Bagaimana DS Anwar Ibrahim Hendak Jadi PM Kalau…


Sebolehnya saya tidak ingin menyentuh perkara mengenai DS Anwar. Bukan kerana tidak tahu apa nak tulis, tetapi banyak benar dramanya.. dan episod dramanya masih belum tamat lagi…

Berikut adalah laporan Harakahdaily yang melaporkan DS Anwar sindir Najib puji diri sendiri:

KUALA LUMPUR, 17 Mac: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyindir Datuk Seri Najib Razak kerana memuatkan pujian kepada diri sendiri dalam teks titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong sewaktu merasmikan sidang parlimen dua hari lalu.

“Jarang berlaku dalam ucapan titah Yang Di Pertuan Agong, perdana menteri secara peribadi memuji dirinya sendiri,” sindir Anwar tengah hari tadi sambil disambut gelak ketawa oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di dewan Rakyat.

Dalam nada yang jenaka, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menasihatkan Najib supaya memuatkan ucapan penghargaan kepada Umno BN kerana berjaya mengekalkan kuasa dalam kerajaan.

“Tanpa rasa malu Perdana Menteri memuji dirinya sendiri, selalunya diletakkan tahniah kepada kerajaan kerana menang pilihan raya, itu kebiasaannya,”

Disebabkan Speaker Dewan Datuk Donald Kiandee tidak menghalang seloroh itu, Anwar terus membaca teks titah ucapan yang dimaksudkan beliau.

“Para pemimpin hendaklah mencontohi Memanda Perdana Menteri (Najib),” kata Anwar.

Tambah Anwar lagi, sidang kali ini turut mencipta sejarah apabila Datin Seri Rosmah Mansur, iaitu isteri kepada Perdana Menteri turut dipuji secara peribadi dalam titah ucapan tersebut.

“Bukan setakat itu tuan speaker, inilah kali yang pertama dalam sejarah di mana dalam Titah Diraja, suatu pujian khusus pada insiatif yang dibuat oleh isteri perdana menteri,” sindir Anwar lagi.

“Berikutan kejayaan program Permata Negara, Permata Pintar, Permata Seni, Permata Insan Permata Remaja, Ini Permata yang memang menjadi projek istimewa si isteri jelita,” kata Anwar lagi.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, teguruan khusus kepada perdana menteri itu bukanlah bermakna memperkecil titah ucapan DYMM Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin.

Menurut beliau, konsep raja berperlembagaan yang diamalkan di Malaysia bermakna kerajaan yang memerintah menyediakan titah ucapan yang kemudiannya disemak dan diperkenan oleh seorang Yang Dipertuan Agong.

Maka, kata Anwar, Najib selaku ketua kerajaan bertanggungjawab menyediakan draf ucapan titah ucapan tersebut.

Tindakan Najib itu tegasnya sekaligus boleh merosakkan imej dan tradisi raja berpelembagaan yang selama ini dilaksanakan di Parlimen.

Beliau juga menasihatkan kerajaan supaya tidak mengulangi perbuatan serupa di Dewan Rakyat yang mulia itu.

“Ini yang nak saya perbetulkan supaya pujian-pujian pada diri sendiri seperti ini tidak lagi berulang,” tegas Anwar.

Dan ini pula laporan akhbar Berita Harian hari ini:

Ketua Pembangkang dibidas persoal Seri Paduka puji PM

KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mempersoalkan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tunku Mizan Zainal Abidin yang memuji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai pemimpin yang perlu dicontohi.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, tidak pernah berlaku dalam sejarah Parlimen apabila Seri Paduka Baginda secara khusus memuji Perdana Menteri dan isterinya. Anwar mendakwa titah ucapan Yang di-Pertuan Agong berpandukan draf yang dikemuka Perdana Menteri kepada pihak istana.

Beliau berkata demikian ketika membahas ucapan titah Yang di-Pertuan Agong.

Tindakan Anwar mempersoalkan titah baginda ditegur Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang berpendapat apabila titah sudah diucap Seri Paduka Baginda, ia tidak boleh dipertikaikan.

“Jangan mempersendakan istana, kalau keluar daripada mulut baginda, saya meminta Yang berhormat Permatang Pauh (Anwar) menghormatinya,” katanya.
Sementara itu, ketika ditemui di luar Dewan, beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Bebas kecewa dengan tindakan Anwar kerana dianggap mempersendakan Yang di-Pertuan Agong.

Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamed Aziz, berkata tindakan Anwar boleh dianggap mempersenda dan tidak sewajarnya dipertikaikan secara terbuka di dalam Dewan Rakyat.

“Tidak ada satu kecacatan dan kesalahan pun, sepatutnya ia tidak dipertikaikan. Di luar jangkaan kita, ada orang yang berani mempertikaikan ucapan baginda secara terbuka,” katanya.

Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) berkata, ucapan baginda tidak wajar dipertikaikan Ahli Parlimen kerana rakyat menghormati institusi Raja Berperlembagaan dan memandang tinggi Yang di-Pertuan Agong.

“Ketika semua pihak memberi perhatian kepada titah baginda, jangan sesekali kita mempertikaikannya. Pihak yang mempertikaikannya patut dikenakan tindakan,” katanya.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata perkara itu tidak sepatutnya timbul memandangkan ia adalah hak Yang di-Pertuan Agong.

“Itu hak baginda dan jangan merendahkan baginda. Jika ada draf daripada mana-mana pihak, baginda mesti membacanya dulu dan kalau rasa tidak boleh serta bercanggah, baginda tidak akan sebut. Kita tidak boleh halang baginda, beradab la sikit,” katanya.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata walaupun Anwar mendakwa titah baginda didraf Jabatan Perdana Menteri (JPM), pihak istana berhak membuat pindaan.

Ahli Parlimen Pasir Mas (Bebas), Datuk Ibrahim Ali, pula berkata tindakan Anwar tidak perlu diberi perhatian kerana beliau sudah dikenali sebagai pemimpin yang suka memutarbelitkan fakta.

Ini laporan-laporan akhbar berkaitan dengan aksi DS Anwar selepas titah DYMM Yang DiPertuan Agong. Belum cukup dengan itu, DS Anwar dilaporkan keluar daripada Dewan selepas Datuk Seri Zahrain memberikan penjelasan beliau dalam Dewan. Samada betul atau tidak, di blog ParpuKari, dinyatakan DS Anwar ke luar negara semalam juga selepas sesi di Dewan.

YB DS Anwar dan para penyokongnya…

Hanya satu kemusykilan sahaja susulan daripada kisah-kisah di Dewan Rakyat ini berkaitan dengan tindak tanduk DS Anwar…

Bolehkah DS Anwar menjadi Perdana Menteri selepas ini?

Pertamanya, DS Anwar membidas DS Najib atas titah yang disampaikan Tuanku Sultan Mizan, yang secara tidak langsung mempertikaikan titah DYMM SPB Yang DiPertuan Agong yang semestinya telah diperiksa dan diperakui terlebih dahulu. Apakah DS Anwar sendiri tidak tahu protokol? Bukankah anda pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri? Kalau ya pun DS Najib yang tulis syok sendiri, apakah DS Anwar fikir DYMM SPB YDP Agong tiada hak untuk menukar teks ucapan baginda sendiri?

Dengan bidasan DS Anwar itu, yang sekaligus bagai “pukul anak, sindir menantu”, tidakkah DS Anwar terfikir yang di kala dirimu (wahai DS Anwar) benar-benar “layak” (dari segi undi yang entah berapa banyak), apakah DYMM SPB Yang Dipertuan Agong (siapa pun ketika itu) akan memperkenankan perlantikan DS Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia? DS Anwar secara halusnya mempertikaikan kredibiliti DYMM SPB Agong untuk menyampaikan titah baginda sendiri secara umum dan terbuka. Apakah DS Anwar fikir ini tidak menjejaskan peluang anda sendiri?

Apakah DS Anwar tidak terfikir DYMM SPB Yang Dipertuan Agong masih akan memperkenankan perlantikan DS Anwar sebagai Perdana Menteri (jika ada rezeki)?

Keduanya, merujuk kepada apa yang disampaikan oleh DS Zahrain. JIKA BENAR apa yang disampaikan oleh DS Zahrain yang DS Anwar ada menyebut tentang perkenan baginda untuk DS Anwar menjadi PM keenam (bukan patut ke-tujuh kah?), ini secara tidak langsung DS Anwar bermain wayang menggunakan nama DYMM Yang Dipertuan Agong. Hebat benar dirimu DS Anwar. Semata untuk mempengaruhi rakyat (dan secara tidak langsung menyebabkan keadaan ketika itu kurang menyenangkan), DS Anwar sanggup berkata begitu?

JIKA BENAR apa yang dikatakan, apakah DS Anwar tidak terfikir DYMM SPB Yang Dipertuan Agong masih akan memperkenankan perlantikan DS Anwar sebagai Perdana Menteri (jika ada rezeki)?

“Siakap sinohong, Gelama ikan duri, Bercakap bohong, Lama-lama mencuri”

Soalan dijalanan: Kenapa DS Anwar bertindak keluar Dewan? Jika ya pun DS Zahrain melanggar tatacara dengan menyebut nama DYMM SPB Yang Dipertuan Agong dalam Dewan, berat dakwaan tersebut. Saya tidak fikir dengan keluar Dewan menyelesaikan keadaan.

Agaknya betullah macam sarkas (bak artikel yang tersiar di Harakah)…

Apa kata anda?

4 thoughts on “Bagaimana DS Anwar Ibrahim Hendak Jadi PM Kalau…

  1. kita tgok plak putar belit harakah ttg pndedahan zahrain hashim bknaan pembohongan 16 september/isu anuar melebelkan nik aziz ulama terompah

    ODS: Mana mungkin, Harakah berhak menulis ikut tafsiran dan pendapat mereka.. kebebasan media dan kebebasan bersuaralah katakan.. Mereka sahaja yang betul, orang lain yang selalu “spin”… hehehehe

    Nota Pengajaran: Bacalah elok-elok, bandingkan, nilaikan. Jangan semberono percaya 100%.

  2. Sesunggohnya Anuar bukanlah manusia yang berfikiran jauh. Dia buat apa dia suka. Dia kata apa dia mahu bila2 masa. Dia tidak peduli apa pun. Akibatnya? Ah!!! Itu “belakang kira”.

    Dia suka menyusahkan dirinya.

    mohamed

    ODS: Susah diri sendiri tidak mengapa.. tetapi jangan sampai susahkan ramai orang sekali…Terima kasih atas komen anda. 🙂

  3. “… pndedahan zahrain hashim bknaan pembohongan 16 september..” itu adalah satu pukulan trompah ke muka Anuar.

    Mana boleh muka trompah jadi PM?

    Salam Alaykum Tuan ODS.

    ODS: Waalaikumussalam Tuan Dal.. DS Anwar muka trompah??? Bukan orang lainkah yang dituduh trompah oleh DS Anwar?

  4. anwar ibrahim..

    pemimpin terompah

    ODS: DS Anwar atau orang lain? Sebab rasanya “terompah” itu telah ditujukan khas kepada orang lain oleh DS Anwar..

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!