Apa Sahaja Untukmu, DS Anwar (Matlamat Menghalalkan Cara)


Tersenyum seketika apabila terbaca laporan terkini berkenaan kes liwat DS Anwar Ibrahim yang bagaikan tiada penghujungnya. Berikut adalah laporan BERNAMA yang dipetik oleh Berita Harian:

Penghakiman dalam bahasa Inggeris tidak sah: Karpal2010/09/27

PUTRAJAYA: Penghakiman mahkamah yang ditulis dalam bahasa Inggeris adalah tidak sah, Mahkamah Persekutuan diberitahu hari ini.

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar, Karpal Singh mempertikaikan bahawa penghakiman yang ditulis hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan mahkamah sokongan dalam kedua-dua kes jenayah dan sivil mestilah dalam Bahasa Malaysia mengikut peruntukan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan 1963.

// //

“Semua tiga penghakiman (yang ditulis oleh Hakim Mahkamah Rayuan Abdul Malik Ishak, Datuk Azhar Ma’ah dan Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dalam bahasa Inggeris yang menolak rayuan Anwar) kekal tidak mengikut perlembagaan kerana ini melanggari Artikel 152 dan Seksyen 8,” katanya.

Pada hakikatnya, Karpal berkata penghakiman Abdul Malik menyatakan bahawa peruntukan wajib hendaklah dipatuhi sepenuhnya.

Beliau berkata mengikut undang-undang, semua proseding, termasuk penghakiman, mestilah dalam Bahasa Malaysia kecuali jika ia dalam Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan di mana sesebuah mahkamah itu boleh mengarahkan proseding itu didengar separuh dalam Bahasa Malaysia dan separuh lagi dalam bahasa Inggeris, melalui usulnya sendiri atau permohonan untuk mana-mana proseding setelah memberikan pertimbangan dalam aspek keadilan proseding berkenaan.

“Penghakiman itu adalah batal dan tidak sah. Tidak ada penghakiman yang sah untuk mahkamah ini (Mahkamah Persekutuan) untuk meneruskan lagi kebenaran permohonan rayuan Anwar. Mahkamah itu (Mahkamah Persekutuan) hendaklah mengarahkan Mahkamah Rayuan untuk menulis satu penghakiman yang lebih wajar dalam bahasa kebangsaan,” katanya.

Peguam veteran itu membangkitkan isu tersebut sebagai perkara permulaan dalam perbicaraan proseding mahkamah mengenai saman fitnah Anwar terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pada 10 Oktober tahun lalu, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar atas alasan teknikal, untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman RM100 juta beliau terhadap Dr Mahathir.

Tiga panel Hakim Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa memorandum rayuan yang difailkan Anwar dalam bahasa Inggeris adalah cacat dan tidak sah dan dokumen mahkamah itu mestilah difailkan dalam Bahasa Malaysia.

Anwar mengemukakan tindakan undang-undang terhadap Dr Mahathir pada Januari 2006 kerana mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap beliau di persidangan Hak Asasi Manusia Malaysia, 9 September, 2005.

Panel tiga Hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria, menangguhkan keputusan mereka mengenai perkara permulaan pada satu tarikh yang akan ditetapkan.

Dua lagi anggota panel ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong dan Mahkamah Rayuan, Datuk Suriyadi Halim Omar.

Peguam Datuk VK Lingam yang mewakili Dr Mahathir, mengemukakan prosedur tidak pematuhan dengan mengatakan ia menyalahgunakan proses mahkamah untuk membawa perkara permulaan itu pada peringkat permohonan kebenaran.

Lingam berkata, sebaliknya Karpal Singh mestiah memfailkan satu permohonann yang wajar untuk membangkit isu tersebut.

Beliau menerangkan bahawa dalam Mahkamah Rayuan, beliau memohon kebenaran mahkamah untuk mengemukakan kesnya dalam bahasa Inggeris dan mahkamah membenarkannya berbuat demikian.

“Penghakiman dan perintah (oleh mahkamah) sentiasa dalam bahasa Malaysia tetapi alasan penghakiman adalah dalam bahasa Inggeris kerana peguam dalam proseding tersebut telah memohon untuk menjalankan proseding berkenaan dalam bahasa Inggeris mengikut Akta Bahasa Kebangsaan,” katanya.

Di luar mahkamah, Karpal Singh memberitahu pemberita bahawa keputusan tersebut mengenai perkara permulaan menimbulkan implikasi yang besar.

Beliau berkata ini adalah pertama kali selepas kemerdekaan, isu tersebut dibangkitkan.

“Saya cadangkan sehingga Mahkamah Persekutuan memutuskan mengenai isu tersebut, hendaklah kes lain ditangguhkan di mana penghakiman ditulis dalam bahasa Inggeris,” katanya. – BERNAMA

Aduhai..DS Anwar bin Ibrahim, apalah salahnya anda menghadap betul-betul kes liwat yang anda klasifikasikan sebagai konspirasi terhadap anda itu. Sikit-sikit mahu bertangguh dan tidak mahu dibicarakan. Sebelum ini cuba menidakkan tuduhan liwat dengan mengaitkan terdapat seorang di pihak pendakwaraya mempunyai hubungan istimewa dengan Saiful Bukhari (ada kaitankah si dia dengan tuduhan liwatmu dengan Encik  Saiful?) Kini, Bahasa Malaysia pula cuba dijadikan “alat” untuk dirimu melepaskan diri.

Yang menghairankan, Karpal Singh dan mana-mana wakil rakyat DAP amat sukar sekali mengakui akan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan perlu digunakan dan dihormati penggunaannya bagi sesetengah perkara. Malah, tidak pernah lagi mendengar mereka memperjuangkan untuk memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan. Menyokong “satu sekolah” jauh sekali. Lim Kit Siang pun tidak terkata apa

OnDaStreet cuba menjelaskan kepada diri sendiri, mungkin Karpal Singh sudah berubah hati, tetapi amat sukar untuk menerima kerana hakikat Karpal Singh dan DAP yang boleh dilihat, mereka tidak menerima sebarang idea yang tidak masuk dalam rancangan mereka, termasuklah menggunakan dan memartabatkan Bahasa Malaysia (walaupun memperjuangkan Malaysian Malaysia).

Ingin juga ditanya, apakah status bahasa rasmi kebangsaan jika Pakatan mengambil alih kuasa nanti? Apakah Bahasa Malaysia/Melayu dikekalkan sebagai bahasa rasmi kebangsaan atau diubah kepada Bahasa Inggeris?

Jika ianya bukan Bahasa Malaysia/Melayu, mungkin ada baiknya Karpal Singh tidak menggunakan hujah bahasa untuk mengetepikan penghakiman dan perintah mahkamah. Lagipun, perbuatan liwat atau tidak, ianya tidak dilakukan dengan bahasa. Mengurat atau mengarah mungkin ya menggunakan Bahasa Malaysia, tetapi tidak perlakuan liwat.

Wahai DS Anwar dan Karpal Singh, sampai bila anda mahu bertangguh? Daripada lantang melaung ketelusan agar semua boleh mengikuti perkembangan kes, anda kemudian meminta agar dijalankan dalam sesi tertutup. Mungkin Karpal Singh tidak faham akan erti munafik  tetapi OnDaStreet yakin DS Anwar pasti faham.

Apapun, terima kasih Karpal Singh. Tindakan anda kali ini boleh dilihat sebagai anda mengakui juga kepentingan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi.

Soalan dijalanan: Jika Bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi nanti (mengabil kira suara-suara yang mengatakan “English” lagi penting, perlulah digunakan sepenuhnya), bagaimana agaknya ceramah-ceramah dikawasan majoriti bumiputera? Gunakan bahasa rasmi atau bahasa yang pernah rasmi (mengandaikan Bahasa Malaysia bukan lagi bahasa rasmi seperti yang dimahukan orang-orang yang lupa diri)?Adakah rakyat akan faham apa yang disampaikan?

Pasti menarik… 😀

5 thoughts on “Apa Sahaja Untukmu, DS Anwar (Matlamat Menghalalkan Cara)

  1. 1. By stretching the hearing it keeps them in the politics limelight….its cheap if you consider against advertising cost.Penyokong mereka dah 100% said this perbicaraan ialah kes menganiaya Anwar…..its perbicaraan catch 22 beb….lu bicara pun lu dah memang salah…lu lepas nampak sangat lu tak ada evidence….and this is the evil side of democracy where searching for the truth are being super ceded by peoples power.
    2. The truth is Anwar has been on trial of the same charges twice…..the right thing to do is to speed-up his trial and channel tax payers money to other benefiting course.I can understand why he do not trust the legal process here….the court is not about what you think is right….its about the evidence that you have and how you ‘law-yer’ the arguments…without solid or confirming evidence he can’t ‘law-yer’ to dismiss the case…he knew what sort of evidence the prosecution must have…so,he divide Malaysian on the issues and rule the situation by use of his political wand….the confused people becomes the juror and prosecute our judicial system…same issue Anwar is harping…and there have you….justice is not be serve!!!!!
    3. Adil harus dilihat sebagai mengguna kaedah yg betul…..bukan hukuman…..jika saudara perempuan Islam anda melapor ia dirogol dan mahkamah(serta masyarakat Islam) menuntut 4 org saksi jika tiada maka mengikut syariah 80 rotan keatasnya kerana membuat tuduhan palsu….adakah begitu yg dikatakan adil?Alhamdullillah syariat datang dari Allah dan bukan dari ‘suara adil demokrasi’.Allah mementingkan kaedah dari hukuman.Adil hanya boleh dicapai jika kaedahnya betul.Kaedah sekarang ialah membicarakan dgn bukti dan fakta yg ada….kenapa pula sistem penghakiman yg mahu dipersoalkan????Divide and rule lagi la ni……
    4. I have a feeling that the way we handled Anwar’s issues is rather wrong….we should take a more tactical approach in confronting his evil-campaigning strategies.

    1. ZBA,
      I know it is cheap compared to advertisement, but it will be cheaper and cost efficient if DS Anwar and his counterparties started playing the cards and advantages they have well by doing their job well, instead trying to get cheap political news and coverage. Their good job and goodwill will promote them, eventhough there may be some individuals want to play dirty against them. Considering the openess of such activity and incident nowadays, I’m pretty sure people can judge who’s better, who is not, right?

      DS Anwar’s tactics to drag the matter is not going to give him any better condition. More and more can become more suspicious of why DS Anwar does not want to face and settle this once and for all. Quoting from yourself, “The truth is Anwar has been on trial of the same charges twice”, he should know this time around, if this is a conspiracy, the person involved may not be the same person (I repeat, IF this is a conspiracy). With the experience he has, it should be easier for him this time around. Plus, he said he is innocent. So, why drag the matter longer?

      Thank you for your thoughts and comment. 🙂

  2. Salam bro,
    Agreed with you assumptions bro……
    for every new assumptions made it only opens up the possibilities…..

    have a nice day!!!

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!