Tazkirah Jumaat: Pesanan Buat Suami dan Isteri


Buat si suami dan si isteri.. Tazkirah Jumaat kali ini ingin berkongsi pesanan berikut:

Seseorang yang hendak mendirikan rumahtangga hendaklah menginsafi bahawa kewajipan dan tanggung-jawab sedang menantinya. Membina keluarga bertnakna bertambahnya tanggungjawab tediadap isteri dan anak-anak. Di sini digariskan beberapa tanggungjawab penting suami dan isteri di dalam rumahtangga.

Kewajipan Suami

1. Suami adalah ketua kelualga, pelindung isteri dan anak-anak. Sebagai pelindung keluaiga dan ketua unit masyarakat yang kecil ini, suami berkewajipan mangawal, membimbing, menentukan tugas, menyelaraskan ke@a, berusaha mencari keperluan hidup keluarga dan berusaha menyediakan faktor-faktor kebahagiaan dan keselamatan keluarganya.

2. Dia wajib menyediakan rumah kediaman, pakaian dan makan minum keluarga. Dia wajib mengajar anak isterinya dengan hukum-hukum agama. Kalau tidak mampu mengajar sendiri dia wajib menanggung biayanya. Dalam hal ini suami yang bijak awal-awal lagi akan memilih isteri yang beragama. Dengan itu dapat meringankan beban dan kewajipannya mengajar agama kepada isterinya. Isteri yang beragama itu, pasti dapat beke@asama mendidik anak-anak dalam kehidupan beragama.

3. Pentadbiran suami di dalam iumahtangga hendaklah berdasarkan rahmah (kasihan belas) berakhlak dan contoh yang baik. la bertanggungjawab di hadapan Allah S.WT. terhadap keluarganya. Bersikap baik dan adil di dalam mengendalikan nunahtangga adalah penting. Rasulullah s.a.W mensifatkan orang yang baik ialah orang yang baik kepada ahli rumahnya.

4. Suami hendaklah mengasuh isteri dengan baik. Rasulullah s.a.w. menyifatkan kaum wanita sebagai amanah Allah S.W.T. Amanah itu hendaklah dijaga dengan cermat. Misalnya jika kita diamanahkan sesuatu barang dan barang itu rosak di tangan kita, tentulah ia akan melibatkan nama baik kita. Sebab itu Rasulullah s.a.w. berpesan supaya bersikap baik terhadap wanita dan sentiasa memesan mereka supaya berkelakuan baik.

5. Tanggungjawab suami adalah penting di dalam membina keluarga. Tidak sah pernikahan orang yang tidak boleh mengendalikan urusan rumahtangga seperti pernikahan kanak-kanak dan orang gila. Adapun orang yang bodoh (safah) yang ditahan dari mengurus harta benda dan dirinya, tidak sah berkahwin melainkan dengan izin walinya. Orang yang mempunyai keinginan berkahwin tetapi tidak sanggup menyediakan mahar dan nafkah tidak digalakkan berkahwin, kata AI-Syafiyyah, sunat tidak berkahwin bahkan hendaklah berpuasa kerana puasa itu penahan keinginan.

Demikian juga orang yang tidak mempunyai keinginan dan hendak menumpukan perhatian kepada ibadah tidak digalakkan berkahwin. Ulama berselisih pendapat mengenai orang yang tidak mempunyai keinginan yang mampu menyediakan makan dan nafkah dan tidak Dula hendak menumpukan seluruh hidupn-y-a- kepada ibadat sahaja. Menurut satu pendapat, tidak disunatkan. Menurut pandapat lain sunat ia berkahwin.

Kita dapat melihat dengan jelas bahawa perkahwinan itu hanya digalakkan bagi mereka yang sanggup menunaikan tanggungjawab. Apabila berkahwin, menunaikan tanggungjawab kepada keluarga adalah wajib.

Kewajipan Isteri

Apabila suami sebagai ketua di dalam lumahtangga, maka isteri itu timbalannya yang mempunyai tugas dan tanggungjawab tertentu. Di antara tanggungjawab isteri ialah:

1. Bergaul dengan suami secara baik. Menuiut ulama Mazhab As-Shafie, wajib bagi isteri menggauli suaminya dengan baik.

2. Mengendalikan kerja-kerja rumah. Menurut riwayat Janzani, Rasulullah s.a.w menentukan kewajipan anaknya Fatimah mengurus rumah dan Ali mengurus kerja-kerja di luar rumah. (AI Mar’ah fi Tasawwuri Islam, m.s 105, oleh Abdul Muta’al AI Jibry).

3. Berhias untuk suami. Isteri hendaklah sentiasa berada di hadapan suami dalam keadaan menarik dan kemas. Dengan itu suami menjadi terhibur ketika di sampingnya. Tugas ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik oleh isteri kecuali mereka yang faham dan benar-benar perihatin.

4. Pujuk memujuk adalah penting dalam kehidupan rumahtangga. Ibn al-Aswad AI-Dualy berkata kepada isterinya:

“Apabila kamu melihat aku marah, tenangkanlah aku. Apabila aku melihat kamu marah, aku pula menenangkan kamu. Jika tidak janganlah kita bersama-sama. “

5. Isteri hendaklah taat kepada suami. Di dalam sesuatu tindakan, jangan sekali-kali membelakangkan suami, kerana dia ketua rumah-tangga. Jika hendak keluar rumah mestilah mendapat izin dari suami terlebih dahulu. Isteri pula hendaklah memahami tugas dan kewajipan suami di luar. Sekiranya ke@a itu untuk Allah S.W.T. dan RasuINya, ia mestilah menyokongnya, memberi galakan dan semangat dan menasihatinya supaya tidak berputus asa.

6. Wanita hendaklah sentiasa menjaga kehormatan diri dan nama suami. Wanita yang menjaga kehormatannya dianggap oleh Rasulullah S.A.W. sebagai wanita yang baik dan patut menjadi ukuran bagi lelaki yang hendak memilih isteri.

Inilah di antara kewajipan isteri terhadap suami. Apabila setiap pihak menunaikan tanggungjawab, akan berkembanglah mawaddah atau kasih sayang. Batas-batas dan tanggungjawab suami isteri ini ditetapkan oleh Islam sebagai peraturaif yang bertujuan mengukuhkan kehidupan dan hidup di dalam suasana ibadah kepada Allah S.WT. Rumahtangga akan hancur jika sekiranya setiap pihak mengabaikan tanggung-jawabnya. Dengan mengamalkan prinsip agama dengan betul, akan wujudlah keluarga bahagia yang merupakan tahap pertama pembentukan masyarakat Islam.

Sumber: http://www.rahsiaperkahwinan.com/2006/06/kewajipan-dan-tanggungjawab-sebagai.html

Nukilan OnDaStreet: Tazkirah Jumaat kali ini dibawa sebagai peringatan kepada empunya diri dan para pembaca akan kewajipan yang perlu dilakukan sehingga ke akhir hayat perkahwinan didunia ini. Tertunaikah? Terlupakah? Hanya diri sendiri yang tahu.

Semoga kita dapat memperbaiki apa yang terkurang.. :)

Wallahualam…

 

About these ads

9 responses to “Tazkirah Jumaat: Pesanan Buat Suami dan Isteri

  1. Pingback: Tazkirah Jumaat: Anak, Menantu atau IbuBapa & Mertua Yang “Hantu”? « On Da Street·

  2. ASSALAMUALAIKUM…
    SAYA MERUPAKAN SEORANG ISTERI YANG BEKERJA. SUAMI MENGIZINKAN SAYA BEKERJA. SEBAHAGIAN PENDAPAT BULANAN SAYA, SAYA GUNAKAN JUGA TUK MEMBANTU SUAMI SEPERTI MEMBAYAR DUIT RUMAH, ELETRIK, AIR DAN KEPERLUAN SEKOLAH ANAK. NAMUN, DALAM MASA YANG SAMA, SAYA ADA MEMBUAT SIMPANAN/TABUNGAN SEBAHAGIAN PENDAPATAN SECARA RAHSIA, TANPA PENGETAHUAN SUAMI. INI KERANA SAYA DAN SUAMI PERNAH BERCERAI SEBELUM INI DAN MENINGGALKAN SAYA TERKONTANG KANTING SELAIN TIDAK MEMBERI NAFKAH YANG MENCUKUPI, LAGI2 SAYA MENGANDUNG PADA WAKTU ITU. KENANGAN LALU MEMBUATKAN SAYA SERIK DAN SETELAH RUJUK KINI, SAYA TERASA SEAKAN PERKLU MEMBUAT PERSEEDIAAN JIKA PENCERAIAN TERJADI LAGI. MAKA, INGIN SAYA BERTANYA KEPADA ODS, MENURUT AGAMA DAN HUKUM SYARAK, ADAKAH BERDOSA JIKA SESEORANG ISTERI ITU MEMBUAT TABUNGAN SECARA RAHSIA SEPERTI YG TERSEBUT TANPA PENGETAHUAN SUAMI…???

    • Ruby,
      Berdasarkan pemahaman saya, duit isteri dari hasil pendapatan sebelum berumahtangga dan harta ibubapa si isteri atau harta faraid adalah milik isteri secara mutlak, suami tiada hak untuk mengunakannya, sebaliknya terpulang kepada isteri untuk memberi secara ikhlas atau hutang kepada suami demi meringankan beban kewangan. Begitu juga dengan pendapatan isteri yang diperoleh selepas berkahwin (mengambil kira keadaan kini dimana kebanyakan isteri bekerja dengan izin suami bagi membantu keadaan kewangan keluarga).

      Oleh itu, tiada salahnya untuk saudari menyimpan sebahagian pendapatan sebagai tabungan rahsia kerana itu adalah hak saudari.

      Untuk tambahan agar kita tidak salah faham (kerana ada sesetengah yang agak ekstrim), berdasarkan firman Allah:

      “Berikanlah mas kawin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mas kawin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya”. [Surah An Nisaa`/4 : 4].

      Bermakna disini, jika si isteri redha, tiada salahnya pendapatan isteri digunakan untuk membantu menguruskan hal ehwal keluarga.

      Saya harapkan, dalam saudari menyimpan secara rahsia, dalam keadaan yang serba mencabar, bertolak ansur dan berpakatlah dengan suami secara elok untuk menguruskan keluarga saudari.

      Untuk bacaan lanjut, boleh rujuk laman ini.

      Terima kasih.

  3. Saudara ODS,

    Boleh dikatakan suami pada masa kini sering mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai ketua keluarga. Mereka ini seolah2 meletakkan tanggungjawab di atas beban isteri. Bagaimana caranya hendak menasihati para2 suami seperti ini. Apa yang saya dapat lihat kebanyakkannya tidak matang untuk menjadi seorang ketua keluarga. Tanggungjawab seorang suami tidak hanya sekadar memberi nafkah zahir dan batin tetapi sekaligus membimbing ahli keluarga mereka ke jalan yang diredhai Allah. Sekiranya seorang suami itu sendiri lalai dalam menjalankan tanggungjawanya kepada Allah bagaimana dia hendak membimbing anak dan isterinya. Mohon jasa baik ODS bagaimana hendak menasihati para suami dengan cara yang paling halus dan berkesan.

    • Assalamualaikum puan,
      Pertama sekali, mohon maaf kerana lambat memberikan respon.

      Apa yang puan nyatakan merupakan suatu realiti, selagi mana kita bergelar manusia. Ini juga termasuk dengan adakalanya isteri juga turut sama terleka.

      Apa yang saya boleh cadangkan adalah, terus meneruslah menasihat secara berhikmah dan penuh lembut kepada suami yang kurang dalam bab agamanya. Jadilah seperti Asiah yang berterusan menasihati Firaun dahulu. Biarpun Firaun gagal, namun, Allah memberi balasan yang baik untuk Asiah di akhirat kelak.

      Sekian, terima kasih

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s