UMNO, PKR, dan PAS: Siapa Lebih Yahudi???


Sebelum anda melompat tidak tentu arah, ingin saya memohon maaf kerana memilih tajuk yang sedemikian. Sila baca hingga ke penghujung artikel ini sebelum “menoreh” artikel dan blog ini mengikut bicara amarah tanpa akal, iman dan kesabaran.

Sengaja saya meletakkan nama-nama parti-parti politik diatas (biarpun tidak semua tetapi rasanya memadai untuk mesej yang cuba disampaikan). Saya tahu yang UMNO, PKR dan PAS dan penyokong masing-masing akan marah apabila dikatakan yahudi atau bersekongkol dengan yahudi. Bagi yang agamanya Islam terutamanya, ada yang melompat marah sehingga budi bicara entah ke mana.

Manakan tidak, secara sah anda adalah muslim yang mengucap dua kalimah syahadah, mengaku Allah itu Esa dan tiada tuhan melainkan Allah. Mungkin anda juga lengkap solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan antara anda yang sudah pun menunaikan haji. Anda juga mengaku beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab Allah, Nabi dan Rasul Allah, percaya akan ketibaan Hari Kiamat dan juga qada’ dan qadar. Cukup rukun Islam dan cukup rukun Iman.

Secara zahirnya anda cukup.. tetapi berdasarkan itukah anda berhak untuk mengatakan saudara seIslam mu yahudi? Berdasarkan itukah anda berhak berbicara secara kasar? Berdasarkan itukah anda berhak menidakkan usaha orang lain hanya kerana dia bukan daripada kumpulanmu?

Sejak timbulnya kempen “1Malaysia” dan “PAS for all” sehinggalah ke beberapa hari ini (terutama apabila misi keamanan yang disertai oleh rakyat Malaysia), banyak yang diperbualkan, diperdebatkan, diper”dabik”kan tentang usaha membantu rakyat Palestin. Ada yang ikhlas dan ada yang berunsur memperlekeh. Sebagai contoh, anda baca artikel ini, iniini,  dan ini, berserta komen-komen yang ada. Apa lagi jika media turut melaporkan lebih sekadar berita, tetapi dalam masa sama memperlekeh pihak lain sekali (seperti ini dan ini). Bukankah seperti ini sudah memadai?

Ini belum termasuk yang tertulis di laman Facebook yang saya pasti ada yang penuh dengan maki hamun dan debat kosong yang lebih bertumpu siapa lebih zionis, yahudi dan siapa yang lebih teruk. Penyokong UMNO kutuk PAS dan PKR, penyokong PAS dan PKR kutuk UMNO. Bicara banyak berkisar menuding kekurangan pihak yang satu lagi dengan menutup sebelah mata akan kebaikan yang dibawa oleh pihak tersebut.

Sebagai contoh, kita ambil kisah misi keamanan dan bantuan ke Gaza. Ya, ianya belum dapat disampaikan oleh mereka ini kepada penduduk di Gaza. Benar, bantuan belum dapat dinikmati, tetapi bukan kerana si penyampai tidak berusaha, tetapi pengangkutan ditahan dan dirampas oleh tentera Israel.

Jika anda melihat cuma satu sahaja objektif iaitu bantuan yang cuba disampaikan tidak sampai, ya, misi itu gagal dan PGPO (malah ada yang mengaitkannya dengan UMNO) hanya bersorak kosong kerana masih gagal memberikan bantuan. Malah, jika anda bersikap berat sebelah, anda akan mengatakan juga misi itu mengorbankan nyawa yang tidak bersalah.

Mungkin dengan “kegagalan” misi ini mendorong untuk umat Islam lebih bertindak lebih bijak dan berani untuk bangkit bersatu. Mungkin itu yang seharusnya dilakukan. Jika sekadar berdoa tanpa usaha, manakan nasib umat Islam akan berubah. Apatah lagi iman dan perpaduan umat Islam tidak seperti dahulu. Dikalangan kita kini tiada nabi yang dengan doanya sudah cukup menghancurkan musuh Allah. Dikalangan kita ketika ini belum ada barisan Islam bersatu padu yang digeruni semangat jihad, bijak dan gagah berani.

Setidaknya ada pihak mencuba… anda yang mengutuk tetapi tidak berusaha bagaimana pula?

Jika anda berlumba menunjuk siapa lebih teruk, zionis dan yahudi tetapi tidak memperbaiki keadaan, maaf, bagi saya tiada nilainya. Menunjuk kelemahan itu satu perkara, tetapi menunjukkan kelemahan dan kemudiannya bersama memperbaiki itu perkara yang lain. Ianya bagaikan menyelak kain orang lain, mendapati orang itu tidak pakai seluar dalam dan kemudiannya anda memberitahu orang lain tetapi tidak memberikan “penyelesaian” bagi orang yang tidak memakai seluar dalam itu. Ada hasil? Kalau hasilnya mengaibkan orang itu, mungkinlah. Akan tetapi orang itu mungkin masih lagi tidak berseluar dalam.

Boleh saya tanya kepada anda yang suka membuka pekung dada orang lain dan menyelak kain orang lain tetapi tidak berusaha bersama memperbaikinya, apakah nilai tambah dan sumbangan anda terhadap kemajuan bersama?

Selain itu juga, jika kita benar-benar mengamalkan yang LIMA dan ENAM itu, saya fikir bicara antara kita seharusnya tidak kasar. Ya, amarah itu ada dalam manusia, tetapi kita juga disertakan akal untuk berfikir. Melainkan anda berpegang pada kata-kata Tuhan pun mencarut, terpulanglah kepada anda.. tetapi apa pula hak anda untuk mencarut biarpun benar Tuhan pun mencarut? Ini belum lagi apakah perkataan carut yang anda pakai.

Renungkanlah wahai saudara seIslamku. Jika disatu pihak itu melakukan amal dan kebaikan, janganlah dibezakan semata ianya bukan dari golonganmu. Buangkan perbezaan politik dalam agama. Sokonglah, bantulah demi kebaikan bersama.

Buat ahli UMNO, PAS dan PKR yang beragama Islam, bersatulah. Hendak mengutuk Israel pun berpecah-pecah. Anda berkelahi, kutuk bagai tidak ingat dunia, perlekeh usaha yang baik dan murni, apakah hasilnya membantu pembangunan dan kemajuan bersama? Kritiklah, berbeza pendapat dan pandanganlah, tetapi jangan sampai pecah belah perpaduan ummah.

Harapan OnDaStreet: Janganlah dilumbakan antara umat Islam itu siapa lebih yahudi dan zionis.. kerana Islam itu sendiri bukan Yahudi mahupun Nasrani…

 

6 thoughts on “UMNO, PKR, dan PAS: Siapa Lebih Yahudi???

  1. ODS.
    Well said…
    a balance articulation in the name of humanity.

    rgds.
    pro PR Supporter

    ODS: Thank you for your comment. 🙂

  2. The israelian had suffer enough to became what they are now. But our people still selfish with own agenda. We not going anywhere if we still like this bro.

    ODS: Yes… that’s one of the very purpose of this very article. 🙂

  3. if i may add up;
    umno being too malay is not helping the idea of one bangsa malaysia.
    pas being too islamic might not work in this vibrant country.
    pkr being too anwar is not helping the nation to move forward.

    we condemn the jews n their zionist agenda.
    but we treat our brothers differently.
    we blame the jews for being too cruel but we are instead too cruel to torgive and forget.

    we hardly prepare our ppl t be smart as the jews.

    instead we cultivate ourselves to be like the stupid and moron arabs.

    rgds
    pro PR fan

    ODS: Perhaps, UMNO being too malay is perhaps an overstatement.. and cruel? How cruel is it UMNO towards others?

    Wait.. is it Malay or UMNO cruel towards others???

    1. Orang2 yahudi ni tak pandai mana pon, cuma mereka pandai menipu dan banyak cerita sedih. Bangsa2 lain dari negara lain pon ada yang susah kena bunuh bagai, tapi tak sebijak seperti orang2 yahudi yang lidah mereka penoh dengan helah dan penipuan.

      ODS: Benarkah? Pernahkah anda terbaca akan berapa ramai tokoh yahudi dizaman moden dan berapa ramai tokoh umat Islam dan dinisbahkan kepada jumlah Yahudi dan umat Islam?

      Mereka ini telah diberikan kelebihan, tetapi telah disalahgunakan. Apatah lagi sikap dan tabiat mereka yang mengganggap mereka lebih baik daripada yang lain. Itu hakikat, itulah yang mungkin tersirat disebalik jumlah nabi dan rasul yang diutuskan kepada mereka…

      Bukan kerana mereka hebat dengan jumlah rasul yang diutuskan, tetapi menunjukkan betapa degilnya mereka untuk mentauhidkan Allah Yang Maha Esa.

  4. i am malay myself but i put my race as malaysian. i have long accepted that the way to move forward is the people to be colour blind in the sense of ethnicity.

    melayu umpama yahudi juga jika terlalu merasakan diri kita terlampau istimewa.
    sedangkan tuhan tak pernah membeza bezakan kita dari warna kulit.

    i may not a pious muslim right now but i believe to denounce the act of sectarian n xclusiveness of any race.

    i dont need a king or kings who we entrusted n vested the sword n power to be the leader of the religion but dun have the gut to speak about islam msg untill the non muslim can just laugh at our religion.they have the right to laugh but hey a spade is a spade.i cant accept our beloved sultans x tegur pun the govn when the sports betting issues came up.kata ketua islam.

    i hope the current govn should really be decisive to propel the country free from rasyuah and racism.

    rgds
    pro PR fan

    ODS: Memang salah kalau kita merasakan diri terlampau istimewa, tetapi keistimewaan itu diadakan untuk membangung bersama.. cuma ianya telah disalah gunakan oleh sesetengah yang mengambil kesempatan. 🙂

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!