saudara2..kt ex-girlfren suami…stress sgt..saya ckp dkt suami suruh dia ckp baik2 kt mak dia bawak2 la stop ckp pasal kami…mula2 suami oke gak tp bila mak dia keluar hadis mcm mana buruk pun makbapak kena taat jugak..kalau tak xmasuk syurga…tp kalau manusia mcm ni kalau taat membuta-tuli pakai anak2 dia bertukaq2 isteri lerr…sampai satu tahap nak balik kg dia mmg xde rasa..beku…xla kaum keluarga dia if kulit hitam tu jadi satu isu yg besaq….mcm myself mmg xcerah…tp xgelap la pulak..biasa kulit melayu…so yg boeh tahan sket balik sana if ada sis inlaw suami coz kami sama2 mangsa…paling kesian anak sis num 2 gelap….mmg xjadi perhatian langsung….kesian sgt tgk dia….mak suami solat bagus..pakai tudung labuh tp kata nista dia 24/7 berzikir kt mulut kata pasal keburukkan org lain….dia quite kebal coz dia kata dia ada anak yg meninggal masa kecik umur 11bulan yg boleh tarik dia masuk syurga (arwah abg sulong suami)….tolong bagi few points and hadis yg boleh kukuhkan bahawa…taat yg mcm mana untuk ibu bapa…dan how nak tegur them from doing bad forever..xkan nak benci mak suami sampai mati kowt….penat nehhh…Thanx semua.

    • Assalamualaikum Wanni,
      Saya fikir komen saudari adalah paling lama tiada yang menjawap atau memberi maklum balas (dalam hal yang berkaitan). Maaf daripada saya kerana terlepas pandang jika saudari ada mengharapkan pandangan daripada saya.

      Mungkin ini tidak begitu sedap ditelinga dan mata saudari, tetapi taat kepada ibu bapa oleh anak lelaki tiada batas masa. Rujuklah kisah antara Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, dimana Nabi Ismail menceraikan isterinya selepas dinasihati Nabi Ibrahim.

      Namun, jika suami saudari sayangkan rumahtangga dan merasakan dia perlu berusaha menyelamatkan rumahtangganya, suami saudarilah yang perlu berusaha memujuk dan memperbetulkan keadaan.

      Amatlah sayang jika suami dan isteri itu boleh hidup berumahtangga bersama namun diganggu gugat dek penilaian ibubapa yang membuat penilaian kurang rasional.

      Terima kasih

  49. salam. alhamdulilah sehingga sekarang saya masih mempunyai ayah dan ibu. Saya adalah anak kedua dari 3 adik beradik . saya sorg perempuan.
    Sewaktu kecil apabila ibu marah, saya adalah tempat sasaran kemarahan ibu. Sehingga kini perkara itu masi berlaku. hati mana yang tidak sedih. Saya berdoa pada Allah tetap jadikanku hamba yang taat pada kedua org tua dan bersabar (tidak menjadi anak derhaka).
    Kini, saya cuma mampu mengubah pemikiran saya. Saya ciptakan sebuah mimpi seolah-olah saya bahagia bersama keluarga. Andai saya sedih, hanya Allah tempat yang terbaik untukku mengadu

  50. salam, sy ad mslh……mlm ry trjd pergaduhan antara ayah n anak2…..ad la puncanya….disebabkan punca trsbut ayah tiba2 bising tk tentu psl….dia membebel n mengungkit silap anak2 yg lalu sehingga abg2 sy serang dia….sy tk pasti serang yg bgaimana krn bkn trjd dpn mata sy….lalu sy trs bersuara mengatakan tk boleh ke si ayah tegur dgn cr yg berhemah….lemah lembut….lalu sy di tampar…pd mser yg smer abg2 n adik2 berkemas keluar dr rumah….betapa pedih nyer perasaan sy…..smpai sekrg sy tk dpt bersuara dgn si ayah….trs d hati msh ad…perkara ni akan trjd setiap kali kami berkumpul….dua thn sdh abg n adik sy kene halau gak pd mlm ry…..
    tlg la….

    • Assalamualaikum umiee,
      Maaf jika merasakan saya lambat memberikan komen balas.

      Saya tidak boleh kata yang saya faham keadaan saudari, kerana saya tidak melalui apa yang saudari lalui. Namun, apa yang saya boleh cadangkan, cubalah secara perlahan-lahan berbaik semula dengan ayah saudari. Pujuklah secara baik. Jika ingin menegur, tegurlah secara berhikmah (seperti tengoklah masa, keadaan dan tempat untuk menegur). Mungkin masa, keadaan dan tempat saudari (atau abang-abang saudari) menegur itu kurang sesuai yang menyebabkan berlakunya perselisihan sebelum ini.

      Semoga Allah mempermudahkan urusan kita.. wallahualam…

  51. Sejak zaman sekolah dulu, ayah kita ni memang gemar main nombor ekor. Masyarakat bersangka buruk pada kami sekeluarga, konon-konon ye duit kita hidup itu haram dan tiada berkat. Saya bernasib baik ada seorang ibu yang gigih bekerja untuk dapat duit yang halal. Ibu ayah aku pendidik. Ayah sepatut ye jadi contoh yg baik terutamanya sebagai ketua keluarga. Duit belanja sara hidup sekeluarga, ibu saya lah yang belanja. Sejak mereka belum kahwin dan selepas kahwin, ayah aku tidak beri nafkah langsung dari segi wang. Dulu masa kaya pun, dia belanja duit untuk diri sendiri. Ibu lah yang habiskan duit untuk keperluan kami sekeluarga dengan duit dia sendiri. Ibu penat invest untuk kami sekeluarga, tetapi dia hilangkan diri berbulan-bulan kat negara asing dan habiskan duit itu semua. Dia buat silap orang lain kene tanggung. Sekarang famili pun dah bankrupt. Tambahan pula, dia dulu gemar pergi bomoh. So, benda benda tak elok pergi pada ibu dan adik-beradik semua. Begitu teruk sekali pun dia buat, kita semua tanggung dan dia masih tidak mahu sedar plus salahkan orang lain. Beberapa hari yang lalu, ayah saya main nombor dekat universiti di mana tempat saya belajar. Saya sangat malu dengan perbuatan dia. Aku mahu belajar dengan tenang. Aku tegur tabiat dia yang gemar main nombor. Kerana nombor ekor jer, saya dipanggil anak derhaka la, tak mahu jadi wali saya la, tiada berkat la. Dia selalu je suka cari masalah dengan saya je sejak saya kecik lagi. Habis itu kalau saya dipanggil anak derhaka padahal saya tidak buat salah, apa kes dengan ayah saya yang tidak bertanggungjawab, naif, egois dan pentingkan diri sendiri ni?!!! Saya penat jaga nama baik keluarga dan penat simpan tabiat buruk dia. Pasal malu pulak, saya sudah dah lali… Kalau la saya buat maksiat macam dating ke, keluar dengan jantan, minum arak ke, berpesta ke, syirik ke, cerita keburukan parents, curi ke boleh la saya terima saya sebagai anak derhaka. Masalah ye, I never buat benda ni! Tetepi kalau setakat setakat tegur pasal nombor jijik tu, saya tak boleh terima saya dipanggil anak derhaka!

    • Assalamualaikum Aqim,
      Berdasarkan kepada permasalahan yang saudari berikan, bolehlah dianggap bapa saudarilah yang gagal menjalankan tanggungjawab sebagai bapa yang baik dan sewajarnya.

      Namun, tidak bermakna saudari boleh melawan mengikut perasaan. Cubalah hormati dan bantulah bapa saudari seadanya. Namun, mana-mana yang salah dari sudut agama, janganlah dituruti.

      Wallahualam..

  52. assalamualaikum

    sy ada kemusykilan ckit ttg gelaran derhaka pada situasi sy, bgini sebulan lagi sy akan melangsungkan perkahwinan dgn lelaki pilihan sy kuarga sbelah lelaki xda masalah utk menerima sy bgtu jgk emak sy, yang mjdi masalah adalah bapa sy… sejak dulu kuarga kami ditinggalkan ayah, emak sy xdiceraikan ttp ditinggalkan bgtu sj, dah 8 tahun bapa da kahwin lama sblum tggalkan emak sy scr senyap… sejak bapa tinggalkan kami hidup kami susah.. dihalau oleh penyewa kerana bapa tidak endahkan sewa rumah… dan kami berpindah ke rumah abang emak sy dan lpas tu ayah sgt benci emak sy masa tu sy masih dlm skolah menengah lg… bila da pindah sy smbung blajar di IPTA slama 3 tahun pastu emak sy pulak telah berkahwin kampung tanpa pengetahuan anak2nya sehingga melahirkan anak lelaki dan lelaki tu dah tinggalkan dia… saya mngambil masa yng panjang utk terima ketentuan Allah nie. sangat berat… shingga emak sy dihalau oleh adik beradiknya… dan saya anak yang ke3… sy bawa emak tinggal dgn sy bersama2 adik kecil sy yang baru lahir tanpa pgetahuan bapa sy… tp ada org lain yng smpaikan berita yang sy bw emak sy tggl dgn sy…. shinggakan dia membenci sy.. hari2 dia bg SMS yang memburuk2kan emak sy dan menghasut supaya benci emak sy dan jauhi dia.. tp sy xpeduli… sy berikan pakaian,makanan dan tpt tinggal yang selesa.. kebetulan hidup sy serba mampu.. alhamdulilah. tapi bila jodoh sy dah seru… bapa sy berkata itu xda kaitan dgn dia… walhal dia ayah kandung sy… sy pujuk2 tp dia maki2 sy… dia sgt benci sy kerana sy pelihara hidup emak sy… anak2 yang lain xada yang endahkan dia… sy sbgai anak xkan xboleh jaga emak sy, pastu sy buat aduan dgn mahkamah syariah dan membuat permohonan wali hakim…. tapi bila da selesai urusan sy, bapa sy pun xpnah datang ke mahkamah sy dibenarkan berwalikan hakim… tapi dia kol telefon ofis sy dan maki2 sy… dan dia membuat fitnah yang bakal suami sy pernah berkahwin scara kampung… setahu sy org yang dikahwinkan dgn jurunikah yang xbertauliah ni xda rekod dlm muis jd bagaimana pulak dia boleh mencari dlm sekelip mata?? itu x masuk akal… shinggakan kakak sy dihasut oleh ayah sy spaya membenci sy… lpas kjadian hari tu kakak sy pulak memaki2 sy pastu kata duit yang sy tolong dia dulu… duit haram dan dia padam no phone sy dan putuskan silaturrahim. jadi sy nak minta pendapat la… salahka sy?

    • assalamualaikum saudari,
      Berdasarkan apa yang saudari tuliskan, saya berpendapat dan beranggapan bahawa ayah saudari telah mengabaikan tanggungjawabnya dahulu. Namun begitu, sebagai anak, wajarlah saudari menurut ayah saudari, selagi mana tidak melanggar hukum syariat.

      Namun, diatas keutamaan antara ibu dan ayah, ibu adalah lebih tinggi. Menurut sebuah hadis daripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anh berkata: Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan bertanya: “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ayah kamu. [Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 5971 (Kitab al-Adab, Bab siapakah manusia yang paling berhak untuk dilayan dengan baik)]

      Memandangkan ibu saudari tiada masalah dan merestui (dan disamping itu lebih bertanggungjawab berbanding ayah saudari), teruskanlah perkahwinan dan jangan dirisaukan sangat akan derhaka atau tidak saudari dalam hal ini. Namun, ini tidak bermakna saudari boleh terus mengabaikan ayah saudari.

      Dan perlu diingat juga, tatkala saudari sudah bernikah, suami saudari adalah lebih utama daripada ibu saudari.

      Semoga Allah mempermudahkan urusan.

      Wallahualam…

  53. Pingback: Reality Check On Marriages… Tahajjud Cinta? « On Da Street·

  54. Assalamualaikum..Sudah lama saya menjadi pengikut setia blog ini..kadang-kadang kita rasa masalah yang kita hadapi, sudah cukup berat..tapi bila baca dan mengambil tahu masalah orang lain, kita akan rasa rupanya masalah kita tidak seberat mereka. Allah hanya menguji kita secebis berbanding orang lain.
    Seperti orang lain, saya juga ada masalah yg bermain dalam fikiran. Bukan mengeluh dengan keadaan yang dihadapi, bukan juga merungut dengan ujian yang diberikan, hanya untuk mencari penyelesaian agar membawa keharmonian dalam hidup.
    Saya berkawan rapat dengan seorang lelaki..hampir 6-7 bulan tempoh perkenalan kami. Pada awal perkenalan, dia sudah meminta izin dari parent untuk berkenalan rapat dengan saya dam setelah itu baru berjumpa dengan ibu bapa saya bagi menyatakan hasrat untuk berkawan rapat dan ingin menjadikan saya sebagai teman hidupnya. Dia seorang yang baik hati, taat kepada kedua ibu bapanya dan bagi saya seorang yang boleh membimbing saya setelah berkahwin kelak. Ibu bapanya bersetuju membenarkan kami berkawan rapat dan setelah dia berjumpa dengan ibu bapa saya, mereka juga merestuinya. Selepas kedua belah pihak bersetuju, baru kami mula berkawan rapat.
    Selepas 3- 4 bulan, kami ingin mengikat hubungan ini kepada tali pertunangan, tapi malangnya bapanya baru memaklumkan rupa-rupanya dia tidak merestui hubungan kami. Pada awalnya, bapanya membenarkan. Kami terkejut dan terkilan. keluarga saya juga begitu. Dah bermacam-macam perbincangan dilakukan antara dia dan bapanya. Tapi bapanya tetap jugak tidak bersetuju dengan alasan perbezaan taraf pekerjaan dan saya tidak setaraf dengannya. Bapanya tidak mahu berbincang langsung. Keputusannya muktamad tidak membenarkan. Dan jika dia teruskan juga, bapanya tidak ingin mengambil peduli lagi akan dirinya. Betapa hancurnya hati saya, begitu jua keluarga saya. Perit dihati hanya Allah yang tahu. Kenapa sebelum ini dia bersetuju? Kami hanya berkawan setelah mendapat izin darinya. Setelah lama berbincang, saya mengambil keputusan untuk berundur diri dari hidupnya. Tidak sanggup saya untuk meneruskan hubungan tanpa restu dan redha dari bapanya. Bukan ini yang saya harapkan dalam sebuah perhubungan, apatah lagi untuk sebuah ikatan suci seperti perkahwinan. Tapi, setelah saya berundur diri, dia tetap mencari saya, dan tidak merelakan saya untuk pergi dari hidupnya. Dia tak sanggup untuk kehilangan saya dan jugak tidak sanggup untuk melukakan hati ibu bapanya dan menjadi anak “derhaka”. Apa yang perlu kami lakukan? Sehingga kini, kami masih terus berhubung. Sudah dia nyatakan kepada keluarnya yang dia hanya ingin mengahwini saya.
    Saya keliru dan buntu. Saya tidak akan membina keluarga di atas kesedihan keluarga lain dan juga tanpa restu dan keredhaan ibu bapa. Sebab saya thu redha Allah bila kedua ibu bapa kita redha. Bantu lah saya..

    Terima Kasih.

    • Assalamualaikum Si Snowy,
      Maaf kerana lambat memberikan maklum balas. Kesibukan membataskan masa untuk benar-benar membaca, berfikir dan memberikan pandangan yang bersesuaian.

      Berdasarkan apa yang saudari lalui, saya berpendapat, eloklah kedua kamu membuat kembali penilaian dan solat istikharah. Ya, saya faham bapanya sebelum ini bersetuju, tetapi keadaan terkini adalah dia tidak bersetuju. Teman saudari itu perlu memujuk si bapa dan kedua kamu perlu banyak berdoa dan bertawakal. Ya, apabila hati sudah terpikat, memang sukar untuk dilepaskan.

      Namun, saya cadangkan saudari dan teman bersolat istikharah dan berdoa agar jika ini jodoh kamu berdua dan membawa kebaikan, dekatkan dan permudahkan. Seandainya tidak, terimalah dengan redha. Allah Maha Mengetahui.

      Semoga pandangan saya dapat membantu…

      Wallahualam…

  55. salam..
    saya ingin meminta sedikit pandangan kp u all.sy nie anak p’puan dlm 6 org adik beradik.sy ade 2 abg n 2 adik lelaki n 1 adik p;puan.msalah sy dr dulu lg sy nie tidak dpt layanan yg baik dr family.sy blajar sungguh2 utk dpt result yg baik n samp sy dpt offer msk universiti..tpi alangkah sedihnye mase tu makpbk sy kate x mampu n x der duit.tpi klu utk adik2 sy, semua boleh.sampai dorang usaha abis habisan utk dptkan duit.tpi bila sy, dorang wat x tau jer.sy pun mulakan hidup sy dgn kerje.siang mlm sy kerje utk dptkan duit.siang sy kerje opis n mlm sy wat partime cetering.setiap bulan sy lah yg bg makbpk sy paling byk klu nak dibandingkan dgn abg2 n adik2 sy yg lain.penah 1 ketika tu sy menghadapi kesusahan,sy tdk dpt mbantu makbpk sy,bpk sy sanggup mencabutkan suiz lampu n kipas dlm bilik sy.so, dlm keadaan gelap n panas pd mlm tue..alangkah sedihnye hati sy….skrg sy sudah mempunyai suami n 2 org ank.anak2 sy juga dilayan sedemikian.dicaci n di hamun seperti marahkan org dewesa.(umur anak 4/6 thn)tpi ape kan daye sy.sy cume boleh menangis jer.mujur sy sudah punye rmh sendiri.tpi sy selalu kermh family utk menjegak dorang.mereka perlukan sy bile dorang susah.tibe2 dorang baik pd sy n anak2.PADA 1/1/2011..PERTAMA KALINYE AKU MENEGUR ADIK BONGSU KU(GIRL) YG SUDAH MULA BERJINAK JINAK DGN KENALAN LELAKI DI FB..SAMPAI BG NO TEL N BERIA RIA NAK BKENALAN.SALAH KE SBG KAKAK AKU MENEGUR DIA.WPUN DIA X MENGHORMATI AKU SELALU KELUARKAN KATE KESAT PADA KU(UMUR ADIK 12YHN).AKU DI MARAHI N DI BURUK2 KAN.EMAK SANGGUP MEMBURUK KAN KU PD ADIK BERADIK YG LAIN.ADIK2 LELAKI KU SMS AKU KATE KAN AKU DI ANAK DERHAKE.AKU NIE BUAT MAK MENANGIS.APE SALAH AKU..AKU BUNTU.PATUT KE AKU MINTA MAAF, TPI AKU X BUAT SALAH.PATUT KE AKU MENDIAMKAN DIRI N TAK PERGI RMH FAMILY KU LG.

  56. Assalammualaikum,
    Saya nak tanya satu soalan. Apakah hukum melawan bapa secara tidak sengaja? Ceritanya begini, Saya suka membuat hal sendiri, setiap kali pulang dari Universiti saya akan meluangkan masa di bilik untuk online,rehat dan sebagainya. Hari ini, ayah saya secara tiba-tiba masuk ke bilik menjerit suruh saya letakkan kaki di bawah, mengambil botol dan memukul saya secara kasar tapi dia hanya berniat untuk bergurau, bak kata oragn putih dia menjadi sangat “annoying” memaksa saya buat sesuatu seperti basuh mukan dan sebagainya walaupun saya dah bagitau dia bahawa saya nanti saya tak nak saya sedand membuat assigment. Dia tetap mengganggu memumul saya dengan botol tak pasal2 sehinggakan saya hilaang kawalan dan tolakk dia sedikit dengan menarik bajunya, terus dia naik angin jadi dia belasah saya dengan lebih teruk, emak saya dtg dan meleraikan. saya adalah anak perempuan anyways. So adakah saya dah berderhaka di sini? tetapi bapa saya yang memprovokasi.

    • Waalaikumussalam,
      Maaf kerana lambat memberi pandangan.

      Melawan, samada secara sengaja atau tidak, juga bergantung kepada keadaan. Ya, dia ayah saudari, tetapi, berdasarkan dengan keadaan yang saudari gambarkan, saya fikir kurang manis untuk ayah memasuki bilik anak daranya dan dalam keadaan begitu. Begitu juga dengan cara tegurannya. Usikan mungkin, tetapi ada batasnya.

      Mungkin, apa yang saya boleh katakan, adalah lebih baik saudari mohon maaf kerana secara tidak sengaja berkasar untuk insiden tersbut, biarpun bapa saudari yang memulakannya. Itu sahaja. Untuk jatuh derhaka kerana insiden kecil, saya fikir agak kurang sesuai.

      Harap pandangan ini membantu.

      Wallahualam…

  57. Saya nak tanya satu soalan. Apakah hukum melawan bapa secara tidak sengaja? Ceritanya begini, Saya suka membuat hal sendiri, setiap kali pulang dari Universiti saya akan meluangkan masa di bilik untuk online,rehat dan sebagainya. Hari ini, ayah saya secara tiba-tiba masuk ke bilik menjerit suruh saya letakkan kaki di bawah, mengambil botol dan memukul saya secara kasar tapi dia hanya berniat untuk bergurau, bak kata orang putih dia menjadi sangat “annoying” memaksa saya buat sesuatu seperti basuh muka dan sebagainya walaupun saya dah bagitau dia bahawa saya tak nak saya sedang membuat assigment. Dia tetap mengganggu memukul saya dengan botol tak pasal2 sehinggakan saya hilang kawalan dan tertolak dia sedikit dengan menarik bajunya, terus dia naik angin jadi dia menarik rambut saya dengan lebih teruk dengan sekuat-kuat hati dan menolak saya sekuat-kuatnya, emak saya dtg dan meleraikan.Saya sangat geram dan berasa amat marah tetapi saya tidak meneruskan pertenglikahan itu dan hanya menutup mulut saya dan tidak berkata apa-apa. saya adalah anak perempuan anyways. So adakah saya dah berderhaka di sini? tetapi bapa saya yang memprovokasi.

  58. Assalamualaikum,,,,saya ingin menanyakan suatu soalan….saya selalu menolong ibu saya berniaga,buat kerja d’rumah dan lain-lain,ibu saya sakit,saya yang menjaganya…kerana saya seorang sahaja puteri yang ibu saya ada..abang dan adik lelaki saya kerap buat ibu saya marah..terutama abang saya….saya sabar melihat kerenak adik-beradik saya terhadap ibu saya…pada suatu hari ibu saya meminta saya menolongnya buat kerja di rumah dalam keadaan yang marah-marah….pada ketika itu kesabaran saya tidak terbatas lagi..kerana saya kerap jugalah dimarah…saya melawan ckap ibu saya…saya mengatakan kenapa saya sahaja yang kena tolong..??sedangkan abang dan adik saya hanya relaks sahaja….selepas kejadian itu saya tidak menegur ibu saya selama 2 hari…..saya rasa bersalah waktu itu kerana melawan perintah ibu saya…..saya rasa tidak adil bagi saya….adakah saya anak yang derhaka kepada ibu??tolonglah jawab pertanyaan saya ini…..Assalamualaikum….

    • waalaikumussalam warna,
      Dari satu sudut, ya, secara tidak sengaja saudari telah menderhaka dengan ibu saudari, dan untuk itu, saya fikir, eloklah saudari memohon maaf.

      Ya, saya faham, saudari merasakan apa yang berlaku tidak adil dan tidak wajar untuk saudari diperlakukan begitu. Namun, cara saudari meluahkannya agak kurang sesuai. Mungkin, ada baiknya, jika terdapat masa yang sesuai, luahkanlah secara berhikmah dan berlembut dengan ibu saudari. Bincangkan secara elok. Saya pasti, jika dilakukan dengan cara yang elok, hati ibu saudari akan tersentuh. Ibu mana yang tidak sayangkan anaknya.

      Semoga saudari dan ibu saudari kembali baik, insyaAllah

  59. Assalamualaikum….izinkan saya bertanya satu soalan..
    apa hukum ibu bapa tidak adil kepada anak-anaknya tanpa mereka sedari.?
    Assalamualaikum…

    • Waalaikumussalam,
      Mengenai soalan saudari, bolehlah dirujuk kepada artikel ini, yang mana mengikut pemahaman saya, mereka akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak kerana tidak berlaku adil.

      Namun, tiadalah salahnya berbincang secara berhikmah dan baik dengan ibu bapa. Dan kepada ibu bapa, cubalah layan anak-anak seadilnya. :)

  60. Terima kasih….kerana menjawab soalan saya….pendapatnya sungguh baik sekali…terima kasih sekali lagi saya ucapkan,,,insyaAllah jika ada kelapangan masa,,izinkan saya bertanyakan soalan kepada saudara/saudari…
    Assalamualaikum….

  61. Pingback: Derhaka…Adakah Hanya Anak Kepada Ibubapa ? — wanzawawi[dot]com·

  62. Assalamualaikum..
    saya juga mempunyai kisah tersendiri..ibu saya ada 1 sikap yg mmbuatkan kami ank2 sentiasa mkn hati dan tertkan..ibu suka bersikap buruk sangka. ibu juga suka bercakap kasar dan menyakitkan hati kami ank2..blh dikatakan setiap hari ada sahaja yg tidak kena dimatanya..makanan x sedap..org tu jahat..org ni jahat..kakak ipar x dtg sbb benci dgn dia, jiran tu ini, keluarga org tu mcm tu la inila.setiap anknya semua bersalah. bile ada xkena habis dimarahnya.bila kami cube berbincang mengenainya ibu akan menuduh kami derhaka. perkataan itu sangat menyakitkan..sy dapat lihat perubahan yg berlaku pd 2 org adik sy..mrk jadi sgt pendiam. jrg bcakap dgn ibu..bila diselidiki rupanya mereka tertekan dgn ibu yg suka berburuk sangka. tlglah saya..nk ckp, dia akan kata kami ank2 derhaka..nnt x cium bau syurga..x ckp, kami hidup dlm ttkan..ya Allah bantulah hambamu ini. saya begitu dambakan seorg ibu yg blh dibawa berbincang..dipeluk..dan disayang..kerana didalam hati kami anak2 tlalu teringin ibu yg seperti ini. adakah aku dan adik beradik anak derhaka..

    • Waalaikumussalam,
      Pilu hati membaca apa yang dinukilkan. Tiada patah kata yang dapat saya bagi cadangan selain mengajak para pembaca semua mendoakan agar si ibu dilembutkan hati dan tidak sewenang-wenang menjatuhkan hukum derhaka, biarpun cuba diajak berbincang secara elok.

      Saya mendoakan agar hati ibu anda dilembutkan Allah.

      Dalam pada itu, saya mengharapkan agar anda sentiasa beringat. Yakinlah, setiap satu yang berlaku itu ada hikmahnya. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita dan meringankan dugaannya.

      Wallahualam…

  63. asaalamualaikum…sy raisha yang pernah menceritakan permasalahan sy dengan ibu sy yang tak merestui perhubungan sy dengan teman lelaki sy…komen sy ada di atas yang bernama RAISHA…..Saya ingin bertanya..sekarang ini ibu saya terlalu ASYIK dengan Facebook sehingga kadang2 sy dan adik2 sy rase terpinggir…dan ibu sy jugak telah mengmbil ramai anak angkat melalui FB yg rata2 nye lelaki…dan baru2 ini jugak ibu sy ade mngajak sy untuk menemaninye ke rumah anak angkatnye di kuala pilah..tp saya taknak menemaninye kerana sy berasa sgt sakit ati kerana ibu sy lebih mementingkan orng luar drpd anak2 nye sndiri…dan sy membiarkan ibu sy pergi seorang diri tetapi turur ditemani dng sahabatnyee….ibu sy terlalu asyik sgt ngn FB dan sy tak pasti dgn orng2 yg bagaimanakah ibu sy berhubung sehinngakan pd 12 ari ibu sy hampir ditipu oleh mat saleeh di dalam FB…SUBHANALLAH…boleh tak encik bg pndngan pd permasalahan sy ini..sy dudah cukup mngmbil ati ibu sy tp ibu sy terlalu kerap bercerite mngenai anak angkat nye sehingga sy sudah rase tertekan untuk mndgarnyee..dan kdng2 sy melarikan diri masuk ke bilik bile ibui sy bercerita mngenai anak2 angkatnye yang tidak tahu asal usul …orang b aik atau tidak…dan ibu sy ni terlalu pemurah sehinnga ada mmberikan baju atau topup kepada anak2 angkatnye yang baru dikenalinye malalui FB..Sebagai anak sy cume takot ibu sy ditipu atat ade orng luyar yg mngmbil kesempatan kepada ibu sy….sy dah FEDIP dgn permasalahan ini sehinnga pernah mngmbil keputusan untuk melarikan diri drpd rumah!!!tetapi bile mengenangkan adik sy yg kecil berumur 18 thun yg sekarang ini sedang bercuti semester..sy tarik balik keputusan sy…sesungguhnya sy dan adik sy berada dalam tekanan dan terlalu tension melihatkan keadaan ibu sy..dan lebih2 lagi apabila ibu sy tidak merestui perhubungan sy dan teman lelaki sy yang bakal sy kahwini thun dpn…tolong berikan sy cara untuk mengatasi masalah ini..terima kasih…

    • waalaikumussalam,
      Permasalahan yang saudari hadapi ini agak unik.. kerana, kebiasaannya, masalah “online” melibatkan remaja atau bawah 40-an.

      Sebenarnya, terus terang, saya agak tidak punya patah kata yang sesuai, melainkan harap saudari bersabar banyak. Tegurilah ibu saudari seadanya, tetapi biarlah berhikmah. Selain itu, uruskanlah hidup saudari dan adik saudari dengan cara saudari sendiri. Mahu atau tidak, saudari perlu menjalani hidup “tanpa” ibu “melindungi” saudari dan adik saudari lagi. Hormatinya sebagai ibu, kasihkan dia sebagai ibu, tetapi urusan hidup saudari perlu dilakukan seolah saudari hidup sendiri.

      Harap pandangan ini dapat membantu.

      Wassalam…

  64. derhaka kah aku,,,,,? aku pernah belikan kereta buat ibu bapa aku dengan mengunakan nama aku. oleh sebab keenganan aku untuk setuju dengan pandangan mereka yg mahukan adik perempuan aku bercerai dengan suaminya menyebabkan mereka marah….mereka jual kereta itu tanpa pengetahuaan ku tanpa membuat proses tukar nama….3 bulan lepas tu baru aku tahu…aku bergegas ke jpj untuk mendapatkan pandangan bagi mengatasi masalah tersebut….bila aku minta geran nak tukar nama….seribu alasan diberi….bila aku buat tindakan selanjutnya…mereka m,elenting sambil maki hamun aku dan siap berdoa agar aku kecelakaan….selama aku kerja dah banyak aku mengabadikan diri buat mereka….tapi jawapan mereka …berapa banyak harta mu bagi kat aku?….derhaka kah aku…

    • Saudara,
      Untuk terus mengatakan derhaka berdasarkan ukuran harta, adalah tidak sewajarnya berlaku, baik daripada saudara, mahupun ibubapa.

      Jika saudara mengambil kira akan nilai kereta itu, bagaimana pula dengan segala urusan untuk dari saat saudara didalam rahim ibu sehinggalah mampu berdikari. Hatta satu sen, atau peluh setitik ketika itupun, tidak terbanding dengan nilai apa yang saudara ada sekarang.

      Beginilah, cuba bawa berbincang secara elok. Berdasarkan apa yang saudara tulis, bukan kereta puncanya, tetapi urusan rumahtangga adik perempuan saudara. Ketahuilah, keutamaan adik perempuan saudara kini adalah kepada suaminya. Saudara dan ahli keluarga saudara cuma boleh memberikan pandangan dan nasihat, tetapi tidak boleh memaksa adik perempuan saudara untuk mengikut kata-kata saudara.

      Wallahualam…

  65. saya ingin tanya pendapat muslimin dan muslimah sekalian..apakah saya dianggap derhara apabila menegur perbuatan ibu saya yg x menutup aurat ,.. bnyk lagilah perkara..tp bila sy tgur dia pun ckp lah nk tgur aku sedangkan kau pun teruk jugak.. aku pun xtahu nk kata ape. sakit hati ngan dia.. mesti jadi sedih.. ak pun fikir nak lari je dr umah..ya lah duk umah spatutnya merasakan situasi yang aman dan harmoni tp x…huhu…bntulah saya…

    • Assalamualaikum saudara,
      Ketaatan kepada Allah adalah paling utama. Apa yang saudara teguri itu betul, tetapi lakukanlah secara berhikmah dan jangan berhenti memohon kepada Allah agar dibuka pintu hati si ibu untuk menutup aurat. Jalankanlah tanggungjawab sebagai anak sebaik mana yang boleh tanpa mengabaikan perintah Allah.

      Wallahualam…

  66. terima kasih kepada OnDaStreet di atas nasihat yg diberikan..semoga dapat memberikan saya semangat untuk meneruskan idup tanpa seorang ibu yang lebih mementingkan anak angkat ‘ONLINE’ nye sahaja daripada anak sendiri…ibarat pepatah ‘kera di hutan disusukan, anak d rumah mati kelaparan’

  67. salam…saya terpanggil untuk berkongsi cerita setelah agak buntu memikirkannya sendiri..saya seorang isteri dan sedang sarat hamil anak ke-4. saya telah berkahwin selama 9 tahun..saya bersyukur dikurniakan suami yang sangat baik.permasalahan saya berkaitan dengan keluarga suami saya yang berkaitan dengan kewangan. sepanjang perkahwinan kami, keluarga suami tidak putus-putus meminta wang dari suami..ribuan malah puluhan ribu ringgit..saya dan suami pasangan yang bekerja.. di awal perkahwinan saya redha suami menolong ibu bapanya namun kini rasa redha semakin hilang..dulu bapa mertua bekerja, ibu mertua berniaga..semasa sarat menanti kelahiran anak pertama perniagaan ibu mertua kerugian kerana kegagalan mengurus wang dengan baik (makan modal) dan bapa mertua pula pencen.ibu mertua minta suami bayarkan hutang tersebut berjumlah belasan ribu. suami terpaksa membuat pinjaman bank kerana belum punya kewangan kukuh, dan saya belum bekerja pada masa itu. saya tidak berkira sangat kerana tanggungan kami pun belum banyak..setahun kemudian saya mula bekerja. Belum luak pinjaman suami untuk bayar hutang ibunya, adiknya pula minta pinjam 5 ribu untuk hantaran kawin ( x bayar sehingga sekarang) dan selepas itu ibunya pula menelefon untuk suami meminjamkan 3 ribu kepada adiknya yang mahu membeli motosikal.(pun tidak berbayar setelah motosikalnya kena curi) Semua intu adalah hasil simpanan kami bersama.jumlah tersebut agak material bagi kami yang bekerja kerajaan ini..dalam tempoh masa tersebut banyak lagi permintaan dari keluarga mentua seperti nak tukar peti ais dan macam-macam lagi yang x besar sangat jumlahnya..pun saya redha walaupun agak berat hati. tambahan setiap bulan suami memberi wang kepada ibubapanya… segala rasa redha saya mula beransur hilang bila tanggungan kami semakin banyak dan keluarga mentua seolah-olah langsung tidak memikirkan masalah kami..6 tahun berkahwin kami membeli rumah dan sebuah kereta yang lebih besar kerana anak yang semakin membesar dan bertambah.( sebelum ini menyewa dan pakai kancil sahaja)..bayaran untuk rumah dan kenderaan sahaja hampir 3 ribu.. belum kira bayaran nursery anak dan pelbagai perbelanjaan lain…saya dan suami tidak mengasingkan pendapatan kami..even gaji saya pun suami yang uruskan kerana bagi saya, lebih mudah kerana suami uruskan segala bayaran bil sebagainya. bila saya perlukan duit saya beritahu dan suami akan keluarkan..namun setelah memiliki 3 orang anak, keluarganya masih tidak putus-putus meminta wang..tahun lepas, adiknya yang tinggal bersama ibubapa mertua mahu membeli kereta. bayangkan dengan gaji RM1000 ringgit tapi mahu beli kereta exora atau sekurangnya alza..mereka minta suami uruskan dan guna nama suami untuk membeli kereta itu kerana suami kerja kerajaan lebih mudah diuruskan dan mereka akan bayar bulanan. saya mula rasa x selesa..suami juga tidak bersetuju. suami menasihati mereka kerana merasakan adiknya tidak mampu dan kami cadangkan untuk beli kereta proton saga sahaja namun tidak dipersetujui oleh bapak mertua yang mengugut tidak mahu naik kereta saga tersebut…lalu perkara itu berlalu begitu sahaja..tidak lama kemudian, adik suami yang ke-3, juga tinggal bersama ibu bapanya minta pinjam 30 ribu ringgit untuk meniaga…saya menangis kerana tertekan bila saya diminta membuat pinjaman itu…mereka berjanji untuk membayar bulanan..saya akur kerna suami. dan belumpun luak pinjaman itu dibayar, sekali lagi ibu bapanya minta wang untuk extend rumah. kata suami hampir 25 ribu ringgit. saya menghalang dan tidak mahu menambah hutang lagi…suami juga agak keberatan..namun ibunya berkeras nak jual semua barang kemas yang ada jika anak tidak mahu membantu….adik beradik suami yang lain kurang berjaya dan ada yang menolak untuk membantu..saya sungguh tertekan.. masalah utama adalah ibu bapa mertua sangat mudah menjatuhkan hukum ANAK DURHAKA jika permintaan mereka tidak dituruti…sebab itu suami cuba penuhi permintaan mereka..adakah suami saya dikira durhaka jika tidak menuruti kehendak ibu bapanya? saya tidak mahu suami saya menerima nasib seperti kisal Alqamah yang durhaka pada ibunya…tapi saya juga tak mampu lagi membendung rasa hati ini….terkadang saya terfikir untuk berpisah dengan suami kerana tidak sanggup lagi berhadapan dengan tuntutan keluarganya…saya juga tahu yang haram hukumnya jika suami menggunakan pendapatan saya jika saya tidak redha….tapi hati saya tak mampu lagi untuk meredhakannya….saya rasa seperti dipergunakan…

    • Assalamualaikum saudari,
      Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah atas ketabahan saudari sehingga ke saat ini, biarpun ada tergerak untuk memohon cerai daripada suami.

      Saya faham, apa yang saudari dan suami lalui adalah sesuatu yang amat sukar dilalui. Biarpun saya tidak melaluinya, membacanya sahaja sudah cukup membayangkan betapa berat dugaan yang saudari dan suami lalui.

      Apa yang saya nampak, “key point” permasalahan ini adalah suami saudari.

      Secara mudahnya, dari satu sudut, ibubapanya sememangnya berhak untuk berbuat begitu. Namun, bukan bermakna suami saudari tidak boleh cuba berbincang dan bertegas. Bertegas kerana pada saya, keluarganya mengambil kesempatan dan sedikit sebanyak dengan wang yang telah diberi “merosakkan” mereka.

      Dari satu sudut, keengganan untuk menuruti kehendak ibubapa (dan adik beradik melalui ibubapa) akan dilihat sebagai derhaka, tetapi, apa yang saya nampak, boleh “menyelamatkan” mereka.

      Apa yang saya boleh cadangkan adalah bantu seadanya, tetapi bukan dengan memberikan kemewahan. Bantu mereka bukan daripada bentuk kewangan, tetapi dalam bentuk peluang. Sebaiknya peluang untuk mereka mencari duit sendiri dan perlu menghargai jerih mendapatkan duit. Apa yang saya lihat, mereka berasa “selamat” dengan adanya suami saudari dan kerapkali “menggunakan” suami saudari untuk melepaskan diri.

      Jika tidak berjaya, bawalah perkara ini ke jabatan agama untuk sesi kaunseling. Sebagaimana nasihat saya pada satu komen sebelum ini, pergilah dengan niat untuk membetulkan keadaan. InsyaAllah, dengan keihlasan saudari untuk membetulkan keadaan, Allah akan mempermudahkan urusan saudari hendaknya.

      Wallahualam..

  68. Pingback: Tazkirah Jumaat: Tentang Dhia « On Da Street·

  69. Assalamualaikum.
    Saya ingin bertanya, bagaimana pula hukum apabila ibu/bapa yang sering memarahi/mendera anaknya walaupun anaknya tidak melakukan kesalahan? sebagai anak, memang tidak patut untuk melawan tetapi perbuatan mereka seolah-olah tidak rasional. mereka bertindak melulu tanpa soal selidik. mereka jadikan anak-anak tempat melepaskan kemarahan mereka. adakah berdosa jika anak tersebut melawan mereka? derhaka kah anak tersebut?

    • waalaikumussalam,
      Agak sukar sebenarnya untuk saya terus menjawab dari segi hukum, terutama tanpa benar-benar mengetahui apa punca dimarah dan apa perkara yang dimarahi. Saya faham yang tiada siapa yang suka dimarahi terutama jika dirinya tidak melakukan perkara tersebut.

      Beginilah, sila baca semula artikel di atas ini, dan cuba fahami dari sudut mana dan bagaimana.Dan lihat juga bagaimana si anak memberikan respon.. tidak dalam keadaan melawan, tetapi dalam keadaan berhikmah. :)

  70. Assalamualaikum…
    Saya tertarik dengan topik yang diutarakan dan saya ingin berkongsi pengalaman dan memohon pandangan pihak tuan…
    Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada seorang anak…saya telah dibesarkan oleh keluarga angkat sejak saya baby lagi. saya mempunyai 3 orang abang dan seorang kakak angkat…namun kini hanya tinggal seorang abang dan ibu angkat saya. yang lain telah meninggal dunia…saya hanya tahu saya ini anak angkat bila saya mahu mendirikan rumah tangga 3 tahun yang lalu…untuk pengetahuan semua sejak kecil lagi sya tidak pernah di layan dengan baik, saya di maki, dihina dan sering dipukul oleh ibu, kakak dan abang angkat saya…saya difahamkan oleh makcik saya bahawa ibu angkat saya tidak menyukai dan membenci saya sejak dari dulu…hanya arwah ayah saya saje yang sayang dan menjaga saya..saya kemalangan xde sape yang ambil tahu, saya sakit pengsan di sekolah xde sape yang jaga…memang sedih…sebab itu bila saya diberitahu yang saya ini anak angkat saya sedikit pun tidak terasa apa2 pun.masa saya berumur 16 tahun ayah angkat telah meninggal dunia ….saya nekad untuk tidak menyambungkan persekolahan saya, namun dilarang oleh sedara mara dan menghabiskan pelajaran sehingga SPM…semasa berumur 17 tahun saya mula berhijrah ke kota sementara menunggu result SPM untuk mencari wang sendiri kerana saya tidak mahu terhutang budi dan ingin lari dari rumah yang tidak menyenangkan..saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM dan berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA…dengan duit hasil titik peluh saya gunakan utk bayar yuran dan membuat pinjaman pelajaran..hubungan arwah kakak angkat saya dengan ibu angkat mula renggang sejak beliau berkahwin kerana perselisihan faham dan sayalah tempat ibu angkat saya mengamuk, marah dan segalanya…saya stress dan hampir sakit jiwa…kini saya telah berumah tangga…ibu angkat sering menceritakan keburukan suami dan membandingkan anank saya dengan anak arwah kakak…puas saya menasihati ibu angkat saya itu supaya tidak memalukan suami saya kerana suami saya juga mempunyai maruah diri namun saya diherdik dan dimaki hingga TIDAK MEMBENARKAN SAYA JEJAKKAN KAKI SAYA KERUMAH JIKA DIA MENINGGAL…namun begitu sya masih balik juga berhari raya namun kehadiran saya dan suami tidak dialu2kan dan dibuat seprti orang asing…sedih…baru-baru nie ibu angkat dan abang angkat saya sakit…saya balik dari Selatan ke Utara (banyak kos) dan saya uruskan kemasukan kehospital,,abang disahkan mendapat sakit TIBI dan ianya berjangkit…Yang menyedihkan doktor mempertikai siapa saya kerana ibu angkat saya mengatakan dia hanya mempunyai 4 orang anak dan kesemuanya telah meninggal kecuali abang angkat saya yang sakit.dia x mengaku saya aanak walaupun anak angkat..hancur luluh hati saya…saya telah berbuat baik selama nie walau dimaki dihina di herdik dan sampai tahap saya x leh bersabar lagi…sedara mara dan kawan2 ibu angkat saya marah2 kata saya tak mahu jaga ibu saya sedangkan diorang tidak tahu situasi saya sekarang…saya nak tanya
    1. Adakah saya berdosa atau derhaka kerana tidak mahu menjaga mereka (ibu dan abang angkat saya) (tiada talian darah pun dan dia pun tak anggap saya anak)
    2. adakah saya bertanggungjawab terhadap mereka sedangkan saya ada suami dan anak yang perlu dijaga..
    3. Adakah berdosa suami saya menengah saya supaya balik ke kpg kerana khuatiri dijangkiti TIBI tambahan pula saya mempunyai penyakit Asma.
    Saya lebih sayang keluarga dan suami saya yang memahami dan saya tidak mahu menambah dosa klu saya balik sana dan bergaduh ngan ibu angkat dan sedara mara serta kawan2 ibu angkat saya yang tidak memahami dan terlalu ego..
    harap dapat membantu saya…Saya buntu

    • Assalamualaikum,
      Maaf kerana terlepas pandang untuk meberikan pandangan yang boleh membantu saudari untuk permasalahan yang saudari hadapi.

      Setelah membaca apa yang saudari nukilkan, berikut adalah pandangan saya:

      1- Tanggungjawab saudari yang utama kini adalah suami saudari, dan bukan lagi mereka.
      2- Saya percaya suami saudari bertindak atas kapasiti dan kemampuan dirinya dan apa yang dipertanggungjawab ke atasnya.

      Apa yang saya boleh simpulkan, saudari buntu kerana jauh di sudut hati, perasaan tanggungjawab dan terima kasih kepada mereka yang telah menjaga saudari sejak kecil. Berbincanglah dengan baik dengan suami, dan ikutlah apa yang disarankan atau nasihat suami.

      Mudah-mudahan Allah mempermudahkan urusan kita, insyaAllah

  71. salam…..sy nak tanye…sy sebenarnye sedih kerana sejak sy berusia 10 tahun ayah sy meninggal dan sy dijaga oleh ibu sy…. sejak itu ibu sy keluar rumah dan kadang-kadang tinggal sy dan adik sendirian sewaktu umur sy 11 tahun… rupa-rupanya ibu sy telah berkahwin dgn seorng hamba Allah dan perkahwinan mereka dirahsiakan….. apa yang buat sy kecewa sejak kematian ayah ibu saya sering bersikap tidak adil diantara kami 5 beradik… dia mengutamakn kakak sy. di mana semenjak di bangku sekolah lg sy tidak pernah diberikn wang perbelanjaan sehinggalah sy di Universiti…. tetapi apa yang saya tahu duit pencen aruah ayah saya bnyk dihabiskn hanya untuk kakak sy seorng.. apa yang kakak sy minta dia beri sedangkan kami 4 adik beradik berasa terabai…bukn itu sahaja kerja rumah pun dia langsung tdk pernah menyruh akak sy buat malahan selalunya sy yg buat,…memandangkan dlm adk beradk kami berdua sahaja perampuan…jika sy tersalah sedikit sahaja habis sy dimaki hamun sdangkn akak sy tidak pernah sekali pun deperlakukn sebegitu….. sehingga kadangkala, sy terlepas cakap kepada dia apa yang sy pendam selama ini. dan membuatkn dia marah dan sakit hati dgn sy… pelbagai sumpah di lemparkn kepada sy…adakah sy dikira derhaka??? dan bagaimana pula, harta pusaka aruah ayah yang sepatutnya dikongsi bersama adik beradik tetapi diberikn kepada akak sy seorng…adakah itu dibolehkan dalm islam???

    • Assalamualaikum,
      Hmm.. biarpun agak pendek apa yang ditulis, banyak perkara yang perlu diteliti.

      1- kasih sayang dan tanggungjawab ibu terhadap anak-anaknya: Dari sudut ini, kelihatan seperti saudari agak diabaikan. Dalam hal ini, perkara ini tidak seharusnya berlaku. Namun, ianya perlulah dibincang dengan baik dan dapatkan bantuan orang tengah dalam keluarga jika perlu.

      2- dalam bab pembahagian harta pusaka, jika tiada wasiat, ianya haruslah dibahagi secara adil, mengikut anjuran Islam. Dalam hal ini, saya berpendapat saudari perlu merujuk kepada mereka yang lebih arif untuk lebih kepastian.

      Wallahualam…

  72. bagaiman kalau ayah A ini tidak menjalankan tanggungjawabnya pada keluarga,tidak memberi nafkah pada anak2,tidak memberi didikan,dan pernah memarahi anak dengan bahasa kesat jika anak menegur kerana tidak memenuhi permintaan nya seperti beliau meminta wang tetapi anak nya lebih memerlukan duit elaun tersebut sebagai perbelanjaan pembelajaran dan ayah tersebut tidak pernah bercakap dengan anaknya selama 5tahun.hati anak tersebut semakin tidak suka akan ayahnya dan akan memarahi ayahnya jika menyuruh adik2 lain melakukan perkara untuk kepentingannya seperti memicit dirinya sedangkan anak nya budak kecil dan baru pulang ke sekolah.dia mengatakan anaknya kurang ajar kerana memarahinya.

    • Assalamualaikum z,
      Berkenaan dengan apa yang saudara z nukilkan, ambillah teladan daripada tazkirah ini.

      Si ayah punya tanggungjawab sebagai bapa.. namun, tidak bermakna jika dia tidak sempurna, itu memberikan hak untuk anak tidak menghormati bapanya, dan Allah lah yang paling berhak menentukan hukuman kepada mereka yang gagal menjalankan tanggungjawab seperti yang diamanahkan…

      Wallahualam…

  73. Salam…
    Sy merupakan anak sulung dripada 3 beradik lelaki, skrang berumur 19 tahun (cukup dewasa untuk menilai sendiri keadaan keluarga) dn dibesarkan dalam keluarga yg sngat ‘complicated’… Mama sy seorang Mualaf, sebelum brkhwin dengan ayah sy mama sy beragama Christian… Mama sy juga merupakan isteri kedua ayah sy, yg mana sngat pasti ayah sy tiada mendapatkan persetujuan daripada isteri pertamanya (my step mother) untuk berkahwin dengan mama… By the way, anak ayah dn isteri pertamanya 6 orang, 3 lelaki, 3 perempuan, paling bongsu 2 tahun tua daripada sy… Daripada apa yg sy ingat masa sy kecik2 dulu, kami semua memang tinggal sebumbung dn mak tiri sy tidak suka serta bencikan mama, sy dn kedua adik lelaki sy, kami hidup dalam keadaan serba hina pada masa tu, lagi menyedihkan ayah sy buat tk tahu saja… Tapi walaupun begitu, sy amat bersyukur kerana keenam-enam adik beradik tiri sy menyukai kehadiran mama, sy dn 2 adik sy, lebih2 lagi ketiga-tiga kakak tiri sy, mereka sangat sukakan mama, sy dn 2 adik… Untuk pengetahuan jugak, yg mana agak memalukan untuk sy katakan, sy, 2 adik sy dn adik beradik tiri sy tidak dibesarkan dengan didikan agama, ayah tk pernah mengajar kami soal2 agama, terus terang cakap, sy sendiri memang merasa cukup kekurangan dari segi ilmu agama, mama pun tidak dapat mengajar kami sepenuhnya tentang agama yg mana sy tahu mama mencuba walaupun dia sendiri tidak dididik oleh ayah yg sepatutnya membimbingnya, expose mama more to Islam kerana asalnya mama bukan Islam… Ayah sy jugak memang seorang yg tidak tahu memimpin kami sekeluarga, baginya, dia adalah ketua keluarga, jadi kami kena ikut arahan dia kerana dia betul, walaupun sebenarnya banyak salah dari yg betulnya… Apabila mencela, atau kita cuba memberitahu atau brpendapat bahawa caranya salah, dia tidak akan mendengar sebaliknya marah pulak sehingga sanggup memukul dn mendera, sy ingat lagi masa kecik2 dulu dia pernah pukul belasah abang dn kakak tiri sampai mama pun kena sekali sebab dia cuba protect abang dn kakak, tk tahu la pasal apa mereka dipukul tapi yang sy pasti mungkin ayah lepaskan geram pasal sesuatu… Disebabkan sikap ayah, dn mungkin sebab mak tiri tk suka mama walaupun ayah tk pernah lebih2 kan mama dari mak tiri, mak tiri keluar dari rumah, adik beradik tiri tk ikut sebaliknya tinggal dirumah kerana mereka sukakan mama dn kerana mak tiri tidak mahu bawak mereka sekali… Dari peristiwa itu, ayah salahkan mama penyebab mak tiri keluar dari rumah… Semenjak tu jugak keluarga kami semakin teruk, tahun demi tahun, semakin meningkat usia, satu-persatu adik beradik tiri sy dari yg sulung ke bongsu keluar dari rumah kerana tidak tahan dengan perangai ayah, sekarang tinggal sy dn 2 adik sy yg masih bersekolah, sorang form 3 dn sorang lagi form 4… Sekali lagi ayah persalahkan mama sebab mereka keluar rumah walaupun sebenarnya salah dia sendiri yg tidak tahu pimpin anak-anak dengan betul sehingga mereka keluar dari rumah, dia tidak boleh mengakui kesilapannya kerana tahap ego dia yg tinggi… Sy sekali lagi bersyukur kerana hubungan sy dn mama dengan adik beradik tiri sy ok dn sering brhubung walaupun kami sudah tidak tinggal sebumbung lagi, mereka jugak sudah ada kehidupan sendiri… Ayah pulak tidak mahu lagi mengambil tahu pasal mereka, malahan dia sering mengutuk dn menyumpah bahawa mereka anak tk kenang budi dn derhaka… Sekarang ney semakin teruk perangai ayah sy, semakin hari semakin kurang rasional fikiran dn tindakannya, jika sy nak taip memang teramatlah panjang, yg paling kesian sekali adalah mama dmana dia trbeban dari segi kewangan kerana trpaksa membantu ayah selesai loan bank, installment kereta, sewa kedai dia (mama sy pengusaha kedai jahit), belanja persekolahan 2 adik sy yg mana ayah tk peduli pun, prbelanjaan rumah dn bnyak lagi kerana ayah sudah tidak mahu kerja… Sy pun dah setahun lebih brgelar lepasan SPM, dn masih belum dpat melanjutkan pelajaran tapi bukanlah kerana tidak mendapat tawaran, ada tawaran tapi sy endahkan sebab sy tahu ayah tk boleh support all the cost dn sy tk mahu pulak membebankan mama… So, sy pn amik kptusan untuk bantu keluarga dn lupakan hasrat untuk continue study, tapi nampaknya apa yg sy cuba lakukan tidak dhargai langsung… Ayah sentiasa cuba cari kesalahan sy, bkn saja sy, kedua-dua adik sy pun kena jugak… Selalunya dia juga akan mengungkit, tapi saya selalu sangkal semua kata2 dia kalau ianya salah, mcam apa yg dia ungkit sy jawab yg itu tanggungjwab bapa, apabila dia dah kalah dia terus mengugut untuk memukul dn mcam2 lagi… Paling sy marah dn geram apabila ayah kerap marahkan sy sebab kerja2 yg sy buat kt rumah ney lembab dn krja bodoh sama mcam uncle sy (abang mama) yg cukup sy hormati kerana sy pernah dibesarkan dngn baik selama 4 tahun olehnya semasa sy dtinggalkan kepadanya, walaupun uncle sy beragama Christian dn sy Islam dia tetap terima sy dngan baik dn sayang sy mcam anak dia sendiri… Patut ke ayah sy cakap mcam tu? Menghina uncle yg jaga sy ketika sy ditinggalkan? Sy sendiri sudah tidak tahan kerana sering melawan balik kata2 ayah, sy rasa sngat2 tertekan sekarang, memang sngat ironi kerana jika ikut giliran memang giliran sy lah skrang ney untuk keluar dari rumah… Tapi sy sangat risau, apakah tindakan sy untuk keluar dari rumah seperti adik beradik tiri sy lakukan adalah betul? Adakah kami dikira anak derhaka walaupun sebenarnya niat untuk keluar rumah adalah untuk mengelakan dosa menderhaka kerena sering bersengketa dngan ayah kami?

  74. Assalamualaikum,

    Saya ingin meminta pandangan mengenai diri saya yang baru kehilangan arwah ibu yang tersayang. Setiap kali saya membaca yassin untuk arwah, saya akan menangis teresak-esak. Saya terasa seperti mimpi keatas kehilangan arwah tapi saya reda dengan pemergiannya dan selepas sembahyang saya mendoakan agar arwah ditempatkan di dalam golongan yang beriman. Saya terlalu rindukan arwah dan apakah penawar yang dapat membantu saya yang setiap kali membaca yassin selalu menangis.,

    • Waalaikumussalam,
      Merindui seseorang yang sudah pergi boleh kita kategorikan sebagai normal. Malahan para sahabat juga berasa amat sedih dan merindui Rasulullah setelah kewafatan baginda.

      Namun, kita dinasihatkan agar tidak terbawa-bawa. Kita yang masih bernyawa ini perlu meneruskan hidup dan jika diizinkanNya, semoga bertemu dengan mereka di Jannah nanti.

      Sebagai anak, janganlah putus berdoa untuk ibu anda. Amalkanlah ilmu yang baik yang diajar oleh ibu anda, agar ada “saham” yang berterusan untuknya, insyaAllah.

      Wallahualam…

  75. assalamualaikum,,,saya maseh lgy berusia 17 thn,saya ingin menanyakan soalan..dlm hal ini adkh saya yg salah?..saya tak mahu tahu siapa yg salah,,,tpy mmg fitrah manusia inginkn kebenaran….mungkin ini semua salah saya,,,saya terima,,,hurm,,,,ibu saya tlh lme meninggal ketika saya berumur 9 thn,pd sya umur 16 thn ayh saya berkahwin dn saya mdpt ibu tiri,saya ank k3 drpd 3,sya memiliki 2 org abg yg jarak 5-6 tahun dri saya…entahla,,sblm saya mdpt ibu tiri sya sgt excited,,,”alhamdulillah ad org dpt menjaga ayah aku” slps kahwin saye rase perasaan seronok bertukar menjadi,,,menyampah..entahla…seringkali saya cuba mengubahnya.,tp,,entahla,,ssh nak dpt perubahan tu,,,ketika saya berusia 12 thn ayh saya m’hantar saya ke mesir atas kerelaan saya sendiri,buad pertama kali dlm hidup saya yg serba kekurangan ketika itu menghafal ilmu al quran,pd saya umur 14 thn saya pulang k msia untk mengambil PMR,,disini saya ingin menceritakan….pernah saye keluar rumah hanya memakai tuala,,,pastu ayh saya kata”akak masuk……pakai tudung….saya akur…saya masuk lalu tukar memakai tudung..tp….hari tu mak tiri saya keluar tdk memakai tudung,,sya harap pembaca faham ap yg saya maksudkan,,,saya hanya memikirkn positif,,,tp dlm sudut haty saya,,saya terkilan..saya juga seorang sikap yg kasar berckp dgn ayh saya kasar,pendiam dirumah,lebih menyendiri,dan…..pemarah…..saya cuba tuk berubah,,mcm2 pendapat sya tanyer kpd org laen…tp,,,pendpt yg sama dan tdk kene ap yg saya maksudkn..pernah satu hary ayh saya berkata”akak cube ckp leklok dgn ayh,,ta salah buad baik ngan org” saya terima tegurannya,,dan saya tahu mmg salah saya..tp yg saya terkilan ayh saya ckp”akak tu belajar agama” pd masa itu saya terfikir…adkh semua yg belajar agama adlh baek?…lalu saye terus teringat situasi saya memakai tuala diluar rumah….saya harap pembaca faham ap yg saya ceritakan..saya ingin melakukan perubahan pd diri saya,,tp tdk tahu mahu melakukan bagaimana,,,hingga pernah saya tekad untuk mendiamkan diri,sbb org kata diam menjauhkn diri drpd melakukn kesilapan..saya mempunyai rakan2 yg mempunyai ibu tiri,semua merasai perAsaan yg sama seperti saya,,menyampah dgn ibu tiri,,,saya cuba untk membuangnya,,,tpy ia dtg dgn sendiri,,saya seorang remaja, yg meningkat dewasa,,,saya mahukn keadilan,,tika usia saya ini,,saya maseh terumbang ambing mencari hakikat hidup dan hakikat kehidupan didunia…andai pembaca berada di situasi saya ap yg perlu pembaca lakukan??..

    • hamba Allah, saudari bertuah dpt seorang ayah yg pandai mendidik malahan cara menegur yg sgt sopan (bagi pendapat saya menurut cerita anda)… beramal soleh utk diri sendiri, jgn pandang pada org lain kerana pahala yg kita dpt utk diri sendiri maka buat utk Allah swt. Kalau ibu tiri tidak memakai tudung, maka anda boleh memberi contoh yg baik dgn memakai tudung dan bersikap sopan… jgn pakai tudung tapi kurang ajar pulak….. berilah contoh muslimah yg dihormati. tk kiralah apa tinggi mana agama seseorang… anda hormat pada org lain, org lain akan hormat pada anda, kecuali mereka yg benar2 dibutakan hati…. Mungkin saudari terasa perasaan sayang dan kasih ayah anda terpaksa dikongsi bersama ibu tiri, maka anda anggap ibu tiri anda sebagai musuh… ibu tiri anda mungkin juga kekok utk memberi kasih sayang dan belaian sebagai seorang ibu kepada anaknya (lebih2 lagi anak tiri)… fikirkan jika satu hari nanti, anda pula jadi seorang ibu tiri (dgn takdir Allah swt)…. jgn hukum org lain (termasuk ibu tiri) selagi anda tidak mengenali mereka luar dan dalam…. jadi permulaannya maafkan dia (dlm hati jugak boleh) walaupun dia tidak pernah meluahkan atau meminta maaf pada anda…dan buatlah solat taubat dan bermunajat pada Allah swt utk melembutkan hati anda menerima ibu tiri dan berubah menjadi muslimah yg disegani…. boleh doakan utk ibu tiri agar satu hari nanti dia jugak akan tergerak hati utk memakai tudung… anda dpt pahala mendoakan org lain utk kebaikan… berikan contoh itu pada kawan2 anda jugak… tunjuk kan perubahan yg secara beransur2, bertahap2 lebih baik agar ia melekat sampai bila2….

  76. sy nk bertanya . sy sudah pendam lme prkara niy . sy niy dikire “anak derhaka “ke ble sy tak turuti kemahuan ibu ? sy slalu turuti kemahuan ibu wlaupn dlm bntuk wang skli pn sy akn usaha untk menuruti kata dn kemahuan ibu .sy mnjage hati dye tak prnh buad dye sedih sbb ibu sy mnghidapi cancer hati , kencing mnis dan darah tinggi . org sakit kene jege hati so sy ikut saje kemahuan ibu sy smpai lh satu ari tuwh lps ibu sy pulg hospital dye mngirim pd sy mknan (soto)pkol 10 mlm . mne sy nk crik ? sy dh buntu ble sy call nk tnya mkn ape? ibu tanak brckp dye merajuk . sy dh cube call byk kli tetapi adek sy yg mnjwb . tape lh sy pn teros blik sbb sy dh putus asa nk crik soto . sy blik dgn tgn kosong . sy mngemas uma lps pulg tbe2 pinggan terhempas then ibu memarahi sy dgn mngatakn ” kaw berambos lh dripada ddk uma myakitkn hati , jgn tnjuk besar kple kaw sgt “pdahal pinggan tuwh ta sngaje jtoh . sy teros masok blik dn mngis . esuknye ibu pulg ke rumah nnk , sy sendirian di ruma 3 ari . ari keempat sy mnghntr msg kpd ibu dn bertnye yg sy niy sape ? bkn ank dye ke ? dn sy luahkn apeh yg terpendam slme niy . sbb ibu sy lebih pentingkn adek-2 sy yg lain .dye pilih kasih dan hipokrit . smpai teman lelaki sy dh muak dgn prangai ibu sy . tak kn lh sakit smpai buad anak sndri mcm tuwh ? ibu sy mmg kejam dye mnguji teman lelaki sy sprti anjing . prg sana prg sini suro beli tuwh suro beli niy tnpa berpikir prasaan org . teman lelaki sy bknnye kaya tpi ibu sy meminta mcm2 smpai lh teman lelaki sy snggop ikat perot untk mmbelikn sesuatu yg ibu inginkn . sy kesian dgn teman lelaki sy tpi dye kata mungkin 1 ujian dn pengorbanan untk mneruskn hbungan . ibu sy prnh mngugut sy jika teman lelaki sy tidak mmberi apeh yg dye inginkkn dan ibu sy takn merestui hbungan kami . smnggu slps tuwh ibu memberi sepucuk surt dan meluahkn juga apeh yg dye pendam slame ni . dye mmberi pd teman lelaki sy dn mngis mase tuwh suro bgi kt sy . slm surt tu mngatakn yg dye takn maafkn sy slgi sy tidak mntk maaf tpi sy ta tahu apeh sala sy ? sye cume luahkn saje prasaan yg terpendam lame sgt untk ibu tahu prasaan sy yg dipinggir kn berbeza dgn adek-2 slame niy . sy ingt dgn msg sy ibu akn brubh malah lain jadinya . apeh yg harus sy lakukan ? sy nk amek spm tahun niy sy tajut tidak direstu ibu .

  77. salam..saya juga punya msalah tentang kedua ibu bapa saya..jujurnya…berulang kali saya pikir untuk tulis di ruangan ini…takut saya mengaibkan kedua ibu bapa saya…saya punya sedikit dendam terhadap kedua ibu bapa saya…setiap kali saya solat…saya mohon kepada allah untuk jauhkan dan buangkan dendam ini iatu dendam terhadap kedua ibu bapa saya…ayah saya selalu memukul saya dari kecil…sehingga pernah lebam lebam…berbanding dengan adik beradik lain…ayah tak pernah pukul seteruk mana dia pukul saya…ibu pula selalu mengatakan saya menyusahkan dia..persoalannya…jika saya benar menyusahkan mereka mengapa saya dilahirkan dan mengapa masih mahu menjaga saya??buat pengetahuan semua…saya tak pernah luahkan kepada mereka perkara yang saya tak puas hati tentang mereka…kerana saya benar benar takut mereka berkecil hati…ayah pula selalu mengungut untuk tidak menanggung kehidupan saya..sedangkan saya ini masih di bawah umur…hal ini saya tak pernah cerita kepada sesiapa termasuk rakan baik saya…kerana saya tidak mahu mengaibkan mereka…saya juga pernah diugut untuk dicincang ketika ayah marah..ayat seperti”pergi mampus lah dia!” dan “lantak kau lah nak hidup” juga menjadi hamburan kepada saya…saya juga tidak pernah melakukan kesalahan di luar mahupun di dalam rumah…saya bukan anak muda yang suka berpeleseran…saya pernah terbaca pada satu artikel bahawa ibubapa perlu bersyukur anak di rumah berbanding anak anak mereka berpeleseran dengan perkara tidak berfaedah…adakah ibu bapa saya tidak bersyukur dengan tingkahlaku saya?saya juga kadang kadang cuba untuk mempertahankan hak saya…tapi akhirnya pendapat saya diterima dengan pulangan hukuman yang menyakitkan badan…saya juga selalu berdoa agar allah memberikan saya ruang untuk keluar dari rumah ini…sensungguhnya apabila jauh pasti terbit rasa rindu…adakah masih ada sayang dan kasih ibu dan bapa terhadap saya?

    • Assalamualaikum ain,
      Pertama sekali, maaf kerana lambat memberikan pandangan, andai itu yang diharapkan.

      Kedua, jika saudari merasakan komen di atas adalah sesuatu yang ingin ditarik balik, saya fahami. (dan ini juga ditujukan kepada semua pemberi komen ya.. saya menghormati keputusan yang anda ambil, dan saya pasti, tujuan anda yang menulis di ruangan ini bukan berniat untuk membuka aib.. kerana, setakat ini, saya tidak fikir semua memberikan identiti sebenar, dan tanpa menyebut nama sebenar pihak yang terlibat).

      Baiklah. Berkenaan dengan nukilan saudari, saya tidak dapat katakan yang saya benar-benar faham apa yang saudari lalui, tetapi cukup untuk saya katakan saya tahu betapa berat apa yang saudari lalui.

      Beginilah. Teruskan jadi anak yang solehah dan baik kepada ibubapa, meskipun, secara lahirnya mereka tidak menghargai. Samada masih ada kasih atau sayang, hanya mereka yang boleh menjawabnya.. dan saya tidak fikir bukan sekadar kata yang saudari nantikan. Teruslah menjadi anak yang baik. Saya doakan semoga urusan saudari dipermudahkan, insyaAllah

  78. Salam, sy brusia 17 thn. Kakak sulung yg brusia 27 thn n pernah sakit truk ktika 12 thn. kakak kini hmpir mlangsungkn perkhwinn. masalahnya, dia n bkl suami masih study, x ada kerja tetap,x punya wang simpann lgsung n mgharpkan 100% duit parents sy utk majlisnya. krn sygkn anak, parents sudi tggung majlis abt.RM12000.00 dgn syarat kakak akan gnti. dia bsikap memilih pakaian n persembahan smpingan utk majlis(which is quite costly) sy fhm skiranya dia xpenah bkerja then x ada wang,sbaliknya dia pernah bkerja(skarang x kerja) tp sering mghabiskan wang utk bda2 yg x penting sperti beli bju(x perlu krn x jadi keutamaann) n bli mknn2 ringan dgn alasan dia sering lapar. Namun,klau dia mkn nasi slalu trlalu sikit n kerap tinggalkan sisa mknn jika mkn dluar(membazir). dia juga sring tukar2 pkerjaan(x kerja dlm tmpoh yg lama ktika proses cari kerja)dgn alasan x thn prangai rkn sekerja. sy yg bakal mduduki spm tertekan dgn ibu yg sring mncritakan masalah kewangan yg dihadapi stelah ayah bertukar pkerjaan yg mnwarkn gaji yg sedikit. parents perlu menampung kehidupn kedua kakak(trmasuk yg sulung), sorang abg d univ.,sy n adik yg masih brsekolah.sy jg berasa kurng smgt utk blajar wlupun sy antra exc. stud. dskolah krn rasa parents x akn mmpu tnggung study sy kelak. apabila sy menegur ibu bhwa dia x boleh memnjakan kakak sulung n biarkan dia mecari duit sendiri sbgai lgkah mengurangkn masalah kwgn, ibu akan memarahi sy n kata sy brkira dgn kakak yg akn bantu sy kelak n ibu mngingatkn bhw dia akan berbuat yg sma trhadap sy kelak. sy fhm tp sy nmpk yg kakak spt ambil ksemptn trhadap ibu. ibu sring menutup mata akan ksalahn kakak dgn mengaitkn dgn penyakitnya dulu yg mnyebbkn kakak masih memerlukn bntuan dr sgala aspek sdgkn kakak bukannya cacat pun. sy lgsung x fhm apa kaitannya. skarang sy rasa ibu hanya jdikn sy tempat ceritakan masalah brkaitn kakak tnpa menegur ksalahan kakak secara berterus trg. sy n abg yg perlu sokongan moral dari ibu ketika belajar tertekan n rasa ibu x adil dlm mmberi prhatian. sy risau mnjadi anak derhaka apbila menegur ibu shigga ibu marah tp x thn melihat kakak2 yg sering susahkn ibu bapa. apa prlu sy buat, adakah hnya diam atau trus menegur kesilapan ibu apbila ibu mnceritakan masalhnya?

  79. Salam, saya seorang isteri yang sudah berumhtangga hampir 4 tahun.. Kami masih belum dikurniakan zuriat lagi. suami seorang anak sulung dan mempunyai ibu bapa yang sudah bercerai sejak beliau berumur 2 bulan. beliau tidak pernah berjumpa dengan bapanya sehingga beliau ingin berkahwin barulah beliau cari bapanya.

    ibunya pula berkahwin lagi bila beliau berusia 8 tahun. beliau dari kecil dijaga oleh neneknya manakala ibunya keluar bekerja. dari hasil perkahwinan itu ibunya melahirkan 2 orang anak perempuan. ibunya banyak luangkan masa dengan adik2nya. sehinggalah bapa tirinya bersuara kepada ibunya supaya mengambil suami saya dari jagaan neneknya. tetapi mendapat tentangan besar dari neneknya.

    Di pendekkan cerita: suami saya dijaga & dipantau oleh neneknya sehingga neneknya meninggal dunia. Suami saya ini seorang yang lembut, baik & peramah. beliau memang pandai mencari sumber rezeki untuk keperluan keluarganya. walaupun beliau dijaga oleh neneknya, namun beliau tidak pernah abaikan ibunya & adik2 tirinya. sehingga beliau telah berumahtangga dengan saya saing dengan adik perempuannya yang kedua.

    Yang menjadi persoalan sekarang, saya melihat ibunya jarang telefon dia bertanya kabar atau berbual secara anak & ibu. ibunya akan telefon beliau bila memerlukan bantuan atau pengaduan. berlainan dengan adik tirinya yang selalu mendapat perhatian yang lebih dari ibunya. adiknya kini sudah mempunyai seorang anak lelaki yang hampir berusia 3 tahun. dah tentu ibunya akan berikan perhatian yang lebih. tapi itu tak menjadi masalah sgt. tapi yg saya perhatikan sejak kami kahwin hingga sekarang, mmg ibunya jarang bertanya kabar pada kami. pada suatu hari suami saya diamkan diri & jarang telefon ibunya kerana sibuk bekerja. ibunya mengadu yang suami saya tak kisah kan dia sehingga tak tahu nak bertanya kabar. saya heran, mengapa suami saya selalu dipersalahkan. sedangkan ibunya tak telefon takpe. saya sangat simpati dengan suami saya, adik2 nya juga banyak menyalahkannya. sedangkan beliau banyak berkorban untuk mereka.

    Kami suami isteri tidak dapat membeli sebuah rumah seperti yang diidamkan oleh pasangan2 lain. ianya kerana rumah ibunya sekarang ini, nama ibunya & suami saya. kerana itu kami tidak dapat beli rumah mengikut undang2.

    Pada suatu hari, kami apply rumah secara senyap2, kerana selama 4 tahun kami berkorban untuk ibunya, kini kami cuba kalau tak dapat tekpelah yang penting kami tahu yang mmg bukan rezeki kami. tetapi dengan kuasa Allah, application kami diterima dan diantara 200 orang yang minta rumah, kami merupakan tempat yang ke sebelas. kami mendapat keputusan itu dengan gembira bercampur sedih. kerana tak tahu mcm mana nak beritahu ibunya. selama 2 bulan kami diamkan diri. dan akhirnya kami nekad utk beritahu ibunya..

    Pada awalnya, ibunya bersetuju untuk menjual rumahnya dan duduk bersama kami di rumah baru setelah berbincang secara baik. tetapi esoknya kami diberitahu yang ibunya tak jadi jual rumah dan kami dituduh untuk lihat dia merempat. kami terkejut dengan tuduhan tersebut. suami saya yang awalnya seorang yg penyabar kini menjadi berang sehingga bersuara tinggi kepada ibunya. kerana cakap tidak jujur dan membuat cerita kepada adik tirinya. sehingga saudara-maranya menuduh suami saya tidak bertanggungjawab.

    Rumah ibunya sekarang, suami saya telah salurkan duit CPF yg khusus untuk rumah. sehingga ibunya sewakan 2 buah bilik untuk menampung rezeki ibunya & adiknya yang masih bersekolah. hak sewa tersebut sepatutnya suami saya juga perlu dapat bahagian tetapi suami saya tak kisah & berikan bahagian sewa tersebut pada ibunya setiap bulan sebagai nafkah.

    Paling sedih & kecewa, ibunya beritahu bahawa sekiranya rumah ini terjual duit CPF yang suami saya salurkan pada rumah tersebut hasil dari titik peluhnya sendiri, ibunya akan masukkan semula. tetapi hasil jualan rumah tersebut ibunya tidak mahu suami saya ambil satu sen pun walaupun dia tahu bahawa bahagian suami saya ada. saya sangat2 simpati dengan nasib suami saya. ibunya banyak membantu adikya yang sudah berkahwin tetapi bila ditanya ibunya menafikan.

    Buktinya, pada suatu masa dulu ibunya mengadu pada suami saya bila ibunya kecil hati atau bergaduh dengan adik perempuannya yang sudah berkahwin. suami saya yang jadi tempat pengaduan. ibunya pernah beritahu “Selama ni aku banyak lebihkan adik kau dari engkau sendiri. tapi ini balasan adik kau pada mak.” sedihkan tapi bila mereka dah berbaik suami saya dipinggirkan. ibunya menganggap bahawa anak lelaki tak perlu diberi perhatian sangat seperti anak perempuan. baginya anal lelaki bertanggungjawab pada ibunya semua, iaitu dapatkan hasil untuk ibunya. sedihkan..

    Persoalannya sekarang:
    apakah suami saya tak berhak bersuara untuk mengambil bahagiannya dalam rumah tersebut untuk membina keluarga bahagia bersama isterinya? sedangkan suami harus menyediakan tempat tinggal untuk isterinya?

    Adakah cara ibunya itu betul & apakah yang patut dilakukan oleh suami saya?

    • Assalamualaikum,
      Pertama sekali, mohon maaf kerana amat lambat memberikan pandangan atau pendapat. Apa yang saya harapkan, dalam pada saya (atau sesiapa tidak memberi pandangan/pendapat, Allah telah mempermudahkan urusan puan dan suami puan.

      Secara asasnya, ibunya berhak berbuat apa yang sahaja, selagi tidak melanggar syariat. Ketaatan suami puan kepada ibunya lebih tinggi daripada tanggungjawabnya terhadap puan.

      Ini hakikat yang tidak boleh disangkal dan dipertikaikan.

      Namun, demi kebahagiaan rumahtangga dan keharmonian keluarga, adalah digalakkan duduk berbincang secara elok dan berhikmah. Benar, saya dapat rasakan suami puan terbeban dan boleh hilang sabar, setelah diperlakukan sebegitu rupa. Namun, itu tidak memberi keizinan untuknya untuk bertindak mengikut emosi.

      Apa yang saya boleh cadangkan, carilah orang tengah yang boleh berlaku adil dalam menasihati ibu suami puan.

      Semoga Allah mempermudahkan urusan puan dan suami.

      Sekali lagi, saya pohon ampun dan maaf.

      Wallahualam

  80. kadang-kadang bapa yg hanya pentingkan duit sampai relation antara anak dan parents tergadai, wajib ke dengar cakap dia? ibu pun ikut je cakap bapa. buntu kepala aku..susah nak sedarkan diorang yg hidup ni bukan setakat duit.

    • aizat,
      Memang susah, memang berat.. dan memang boleh bingung kepala. Cubalah secara berhikmah. Saya tidak dapat memberikan secara khusus kerana saya percaya, sebagai anak, aizat lebih tahu dan faham menangani ibubapa aizat. Saya percaya aizat tahu, tapi mungkin sebab tekanan, kita tidak perasan jalannya ada.

      Saya doakan urusan aizat dipermudahkan. :)

  81. mcm2 orang kata pasal ibu bapa derhaka… tapi kalau mak saya tak bagi saya nak kahwin kerana teman lelaki saya ni bekas banduan macam mana? mak saya pandang pada nama, harta, pangkat dan rupa… dia langsung tak tengok pun lelaki tu jaga solat tak, hormat orang tua ke tak… pada dia kalau bergaya, glamer dah kira bagus… adik sya dah bertunang. mak terima tunangnya padahal sepanjang tunangnya berada di rumah kami dari pagi sampai malam, tak pernah langsung saya tengok dia minta izin nak solat.. datang rumah kami tak kira masa. lepas tu terbaring di ruang tamu seolah2 diorang dah nikah. elok je meniarap bersama2 tengok fb kat labtop rapat2. mak langsung tak cakap apa pun. family tunang adik kaya. mak boleh cakap kat tunang adik, napa tak bawak mpv nivara pakngah nya? apa lah dalam hati mak. nak menunjuk pada jiran2 lah tu konon bakal menantunya kaya raya.sedangkan setahu saya tunang adik sya tu kerja cashier kat kedai buku je. bf saya nak datang merisik, mak bagi alasan takde cutila, bagi adik saya kahwin dulu la sebab diorang dah bertunang. padahal bukan kami nak kahwin sat2 tu gak. pada mak orang yang keluar penjara jahat sangat sedangkan dia tak tahu manusia yang tak diperlihatkan kejahatannya oleh allah lah manusia yang paling jahat sebab manusia lain tak tahu tentang kejahatannya. semoga satu hari nanti mak terbuka mata hatinya melihat mana intan, mana kaca. bukan bererti bf saya baik sangat. dia juga ada kelemahan tapi dia berubah kerana allah bukan kerana manusia. apa pendapat tuan tentang maslah saya?

    • Assalamualaikum nurphysics,
      Jika dibaca dan cuba difahami, saya boleh terima ianya sukar untuk saudari.

      Apa yang boleh saya fikirkan ketika ini adalah, mak saudari beri pandangan samada pengalaman atau persepsi mengenai kekasih saudari.

      Akan tetapi, jika benar berlaku tentang tunang adik saudari, ianya perlu diperbetulkan. Namun, lakukanlah secara berhikmah dan doalah berubah kepada kebaikan. (Sebab, tak mahulah pula adik/tunang adik saudari pula yang mengadu disini… hehehe)

      Semoga Allah mempermudahkan urusan.

      Wallahualam

  82. salam sejahtera buat semua..kisah hidup ku lg teruk brbanding yg lain..bkn niat aku nak mmburukkkan mak aku sndiri..tp sekadar nak tahu pendapat org lain jg status aku skrg..satu kesimpulan yg bleh aku ckp adalah,dunia aku susah,akhirat pun aku susah dek kerana doa2 yg mak aku prnah lemparkan sejak aku kecil lg..apatah lg sudah termaktub doa ibu sgt2 dimakbulkan Allah swt..sukar utk aku ceritakan,tp aku akan cuba coretkan dgn harapan ada yg sudi mmbantu aku utk aku teruskan hidup terhadap apa status aku skrg..inilah kali pertama dlm hidup aku,aku coretkan masalah ini aku ini secara bertulis.maybe aku blum jumpe lg medium yg sesuai sblm ini utk aku luahkannya..
    sejak skolah rendah lg aku adalah dikalangan yg agak pandai dalam kelas aku.bleh dikatakan setiap tahun aku naik pentas terima anugerah..bila aku berada dlm drjah 6,aku still lg berada di kelas yg pertama…kelas elite..kelas harapan skolah utk meraih semua A dlm UPSR..sejarah hitam bermula,apabila mak aku suka bising2 pasal keje2 rumah.walhal aku sering kali mmbantunya apatah lg bila cuti skolah sabtu ahad..itu pun mak aku masih tak puas hati lg dgn aku.bila aku ulangkaji or buat keje skolah,mak aku bertambah2 bising.aku tak kisah semua tu.tp mak aku pelik sikit,dia bising dgn kata2 yg sgt2 kesat dan kasar trhadap aku.aku tak kisah tp aku jd kisah apabila mak aku lemparkan kata2 yg menggugat mati dan hidup aku…dunia dan akhirat aku..antaranya kata2 nya adalah,mak aku doakan aku tak kan lulus peperiksaan,belajar la mcm mane pun,tak kan pandainya,padan muka…mak aku ckp lg,dia doakan aku masuk neraka jahanam dan api neraka menjilat2 bakar aku nnti..byk kali dah mak aku ckp smpai aku dah tingkatan 5 pun ckp mcm tu..dek kerana bencinya trhadap aku..mak aku ckp gak yg aku tak kan hidup senang sampai bila2..dek kerana keje2 umah dan aku ulangkaji..dulu aku gi solat terawih mak aku bising2…

    bersambung..

  83. Assalamualaikum….

    Saya ada kemusykilan tentang Hukum berkenaan…

    Saya pendek kan soalan saya …

    Adakah saya dianggap Menderhaka Kepada Ibu seandainya saya mengambil keputusan untuk untuk tidak pulang ke kampung..bukan kerana marah,Kecil hati dan sebagainya.dan saya juga telah memaafkan segalanya..kerana tidak mahu keruh kan lagi keadaan…tetapi malu nak berhadapan dengan masyarakat yang memandang serong kepada saya.

    sinopsisnya begini…

    Semasa kecil saya berumur 2 bulan dipelihara oleh Arwah datuk dan nenek saya sehingga dewasa…saya telah mendirikan rumahtangga dan ada seorang anak perempuan..tetapi usia isteri saya tidak panjang..dia meninggal dunia 3 tahun yang lepas..selama 3 tahun saya tinggal berdua bersama anak perempuan saya..baru2 ini ibu saya pencen dan mengambil keputusan tinggal bersama saya…

    Saya gembira dan mengalu kan keputusannya.kerana ada orang akan menjaga anak saya iaitu cucu ibu saya…kerana anak saya berumur 14 thn.

    Tetapi masa ibu saya tinggal bersama saya tidak lama iaitu selama 9 bulan sahaja…sama ketika usia dikandung kan saya selama 7 bulan dan dipelihara 2 bulan sblm diserahkan saya kepada nenek dan datuk saya.

    Ibu saya telah meninggal kan rumah dan pulang ke kampung tanpa memberitahu saya bersama dengan sepupu perempuan saya.Hampir tiba di kampung ibu saya menghantar pesanan ringkas mengatakan dia pulang ke kampung kerana ingin berehat dan pulang ke kampung…saya bersetuju dengan alasannya walaupun sedikit terkilan dengan cara ibu saya meninggal kan rumah tanpa memberitahu saya…

    Tapi alangkah sedihnya rasa hati saya..semasa berada di kampung…. ibu saya mengata saya dan cucunya mcm2 sehingga mengungkit sehingga sekecil2 perkara.dia mengatakan saya tidak pandai mendidik anak dan saya terlalu memanjakan anak…saya berasakan masyarakat akan menyangka saya telah menghalau ibu saya…sedangkan saya tidak pernah marah,meninggikan suara kepada ibu saya…

    untuk pengetahuan …memang ada masalah komunikasi antara dengan ibu saya..kerana sepanjang kehidupan saya…ibu saya tidak pernah memelihara saya…tetapi saya tidak pernah melakukan perkara yang boleh mengundang saya menjadi anak derhaka…saya ada menghubungi adik ibu saya iaitu Pakcik saya…dia menasihat kan saya supaya bertenang,banyak bersabar dan banyak solat mohon doa pada Allah…kerana ibu saya seorang yang terlalu cepat ambil hati, terlalu sensitif,tak boleh terasa langsung,apa sahaja keputusannya betul belaka,tidak mahu mengaku kesilapan,keras kepala(Pakcik saya kata)…

    hari2 di kampung ibu saya terus menerus mengata saya dan cucunya…info ini disampaikan oleh sepupu dan makcik saya…

    Saya tak tahu nak buat apa …saya bersabar aja lah…

    saya memohon pandangan mengenai permasalahan saya ini…

    Sekian Terima kasih…

    was salam..

    • Assalamualaikum.
      Pertama sekali, mohon maaf kerana ambil masa yang lama memberi sudut pandang saya.

      Berdasarkan apa yang saudara nukilkan, apa yang saya boleh lihat dan fahami, ini lebih kepada keadaan yang terjadi kerana kurang “mesra”nya hubungan antara saudara dengan ibu saudara. Yalah, sudahlah dipelihara datuk dan nenek sejak kecil sehingga besar.

      Saya galakkan kepada penyelesaian dan penambah baikkan. Dalam situasi saudara, apa yang saya boleh cadangkan, kerap-kerapkan balik kampung menjenguk ibu saudara. Mungkin, ada kala, itu cara orang tua kita untuk mendapat perhatian.

      Ya, saya ada baca ibu saudara ada duduk dengan saudara seketika, tetapi perlu ingat, mungkin pada dia, itu adalah rumah saudara, bukan rumahnya. Mungkin ibu anda lebih selesa berada di rumah sendiri. Ini kita kena ambil faham… sebab kita pun satu hari nanti bersikap sedemikian tanpa sedar.

      Binalah kembali kemesraan yang sepatutnya wujud antara ibu dan saudara. Apa yang saya cuba ambil faham adalah, mungkin, dengan mengata saudara, saudara akan balik dan “bersemuka” dengannya.

      Walhal, mungkin jauh disudut hati, ibu saudara mahu saudara pulang menjenguknya di rumahnya. :)

      Semoga dapat membantu.

      Wallahualam

  84. sampai skrg aku terasa hidup aku susah..urusan hidup aku tak semudah org lain.ni lah bahana kata2 mak aku sebelum2 ini..beribu kali..penat aku belajar.tp 1 keje pun aku tak dpt..mak aku tak kesian ke kat aku.menantu dia,dia doakan baik2…layan masak makan baik2..tp aku?doa buruk2 je.ntah la aku pun dah takde mood nak coretkan segala pengalaman pahit aku..aku dah tawar hati sekarang..
    apa boleh aku ckp,hidup dan mati aku adalah susah..bahana kata2 dan doa dari mak aku sendiri..aku mmg ikut segala perintah islam,tp rasa tak sempurna sbb mak aku je..mak aku doakan aku gagal dlm exam..doakan aku masuk neraka jahanam.doakan aku tak kan selamat hidup…doakan aku dengan kata2 yg agak kesat.(tak perlu lah aku citer kat sini)…
    kadang2 aku fikir adakah Allah swt redha kan aku atau tidak selama aku hidup ini…aku tak yakin akan hal ini…setiap hari aku berdoa kpd Allah swt agar permudahkan urusan hidup aku dan redhai aku sbb mak aku telah mendoakan byk keburukan kat aku…aku risau sgt…sedih…bg aku hanya Allah swt je tpt utk aku mengadu sbb Allah swt lah yg lebih memahami aku..
    *****ada sesiapa nak beri pendapat dan pandangan kpd sy?email kpd sy di nur_ndz@yahoo.com

  85. salam..sy mempunyai masalh hampir same ngn nur..sy xtau secara detail kisah nur, tp konsepnye same je..sy pon di doakn mcm2 oleh mak sy..sy anak sulung dari hanye 2 org adik beradik..sy prmpuan, adik sy lelaki yg berbeza umo staun..spasang..adik sy didiagnos thalessemia waktu berumur 3bulan..jadi, kami dibesarkn berat sikit pd adik sy sbb die perlukn perhatian lebih utk dijaga..ingatkn thalessemia major, jd hidupnye dijangkakan mgkin sampai 20-30an mcm tu..

    sy xkesah jike adik sy dilebihkn dr segi kebendaan, asalkn mkn minum sy dijage, pakaian sume cukup n dihormati mcm seorang yg layak dipanggil manusia..sy sygkn adik sy jugak..hehe..sy jdik protector die waktu kt skolah..sape buli die, ngadu je kt sy, sy akn panggil geng2 sy cr budak pembuli tu..tu bile mak sy xdela baru die rely kt sy..bile mak sy ade, sy plak dibuli adik sy..mmg sakit atila xtau nk ckp..pepepun tu cite bebudak..nk dijadikn cite, disbbkn adik sy da terbiase dgn aduan n tuduhan pd mak sy n disokong plak, habit die smpai skrg..siap leh wat geng ngn mak sy utk marah sy, caci sume..sy org prpuan, perlukn org yg melindungi sy..ayh sy seorg yg suke mendiamkn diri dan buat kerja sndiri..die seorg yg workaholic..sy? seorang yg hanye cemerlang akademik tapi poor dr segi sosial sbb konfiden diri yg sgt rendah..sy xdbenarkn berkwn dgn sesiape pon..sbb takot mereka kacau sy stdy..xdbenarkn belajar memsak, bermain..sumenye semate2 suruh sy stdy 24hours..sbb? obviously sy jela yg bole diharapkn..adik sy tercicir2 dr segi pelajaran dek karena kene transfuse darah stiap bulan..cikgu2 tuduh die sgj xdtg kelas slalu..mmg die tertekan..xtau nk lepas pd sape, ni, syla yg jadik mangsenye..cari pasal sume..ape sy nk ckp is, xde rase hormat dari seorang adik pd kakaknye..bile sy ckp elok2 “hormatla sy sebagai kakak kamu..” , tapi digelakkan kaw2 punye bersame2 ngn mak sy..siap diacuh2 diulang2 lagi ayat sy..harap je sakit tp prangai mcm antu gk….

    sebenarnye, prob sy lebih pd mak sy..mak sy ank prmpuan bongsu ank ke-7 dr 8 adik beradik..dh biase dimanjekn arwah nenek dulu katenye..die ade mslh sane sini dgn keluarga ayh sy yg xsuke die, keluarga die sndr yg mcm2 masalah sosial baek tmsuklah menagih dadah..jd kami djauhkn dr keluarga dua belah pihak..hidup sy sunyi, tp xpernah sunyi dari bergaduh dgn mak..die terlalu mngongkong, utk menjadikn sy ank kebanggaan die depan keluarga ayh n die..tp sy yg sakit..hdop sy dikemudikn habis2an..pantang sy luahkn ape sy rs secara elok, tp dikatekan sy mengajar die, kurang aja, anak xkenang jase..tp kalau kite dimarah, dipukul xbersebab, siap dihina kate muke xlawa, pendek, n bergelak2 pulak dgn adik sy, which buatkn sy betol2 low sgt, patot ke seorg ibu buat mcm tu pd anak? mase tu sy tertekan sbb xtau nk luah pd sape..sy betol2 perlukn pertolongn..ayh sy? die xleh nk buat ape..die sndr ade mslh dgn mak sy..itu waktu sekolah..

    skrg umur sy 25 nk msuk 26 tahun dpn..seorang doktor walaupon dipaksa utk ambil medic..waktu belajr medic yg memerlukn komitmen n fokus tinggi pon suuuusah sgt nk aman belajar sbb sikap mak yg terlalu baran n mengonkong..mase2 die nk marah org, die akn call sy yg tgh stdy n tuduh mcm2..kemudian hempas telefon..sms pon mcm2 sgt..kdg2 sy rase die lebih kpd seorg kakak yg nk cr psal dgn adik drpd seorg mak..lame2 sy xlrt nk hdop mcm tu, sy nk lepaskn medic..habis die call sume kwn2 sy (who are spy2 die utk perhatikn sy) utk pujuk sy..habis sume kwn2 sy igt sy derhaka pd mak..seriously, puas sy pendam selama ni, so sy memang rebel time tu..sy kua mlm2 n drive berjam2 lamenye utk tenangkn hati..sy xpegi kuliah, sbb duduk pon dlm kuliah xboleh nk fhm dh ape lecturer ckp..xboleh bace buku, tgk pon xleh..sumenye sbb hilang fokus..jadi sy mrh, kenape letakkn sy dlm situasi yg susah? sy nk jadi akauntan, bukan nk susahkn lagi hidup sy..sy tau mane limit sy, tp apakn daya..dipaksa jugak ambik medic..endingnya? sy merangkak2 dlm study years sy utk habiskn medic sy..ade teman lelaki yg sanggup bacekn buku utk sy n then explain kt sy..preparekn sy utk final..tp tupon mak sy call die byk kali utk bagi pressure pade die..kate die bwk lari anak die..which sy xtekejut, sbb sume kwn2 sy akn dimarah mak sy sejak waktu sekolah rendah lg..

    but now, sape pon spy mak sy ke bekas houzmates sy ke, diorg sume phm knpe sy jd mcm ni..xyh sy cite ape pon, diorg sndr bole menilai keadaan..cume pesan mereka, saba jela..sy xyah explain ape pon, tp mereka dpt agk sy n mak sy sgt kontra..mak sy sgt extrovert, gadoh ngn sape pon die jumpe no hal..sy introvert jenis siap mengalah atau xreti nk pertahankn diri kalau ade ape2 konflik..yela, da biase pendam kan..

    sy pon fhm, kalau alasan mak kate die ade sorang ank pompuan n sorang lelaki..tp kalau adik sy fed up ngn mak sy, die bole kuar umh memlm utk kua jmpe kwn2 die, tido umh diorg, balik umh bile nk..tp mcm sy ckp, sy pompuan..mane nk pegi? mane nk mengadu masalah? dgn sape nk berlindung? teman lelaki? belom kawen lg..tupon die da thp xlrt dh skrg lepas 5taun dgn sikap mak sy..teman lelaki sy stdy lg, anak sulung dari 6 dtg dr keluarga miskin..sy fhm kalau die kate die perlu jugak fikirkn keluarga die as die bukan org berada..kwn2 lelaki laen pon ckp dgn die, “xpyhla dgn pompuan tu (which is sy) ..cukup2la kene repeat 1 taun stdy sbb tetekn dgn kerenah mak die n mslh2 berkaitan dgn pompuan tu”..so, sape nk ngn sy? sape sanggup kawen dgn sy, knowing that, isteri aku ni lawa ke, kaye ke, bijak ke, tp bakal hidop mungkin akn derhaka ngn mak mertua die yg ntah smpai bile nk setel..sape sanggup? saye msuk usrah pon xjalan gk..mak sy gunekn isu tu kate hrp je msuk usrah bla3..wutever..! xde sape nk aja sy ttg hal2 agama, bia sy cari sndri..

    skrg sy junior doktor, nk fokus pd nk igt hanye 20 kes pesakit toksah ckpla mcm mane..sy jadi pelupe..konfius xtau sbb mybe tu normal bg junior doktor yg kene igt kes stiap patient atau sbb sy tertekn..sgt2 tertekan..da keje pon masih lg mak sy treat sy same..nk kacau hidup sy..sy keje kt sarawak, bia jauh2 dr kluarga..sy pon xpasti mak sy buat prangai mcm tu sbb lonely ke ape..tp mak skrg better, sbb pindah umh ke kwsn bangi yg dekat dgn masjid, neighbour sume baek2 alim2..better, tp masih same..doakn sy yg xelok pon msih wujud..now mak sy claim die org masjid pulak, lagila menjadi2 sikap die menggunakn hukum2 agama pulak..tapi sikap baran baling2 barang sume da xdela..tu sume digantikn sy plak..waris…..hak2! (bole plak gelak)

    maaf jika terkutuk atau terburukkn mak sy..sy br lepas gadoh dgn die..jd sy perlukn tmpt nk lepaskn..sy xnk pendam dh..nasibla org nk kate sy ape, janji sy xpendam dh..sy cr artikel2 berkenaan hak2 anak drpd ibu bapa kemudian tejumpe laman ni..penat sbb kite org islam terikat dgn wajibnye menghormati ibu bape n syurga bwh tapak kaki ibu..dulu sy senyap skrg sy da berani dgn mak sy..sy xsaba nk kawen walaupon chance tu mcm 50-50 atau 40-40 (huh?)..sbb lpas tu syurga bwh tapak kaki suami..sy under suami plak..nak sgt ikot ckp suami, kalaupon die suruh sy hormat ke sabar ke ngn mak sy lepas tu, sy akn ikot..at least sbb suami suruh, bukan mak sy yg xmau tau ape sbb sy jd mcm ni yg suruh..sy pon takot sbnrnye nk rely pd seorg lelaki jugak..lelaki masih lelaki kan..kaf lam ya nga btol sy ni ckp kn? jd sy berserah je ape nk jadi, jadila..xde jodoh? andartu jela xkesah je..

    p/s: sy berkongsi ni utk (1) lepaskn ape dlm dada ni as sy pon xde blog/diari sndr.. (2) lepas sy tulis sume ni, sy hrp jgnla jd mcm sy..teguran, hmm, walaupon hati da keras mcm batu tp sy hrpkn jugak teguran dr kenalan2 sume..if adela..maseh..

    sekian, trimas. -end-

    • Berdasarkan cerita anda, adik anda tidak hargai dan hormati anda sbb ibu anda sendiri tidak menghormati anda apatah lagi menyuruh adik anda hormatkan anda… since you said your mother is the youngest and pampered in her family, she is rather behaving very childishly… sepatutnya ayah anda menegur ibu anda dan adik anda, namun ayah anda tidak peka dan hanya pentingkan diri sendiri… buat masa sekarang ni, kurangkan berkomunikasi dgn ibu anda sbb ia hanya mendatangkan kemarahan dan kekesalan pada diri anda… focus kan pada pelajaran anda hingga anda dpt capai apa yg anda inginkan… mengenai jodoh, solat istikharah utk meminta pada Allah supaya diberikan jodoh yg baik2 yg dpt melindungi dan membimbing anda ke syurga, someone who can be a leader not a follower… be good yourself and you will get good husband, sbb perempuan yg baik hanya utk lelaki yg baik and vice versa…. FYI, kita senasib dan saya sudah pun bersuami dan mempunyai anak 2 yg sudah meningkat remaja… walau tiada kasih sayang dan restu dari ibubapa, tapi restu dari Allah yg penting, insya-Allah rezeki sentiasa melimpah ruah dan kemenangan berpihak pada org2 yg teraniaya…. yakin lah bahwa Allah Maha Penyayang dan Maha Pengasih… dan jgn ulangi kesilapan ibu bapa kita sesungguhnya setelah kita mempunyai anak, tanggungjawab kita pula memberikan kasih sayang dan didikan yg sempurna pada anak2 kita pula… been there and done all that…

      • terima kasih kepada respond Teratailayu..betol, the reason sy pergi jaoh sbb dinasihatkn supaya jgn duduk dekat2 dgn mak sy, sbb kami mmg dilihat mmg xbole duduk bsame..itu nasihat drpd seorang ustaz 6 taun dahulu n sy pegang smpai skrg..ditakoti lebih derhaka drpd berbaik2 bila tinggal sebumbung..

        to be honest, sy nmpk cbrn jd seorg ibu n isteri sgt2 besar..mmg saaangat besar..kalau jd seorg anak pon besar tgjwbnye, inikn lagi berpangkat 2 yg lg advance ni..sy berharap dicukupkn ilmu di dada dunia akhirat sebelum berumahtangga n bahagia seperti Teratailayu..apa yg sy alami ni membuatkn sy driven utk didik anak2 dgn beramanah in the future, menjadi isteri mithali..itula cita2 sy..

        mmg xde hak utk sy condemn lebih2 ttg ibu bapa sy sbb xalami ape yg mereka alami..mgkin xdpt idea sgt ape difficulties yg mereka hadapi utk besarkn kami berdua..? pepepon part of me believing that, if inila contoh guideline yg perlu dan tak perlu utk sy applykn/follow pd masa hadapan, then sy bersyukur..regarding jodoh, whoah, kite kene jadi baik utk ditakdirkn dgn org yg bek2..scaryyy…berat tuh..my life partner is a leader, not a follower..insyaAllah..ganbate!

        sy berharap n doakn sebelum nyawa kite atau ibu bapa kite ditarik, hidop kite semua jd seperti happy ending dlm fairytales..which utk convertkn cerita fairytales tu dlm happy ending in Islam -> to have forgiveness n redha dr ibu bapa n Allah..to have Islamic life..baru tenang pure punye dlm hidup..step by step, insyaAllah..besar impian sy ni..Teratailayu, sy doakn hidup saudari/puan ends dgn happy endingnye.. ;)

        sekali lagi, jutaan terima kasih.. :)

  86. salam.. saya adila.. saya mengalami satu masalah dengan ibu dan bapa kandung saya. ibu dan bapa saya memang pilih kasih. mereka hanya sayang dan lebihkan pada adik lelaki ke tiga,empat dan adik perempuan bongsu. manakala saya dan abang sulung saya mereka pilih kasih.. sejak dari kecil ayah saya amat tamak kepada saya dan abang sulung saya. dan tidak pernah memberi semangat bila mana kami berjaya dalam pelajaran. dan yang paling saya sedih. ayah saya tidak mahu membiayai pelajaran saya ke universiti walaupun saya mendapat tawaran selepas berjaya dalam spm pada tahun 1997 yang lalu.. saya seorang perempuan yang lasak tetapi bukan tomboy.. dan saya dari kecil saya memang mahu belajar seni pertahanan diri.. tapi ayah saya tidak mengizinkan saya kerana katanya saya seorang perempuan dan harus menjadi lembut dan tidak menyukai saya melakukan aktiviti lasak sedangkan saya masih mengekalkan ciri-2 kewanitaan iaitu dengan memakai tudung dan baju kurung.saya juga pandai menjaga diri saya..semasa umur saya remaja.. saya dapati ayah saya asyik kerap melirik saya dengan pandangan yang menakutkan.. dan kadangkala saya lihat lirikan dia itu bukan seperti lirikan seorang ayah terhadap anak perempuannya.. tetapi lirikan yang bernafsu..tetapi saya tidak berani menuduh.. dan cuba menenangkan perasaan saya.. dan kejadian yang saya takutkan itu telah berlaku.. apabila ketika itu saya baru lepas sekolah . pada masa tu saya membaca buku di bilik bacaan dan saya telah tertidur secara seorang diri. semasa saya sedang tidur saya terjaga dan dapati saya tanpa berbaju.. saya terkejut bila mana ayah saya telah menjilat payudara saya dan saya terus cuba menjerit.. namun, bapa saya terus melondehkan kain batik saya dan cuba menjilat kemaluan saya. saya terus menendang kepala bapa saya dan mencapai kain batik lalu menyarungkan kain ( berkemban) melarikan diri ke dalam bilik.. dan terus mengunci pintu.. nasib baik lah semasa saya berlari itu tiada ahli keluarga yang nampak..kerana ketika itu ahli keluarga sedang tidur.. kalau x malu saya maklumkan berlari dalam keadaan berkemban..besoknya.keadaan ini menyebabkan saya benci pada bapa saya.. namun, besoknya ayah saya beritahu pada saya bahawa saya adalah anak derhaka kerana tidak menuruti kemahuan seksnya.. dan menendang kepalanya.. dia juga beritahu pada saya, saya sebagai anak hendaklah menuruti kemahuan seksnya memandangkan isterinya( ibu kandung saya) sudah tidak mahu melayan seksnya lagi.. dia juga beritahu sudah lama mengidamkan tubuh montel saya.. kata-kata dia itu menyebabkan saya marah pada dia dan terus menampar dan meludah muka nya lalu melarikan diri. saya selalu memarahi ayah saya.. agar s edarla saya ni anak kandungnya..dan pernah menasihati ibu agar memenuhi kehendak seks ayah saya.. namun, saya pula dimarahi ibu dan menuduh saya cuba mengajarnya.. disebabkan gara-gara sikap ibu yang tidak mahu melayan seks ayah saya menyebabkan saya hampir menjadi mangsa.. saya berasa marah dengan ibu saya dan berniat untuk mencarikan jodoh ke dua buat ayah saya bagi mengelakkan ayah saya cuba merogol saya.. tetapi bila saya nyatakan hasrat saya ini kepada ayah saya.. dia beritahu.. dia tak mahu isteri lain selain ibu saya kerana hanya cintakan ibu saya sahaja. dan dia juga beritahu dia tidak mahu membazirkan wang untuk bernikah lagi. sebaliknya dia melawak hanya mahukan tubuh saya sahaja sebagai ” madu” ibu saya.. kerana katanya saya adalah miliknya.. jadi dia juga mempunyai hak penuh terhadap saya termasuk tubuh saya.. ayah saya juga suka mengintai saya bila saya mandi.. pernah satu ketika, ketika saya sedang memasak di dapur. kenyataan itu menyebabkan saya bertambah benci pada bapa saya.. sehingga memaksa saya bercerita kelakuan bapa saya itu kepada ibu saya.. tetapi ibu saya tidak percaya dan menyatakan saya anak derhaka.. saya tidak membuat laporan polis kerana saya tidak mahu adik-adik saya yang lain tidak dapat meneruskan sekolah.. disebabkan hal itu saya nekad keluar dari rumah dan bekerja kerana bimbang keselamatan diri saya.. saya kini telah berumahtangga dan saya tidak pulang lagi ke rumah ibubapa saya..kerana saya terasa begitu benci dengan cara kelakuan mereka melayan saya..ayah saya pula seorang yang kerap mengungkit mengatakan saya ni anak tak kenang budi dibesarkan, disekolahkan.. tapi tak nak dengar katanya.. sedangkan salahke kalau saya menolak kemahuan seksnya kerana dia ayah kandung saya? salah ke kalau saya menampar dan menendangnya dahulu kerana dia cuba mencabuli saya dan juga untuk pertahanan diri saya? saya rasa saya bukan niat nak jadi anak derhaka pun.. patutla bapa saya tak bersungguh-2 tak mahu saya belajar silat rupanya dia ada niat x baik terhadap saya.. nasib baiklah saya ni jenis degil.. diluar pengetahuan dia semasa di sekolah saya menyertai persatuan silat..sebab tu la saya selamat dari menjadi mangsanya itu.. dan semasa bekerja saya belajar taekwondo sampai berjaya dan saya mampu pertahankan diri saya.. adakah saya dikira anak derhaka kerana pernah menendang dan menampar ayah saya yang telah mencabul saya dan cuba merogol saya??

    • assalamualaikum,
      untuk menjawab soalan saudari, pastinya tidak. Hak ibubapa ke atas anak bukanlah sampai menuruti kehendak seks. Hak dan tanggungjawab ibubapa ke atas anak perempuan hendaklah yang menuruti kehendak syariat, sehingga terlafaz akad nikah, dimana selepas itu tanggungjawab terserah kepada suami si anak.

      wallahualam. :)

      • adakah saya dikira anak derhaka kerana pernah menendang kepala ayah saya kerana dia telah mencabuli saya( menjilat payudara saya) dan cuba merogol saya.dan saya juga pernah menampar dan meludah muka ayah saya kerana mahu saya melayan keperluan seksnya dengan alasan ibu kandung saya tidak mahu memenuhi seksnya lagi? sedangkan saya hanya bertindak untuk pertahankan diri saya jadi dan berasa jijik dengan permintaannya itu. dan yang paling penting.. semasa saya akad nikah dengan suami saya dahulu ayah saya menjadi wali kepada saya.. adakah pernikahan saya sah memandangkan ayah saya yang menjadi wali sedangkan ayah saya pernah mencabuli saya? dan adakah saya menjadi anak derhaka kepada ibu saya kerana berasa marah terhadap ibu saya disebabkan dia tidak mahu melayan seks ayah saya menyebabkan ayah saya mahu melampiaskan nafsu seksnya kepada saya yang merupakan anak kandungnya sendiri. dan kemudian berniat mencarikan isteri ke dua buat ayah saya memandangkan ibu saya sendiri tidak mahu melayan seks ayah saya dan saya hanya mengelakkan dari menjadi mangsa kepada ayah saya? sedangkan lelaki boleh berkahwin 4? sila jawab?

        • jawapan saya tidak. saudari cuma mempertahankan diri. apa yang cuba dilakukan oleh bapa saudari adalah salah dari segi syarak. Hak ibubapa ke atas anak tidak termasuk memenuhi syahwat nafsu mereka dengan anak sendiri.

          wallahualam. :)

  87. salam… hari ini hari yang paling buruk untuk saya. saya rasakan saya adalah anak derhaka kepada ibu ayah saya. saya telah berkecil hati dengan ibu saya semalam dan akibat dari itu, saya membawa diri plang ke kuala lumpr tanpa pengatahuan dari mereka. ini kisahnya.

    saya adalah anak sulung dari 5 beradik, 3 perempan 2 lelaki. sebenarnya saya rasakan ibu dan ayah saya pilih kasih dan selama lebih 20 tahun saya hidup dengan mereka.. saya hanya pendamkan rasa semua itu. semasa saya kecil, ibu saya sangat garang, dan saya pernah ingat dy pernah cakap kat adik2 saya bahawa saya ni anak yang jahat, dan masa itu saya masih kecil, saya cuma tidak lupa kata2 dy sampai sekarang. tapi bila sudah besar dewasa saya kian rapat dgn ibu.. kami selalu kongsi masalah bersama walapn saya masih pendam perasaan tidak puas ati sy sbb sy fikir tak mahu kecilkan hati seorang ibu.

    pernah suatu ketika dulu, ibuu sgt mengharapkan saya untk cemerlang dalam upsr… masa percubaan saya memang dapat reslt yang bagus tapi result sebenar mengecewakan dy. ibu dan ayah malu dengan kawan2 dy. dan mereka memilih sy ntuk ke sekolah arab kerajaan kelantan. (bukan sekolah elite) sy terima keptsan it. dan selesa menuntut di situ. ssetahun selepas itu, adik no2 saya mendapat keptusan UPSR yang cermerlang berbanding saya.. dan seterusnya adik no 3 jga sangat cemerlang. kemudian ibu pernah berkata kepada saya “adik2 yang lain dk asrama semuanya” melainkan saya yang slung berulang kesekolah. sy sgt berkecil hati waktu itu seperti ibu memperkecil2 kan saya yang sekolah biasa berbanding adik2 yang lain. selepas itu wakt PMR saya dapatkan result yang boleh dikatakan bagus walapun saya hanya bersekolah di sekolah yang tidak ada kemajuan, dan sy mengambil keptusan ntk bertukar ke sekolah asrama yang setaraf dengan adik2 yang lain. sewaktu itu barulah ibu saya tidak mempelekehkan saya.

    sebenarnya saya sangan iri hati dengan adik no 2 saya. beza mur kami cuma setahun. dan dy juga perempuan. salahkah saya untuk merasakan iri hati pada dia? dia mendapat perhatian lebih, dia seorang anak yang pemalas untuk buat kerja rumah tetapi ibu tidak pernah marahkan dia. ibu selalu ingatkan dia kalau di tidak ada di rumah. semester lepas saya mendapat keptsan cemelarlang 4flat, ibu cuma cakap sepatah. “baguslah” dan dia boleh lagi tambah ” k.ngah je xdapat pointer yang bagus kerana dia belajar jurusan yang susah”. untuk makluman adik saya mengambil acconting dan saya islamic finance dan itu tidak ada bezanya sangat.

    melalui fesbuk. kata2 semangat hanya ntuk adik saya yang satu itu, dan saya tidak pernah mendapat kata2 semangat dari dia. saya cemburu. saya juga perlkan sema itu. bila sya suara kan semua itu pada abah saya. dia kata saya tidak layak untuk berdendam dengan saudara sendiri dan menuduh saya sebagai busuk hati. apakah salah kalau perhatian yang diberikan itu sama? biar tidak ada siapa yang boleh persoalkan? saya sangat sedih.

    kisah malam semalam, sy berkecil hati dengan ibu. ntuk pengetahan saya belajar di KL dan balik ke rumah di kelantan dan sampai pagi kelmarin, kisahnya, magrib semalam sewaktu di dapr… ibu ada memarahi adik ketiga saya dan ,mengelarkan kata yang tidak sepatutnya. dan saya seorang yang cepat terasa. ( mmg xpatut ada siafat itu) dan saya menangis walaupaun kata itu bkan untuk saya. saya ada kata dekat ibuu yang ibu tak patut sampai mengeluarkan kata demikan. oleh kerana telah lama saya simpan perasaan semalam saya membuat keptsan yang bodoh, sya membeli tiket untuk terus balik ke Kuala Luumpr tanpa sempat bermalam dirumah. kepulangan saya tanpa pengetahuan ibu dan ayah saya. bkan niat saya untkk derhaka dan buang ibu saya tanpa toleh kebelakang bila buat keptusan, saya rasa saat itu saya perlu bawa diri dan saya rasa menyesal balik rumah kalau saya nak tahu benda ni terjadi. buat kali pertama ibu saya menagis… saya tahu salah saya… tapi saat itu saat berkecil hati dan lari balik ke kuala lumpr. tidak habis2 mesej dari keluarga menyatakan saya anak derhaka. saya sangat sedih… saya seorang yang suka pendam perasaan. saya hilang keluarga… mereka sdah buang saya. saya cma inginkan perhatian sama dengan dia ( adik no 2). saya juga perlukan semangat macam dia. kenapa ayah saya ckp ” setiap anak berbeza cara didikan dan perhatian yang perlu kami bagi” tapi slahkan kalu ia sama??? berdosakah saya.

    • Assalamualaikum,
      Mohon maaf kerana lambat memberikan maklum balas.

      Berkenaan dengan apa yang saudari nukilkan, tidak dinafikan bahawa saudari amat terasa dilayan dengan tidak adil. Saya juga berkefahaman yang ibubapa saudari berpendapat mereka telah cuba melayan saudari seadilnya, dan menggunakan alasan “setiap anak berbeza cara didikan dan perhatian yang perlu kami bagi”.

      Beginilah… dari satu saya bersetuju bahawa, setiap satu itu ada cara berbeza untuk menguruskannya.. termasuklah menguruskan anak.

      Namun, mungkin kekurangan kefahaman menyebabkan salah cara digunakan untuk menguruskan sesuatu.

      Pandangan saya, cuba berbincang secara elok. Tidak salah meminta maaf sebagai anak.. ambil hatinya dan berbicaralah dengan baik. Fahami apa yang cuba disampaikan ibubapa, dan sesuaikan dengan apa yang terbuku dihati. Apapun, mereka masih ibubapa saudari.. berbincanglah secara elok elok ya :)

  88. salam, saya datang daripada keluarga yang baik. mak ayah saya bagi saya merupakan ibu bapa yang baik tetapi ibu bapa juga manusia, anak juga manusia. saya mempunyai hubungan yang baik dgn mak ayah. semalam, berlaku sedikit perselisihan faham antara saya dan mak ayah. saya mempunyai 7 org adik beradik dan merupakan anak perempuan tunggal. mak menegur sikap saya yang bagi pandangannya tidak betul. saya merupakan seorang yang sgt sensitif jika ia melibat kan hal mak dan ayah. saya sayang mak dan ayah saya. tetapi apabila ditegur seharian saya berkurung di dalam bilik kerana menangis teresak2. sedih. bukan kerana saya tidak boleh ditegur. tetapi terlalu sensitif yg bagi saya amat melampau. sepatutnya saya keluar dengan ibu bapa saya petang itu tetapi saya batalkan kerana mood kacau. pergi lah mak ayah saya berdua mungkin membawa hati. pagi ini saya sengaja bangun lambat kerana tidak tahu bagaimana nak bersemuka dengan mak dan ayah. saya malu dengan sikap saya sendiri. akhirnya bila saya ke dapur, mak menegur saya dengan nada yang kecewa dan menangis. tahu lah saya bahawa saya bersalah dan saya menerangkan keadaan sebenar. mak saya tidak mahu menerima penjelasan saya kerana tidak boleh terima dengan sikap saya yg terlalu sensitif dan baginya kurang ajar. sumpah tiada niat saya utk kurang ajar. saya sudah pun memohon ampun. saya katakan padanya, apalah guna saya solat jika mak marah dan x ampunkan saya. mak saya jawab, nak buat macam mana. saya x mahu jadi anak derhaka. mungkin berlaku salah faham. tapi komunikasi antara kami kurang kerana mak dan saya menangis semasa kami berbincang menyebabkan masalah tidak selesai. akhirnya perbincangan menjadi sukar. saya berasa susah hati sekarang ini. saya tidak pandai mengawal perasaan sedih saya. tolonglah. kerap kali berlaku perselisihan faham antara mak dan saya kerana saya yang emosional. bukan marah tetapi cepat menangis. tidak boleh ditegur langsung cepat saje saya menangis. dan setiap kali berlaku pergaduhan itu saya rasa nak lari dari rumah.

    • Assalamualaikum syahira,
      Berat juga sebenarnya ni… berat kerana pada pandangan saya, syahira dan mak saudari memang saling tak tumpah… “like mother, like daughter”.. mudah terasa, murah air mata… (jangan marah ye)..

      Sengaja saya sebutkan diatas “like mother, like daughter”, kerana untuk memudahkan syahira cuba memahami apa yang sama dengan mak syahira… dan dari situ, secara logiknya, boleh membantu syahira bagaimana untuk berkomunikasi dengan mak syahira..

      Setelah tahu mana yang sama, cuba elakkan kepada ke arah “kegagalan komunikasi kerana sebak air mata”.. dan membantu memudahkan komunikasi yang mencapai maksud.

      Harap dapat membantu… :)

  89. Saya telah dibuang dari keluarga hanya kerana status saya di FB yg menyatakan saya terkenang dan sedih apabila melihat gambar pernikahan yg mana semua rantai dan gelang pemberian suami dan gelang mas kahwin telah tiada.

    Sebenarnya dah hampir 10 tahun peristiwa ni berlaku. Ibu saya telah call saya dan merayu untuk menggadai semua barang kemas saya supaya Ibu saya dapat membayar hutang nya. Ibu saya juga telah meminta saya merahsiakan dari suami. Ibu berjanji akan pulangkan dalam masa sebulan. Sebagai seorang anak tidak akan sampai hati bila dengar rayuan ibu, sehingga saya membelakangkan suami dan beri semua barang kemas pemberian suami pada ibu saya.

    Malangnya dari sebulan ke sebulan saya bertanya, ibu minta tangguh hingga suami tahu. Suami menyatakan dia benar2 kecewa dengan saya. Hingga hampir setahun, Ibu saya dengan rasa tidak bersalah menyatakan surat gadai sudah hilang dan barang kemas tak dapat ditebus. Hancur hati saya. Ibu lepas tangan, suami marahkan saya.

    Ibu juga telah menggunakan nama suami untuk buat pinjaman bank, namun hanya beberapa bulan sahaja membayar..kemudian suami saya yang terpaksa dipotong gaji. Ibu pernah berjanji apabila bapa dapat duit EPF umur 55 tahun, dia akan bayar semua. Bila tiba harinya, Ibu buat2 lupa akan janjinya..hinggalah suami bertanya..namun disebabkan pertanyaan itu suami saya dimarah,dimaki ,disumpah dan diharamkan menjejakan kaki kerumahnya. Saya sebagai anak pujuk suami pergi merayu dan mengadap Ibu pohon keampunan

    Namun kini berulang lagi..bukan niat saya mengungkit, sekadar terkenang..dan kenangan itu datang secara tiba2 dan saya tidak menyebut pun kemana dan siapa yg mengambil barang2 saya itu..namun ibu terasa…

    Ibu dengan egonya menulis di facebook beliau mengenai bencinya dan kecewa dia pada saya..dia juga mengungkit jasa dia membesar dan sekolahkan saya…ibu juga menyatakan dia membuang saya dari hati dia hingga kemati..

    Sedangkan hakikatnya saya membesar dengan serba kekurangan..baju sekolah tak berganti, bila minta dibelikan kasut atau barang sekolah saya akan dimarah dengan kata2 saya menyusahkan mak bapak kerana minta belikan barang2 sekolah..

    Derhaka kah saya..setelah semua penderitaan dan kesusahan yang ibu berikan pada saya dan suami.

    • Assalamualaikum Sya,
      Sebenarnya, agak kelu nak tulis apa… ini kerana, dari satu sudut, ibu bapa kita tidak boleh diabaikan oleh suami dan puan.. tapi, dalam masa sama, tidak elok juga apa yang ibu puan buat…apa yang saya boleh berikan pandangan… bantu, tetapi harapnya janganlah sampai terganggu tanggungjawab puan terhadap suami dan anak. Yang penting, janganlah juga sampai terabai si ibu

      Ada satu kemusykilan sedikit… bagaimana ibu boleh buat pinjaman dengan nama suami puan… dan gaji suami puan pula yang dipotong?

  90. saya nak bkongsi 1 cerita ..sy sering d tuduh oleh mak sy sdiri d kata kan sy mencuri duit nya ..sumpah demi Allah sy x buat mcm tu ..& sy bkan anak kandg dy ,sy hanya anak agkt ..sy nak taw d mana syurga sy sbenar nya ? smpai sy d pkul oleh ayah d dpan org ramai kerana sy nak bela diri ..sy malu ..mak & ayah sy xpnah fikir kan prasaan sy ,ap yg sy rase ..setiap hari nak marah ,nak maki ..sy penat da ..sy x taw nak buat ap ..hanya Allah je yg taw mcm mane prasaan sy bile sy x knal siape darah daging sy sdiri ..Ya Allah ..saket sgt hati sy ..sy d tumbuk ,d terajang hanya kerana ingin membela diri sy ..salah sy jgak ke ? mak & ayah x pnah tnjuk cth yg baik pd sy ..mcm mane sy nak ikot ..

  91. Salam, sy nak berkongsi satu cerita.

    Sy ada mak yg kini sakit stroke hmpir 2 tahun. kami ada 3 orang adik beradik. kakak yg sulung, abang yg no 2, dan sy yg ketiga. Alhamdulillah, kakak sy dh brkahwin dan ada seorg anak perempuan. Abg sy baru shja mndirikan rumah tngga. InsyaAllah, pd ptghan 2015 nanti sy pula akn mendirikan rumah tgga sebaik shja selesai menamatkan degree.
    Masalah kami ialah mak kami yg kini sakit, tapi bersikpa degil, mengadu domba,hipokrit, suka mmutarkbelitkan cerita dan suka mengada2 kan cerita. Mak juga selalu melaga2kan anak2 terutama abg dn kakak sy smpai kdg2 mereka bergaduh. Menjadi satu masalah ialah mak selalu menceritakan keburukan anak2 pd org luar teruatama saudara mara sdri. Mak juga selalu melebih2kan anak2 buah nya dengan alasan anak2 buah dia boleh menjaga mak ketika sakit. The truth is, sejak mak sakit, tak pernah ada seorg pn ank2 buah dia yg dtg menjaga apatah lagi melawat mak. Sedangkan dulu nya rumah kami tak pernah berhenti dikunjungi anak2 buahnya sebab mak sy pndai memasak, jadi mak akan dijadikan sebgai chef utk mereka mintak masakkan ape2 yg mereka ingini. Mak sampai sanggup hina anak2 sendriri, anak2 jadi musuhnya, diharamkan balik ke rumah, dan smpai la dia menolak utk menghadiri majlis akad nikah abag yg hanya bberapa minit shja lagi hndak berlangsung. terjadi peperangan besar dan abg sngt kecewa dgn tindakan mak, hampir2 shja perkahwinan dia dibatalkan akibat terlalu tertekan. Mujur sy dgn kakak memujuk abg utk teruskan perkhwinan, tapi tiba2 shaja mak naik angin kononnya dia tak mahu dengar suara kakak sehinggalah kakak ditampar ayah. Mulut mak tak pernah lekang dgn suara maki hamun anak2, sedang kan abg prnah bercuti sbulan tanpa gaji semata2 mahu mnjaga mak, kakak sy smpai berpindah dekat dgn rumah kaim semata2 mahu mnjaga mak. tapi ank2 buahnya juga yg disanjung. Dan sy yg bakal mendirikan rumahtgga jugak mahu dihalang konon nya bila sy dh kawin nnati, duit gaji sy tersekat pd suami, dn mak cuma bersetuju utk membenarkan sy berkhwin jika sy setuju utk membeli sebuah lagi rumah utknya wlaupun sy dh berkhwin nanti.
    Dari kecik mak bukan shja memukul kami, malah mak suka menyumpah anak2 mnjadi tak guna, hidup melarat dan sbgainya. Mak juga selalu maki hamun kami adik beradik, tak kurang juga ayh turut dimaki. Ibu mertua nya juga dibenci shingga sewaktu kematian ibu mertua nya, mak tak mahu pergi menjenguk. Dn menyatakan bhwa dia tiada dosa dgn ibu mertua nya itu.
    Kdg2 mak jugak memburuk2kan ayah dihadapan abg2 nya dgn mngatakan ayah memukulnya sedangkan mak dijaga ditatang mcm minyak yg penuh oleh ayah. Smpaikan abg2 mak mahu bertumbuk dgn ayah dek kerana mndengar hasutan mak.
    Sampai sekarang abg dgn kakak membawa diri, mereka sukar utk pulang ke rumah kerana mahu mengelak bertengkar dgn mak. Bgai abg dgn akak, biarlah mereka jauh dari mak asalkan mereka tak digelar ank derhaka.

    Tolong lah kami. Sekian. Terima kasih :(

    • Waalaikumussalam Syira,
      Setelah membaca apa yang saudari nukilkan (dan mungkin ada berkait rapat dengan maklum balas saya di satu komen sebelum ini), saya fikir ada eloknya juga buat sementara waktu abang dan kakak saudari duduk jauh seketika dari mak untuk mengelakkan pertengkaran yang berterusan.

      Mungkin, dengan masa (dan doa), marah mak itu akan terubat…
      Mungkin, dengan masa (dan doa), rindu itu mengatasi amarah…
      Mungkin, dengan masa (dan doa), kasih mak dan anak itu akan lebih terserlah..

      InsyaAllah.. :)

      • Terima kasih atas pandangan saudara :)

        Sy fikir juga itu yg terbaik, moga2 ada rindu di hati mak pada anak2 nya dan moga doa kami adik beradik mampu mengubah sikap mak.

        Sebolehnya sy tak mahu lari dari masalah, dn biarlah kami berdepan dgn masalah ini.
        Maka, sy ambil keputusan untuk bertahan di sisi mak dan ayah. Wlaupn abg dn kakak sy jarang2 mahu pulang sekarang.

        insyaAllah, berkat bulan puasa yg bkal menjelang tak lama lagi, diharapkan mak boleh berubah ke arah yg lbih baik. aminn

  92. salam..saya baru mendirikan rumahtangga..saya sekarang dalam dilema antara suami dan keluarga..saya menikah di thailand setahun lepas tanpa pengetahuan keluarga mahupun wali..saya sekarang sedang menuntut di institusi kerajaan..dalam perjanjian pengajian saya tidak dibenarkan mengandung dan jika didapati mengandung kena bayar denda rm110,000..penjamin saya masa tu ialah ayah dan kakak..tapi KUASA ALLAH, saya disahkan mengandung 5bulan dan hal perkahwinan kami terbongkar..ibubapa saya sangat kecewa dan tidak meredhai perkahwinan ini..saya lari dari keluarga selama 2minggu kerana takut dan nak uruskan pendaftaran nikah kami di malaysia..2minggu lepas saya pulang ke rumah ibubapa bersama suami dan keluarga mertua..masa tu daftar nikah kami di malaysia masih dalam proses tetapi keluarga mertua ingin selesaikan masalah ini secepat mungkin jadi kami pulang ke rumah ibubapa saya tanpa tunggu mykad nikah malaysia siap..nawaitu kami time tu cuma nak berbincang elok-elok hal ini dan cari jalan penyelesaian tetapi keluarga saya ‘naik hantu’ dan pisahkan saya dan suami..saya dikurung dibilik dan suami serta keluarga mertua saya ‘dihalau’ balik..saya tidak dibenarkan berhubung dengan suami..henset saya dirampas..keluarga saya nekad buka fail farakh..katanya nak batalkan pernikahan kami untuk bersihkan keturunan kami dan perkahwinan kami..saya dan suami tak dapat terima semua ini memandangkan sekarang saya sedang mengandung anak sulung kami..saya hanya dibenarkan berjumpa suami selepas saya tamat belajar semula iaitu 3 tahun dari sekarang..saya dilarang keras berhubung dengan suami..bantulah saya menangani masalah saya kerana sekarng saya sudah buntu..saya pernah nekad lari dari rumah seminggu lepas tapi berjaya dikesan keluarga..sekarang saya dipaksa tinggal bersama kakak di rumah suaminya..3hari lepas kakak saya benarkan saya telefon suami buat kali terakhir dan suami saya kata nak ambil saya secara senyap2..sekarang saya dalam dilema antara suami dan keluarga..saya tak sanggup lukakan hati ibubapa saya lagi tetapi saya tak boleh berpisah jauh dengan suami..saya sayang suami saya lebih dari diri sendiri..setiap kali teringatkan suami saya pasti anak dalm kandungan saya akan bergerak..patutkah saya lari ikut suami saya dan lukakan hati ibubapa saya ataupun sebaliknya..bantulah saya=(

    • Assalamualaikum,
      Maaf kerana lambat memberi maklum balas.

      Hmm.. membacakan apa yang puan nukilkan, saya hanya mampu menarik nafas panjang. Bukan apa, saya fikir sudah pasti berbakul syarahan yang puan terima setelah apa yang berlaku. Dan saya fikir syarahan tambahan tidak perlu..(bermakna, puan harus faham, yang saya pun kurang bersetuju dengan apa yang telah berlaku, NAMUN, tidak bermakna saya tidak akan memberikan pandangan untuk fikiran puan)

      Masalah yang puan hadapi ini rumit. Ini kerana, puan sudah kini sudah mengandung, tetapi status perkahwinan puan masih tergantung dan pelbagai perkara lagi yang terkait.

      Apa yang boleh saya cadangkan adalah agar suami dan keluarga suami usahakan berbincang dengan keluarga puan secara baik. Melarikan diri untuk bersama suami bukanlah satu keputusan yang baik dari sudut pandang saya kerana akan menambahkan masalah yang sedia ada, dan merumitkan lagi keadaan.

      Berdoalah agar hati keluarga puan dilembutkan untuk berbincang secara baik dengan keluarga suami.

      Wallahualam…

  93. kekeliruan di benak hati kerana di tuduh telah menjadi anak derhaka, kerana memohon seorng abang untuk mendorong dan memimpin ibu menuju kejalan ALLAH

  94. assalamualaikum , apa pula hukum ibubapa menderhaka pada anak anak ? contoh nya , ibubapa menuduh pekara yang tidak benar tanpa selidik dan telah mengguris kan hati anak , dan sebagai anak dia tidak mahu menjadi anak yang derhaka , maka dia hanya mendiam kan diri dan hanya memendam rasa kadang kadang sampai menjadi dendam . adakah apabila si ibubapa meninggal nanti dia akan menerima azab akibat perkara yang dilakukannya terhadap anak nya kerana kemungkinan anak nya tidak memaafkan mereka ? sila beri pendapat , tq

    • Assalamualaikum miera,
      Apa yang saya kongsikan kisah disini adalah ibubapa dikira “derhaka” apabila tidak menunaikan tanggungjawab mereka kepada anak-anak mereka.

      Mungkin, dalam konteks dan contoh yang miera cuba bawakan lebih kepada keadaan perlakuan tuduhan yang tidak benar dan tidak dilakukan oleh anak. Tidaklah saya pasti samada contoh ini dikira “derhaka” kerana pada pandangan saya ianya lebih kepada melibatkan hukum dituduh dan menuduh.. bukan samada derhaka atau tidak.

      Cuma yang saya harapkan janganlah ianya tidak berkesudahan dan dibawa sampai ke akhir hayat.

      Wallahualam

  95. salam ustaz , saya nak bertanya , apakah hukum jika bapa kandung sendiri mendoakan anaknya menjadi pelacur?? sedangkan anaknya cuma hanya melakukan kesalahan yang amat remeh? bagaimana untuk mengtasi masalah bapa yang suka mengeluarkan kata-kata yang tidak elok dan mencaci maki anak-anak??

    • Waalaikumussalam lyaa,
      Pertama sekali, saya bukan seorang ustaz.. jauh sangat dari bertaraf ustaz…

      Tentang soalan lyaa ni, saya kurang pasti seorang bapa benar-benar sanggup mendoakan anaknya menjadi pelacur. Berdasarkan ayat sambungan selepas pertanyaan, saya percaya perkataan “pelacur” itu terkeluar dalam keadaan marah dan sudah menjadi kebiasaannya berbahasa kesat atau kasar.

      Saya cuma doakan agar hatinya terbuka untuk berhati-hati dalam tutur kata… dan harapnya Allah bantu bapa untuk bertutur dengan lebih baik..

      Wallahualam :)

  96. Assalamualaikum..saya ingin bertanya..adakah saya ini dikira anak derhaka jika saya ni serba kekurangan dengan tidak berpelajaran. Baru2 ini saya dipaksa kahwin awal dan keluarga saya menyuruh keluarga belah lelaki sponsor perkahwinan kami. Keluarga saya hanya banyak berfikiran negatif. Tidak memberi kata2 positif trhadap saya. Keluarga saya hanya memberi layanan baik dekat abg saya dan adik saya. Kadang saya malu berjumpa dengan sanak saudara kerana keluarga saya lebih mencerita kan hal anak derhaka mereka dekat orang. Kadang2 keluarga saya mengeluarkan perkataan ank menyusahkn bg keluarga saya. Saya berasa pelik apa yang kekurangan bg saya tp mereka melihat saya dengan pandangan serong. Teman lelaki saya mereka pandang serong kerana dia kerja sebagai safety enviromental & health di construction site..bg saya dia da cukup baik..dan susa mencari lelaki jujur bertanggungjwab pada zaman sekarang ini..setiap hati keluarga saya paksa kahwin cepat atau memillih pilihan lain..jika tidak saya dilabel anak derhaka bg dimata keluarga saya

    • Waalaikumussalam hana,
      Pertama sekali, maaf kerana terlalu LAMA untuk saya memberi reaksi kepada soalan saudari.

      Berkenaan dengan soalan saudari, kekurangan itu saya pandang lebih kepada sama ada ibubapa saudari cukup menjalankan tanggungjawab mereka dalam menyediakan saudari dari sudut “kekurangan” tersebut.

      Namun, usah direnung yang lepas. Kini keutamaan saudari adalah suami saudari. Jadilah isteri yang baik kepada suami puan. :)

      Wallahualam

  97. maksud saya disini adalah untuk mempertahankan hak adik2 saya yang ditinggalkan arwah mak daripada dirampas ayah…

    • oh, maaf.. terlepas pandang pula komen yang ini..

      saya terasa bagai kurang sesuai perkataan “derhaka” digunakan… mungkin yang lebih sesuai adalah berbincang dengan ayah akan wasiat yang ditinggalkan oleh arwah mak..

      Lebih sesuai, rujuk kepada soal wasiat dan faraidh..

      Wallahualam :)

  98. Assalamualaikum saudara ODS n sape2 yg terbaca komen ni,

    Saya mahu berkongsi cerita dan masalah saya. Saya anak pertama dari 5 orang adik-beradik. Sekarang ni, Ma doktor dan Pa ahli politik sepenuh masa, dulu masing-masing pegawai tentera. Saya ada sejarah hitam yang mungkin juga diantara penyebab kenapa saya jadi macam ni. Mereka sangat sibuk dengan politik sehingga kami terabai dan mereka pernah kata ‘tak mengapa, kalau kita berjuang, Allah akan pelihara anak-anak.’

    Saya pernah diceritakan semasa saya masih kecil, saya ni pernah dijaga oleh 20 orang pengasuh dan tak kenal mak sendiri sampai Ma menangis sebab saya tak kenal dia. Tapi saya kenal Pa sebab dulu dia lebih banyak masa untuk berada di rumah. Dia jaga saya sampai saya besar. Saya tak berapa pasti pula bila para pengasuh saya diminta untuk menjaga saya, tapi dalam ingatan saya, kebanyakan mereka ni orang-orang tua dan diantaranya arwah ibu bapa bekas orang gaji saya (sekarang dah jadi salah seorang ahli keluarga besar saya dan sudah ada 3 orang anak). Saya ingat sangat mereka ni sebab kerana merekalah saya dapat merasakan keseronokkan bermain layang-layang buatan sendiri, main bersama kerbau, lembu dan kambing, tangkap ketam batu, pancing ikan di tali air, redah sawah sampai kaki penuh dengan ‘sesuatu yang menghisap darah’ tapi buat tak hairan je sampai ia tercabut sendiri dari kaki. Hahaha. Ada juga diceritakan yang saya ni langsung tak buat perangai bila adik saya dilahirkan. Baik je. Cuma kena tahan dengan soalan-soalan pelik yang ditanyakan. Macam ‘baby ni datang dari mana?’, ‘Macam mana baby ni keluar dari perut?’ dan ‘Macam mana baby ni boleh ada dalam perut?’

    Setakat yang saya ingat, hidup saya sedari kecil hingga besar, Ma dan Pa sangat kurang memberikan perhatian kepada saya. Saya dibesarkan dengan video games, buku dan tv. Kawan2 saya Along, Super Mario, The Pink Panther, Snow White, Cinderella, Pocahontas, Mickey Mouse, Bugs Bunny drama2 dan filem2 yang ditayangkan dalam tv. Saya memahami perspektif kehidupan dengan cara yang berbeza.

    Disebabkan disekeliling saya perempuan duduk dalam dapur dan mengemas rumah bila nak keluar bermain akan dimarahi manakala lelaki boleh sesuka hati keluar bermain di luar tanpa dimarahi, timbul di benak hati waktu tu ‘I don’t want to be a girl!’

    Kalau adik lelaki (saya gelarkan Im) minta apa2 mudah sangat Pa Ma bagi, tapi bila saya yang minta, macam2 alasan dibagi. Bila keputusan periksa bagus, setakat “Eleh, I know it should turn out better!”, paling hebat pun keluar makan di PizzaHut sekeluarga. Tapi kalau keputusan periksa Im bagus, dia puji, dia beri pe yang diminta sebagai hadiah! Bila saya tegur kenapa dia buat macam tu pada Im sedangkan saya juga ada hak untuk dapat yang sama dengan Im, dia marah, cakap saya busuk hati, jealous, macam-macam lagi. Bertambah-tambah lagi rasa benci terhadap diri sendiri kerana dilahirkan sebagai perempuan! Saya juga pernah berdoa selepas solat untuk menjadi lelaki dan bila bangun keesokan hari, tengok dalam seluar dalam tak ada apa2 perubahan, saya menangis 3 hari.

    Bila saya buat salah, walaupun kesalahan yang sangat remeh, saya dirotan dengan tali pinggang, batang paip besi, getah paip lebih teruk lagi dicampak keluar rumah dan bermalam di luar rumah sehingga subuh. Kalau anjing masuk dalam kawasan rumah, saya terpaksa panjat pokok rambutan depan rumah untuk mengelak daripada diserang anjing. Pokok pada waktu malam licin. Tapi saya panjat juga. Saya pernah dipukul dengan penyangkut baju plastik sehingga patah 2 dan kuku saya tercabut serta berdarah atas kesalahan tak ingat nak bawa masuk kasut sekolah yang dijemur di luar rumah.

    Apabila keputusan UPSR keluar, saya mendapat keputusan yang bagus; 4A 1B. Jadi mereka mahu hantar saya ke tahfiz seperti Im. Tapi saya faham dengan masalah diri saya; saya mudah bosan terhadap sesuatu yang rigid dan rutin. Jadi buat pertama kalinya saya ingkar. Saya mogok. Saya beritahu mereka bahawa saya berminat untuk bersekolah di salah sebuah sekolah agama berhaluan kiri di Kedah. Jauh dari keluarga. Walaupun Pa pukul saya cukup2, tapi untuk kali itu saya tetap dengan keputusan saya. Mana pernah perkara sebegini berlaku. Akhirnya mereka mengalah.

    Saya bersekolah dengan duit poket RM50 sebulan sedangkan kawan-kawan lain sekurang-kurangnya RM100. Saya berusaha kuat untuk menambah duit poket dengan menjual gula-gula di sekolah dan makanan ringan di asrama. Disebabkan saya orang Selangor dan sangat minat membaca buku, ramai pelajar menjauhkan diri dari saya atas alasan saya ahli maksiat sebab datang dari tempat maksiat dan saya belajar dengan syaitan sebab baca buku tanpa berguru. Guru-guru di sekolah tersebut pun menunjukkan sifat perkauman yang sangat memeranjatkan dan saya sering dipanggil masuk pejabat di atas tuduhan saya ada hubungan dengan pelajar lelaki. Saya tertekan sehingga saya mula diganggu makhluk2 yang tak sepatutnya. Saya nampak yang bukan2. Tapi saya mendiamkan diri kerana saya tahu, kalau saya mengadu, pasti saya dikatakan gila, amal ilmu hitam dan macam2 lagi. Sehinggalah satu hari saya mengadu kepada seorang senior mengenai masalah saya tetapi dia tak percaya dan akhirnya seperti yang saya takutkan, semua orang tuduh saya gila, amal ilmu hitam dan macam-macam lagi. Guru2 menelefon Ma mengenai hal ini dan saya dimarahi kerana menipu. Mereka langsung tak bagi ruang untuk saya bercakap.

    Keadaan menjadi lebih teruk apabila setiap kali cuti panjang, saya dipaksa membuat kerja rumah (saya dah agak lama dah perkara ini akan berlaku) dan Pa akan mengamuk bila dia balik rumah tak berkemas. Dan faham2 lah pe yang akan berlaku. Bayangkanlah, macam mana saya yang dibesarkan dengan pengasuh, tanpa diajar terlebih dahulu nak menguruskan kawasan seluas 1/4 ekar dalam rumah dan laman rumah sekaligus? Saya belajar mengurus rumah dengan orang lain! Ma dan Pa hanya tahu marah, marah, MARAH! Mereka sering meninggalkan kami tanpa lauk dalam peti, saya terpaksa memanaskan lauk kenduri yang dibawa balik dan sudah berada dalam peti selama 1 minggu! Kalau Im tak buat kerja rumah, tak dimarahi, tapi kalau saya tak buat, faham2 lah. Adik2 saya selain Im pun mengalami nasib yang sama.

    Adik perempuan saya (saya gelarkan dia Ira) pernah mengadu lututnya rasa lain macam sejak berumur 10 tahun lagi tapi Ma buat tak ambil pusing malah memarahi dia kerana mengada-ngada. Apabila dia bersekolah menengah sama dengan saya, dia jatuh sakit selepas sukaneka dan tak mampu bangun selama seminggu. Dalam masa seminggu tu lah saya mengurus Ira. Apabila pihak sekolah menelefon Ma mengenai kesihatan Ira, mereka meminta kami pulang. Tiket bas sudah dibelikan. Tetapi apabila sampai masanya, warden tak ada untuk diminta tolong hantar kami ke hadapan pintu gerbang sekolah (waktu tu bas ekspress biasanya ambil kami di hadapan sekolah) jadi saya terpaksa angkat adik saya, turun dari tingkat 2 asrama, berjalan sejauh 50m sehingga pintu gerbang sekolah, patah balik untuk ambil 2 biji beg pakaian di asrama tanpa seorang pun mahu membantu. Bukan setakat itu sahaja, saya dukung adik saya untuk menaiki bas!

    Apabila diperiksa, dia mengidap penyakit Osgood Schlatter (nama lama, saya tak ingat nama baru penyakit ini) dan apabila doktor pakar tersebut rasa sangsi dengan keadaan Ira tak cukup zat makanan, Ma cepat-cepat beritahu bahawa dia sudah bagi makan dan minum yang cukup (sedangkan dia membiarkan kami makan lauk-pauk yang sudah seminggu disimpan dalam peti sejuk)! Kemudian dia dimarahi pula kerana tak beritahu awal2 lutut dia berasa rengsa (sedangkan dia sudah mengadu entah berapa ribu kali selama 4 tahun mengenai lututnya yang rasa lain macam)! Apabila diberi nasihat oleh pakar agar kaki Ira disimen atau berjumpa dengan pakar urutan tradisional, Ma berkeras untuk tetap menghantar Mira ke sekolah dengan hanya bantuan makanan tambahan. T_T

    Ira tetap hadir ke sekolah dengan bertongkat. Seluruh sekolah tak percaya dia sakit dan warden pula tidak membantu, hanya tahu nak cari kesalahan kami sehingga akhirnya Ira diminta pulang semula ke rumah untuk berehat sehingga sembuh (semasa saya berada tahun ke-2 di kolej dan kembali bersekolah semula setelah cuti setahun). Kami berdua sudah mula menegur tindakan tidak wajar Ma dan Pa.

    Apabila kami sudah mempunyai bukti, hujah dan maklumat yang cukup untuk menegur tindakan mereka, kami akan dimarahi dan mereka akan memutarbelitkan ayat mereka sehingga akhir sekali semuanya salah kami! Kami pernah cuba minta bantuan orang ke-3 untuk menasihati mereka, tetapi berakhir dengan orang ke-3 tersebut menghina kami kembali! Akhirnya kami mendiamkan diri, pendam perasaan sehingga bertukar menjadi dendam.

    Ma dan Pa tak pernah bertanya mengenai keperluan pakaian sekolah. Kami akan kutip baju2 dan kasut2 sekolah yang masih boleh dipakai daripada senior2 yang sudah habis belajar dan meninggalkan barang2 mereka untuk dibakar. Kebencian saya terhadap diri sendiri dan Ma dan Pa waktu ni sudah sampai ke tahap yang teruk.

    Selepas saya berjaya daripada sekolah menengah dengan keputusan di antara 10 pelajar paling cemerlang (dan mengejutkan banyak pihak), saya meneruskan pengajian saya di kolej yang terletak di hadapan sekolah menengah tersebut dalam jurusan Syariah dan secara diam2 saya bekerja sambilan sebagai pelayan kedai makan. Tetapi saya sudah mula menyedari tahap kesihatan saya semakin teruk. Saya mula perasan sejak tahun terakhir di sekolah menengah apabila badan saya sentiasa lesu lenguh dan sakit2, berat badan bertambah walaupun saya makan sikit. Saya susah hendak bangun pagi kerana badan saya berasa terlampau sakit untuk bangun dan terpaksa buat regangan ringan selama 10 minit sebelum bangun daripada tempat tidur. Pada akhir tahun pertama saya terpaksa berhenti bekerja kerana kesihatan tidak mengizinkan. Apabila saya mengadu pada Ma, dia langsung tak ambil kisah. Dia hanya kata ‘Biasalah tu, nanti hilanglah.’

    Pada tahun ke-2, seorang siswa sama semester tapi 1 tahun lebih tua (saya sudah meminati dia sejak tahun pertama lagi tapi diamkan diri kerana tak mahu timbulkan masalah kerana kebanyakan pelajar di kolej tu lepasan sekolah menengah lama dan mereka ni terlampau jumud) mahu berkenalan dengan saya. Saya ambil peluang ini untuk memikat hatinya sehingga bahasa badan dia menunjukkan dia suka pada saya, saya terus beritahu dia yang saya suka dia (Saya pikat dia dengan bertanya khabar setiap pagi dan memenuhi fitrah seorang lelaki yaitu mahu berada di kedudukan yang lebih tinggi dari perempuan dangan bertanya tentang pelajaran yang dia kuasai [yang saya tak faham] dan menyokong kebanyakan pendapat dia dalam perbahasan di kuliah). Sebulan kemudian barulah dia percaya dengan perasaan dia pada saya dan bertanya bolehkah kami mula menjadi serius. Saya beritahu pada dia (dan ini adalah ujian kesanggupan dia) untuk bertemu dengan Pa bagi mohon restu dia. Dan dia pergi jumpa Pa! Tetapi pada masa itu kesihatan saya sangat teruk, saya kerap berjumpa dengan pakar perubatan Islam dan saya didapati mewarisi saka keluarga.

    Apabila Pa setuju (saya perasan mereka keberatan tapi tak dapat menolak kerana dia bersifat berani dan gentleman sampai sanggup jumpa Pa!) kami pun bertunang. Dia mula bekerja sambilan sebagai pekerja am di institusi pendidikan berhaluan kiri ini dan bercadang untuk berkahwin selepas kami mendapat diploma. Saya ingat kehidupan semakin baik, tapi semakin banyak cabarannya. Rupanya2nya, dia mempunyai peminat rahsia yang ramai! Mulalah tersebar tuduhan2 kami berpacaran di Alor Setar, makan semeja berdua, berjumpa secara rahsia dan macam-macam lagi! Sedangkan kami hanya berjumpa dalam kuliah, kalau berjumpa di luar kuliah, saya bawa kawan dan urusannya hanya saya minta tolong belikan makanan di luar. Makan semeja dengan keluarga saya hadir bersama dan Pa duduk di antara kami berdua. T_T Keadaan menjadi huru-hara sehingga pihak kolej menelefon ibu bapa kami, merayu untuk menikahkan kami berdua cepat-cepat sebelum perkara yang lebih buruk berlaku. Akhirnya kami berkahwin awal tanpa kenduri. Pada ketika itu saya berumur 21 tahun dan dia 22 tahun dan dia tidak mempunyai duit yang banyak untuk membuat kenduri, jadi ibu bapa kami mengeluarkan belanja untuk kenduri yang berlangsung 7 bulan selepas pernikahan. Memandangkan saya kasihan dengan Ma dan Pa, saya menyerahkan kesemua mas kahwin dan hantaran saya kepada mereka untuk mereka gunakan sebagai belanja kenduri.
    Selepas berkahwin, semuanya reda tiba-tiba. Pelik juga. Bukan setakat itu, Ma dan Pa memberi pinjam kereta mereka agar kami ada kenderaan untuk pergi ke mana-mana dan berjanji untuk tanggung kos pelajaran saya walaupun saya belajar sehingga PhD. Saya mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena, sebab Ma dan Pa yang saya kenal agak kedekut.

    Kesihatan saya juga semakin parah. Akhirnya saya terpaksa menangguhkan pengajian, berehat dan berubat. Saya bersyukur dikurniakan suami dan keluarga mertua yang tabah dan baik. Suami saya berusaha kuat untuk mencari penawar, memberikan perhatian kepada saya yang mana saya tak pernah dapat dari Ma dan Pa. Akhirnya, dia berjaya mendapatkan diploma dengan keputusan Mumtaz (cemerlang). Katanya dia tak pernah mendapat mumtaz sebelum berkahwin.

    Apabila Ira mula menyambung kembali persekolahan, dia tinggal bersama kami kerana warden asrama seorang yang sangat tidak prihatin dan sering membuat keputusan dan peraturan yang tidak wajar. Apabila saya boleh menyambung kembali pengajian (saya masih kurang sihat), saya banyak membuat kajian sendiri, menelaah pelajaran dan bercerita tentang apa yang saya belajar kepada Ira dan secara tidak langsung Ira dapat belajar sedikit sebanyak hak-hak seorang anak. Kami juga menjalani pemeriksaan kesihatan dan mendapati kami berdua tidak cukup zat tertentu dalam badan dan saya mengalami anxiety dan kemurungan yang teruk.

    Tetapi Ira bukanlah seorang yang cerdik dan para guru di sekolah itu tidak membantu jadi dia sering mendapat keputusan yang teruk dan akhirnya Pa yang masih tidak dapat terima hakikat dia tidak cerdik memutuskan untuk memberhentikan Ira dari sekolah. T_T

    Sepertimana saya pernah merasakan ada sesuatu yang tidak kena semasa mula2 kahwin dulu, rupanya benar selama ini. Sepanjang Ira tinggal bersama kami, dia beritahu sebenarnya Ma dah ada calon untuk saya, tapi disebabkan saya sukakan suami, dia setuju sahaja dan suami saya hanya layak berkahwin dengan Ira kerana status dia hanya ada diploma dan tak hebat macam calon yang dia pilih tu. Mereka juga mengungkit betapa baiknya mereka sehingga sanggup mengeluarkan belanja kenduri untuk saya, bagi kereta, berjanji pada suami mereka akan tanggung pengajian saya sehingga PhD dan macam-macam lagi.

    Ira duduk di rumah dan dilayan seperti hamba sama macam semasa saya remaja dulu. Tetapi kali ini, dia lebih berani untuk menegur tindakan tak wajar mereka. Ma dan Pa mula menuduh Ira tak guna, kurang ajar, ada sifat budak merempat dan juga menuduh saya dan suami merosakkan Ira, dah merosakkan anak orang tak mahu minta maaf, tak kenang budi dan banyak lagi. Im juga menyebelahi mereka dan sering membuatkan adik-beradik yang lain benci, marah dan mendendami mereka bertiga. Sekarang dia sudah tak mengalami penyakit Osgood, tapi mengalami penyakit baru, yaitu tulang kaki yang tak selari yang sangat teruk dan dia mengalami kesakitan pada lutut sepanjang masa.

    Baru-baru ini, Ira pula dipaksa bekerja di kedai makan makcik kami yang sangat kedekut, bergajikan RM25 sehari. Adik saya yang seorang lagi (saya gelarkan dia Ani), sekarang mengalami back pain, tulang belakang senget dan terpaksa menjalani fisioterapi walaupun baru sahaja berumur 14 tahun. Adik saya yang bongsu (saya gelarkan dia Am), 7 tahun mengadu lututnya rasa sakit. Ma, Pa dan Im tak ada di rumah sekarang, ada program. Esok baru balik. Pa ada bela ikan talapia di tepi rumah, dia beri adik2 makan ikan yang dah terapung dalam kolam, yang mana sebelum digoreng, baunya sangat busuk.

    Makcik2 kami (sebelah Ma) berharap agar saya boleh mengubah keadaan kerana mereka juga tidak mampu berbuat apa-apa. Saya pula masih belajar dan suami sangat kecewa dan jauh hati dengan Ma dan Pa sehingga dia cuba mengelak daripada topik berkenaan dengan Ma dan Pa. Saya masih belajar dan peperiksaan semester semakin hampir. Saya buntu. Kesihatan saya masih lagi kurang baik tapi semakin sembuh dengan perlahan dan sudah mampu hadir kuliah tanpa gagal.

    Saya berharap agar saudara ODS dan sesiapa sahaja yang prihatin untuk memberikan pendapat apa yang perlu saya buat untuk selamatkan adik-adik saya dan membuka mata Ma dan Pa terhadap kesalahan mereka.

    • saudari zinnia,
      Saya mohon maaf kerana terlalu lama untuk tidak memberi maklum balas kerana tiada ruang masa yang betul-betul selesa untuk saya membaca dan berfikir tentang apa yang saudari nukilkan.

      Saya tidak boleh bayangkan betapa berat dan besarnya cabaran saudari dan adik-adik perempuan saudari.

      Saya akan cuba fikirkan apa yang lebih sesuai saya nukilkan, yang boleh membantu.. buat masa ini, saya belum dapat berikan apa-apa pandangan lagi..

      Maafkan saya

      • saudara ODS,
        Maaf kerana lambat balas. Tak mengapa, saya faham keadaan saudara yang sibuk dengan tugas di luar dunia maya dan saya meminta maaf kerana membebankan saudara dengan persoalan yang saya longsikan sebelum ini. Saya serba salah sebenarnya, tetapi saya sudah buntu dan mungkin ini diantara cara yang boleh saya gunakan untuk mendapatkan nasihat dan pandangan, jadi saya pun berkongsi masalah saya di sini. Maafkan saya sekali lagi. Seteruk mana yang telah saya lalui, menunggu pandangan saudara bukanlah sesuatu yang sukar bagi saya. Take your time. Saya menunggu jawapan saudara. ^.^

        • Assalamualaikum,
          Maaf kerana lama sangat tertangguh.

          Berkenaan dengan apa yang puan nukilkan sebelum ini, apa yang boleh saya berikan pandangan adalah:
          1. Habiskan peperiksaan dengan baik, dan jaga kesihatan. Ini kerana, jika puan tidak sihat, dan tidak tenang, susah juga nak bantu sesiapa.. :)
          2. Dengan keputusan yang baik, cuba dapat pekerjaan yang baik, yang mampu bantu suami dan adik-adik puan. Lebih mudah jika puan berada disatu tahap yang lebih baik (memandangkan puan sudah hampir habis belajar dan insyaAllah saya doakan dapat pekerjaan yang lebih baik)

          Harap dengan pandangan awal ini dapat membantu.

  99. kalaulah aku mampu…..aku mahu terbang bebas tanpa hadirnya insan2 yang bergelar keluarga….kerana mereka hidupku sungguh menderita…..entah bila mampu aku memaafkan segala yang mereka lakukan padaku…..adakah aku anak yang akan sentiasa doakan mereka? adakah aku anak yang akan berterima kasih kepada mereka?…..apa perkara yang perlu aku berterima kasih? derhaka kah aku?

  100. Assalamualaikum buat pembaca skalian.. sy juga ingin mmngongsikn cerita pahit sy kerana sikap ibu bapa n adkbradk..
    Sy bukn la ank yg baik sejak dr kcil lg.. sy sedar sy memiliki sikap agak kasar brbahasa bila ssuatu yg xpuas ati.. blh d ktakn laser.. tp brhati tisu.. n sikap trllu prihatin pd kluarga stlh mndpt tau bapa tdk spt ayah yg brtanggungjwb sbg ketua kluarga..
    Sejak kecil mmng mknan sy d pukul.. d maki oleh mak.. mngkin sbb tu bahasa sy pn cept melenting n sikap brdendam.. tp sblm sy brkahwin sy mmng xambil ati ngn sikap kluarga trhadap sy mnganggap lumrah adkbradk brgaduh smsa kcil, swktu mnyambung d kolej demi mcapai cita2x alhamdullillah hasil duit pndftraan ayh sy dpt bljr n berkat usaha n doa demi mmbantu kluarga yg sush kini sy dh brgelar spt yg sy mahukn.. tp sy mula jd benci ngn ayh sewaktu hampir semester akhir mllui tpon mak bgtau yg ayah dh kwin lg ni yg ke3 n mk yg 1st. mllui cerita pompuan tu dh preggy thts y ayh kawin.. sejk dr usia 10thn mak xpernh cerita yg elok psl ayh mnyalahkn ayh yg xsudh smpaikn mngkin sy dh trbiasa pndg serong ngn ayh n sy pn mmbesar tanpa kasih syg ayh hnya duit yg ckup2x mkn jer.. sy dh ada ank sorang ni brusia sthun lbih pn masih bermulut kasar.. suka memarahi mak jika wat xambil pduli psl adk2x.. ats sikap prihatin utk mnjdkn adk2x kesmua llki yg brguna.. tp apakn daya bila sy menegur mak mrhkn sy balik n sy mula mngeluarkn kta2x lg pedas xkn ambil pduli hal kluarga lg.. tp sy ni hati mudh cair n mlupakn.. sy tetap juga ingin buat kluarga smpurna n hepi ngn hasil duit keja..
    Utk pngtahuan sy pernah buat peraonal loan utk mmbantu kluarga n mmbelikn adk laptop mmudhkn dia buat assgmnt.. duit tiket flight n duit blnja adk2x sy xkissah asal diorang brjaya.. tapi synterkilan sgt bila sy mula bising psl adk2x ngn mak, mak mrhkn sy balik n sy mmng ske melawan ckp mak n mnjwb.. adk prnh ngandugkn pompuan n mk blh ckp apa bgusla klu gugur.. buat xendah.. sy mrh sikap mak yg manjakn n mnutup slh mereka tanpa mnegur n mrh akn tindakn mereka tp sy sebaliknya yg kena.. smpai 1 tahap sy pernah ckp xreti jga ank..sejak brjauhn mak xprnh kol sy tanya kbr wlpn dr kolej lg sehingga sy mlhirkn ank wlpn bukn spt zuriat prtama balik kg uma mak.. tp sy brsma ngn suami jer.. mmndgkn kmi pn brasl sma2x dr jauh mncari mkn d negeri org.. slhka klu ibu kol ank?? Wlpn krdt free kdg2x.. kakak yg duduk 1 daerah ngn mak blh kol pula tanya kb4 cucu ksygn..
    Seolah2x pngorbanan sy sia2x selama nie.. mak prnh ckp msa sy sgt mrh ngn tindakn mak mngamuk spt meroyan d bilik d sbbkn sy brkasar bhsa mnyuruh mmbiarkn ank sy menaiki sofa itu.. mak trus naik ats dn mngamuk tp adk ada kt ats n sy naik menegur cara mak.. tp adk mrhkn sy suruh minta mf.. sy brkeras nk tau apa 6g mak xpuas ati.. nape sy jer mak nk mngamuk bgini.. adk2x buat slh ayah perangai xbg nafkah napa xmngamuk.. alsan sbb bhasa.aku kasar sgt.. kta xblh tegur anaknya.. ya Allah tuhan je tau pasaan sy bila mak spt tu.. sy bru sminggu blik kg nnbru 1 ari tu sy bae mood d sbbkn mak menipu sy lg n menutup psl adk2x.. jd hati sy mmng sedih.. smpaikn sy mnungkit kisah duit utk mereka.. jwpn mk bukn kami minta ko yg bg…
    Luluh hati bila jwpn spt tu.. sy nie mmng derhaka trhdp ibuayah sy sedar dosa besar itu, tp sblm sy meninggalkn uma sy mohon mf pd mak n jwpn mak iya tp muka pdg keluar n juz bg tgn.. sy nekad xkn ambil tau hal mereka lg sbb sy nie mudh prihatin ngn mslh n sakit ati..
    Sy mmng d pulaukn adk bradk mahupn mak sndiri.. ibarat sy ni ank angkt jer kot xlayak brsuara hnya bisu tp mngharapkn duit dr sy tanpa kisah kesushn sy d perantaun mcari rezeki.. sikap tegas memkn diri..
    Melalui pengajaran kinI sy sedar keluarga sy sndiri pn xblh d prcayai..
    Adk2x kje ntah pape.. tp mak still backup sbb ank ksygn kot.. dlu kakak form3 pn mak pernh izinkn llki tu tido sebilik ngn kakak, bila dpt tau bru sibuk cari ubt gugur.. wlpn kakak xpreggy juz langkah pncegahan.. n akhirnya llki tu lesap jugk.. smua yg buruk tu yg baik d mta mak.. tp aku nie sejk brkahwin n xkirim duit mula la mncari slh aku sejk dr kecil smpaikn suami n cucu trkena tempias.. pdhl dendm kt ayh d sbbkn mulut mak, tp depn ayh seolah2x ayh tu xde benda slh d buat.. aku ni jd mngsa benci kt ayh.. smsa study pn abg yg tlong aku .. ayh byr pndftrn jer.. msa kje aku tetp ada bg duit tp xsbyk bg kt mak wlpn ayh dpt msa aku blik kg jer.. aku kena byr loan lg keta lg.. sbb tu aku xkirim duit da lps kawen tu syarat aku dh bgtau kt mak.. tp aku still bli brg utk mk bila blik kg n bg duit poket adk2x yg brskolah..
    Sbnrnya byk lg kisah pahit dlm hidup ku smua sbbkn mak..
    Mak dlu aku syg sgt2x biarpn aku d maki d pukul..
    Skrg ni aku rsa tawar ati n rsa ank xguna jd sbahgian fmily tu..

  101. Assalam.
    Saya bakal mendirikan rumah tangga inshaAllah dlm 3-4 bulan lg. Saya anak sulung dan satu2 nya anak perempuan dari semua adik beradik. Jd faham lah situasi camne ibu bapa nk lepaskan anak sorg pmpuan ni kpd org lain.
    Isu skrg ialah ibu bapa sy ajak sy utk tgl bersama mereka slps berkahwin bersama suami nnt atas alasan mereka sunyi tanpa sy dan sy bersama tunang sudah merancang mencari uma sewa di negeri tunang bkerja and negeri asal dia. Bila sy nyatakan yang sy nk elak dari gaduh kalau tgl bersama mereka, mereka ckp mcm2 kat sy. Terbaru mereka memarahi sy sbb sy menyatakan ingin bhenti kerja masa nak kawin nnt sbb penat ulang alik dari uma sewa luar negeri bakal suami sekiranya sy masih berkerja di tempat sy menetap skrg.sy da ckp jgn risau sy akan cari kerja juga di luar negeri tersebut.
    Kami selalu bertelingkah sbb sy bpendapat sy perlu patuh kpd suami tetapi mereka tegur sy xblh dibodohkan n tegas dgn suami sbb suami yg perlu menyenangkan isteri so dia yg ptut ikut sy n tinggal di tempat negeri sy skrg. Dikait pula dgn mcik di kg yg terlalu akur dgn suami smpi nenek sy terasa dan ckp pula ‘sebab tu arwah atuk dulu da pesan cari je org dalam negeri senang’ ..
    Pula dah. Ibu bapa sy ni restu ke x dgn perkahwinan ni n diorg selalu happy je cite kat org tentang majlis yg akan berlangsung nnt. Sy skrg da xbercakap n gelak2 sgt ngn dorg. Hanya perkara penting je sbb sy xnak sy terlepas kata2 kasar. Sy byk berdoa n nangis tapi sy perlukan kata2 motivasi dari admin or cara mengatasi dari menyakiti ibubapa dan suami nnt. Syukran

    • Waalaikumussalam.
      Hmm.. apa yang saya dapat simpulkan… ujian ini datang berpunca dari keengganan saudari untuk duduk bersama ibubapa saudari setelah berkahwin nanti.

      Uruskan rajuk ibubapa saudari itu. Berlembutlah..

      Cuma, bila dah selamat nikah nanti, ingatlah, keutamaan tu ada berubah sikit.. :)

  102. As salam,

    Saya ingin bertanya ….

    Apakah hukum ibu mertua memaksa anak lelaki dan isteri untuk tidur di rumah keluarga mertua sedangkan keluarga mertua ini tidak menyediakan bilik tidur untuk pasangan ini? Bilik yang disediakan adalah bilik adik-adik dan adik-adik ini akan memasuki bilik mereka untuk mandi dan membersihkan diri. Sedangkan ada lagi satu bilik tambahan untuk pembantu rumah yang berpakaian tidak menutup aurat, yang bekerja pada hujung minggu sahaja. Adakah ini dikategorikan sebagai ibu bapa derhaka?

    Kami mempunyai rumah berjarak 40 minit daripada rumah mertua, kami bercadang untuk tidur di sana setiap kali kami pulang ke kampung halaman, tetapi mertua tidak setuju.
    Adakah suami derhaka kepada ibunya itu sekiranya suami ini dan isterinya tidak tidur di rumah mereka kerana ketidakselesaan itu?

    Sekian.

  103. Pingback: Anak-anak Derhaka·

  104. Assalamualaikum ust. Sy bukan nak meratapi nasib tapi sy dah setahun lebih cari kerja tak dpt2. Sy dah berusaha. Usaha sy ni dah tahap max smpai sy dah tak tahu nak buat ape dah. Mak sy hari2 marah sy meleter kat sy ckp sy tak usaha. Mak slalu salagkan sy dgn prkara yg sy tak buat. Cthnye dah penat sy jaga anak buah sy mak kate sy tak jaga die. Padahal sy dah penat kejar2 baby tu sana sini tanak.bagi die jtuh. Mak sy kata tak guna smayang trtonggeng2 pon tp tak dpt keja jgk. Dan mak mnyalahkn og tanak amek sy bkerja sbb brtdg lbuh kot. Mak mgkin dah lupa rezki allah yg bagi bkn mnusia. Beri sy kata2 smgt ust. Sy sedih kenapa susah sgt sy nak dpt keja. Mak sy asyik mnyalahkn tkdir. Mak sy tu lain ust. Benda yg kecil pun die akn perbesarkn. Mak sy tak prnah minta mf wlupun die tahu salahnya dan tak pernah puji sy dgn kebaikn dn prkara yg sy buat. Bila gaduh skit mak suh doa supaya dia cepat mati. Sy takde pun nak mlukakan hati die tp itula yg sy ckp td, prkra yg kcil mak sy akan prbesarkn. Cthnya bila interview ditukar tarikh, mak sy msti akn marah. Pdahal bkn sy yg mintk nak tuka trikh. Hal ni trjadi ptg td. Hny disebbkn itu mak sy kecil.hati. sy dah brusaha jdi anak yg baik tp susah istiqomh bila org skeliling kite yg jadikn kita mcmni.

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s