Sultan Sudah Bertitah, Ahli Politik Bagaimana?


OnDaStreet telah berulangkali menyuarakan pandangan yang ahli politik yang sudah bergelar menjadi wakil rakyat (serta warga kerja yang terlibat) patut sudah memulakan kerja-kerja yang membantu memperbaiki kualiti hidup dan keadaan rakyat secara 100%. Bukan lagi dalam peringkat “pemanasan enjin” mahupun berkata ada perkara lain yang lebih penting.

Dan kini, dengan PRK Hulu Selangor semakin hampir, Sultan Selangor tidak lupa untuk mengingatkan mereka yang bergelar ahli politik (secara teknikalnya, jika orang bawahnya juga asyik berpolitik, ketuanya harus bertanggungjawab) untuk mementingkan perjuangan untuk rakyat, bukan asyik berpolitik. Berikut adalah laporan akhbar Berita Harian:

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam mengingatkan ahli politik agar kembali kepada asas perjuangan untuk kepentingan rakyat, bukan asyik berpolitik sehingga menghabiskan banyak masa yang sepatutnya digunakan untuk memikirkan perkara yang lebih baik. Baginda bertitah, ahli politik juga perlu menjaga tingkah laku dan menunjukkan budi pekerti yang baik selain memanfaatkan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk membincangkan dasar yang mendatangkan manfaat kepada semua pihak.

Sehubungan itu, titah baginda, segala perasaan prejudis antara satu sama lain perlu dibuang kerana cabaran yang akan dihadapi tidak pernah mengenal warna kulit dan keturunan.

“Beta berkenan supaya keharmonian masyarakat majmuk di Selangor menjadi model nasional. Beta percaya kita semua boleh memberi komitmen bahawa segala perbezaan antara kita adalah satu aset dan bukan punca perbalahan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan mesyuarat persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri kali ke-12 bagi penggal ketiga, di sini, semalam.

Baginda bertitah, jika semua pihak memahami apa yang termaktub dalam Perlembagaan, tidak akan berlaku keadaan yang mana ada sesetengah pihak yang menuntut hak masing-masing secara berlebihan.

Titahnya, Perlembagaan memberikan hak kepada semua pihak, sekali gus melindungi rakyat pelbagai kaum di negara ini dari segi politik, ekonomi dan sosial.

Sultan Sharafuddin menegaskan segala permasalahan yang timbul juga perlu diselesaikan berasaskan Perlembagaan itu.

“Dalam Perlembagaan sudah termaktub hak rakyat dengan jelas. Prinsip kebebasan dan keadilan adalah prinsip yang sedia ada dalam Pemahsyuran Kemerdekaan. Beta berharap semua Yang Berhormat dapat memberi mesej yang jelas kepada rakyat mengenai perkara ini,” katanya.

Baginda juga melahirkan harapan supaya kerjasama antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan dapat dieratkan demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Selangor.

“Jadi, bagi maksud ini beta berkenan kerajaan beta berurusan dengan Kerajaan Persekutuan bagi mendapatkan dana yang cukup untuk pembangunan rakyat dan negeri,” katanya.

Titah Sultan Selangor nyata jelas dan mudah. Ya, ahli politik kerjanya berpolitik, tetapi kini satu lagi tanggungjawab tergalas – memperjuangkan nasib rakyat, menjaga kebajikan rakyat, membantu rakyat, berkhidmat untuk rakyat. Bagi yang tiada kerusi yang dimenangi, bukan bermakna anda tidak boleh berkhidmat untuk masyarakat.

ADUN atau MP yang menang bukannya Superman atau Wonder Woman. Jika anda benar-benar ikhlas membantu rakyat, buat sahaja kerja. Biar rakyat boleh menilai kerja siapa yang lebih baik. Biarlah kerja anda boleh diterjemahkan dalam bentuk undi sokongan dalam pilihanraya yang akan datang. Pada masa itu, hendak berkempen pun mudah, sebab rekod kerja sudah ada.

Politik bukan sekadar bercakap, berceramah.. kerja pun memainkan peranan.

“Walk the Talk, NOT Talk cock!!!”

Persoalan dijalanan: Ada yang mencadangkan undi rosak untuk tujuan “mengetuk kepala” kedua pihak (Barisan dan Pakatan).. apa kata anda?

 

2 thoughts on “Sultan Sudah Bertitah, Ahli Politik Bagaimana?

  1. Salam ODS,

    Itu bodoh punya olang suluh kasi itu undi losak ! Lia ingat itu wakil lakyat sinang2 mau mati ka ? Olang ulu Selangor manyak untuk ma lia punya wakil lakyat mati, sikalang lu mau apa pun kelajaan kasi. Haiyaa… bila wa punya wakil lakyat mau mati ……. lia hidup pun talak untung sama gua, gua hali2 bikin loa kasi mati sama itu olang, baru ada untung lakyat kampung gua.

    Apa pasat mau kasi losak itu undi ? Lu masuk bilik undi itu jam aaa, lu kasi pangkah sapa lu mau menang, kemulian lu bakar itu kertas undi la. Kasi tau sama itu kelajaan afterlife, lu undi itu orang kasi cepat2 angkat pergi. Nanti ada lagi satu pilihanlaya kecil…wah, untung ma !

    ODS, guess its a taboo topic to be discussed openly. Wonder what went thru their heads when reading it…. undi rosak? the only post of its kind. hahahahaha..

    ODS: Maybe din.. maybe…

  2. talk cock

    politik sekarang ni semua sampah, tak ada faedah
    gua cakap lu beb, last undi gua ati panas gua pangkah roket-menang roket. sial betul

    tapi beb calon pun semua macam sial
    cameraman pun jadi calon. dah buta ke dia orang ni. gua tak nampak macam mana cameraman boleh jadi wakil efektif, gua pangkah lain

    dah menang, roket lagi macam sial; dacing ada baik sikit tapi sombong aje
    lagi apa mau bikin

    lu tengok, parti mata pun entah apa2 merapu
    mata suntut nak jadi pm aje, lain dia tak mau tiau
    musibah beb, jadi macam thailand beb kita

    parti bulan, la lagi haok
    dia orang aje islam, orang lain kafir
    orang roket tak kafir ke

    bagi gua parti kapal layar la, gua undi

    rosak undi tu, tak best la beb
    oooh lu budak sdar ODS……

    ODS: Makanya. pemenang PRK nanti ialah…?

    A’ah.. den bodak sodar (SDAR)..

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s