Tazkirah Jumaat: Tentang Dhia


Untuk Tazkirah Jumaat kali ini, saya ingin mengambil sedikit kesempatan dengan berakhirnya sebuah drama bersiri Tentang Dhia yang disiarkan di TV3 dan siri akhirnya disiarkan semalam.

Ya, ianya hanyalah sebuah drama, kisah itu tidak berkaitan dengan kisah yang masih hidup atau yang telah mati. Namun, ada bait, ada babak yang benar berlaku dalam kehidupan sebenar, hanya watak dan jalan ceritanya mungkin sedikit berbeza. Mungkin, pada yang sekadar menontonnya, ada yang menangis.. namun saya pasti, yang benar-benar mengalami satu atau dua babak dalam drama itu, pasti terasa lebih pilu.

Saya tahu ramai yang mengutuk ibu mertua Dhia, dan ada yang mengutuk Zikir kerana sekejap suami yang baik, ada ketikanya tidak. Namun, itulah dilema yang ada ketika si suami dan isteri lalui, baik baru berkahwin mahupun sudah berpuluh tahun berkahwin dan sudah beranak pinak. Dilema yang kadangkala berpunca daripada mahukan apa untuk diri sendiri, tanpa memikirkan tanggungjawab dan peranan orang lain.

Sebagai contoh, dari satu sudut, Zikir perlu menurut ibunya kerana keutamaan baginya, ibu tetap lebih tinggi daripada isteri. Namun, ibu perlu faham yang anaknya itu sudah ada tanggungjawab lain yang perlu diurus dan dijaga. Dan itulah antara hakikat kehidupan, dimana setiap satu daripada kita yang perlu memenuhi lebih daripada satu tanggungjawab, dan tanggungjawab itu bukan hanya satu arah atau satu jalan. Ibu dan bapa punya tanggungjawab terhadap anak, dan begitu juga kepada anak kepada ibu bapa. Disinilah, semua pihak harus punya toleransi dan tidak boleh bersikap terlalu mementingkan diri sendiri.

Kepada mereka yang telah berkongsi kisah, terutama di dua artikel ini (ini dan ini), saya doakan agar Allah mempermudahkan urusan masing-masing. Di blog ini juga telah dikongsikan juga beberapa artikel dalam kategori ini yang boleh dijadikan panduan untuk alam rumah tangga. Bacalah, renungilah dan ambillah tindakan yang bersesuaian.

Kepada peminat siri Tentang Dhia, jadikanlah juga kisah itu antara pedoman dan sesuatu yang boleh difikirkan. Jika benci watak ibu Zikir, janganlah jadi seperti itu, terutama apabila anak kita pula yang ada tanggungjawab sebagai suami atau isteri kepada insan lain.

Secebis kisah Tentang Dhia..

Semoga Allah menjadikan insan yang lebih baik dan mempermudahkan urusan kita di sini dan disana..

Wallahualam…

 

One thought on “Tazkirah Jumaat: Tentang Dhia

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s