Mengapa Paksa Bukan Islam Ikut Cara Islam ~ Harakahdaily


Begitulah tajuk laporan Harakahdaily pada1 Oktober 2010 yang lalu. Laporan itu adalah seperti berikut:



KUALA LUMPUR, 1 Okt: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diminta menjelaskan kepada golongan bukan Islam di seluruh negara mengapa pelajar bukan Islam telah dipaksa untuk membuat cara sembahyang (berdoa) orang Islam.

Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa berkata, ini seperti yang berlaku pada 13 April 2008 di dewan kuliah Rejimen 515 Askar Wataniah, Jalan Ampang dengan meminta Zahid memberikan identiti pelatih yang terlibat dalam kes tersebut.

“Saya meminta agar Zahid menjelaskan mengapa perkara sebegini boleh berlaku di bawah kepimpinannya,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, katanya, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Wee Ka Siong amat kesal dengan tindakan mengungkitkan semula isu di mana pelajar bukan Islam telah dipaksa untuk meniru cara sembahyang orang Islam.

“Sekiranya Kerajaan BN mengangap kes di atas merupakan satu-satu kes yang berlaku di negara ini, maka saya akan memberikan satu lagi contoh untuk membuktikan kes tersebut bukan satu kes terpencil tetapi merupakan a tip of the iceberg,” ujarnya.

Mengenai kejadian pada 13 April 2008 lalu itu, kata beliau sekiranya pelatih enggan untuk membuat perkara yang sama maka dia akan dipaksa untuk meninggalkan kem.

Selain itu, tambahnya pemberi maklumat juga risau akan dipecat kerana membongkarkan isu itu.

Baginya, Askar Wataniah merupakan pertubuhan penting dalam sistem pertahanan negara.

Mereka yang menyertai askar wataniah tidak kira berasal dari mana-mana kaum, matlamatnya adalah sama iaitu mempertahankan kedaulatan negara dan memberikan sumbangan kepada negara.

Malangnya, kata beliau remaja yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bercita-cita untuk mempertahankan negara telah berasa tidak senang hati kerana gangguan ke atas kepercayaan mereka daripada kumpulan fanatik agama yang wujud dalam pasukan.

Menurut statistik yang dikeluarkan pada 2006, kaum Cina hanya membentuk 5% daripada jumlah askar wataniah di mana Rejimen 509 Askar Wataniah yang terletak di Lebuhraya Peel merupakan satu contoh yang baik.

Rejimen ini menerima penyertaan hangat daripada orang Cina. Penyertaannya adalah tidak berasalkan kaum, malah pelatih telah mengadakan road show di setiap sudut untuk menyedarkan golongan remaja bahawa kepentingan untuk mempertahankan kedaulatan negara. Kaum Cina yang menyertai askar wataniah juga terdiri daripada golongan mahasiswa dan golongan profesional.

Program askar wataniah telah memberikan masa yang fleksiber kepada para peserta untuk menggalakkan penyertaan mereka ke dalam perkhidmatan askar wataniah. Mereka akan dilatih pada hujung minggu. Latihan rekrut adalah lebih kurang seperti latihan sebenar malah mereka juga diberikan gaji.

Peserta boleh memilih Latihan Tempatan atau Latihan Lanjutan apabila latihan rekrut tamat. Mereka akan dibahagikan kepada latihan ketenteraan yang berlainan seperti Kor Armour, Rejiman Askar Jurutera, Rejimen Semboyan dan sebagainya.

“Malangnya, askar wataniah yang tidak membezakan warna kulit, terkenal dengan tindakan tatatertib yang ketat dan reputasi yang baik, kini reputasinya telah dicemari oleh dasar agama Kerajaan BN.

“Situasi yang berlaku kini adalah bertentangan dengan Perlembagaan Negara yang menjanjikan kebebasan beragama,” ujar Teck Hwa lagi.

Berdasarkan laporan diatas, terdapat beberapa kemusykilan yang timbul yang perlu diperjelaskan oleh dakwaan yang dibuat oleh Encik Er Teck Hwa ini.

Pertamanya, apakah Teck Hwa tidak dapat membezakan antara sembahyang dan doa? Apakah itu doa, dan apa pula sembahyang?

Keduanya, apakah menadah tangan itu hanya cara orang Islam berdoa? Dan apakah tidak dibenarkan berdoa mengikut kepercayaan agama sendiri?

Ketiga, apakah Teck Hwa tidak memahami disiplin dan tatacara dalam pasukan beruniform? Perlu diingatkan pendekatan dalam pasukan beruniform berbeza dengan cara orang awam mentadbir dan tatacara.

Keempat, dikatakan ramai orang bukan Islam terganggu, tetapi penyertaan cuma 5%. Ramai sungguh 5% itu. Dan apakah selebih 95% itu fanatik agama Islam? Benar, Teck Hwa tidak menyatakan begitu, tetapi ini gambaran yang boleh ditafsirkan berdasarkan kenyataannya. Jika benar yang selainnya fanatik agama, pastinya Al-Qaeda dan Taliban telah cuba mengadakan hubungan diplomatik dan ketenteraan dengan Angkatan Tentera Malaysia.

Kelima, cabang ketenteraan bukan berdasarkan politik. Mana-mana cabang tentera akan tetap berkhidmat walaupun kerajaan Malaysia bukan ditadbir oleh kerajaan Barisan Nasional kelak. Oleh itu, tidak wajar mengatakan dicemari oleh dasar agama Kerajaan BN.

Keenam – dasar agama kerajaan BN? Hairan, dipihak anda juga (iaitu PAS) mengatakan Barisan Nasional (atau lebih kepada UMNO) menolak Islam. Tiada roh tarbiah dan sebagainya. Yang mana satu yang cuba dibuktikan? Barisan Nasional menolak agama Islam atau Barisan Nasional mengaplikasikan Islam secara fanatik?

Dan paling nyata… disiplin pergerakan dalam kor ada tatacara dan caranya. Cara berdoa itu telah lama dipraktikkan. Jangankan di Wataniah sahaja, malah kadet-kadet diperingkat sekolah juga menggunakan gerak yang sama dalam majlis-majlis anggota beruniform. Mungkin Teck Hwa baru tersedar atau baru terdedah kepada cara berdoa dalam angkatan tentera.

Oleh itu, pesanan ikhlas khidmat masyarakat, jangan cuba nak politikkan disiplin tentera. 5% bukan seramai mana. Jika tidak faham, belajar. Bukan buat bising tidak tentu pasal.

Soalan dijalanan: Satu menyatakan terdapat fanatik agama dalam Barisan, satu lagi menyatakan Barisan Nasional menolak Islam.. yang mana satu betul???

3 thoughts on “Mengapa Paksa Bukan Islam Ikut Cara Islam ~ Harakahdaily

  1. Dasar Goblok Banget!? Dahlah bodoh tak nak belajar kat sekolah kebangsaan, nak publict murahan petaling street pun pakai wali selipor ker? Tetek bengek saje nak highlight diri calun yang paling BiaDAPig. Tuduh melulu orang sekular, korang semua vernakular, lebih baik vaterinerkular terus maaa!

  2. Salam ODS,

    Biasa orang morning sting waktu pagi atau bila2 diperlukan, pembangkang pula morning sting dia 24/7 !
    Radar Kontroversi sentiasa tegak mencari apa saja berita yang boleh dijadikan isu. Penjelasan bagi mereka tak penting kerana bukan kebenaran yang mereka cari tapi kontroversi.

    Inilah Mentaliti Pembangkang negara kita. Malangnya mentaliti yang sama turut berjangkit kepada BN bilamana mereka pula menjadi pembangkang.

    saya ingin mengesyorkan setiapkali lepas Pilihanraya, sesiapa yang menjadi pembangkang dihantar pergi kursus mempelajari cara2 terbaik menjadi pembangkang yang produktif. Tanpa mengenal parti mana.

    Hmmmm…. boleh buat duit tu !! Jom buat proposal …. :))

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s