Nice Words, Datuk Mahfuz Omar…


I have nothing much to say when I read this from Harakahdaily.net:

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Pengkianat perjuangan rakyat hanya layak bersama Umno dan Barisan Nasional (BN), kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

 

Mengulas aksi lompat beberapa beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), beliau berkata, kemasukan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin ke dalam Umno dan pengisytiharan beberapa orang wakil rakyat keluar dari PKR dan menjadi bebas adalah untuk menyempurnakan agenda Umno dan BN.

Apa yang  berlaku itu, katanya, membuktikan Umno dan BN adalah ‘parti tong sampah dan tong najis’ yang layak menghimpunkan bungkusan sampah dan najis di dalamnya.

“Keluarnya mereka akan mewujudkan suasana persekitaran PKR dan Pakatan Rakyat (PR) yang lebih baik.

“Ini akan menjadi PKR dan PR sebagai parti yang bersih dari kekotoran dan najis yang membusukkan dan menjadikan PKR dan PR bebas dari menjadi sarang pengkhianat perjuangan rakyat. Pengkhianat perjuangan rakyat hanya layak bersama Umno dan BN,” tegas Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Sebelum ini, kata Mahfuz, ‘parti tong sampah dan tong najis’ itu berkerjasama dengan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak yang didedahkan oleh Umno dan BN sendiri sebagai perasuah.

Kes kedua-dua mereka begitu menggemparkan kerana turut melibatkan rasuah seks.

“Mereka ini keluar dari PKR bersama seorang Adun dari DAP untuk menyokong ‘parti tong sampah dan tong najis’ merampas kerajaan PR Perak.

“Umno dan BN sanggup bersekongkol dengan orang-orang yang dilihat rendah moral oleh rakyat untuk kepentingan politik singkat mereka,” katanya.

Beliau bagaimanapun melihat apa yang berlaku itu sebagai satu proses pembersihan dalaman PKR dan PR.

“PAS telah melalui proses ini satu waktu dulu, bukan sekadar wakil rakyat tetapi Presiden PAS, pimpinan tertinggi dan mereka yang digelar ulama meninggalkan PAS.

“Namun PAS terus mantap dan maju dengan didukung oleh pimpinan dan ahli yang ikhlas,” katanya.

Proses tersebut juga, katanya, membuktikan parti-parti kompnen PR hanya layak didukung oleh pimpinan dan ahli yang ikhlas dan jujur kepada perjuangan memartabatkan kuasa rakyat.

“Ini adalah proses yang natural dan tak mampu dilakukan oleh proses organisasi.

“Dari sudut proses organisasi kita tak upaya nak tapis sedalam-dalamnya niat dan agenda sebenar seseorang.

“Tetapi proses alam semulajadi (sunnatullah) yang pasti akan menentu dan melakukan pembersihan parti dari pengkhianat perjuangan rakyat,” katanya.

Beliau menggesa mana-mana wakil rakyat yang keluar dari PKR dan PR agar melepaskan jawatan mereka.

So be it.. for any Pakatan leaders to jump the ship is considered as shitty and ungrateful.. but if Barisan leaders jump the ship, it is okay because Barisan is said to be wrecking ship, useless and all negative words you can give.

Nice… Pakatan is so perfect, so “maksum”… “You can’t but I can”…

However, as for Barisan, I wonder why, at certain point of feeling and guts saying that these leaders who jumped ship were being celebrated more than they should be? Yes, they quit Pakatan, but not because of Barisan is better than ever, but they quit because they are not satisfied with Pakatan’s leadership. In which, in due course, if Barisan failed to perform as expected by them and the people (I put “them” first because they are holding the leadership until they might be thrown by the voters), the leaders who jumped the ship might jump back to Pakatan.

May I say.. shouldn’t BOTH, Barisan and Pakatan buckle up and perform instead of too much politicking? Show us good examples to be good Malaysian if not being better…

What say you?

Song on the street:Katak si Katak Lompat” was not the song somebody sang when a Barisan leaderjump the ship and they were okay with it???

2 thoughts on “Nice Words, Datuk Mahfuz Omar…

  1. sorry but got to say this, PR bosses bodoh ! Learn flom Balisan la… yalah they ur enemi but when they do something right, is ok to follow wan. What they shud do ah.. the minute they smell something rotten ah, they shud send these potential frogs to Taiwan, learn agriculture. When they come back, sure they no more become frogs.

    ps – frog legs if cook with bahkuteh spices ah, wahhh… vely delicious wan !

    ODS: Thank you for your comment, din. 🙂

  2. Kalau demikian pendapat tuan…. pendapat saya pula….. parti pembangkang pula adalah tempat takongan/buangan tong sampah + sampah dan tong tahi+n.ajis.

    Buktinya : 1. Anak-anak Ibrahim : Anwar Ibrahim, Zaid Ibrahim, Khalid Ibrahim
    2. Fauzi Rahman, dll macam mana?

    Ludah ke langit……. tambah lagi tahi burung.

    Dasar otak drebar tangga kapal terbang.

    ODS: Itu anda tanyalah kepada Datuk Mahfuz.. akan tetapi saya rasa Datuk Mahfuz tiada komen.. kerana individu yang saudara sebutkan itu ahli parti PKR, bukan PAS. 🙂

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!