Lu Tak Mau Ikut, Lu Blah Gi Tempat Lain


Bunyi macam pernah dengar? Itulah ayat kebiasaan yang didapati dilaman-laman blog dan juga laman sosial apabila membicarakan kontrak sosial antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera yang tidak bertimbang rasa dan berterima kasih (Nota penting: TIDAK SEMUA rakyat Malaysia yang tidak bertimbangrasa dan tidak bersyukur)

Okey.. bagaimana pula yang ini?

Kalau Tak Suka, Blah!!!

Ada persamaan atau tidak?

Bunyinya agak kasar, tetapi jika diambil akan pendekatannya, begitulah keadaannya.

Pada pandangan saya, UMNO dan PAS kedua-duanya gagal. UMNO gagal kerana gagal meletakkan yang hak pada tempat yang patut. Hudud adalah hukum yang telah ditetapkan dalam Islam. Letakkanlah ditempat sewajarnya. Masukkanlah dalam SALAH SATU cara untuk pengadilan dan penghakiman. Sudah semestinya, sesuatu kes itu belum tentu menggunakan Hudud sebagai jalan penyelesaian jika tidak sesuai pada keadaan. Sebagai contoh, jika berlakunya kes rogol atau zina yang tiada 4 saksi yang layak tetapi terdapat rakaman CCTV ataupun video, apakah tiada cara untuk mensabitkan hukuman selain hudud? Ada bukan?

Oleh itu, saya berpendapat dan mencadangkan kepada UMNO dan Barisan Nasional, masukkan hukum hudud dalam sistem kehakiman dan pengadilan Malaysia, supaya boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian kelak.

PAS pula gagal kerana gagal memperjelaskan kepada umum akan bagaimana perlaksanaan hukum hudud itu. Jika apa yang dicanangkan adalah hudud mengikut cara dan tafsiran PAS, perjelaskan hudud yang benar-benar berlandaskan Islam dan bukan apa yang dikhabarkan sebagai hukum mengikut cara PAS. Sudah tentu PAS perlu berusaha lebih keras lagi kerana dilihat menggunakan hukum yang hanya membawa keuntungan kepada PAS dan pihak yang berkaitan dengan kepentingan PAS. Antara contoh yang boleh menggambarkan PAS menggunakan “nama hukum Islam” atas kepentingan sendiri adalah dengan menghalalkan demonstrasi jalanan BERSIH dengan ada yang menyamakan ianya sama dengan ibadah solat dan haji. Itu belum lagi hukum mengkafirkan orang UMNO, mencarut dan juga penggunaan kalimah Allah.

PAS juga gagal memperjelaskan hukum hudud kepada rakan Pakatan Rakyat. Bagaimana mahu melaksanakan hukum, jika rakan-rakan Pakatan Rakyat sendiri mahu meletak jawatan jika hudud dilaksanakan?

PAS selama ini kata DAP memahami Islam, terutama apabila Lim Guang Eng mahu menjadikan Khalifah Umar Aziz sebagai contoh. Nyata, PAS belum dapat meyakinkan rakan Pakatan.

Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, andai PAS berjaya menjalankan hukum hudud dengan berjaya, PAS tidak lagi memerlukan PKR dan DAP untuk memerintah.

Dan, andai UMNO dan Barisan Nasional memasukkan hudud sebagai sebahagian sistem kehakiman dan pengadilan, PAS makin kekurangan modal.

Soalan dijalanan: Apa lagi modal PAS jika UMNO dan Barisan masukkan hudud dalam sistem perundangan, kehakiman Malaysia?

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!