Ekonomi Berkembang, Tetapi Kerajaan Tiada Duit?


Begitulah ayat yang saya terfikirkan apabila membaca artikel berikut di Harakahdaily (atau nak baca terus di sini pun boleh):

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) persoalkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengakui bahawa asas perolehan negara pada masa ini tidak kukuh dan Kerajaan tidak mampu untuk membayar gaji penjawat awam, sedangkan pada akhir tahun lepas kerajaan bangga mengumumkan bahawa ekonomi berkembang dengan baik iaitu 4.5 peratus dan tahun ini dijangka melebihi 5.5 peratus pula.

Najib terdesak membuat pengakuan itu demi untuk menarik perhatian kakitangan awam untuk menyokong pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang kini ditolak oleh majoriti rakyat. Kenyataan Najib itu membuka pekung pemerintahannya yang kini sedang sibuk menabur duit di Hulu Selangor sempena pilihanraya kecil.

Tindakan Najib memaksa kakitangan awam menyokong dasar ini secara membuta tuli adalah tidak wajar dan bertentangan dengan prinsip demokrasi negara ini dimana setiap warganegara berhak untuk membuat pilihan sama ada mahu menyokong atau tidak.

Tidak guna gaji kakitangan Kerajaan dinaikan sedangkan dalam masa yang sama cukai GST diperkenalkan. Jika GST dilaksanakan, keadaan ekonomi kakitangan awam mungkin lebih teruk kerana kenaikan gaji hanya sekitar RM200-RM500 sahaja sedangkan pertambahan kos sara hidup berkemungkinan meningkat lebih dari kadar itu.

Najib juga dilihat zalim kerana menjadikan kakitangan kerajaan sebagai ‘hamba’ yang kena terima apa sahaja yang kerajaan ingin lakukan. Oleh itu, kakitangan kerajaan harus bijak dan menolak dasar ini. Kerajaan boleh tangguhkan kenaikkan gaji sehingga ekonomi pulih sepenuhnya tanpa perlu perkenalkan cukai baru.

Jika GST dilaksanakan, bukan sahaja 1.2 juta kakitangan awam akan jadi mangsa, lebih 25 juta rakyat Malaysia akan terima kesannya. Pekerja swasta yang tidak mendapat kenaikan gaji akan menerima kesan yang lebih teruk, kerana kos hidup mereka secara purata bertambah 4 peratus.

Oleh itu PAS berharap agar kakitangan Kerajaan tidak menurut sahaja kehendak Najib. Jika dasar ini dilaksanakan bersama Model Ekonomi Baru, maka rakyat negara ini akan lebih sengsara. Ketiadaan syarat ekuiti tempatan akan menyebabkan pasaran negara akan datang dimonopoli oleh pelabur dan perniagaan asing. Dan pastinya mereka tidak peduli kesusahan rakyat dinegara ini dan mereka boleh kuasai harga jual beli pasaran dalam negara dengan mudah. Jika mereka naikan harga, maka nilai 4 peratus cukai GST juga naik. Kerajaan tidak mampu kawal perkara ini, malah Kerajaan kini cuba juga untuk hapuskan subsidi bagi melepaskan diri dari tanggungjawab membantu rakyat. Jadi bayangkanlah harga gula, beras, minyak tanpa subsidi tapi ditambah dengan cukai GST 4 peratus.

Tidak cukup dengan itu, dengan begitu banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), pelabur dan peniaga tempatan juga akan bungkus kerana tidak dapat bersaing kerana harga barang mereka akan jadi lebih mahal jika dicampur dengan GST, berbanding harga barang China yang lebih murah kos pembuatannya.

Jadi, GST bukan sahaja akan beri kesan kepada Kakitangan kerajaan, ia akan memberikan kesan kepada seluruh sistem ekonomi negara. PAS tetap akan menentang dasar ini untuk kepentingan rakyat

Ustaz Idris Ahmad,
Ketua Penerangan PAS.

Secara amnya, jika dibaca dan diselangi minda politik, ianya boleh diterima akal.

Namun, pada pandangan saya, perenggan pertama sahaja sudah menunjukkan artikel ini tidak lain selain daripada “main pukul” sahaja. Kenapa?

Pengumuman yang dibuat oleh kerajaan tentang perkembangan ekonomi tidak hanya terhad kepada perkembangan ekonomi yang diperolehi oleh sektor awam, tetapi juga disumbangkan oleh sektor swasta. Melainkan yang diumumkan sebelum ini adalah perkembangan ekonomi 100% daripada sektor awam, ceritanya pasti berbeza.

Perkembangan ekonomi yang dilaporkan adalah berdasarkan aktiviti dan perolehan secara umum dan keseluruhan, meliputi sektor awam dan swasta. Dan perkembangan ekonomi tersebut diambil secara pukal (atau secara jumlah kasar), bukan khusus kepada sektor-sektor tertentu. Sudah tentu, bagi kebanyakan rakyat Malaysia yang kurang arif akan bab-bab ekonomi (atau bagi mereka yang melihat kepada kemampuan kocek sendiri), laporan perkembangan ekonomi itu tidak memberi makna.

Akan tetapi, bagi pemerintah dan pentadbiran, data itu menggambarkan sejauhmana kemampuan ekonomi dan pencapaian yang telah dicapai bagi masa yang dimaksudkan. Kiraan mereka berdasarkan keseluruhan, bukan khusus mengikut individu rakyat Malaysia.

Jika ya (mahu benar-benar menggambarkan ekonomi khusus kepada apa yang dialami oleh seorang rakyat Malaysia), pastinya setiap satu rakyat Malaysia sudah “diiringi” seorang penasihat ekonomi kerajaan (negara atau negeri) dan laporan diberikan pastinya boleh menyebut (sebagai contoh) ekonomi si A telah berkembang daripada menjana ekonomi sebanyak RM24 ribu setahun berbanding RM20,000 pada tahun sebelumnya. Sudah tentu perkiraan ini belum termasuk hutang kad kredit, hutang pinjaman perumahan, saraan anak isteri dan IOU dengan rakan-rakan. Kiraan perbelanjaan juga tidak termasuk hutang runcit di kedai-kedai runcit berhampiran. Adakah sebegini laporan yang dimahukan?

Tiada salah untuk mengkritik, tetapi biarlah kritikan yang membina dan berilmiah. Janganlah dilakukan atas dasar mengkritik yang menunjukkan betapa luas atau “luas” pandangan.

Perlu diingatkan juga, kembang kuncup ekonomi, belum tentu semua membayar cukai sebagaimana yang sepatutnya. Ada sahaja yang cuba menipu penyata pendapatan supaya tidak kena cukai. Betulkan?

Berkenaan GST, saya menjangkakan akan ada sedikit masalah di peringkat permulaan apabila ianya dilaksanakan nanti. Pertamanya, perkataan “cukai” itu sendiri sudah tidak suka didengari. Keduanya berkenaan dengan kerisauan tentang bagaimana perlaksanaan dan penyaluran dana cukai tersebut, ke mana perginya. Perkara-perkara sebeginilah kerajaan harus menjelaskan secara telus dan tulus supaya rakyat faham akan mengapa kerajaan mengambil tindakan sedemikian.

Apa kata anda?

Persoalan di jalanan: Tiadakah seseorang dipihak yang membantu kerajaan (komunikasi terutamanya) yang boleh menjelaskan secara terang dan jelas kepada rakyat Malaysia? Janganlah guna bahasa ekonomi sangat.. bukan semua faham.

 

2 thoughts on “Ekonomi Berkembang, Tetapi Kerajaan Tiada Duit?

  1. Salam ODS,

    Pandangan dari seorang yang tak tahu ekonomi – bagi peniaga kecil2an dan pekerja swasta yang tak naik gaji, income tetap sama jadi apakah dengan pengenalan GST harga barang akan naik ? Atau lain perkataan kuasa membeli akan kurang ? itu je saya nak tahu, cakap banyak lain saya tak nak dengar.

    Dan berkenaan MEB, sekarang kata affirmatif action tetap ada, kenapa tak tulis je hari tu dalam report. Ni nak biar rakyat buat macam2 andaian dengan kata2 bunga. Cakap najib bunga je lebih, belit2. Macam tak cukup persediaan, kelam kabut kejar dateline. Benda nak pakai bertahun2, janganlah buat gaduh.

    Bukan marah saudara, geram je ngan matbunga.

    ODS: Salam Din,

    Kerana itulah saya ulas yang kerajaan perlu memberi penerangan yang lebih telus dan tulus. Bukan semua rakyat faham bahasa ekonomi. Terus terang, artikel mu sembang ekonomi di warung itu terbayang apabila saya mengulas artikel ini.🙂

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s