Tazkirah Jumaat: Adab Sopan Kini.. Sama, Kurang atau Lebih?


Untuk Tazkirah Jumaat kali ini, ingin saya kongsikan sebuah nukilan dari blog ini untuk renungan kita bersama:

Adab sopan ialah tingkah laku serta tutur kata yang halus. Setiap muslim hendaklah menjaga adab sopan yang telah ditetapkan supaya kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat dapat dijaminkan.

Adab sopan dapat membezakan di antara manusia dengan haiwan. Penyair arab ada berkata :“Ketinggian umat bergantung kepada ketinggian akhlak dan adab sopannya. Sebaliknya jika akhlak umat itu runtuh maka runtuhlah umat tersebut.”

Dalam kehidupan seorang muslim, ia perlu memelihara adab sopan, akhlak dan nilai-nilai murni, sama ada ketika berada di rumah, di sekolah, atau di mana-mana sahaja.

Di rumah, kita merupakan anak dan saudara kepada adik-beradik yang lain. Dalam keadaan ini kita hendaklah patuhdan hormat kepada ibu, ayah dan orang yang lebih tua daripada kita.

Tetapi apa yang berlaku di dalam sebuah keluarga, ada anak-anak yang tidak patuh dan hormat kepada ibu, ayah serta orang-orang yang lebih tua daripada mereka. Mereka berani melawan cakap ibu dan ayah ketika mereka memberi nasihat dan teguran yang membina.

Sedarkah anda bahawa perbuatan tersebut merupakan perbuatan menderhakai ibu bapa ? Apakah akibat dan kesannya kepada orang yang menderhakai ibu bapa ? Begitu juga ketika bersama-sama dengan adik-beradik yang lain. Kadang-kadang kita bertengkar dan bercakap dengan suara yang tinggi tanpa merasa malu kepada ayah dan ibu serta jiran. KIta tidak menghiraukan lagi adab sopan dan hak orang lain.

Manakala di sekolah pula, kita sentiasa berhadapan dengan guru-guru serta rakan-rakan. Guru telah banyak mengajar, mendidik dan membimbing kita ke arah kejayaan. Mereka sepatutnya dihormati dan disayangi oleh setiap pelajar.

Tetapi hari ini, apa yang berlaku ? Ada sesetengah pelajar yang tidak menghormati guru. Mereka menjadi sombong, mereka berani melawan cakap guru, menyakiti hati dan memukul guru.

Tingkah laku mereka ini bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan nilai kemaanusiaan. Akibatnya ilmu yang mereka perolehi tidak mendapat berkat. Lantaran mereka menjadi pelajar yang rugi, gagal menghadapi peperiksaan.

Justeru itu, sekiranya mereka tidak mengubah sikap dan tingkah laku tersebut, PERCAYALAH !! Mereka akan menjadi pelajar yang bermasalah di sepanjang persekolahan. Mereka akan disisih daripada rakan-rakan serta dikenakan tindakan disiplin seperti dirotan atau dibuang sekolah.

WALLAHU A’LAM…

Apa pandangan anda tentang tingkah laku remaja sekarang ?

Nukilan OnDaStreet: Adab sopan remaja masa ini bukan hanya kerana pengaruh rakan sebaya atau apa yang dilihat dan dipertontonkan di media, tetapi juga dipengaruhi oleh golongan yang bukan lagi remaja. Generasi yang lebih “senior” juga bertanggungjawab untuk menjaga adab dan tatacara hidup. Bagi umat Islam, akhlak dan adab sopan perlu dikekalkan sehingga ke akhir hayat. Umur yang menganjak ke semakin tua bukan satu lesen untuk bertindak biadab kerana kononnya lagi banyak makan garam.

Jika golongan yang tidak menunjukkan contoh dan teladan yang baik, kebarangkalian besar yang lebih muda akan turut mengikut jejak adab yang telah ditunjukkan. Jarang orang yang lebih muda dapat mengambil pengajaran disebalik kekurangan adab orang yang lebih berumur.

Sebagai contoh, (memandangkan blog ini dan OnDaStreet sendiri banyak mengikuti perbincangan di facebook mahupun di blog-blog lain dari sudut politik), saya tidak hairan dengan kekelabuan dan kekurangan adab ketika berdialog atau berhujah. Kenapa? Manakan tidak, yang lebih berumur gagal berhujah secara beradab. Caci maki, bahasa kesat dan kurang ajar menjadi sebahagian atur bicara. Padahal yang terlibat dalam perbincangan itu ada ang mengaku lebih alim, berilmu atau lebih islamik daripada yang lain (tidak hanya tertakluk kepada yang menyokong PAS.. yang lain pun “boleh tahan” juga.)

Itu satu contoh. Belum lagi contoh golongan yang berpangkat “atuk-atuk” yang dahpun bercucu, tetapi masih hidup bagaikan orang bujang, berfoya-foya di sana sini. Hidu masih bergelumang dengan dosa, padahal sudah ada cucu.

Adab pemimpin? Cukuplah aksi-aksi di Parlimen.. bagaimana orang muda nak mengikut contoh yang baik kalau yang dipilih pun gagal tunjukkan teladan. Kerana itulah, di satu masa nanti, saya tidak hairan jika tiada satu pemimpin pun yang dilihat ada kredibiliti kerana kebanyakan pemimpin banyak menumpukan unsur negatif daripada yang positif.

Oh ya, lanjutan dari kurangnya adab pemimpinlah yang menjadikan golongan muda tidak berminat untuk mengetahui apa yang berlaku dalam negara. Asyik sangat berpolitik sampaikan seolah matlamat menghalalkan cara.

Jika kita risaukan adab remaja kini, cerminlah diri kita sendiri.. apakah kita sendiri sudah menunjukkan contoh yang baik?

Semoga Tazkirah Jumaat kali ini memberi manfaat kepada saya dan pembaca..

Wallahualam…

One thought on “Tazkirah Jumaat: Adab Sopan Kini.. Sama, Kurang atau Lebih?

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s