Sembang Rakyat vs Sembang Ustaz… Mutu Bagai Langit Dengan Bumi…


Kredit kepada blog ini kerana menampilkan perbandingan dua medium penyampaian. Satunya adalah Sembang Rakyat, dan satu lagi Sembang Ustaz (terbitan Solidariti Muslim Prihatin).

Mari kita lihat penyampaian “Sembang Ustaz”:

Ini pula video Sembang Rakyat mengenai isu yang sama

Berbeza sungguh kualiti penyampaian dan isi kandungan.

Berdasarkan perbandingan dua video ini, saya mula beranggapan yang Sembang Rakyat dilakukan oleh mereka yang pro Barisan Nasional.

Namun, apabila menyaksikan video dibawah ini, saya terfikirkan beberapa perkara.

  1. Penerbit “Sembang Rakyat” ini kebarangkalian dilakukan oleh Pakatan Rakyat, tetapi dalam bentuk bertopengkan Barisan Nasional. Benar, banyak video-video ini mengandungi pandangan dari sudut UMNO dan Barisan Nasional, tetapi ada kalanya, nada itu seperti nada orang Pakatan Rakyat memomokkan Barisan Nasional;
  2. Penerbit “Sembang Rakyat” ini kebarangkalian dilakukan oleh penyokong tegar Barisan Nasional, tetapi diolah dengan amat tidak baik dan memburukkan lagi keadaan persepsi kepada Barisan Nasional. Isi kandungan penerangan bagaikan untuk membantu Barisan Nasional, tetapi disampaikan dengan amat tidak baik sekali dan dalam keadaan yang saya kategorikan “taksub”.

Yang pasti, persepsi terhadap Barisan Nasional bertambah buruk dengan jentera penerangan yang buruk dari kebanyakan media yang cuba membantu Barisan Nasional. Penggunaan media utama yang terlalu berlebihan sudah dilihat sejak kebelakangan ini. Saya tidak tahu siapakah penasihat DS Najib mengenai hal ini, tetapi yang pasti, penasihat ini dan juga DS Najib serta Datuk Seri Rais Yatim tidak belajar daripada kesilapan PRU12 yang lalu.

Media sosial juga tidak banyak membantu dengan penyampaian yang kurang baik, apatah lagi jika menggunakan bahasa kesat ketika cuba berdebat dengan pro Pakatan Rakyat. Isu liwat DS Anwar telah digunakan tanpa batas, sehingga ke tahap amat membosankan dan “overkill”.

Kepada mereka yang merasakan diri mereka ini pemikir jentera Barisan Nasional… FIKIRLAH dengan lebih baik. Jika tidak, pisang bakal berbuah dua kali… dan kali ini membawa padah lebih teruk kepada Barisan Nasional.

Soalan dijalanan: Sejauh mana hebatnya pemikir Barisan Nasional untuk “psy-war” dan “cy-war” ini?

8 thoughts on “Sembang Rakyat vs Sembang Ustaz… Mutu Bagai Langit Dengan Bumi…

  1. ya saya juga telah menonton video “Siapa taja sembang rakyat”.. memang video tersebut berjaya membangkitkan ‘reverse psychological effect’ kepada penonton. tetapi saya semakin kehairanan kerana beberapa hari lepas, website sembang rakyat ditutup. (tapi hari ini website tersebut kembali aktif). tanda tanya disitu??

    1. Assalamualaikum SDARA nazri,
      Samada tutup, buka, tutup, buka.. saya fikir tidak perlulah difikirkan kenapa. Boleh jadi ianya sebab teknikal dan sebagainya. Cuma kalau tutup terus sudah menjadi lain kisahnya.

      Tidaklah perlu fikir terlalu mendalam kenapa buka tutup buka tutup ya? 🙂

  2. Assalamualaikum wbt…

    Bagi saya, tak kisah la siapa yang buat video sembang rakyat ni…
    Mereka nak kutuk BN ke, Pakatan Rakyat ke, itu kebebasan mereka…
    Tapi, apa yang patut ditentang ialah kebiadaban mereka memperlekehkan hukum Allah dalam video ‘Tentang Hudud’ dan ‘Lagi Hudud Pas’…

  3. semua pelakon2 video ni slalu kluar dekat tv 1,2 &3…lagi2 yg berlakon jdi singh tu..kalau Pakatan Rakyat yg taja video nih korang rasa nak ker tv1,2 n 3 amik pelakon ni berlakon dlm drama dorang…harammm…silap2 kena ban terus dri kluar tv….so sape lagi yg mampu buat n gunakan taktik keji mcm ni?

    1. Belum tentu..
      Sebagai contoh, ada orang mengatakan Wardina Saiffyah sokong Pakatan, tetapi dia masih lagi bersiaran dengan TV3..

      Apa yang pasti, Sembang Rakyat telah mendatangkan kebencian dan muak kepada Barisan Nasional

      1. ustaz asri dan rafizi ramli pon ade dijemput dlm rancangan diTV1…herman tino, dayang ku intan, aishah dan ramai lg artis yg pro pd pakatan tp masih lg disiar wajah mereka di tv1..wardina pon ade mengacara rncangan di tv1..xde kene ban pon..

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!