#PakatanRakyat: Tahaluf Siyasi #PAS Yang Menghasilkan #GHB???


Bermula dari Barisan Alternatif, membawa kepada Pakatan Rakyat, merupakan satu alternatif kepada rakyat untuk memilih kerajaan selain Barisan Nasional.

Benar, Pakatan Rakyat mendapat undi popular dari satu Pilihanraya Umum 2008 ke Pilihanraya Umum 2013. Ia meningkat, hasil kerjasama untuk menjatuhkan Barisan Nasional dan juga kelemahan Barisan Nasional sendiri yang syiok sendiri, namun dalam pada ia meningkat, Pakatan ini dilihat gagal menyelesaikan isu pokok – iaitu prinsip bagaimana JIKA mereka menjadi kerajaan.

Blog ini sudah menyatakan sebelum ini bahawa asas Pakatan Rakyat tidak kukuh selagi berpegang kepada “agree to disagree” atau setuju untuk tidak bersetuju. Namun, kebiasaan yang didengari adalah UMNO sedang cuba memecah belahkan mereka. Mereka memberi contoh kerajaan negeri yang dipegang mereka, yang mana saya telah nyatakan sebelum ini, tidak begitu relevan. Kelatan punya majoriti daripada PAS, dan Pulau Pinang dikuasai majoriti DAP. Hanya Selangor yang agak seimbang.

Hakikat tetap hakikat, masalah prinsip asas tidak selesai. Ia diuji apabila TS Khalid Ibrahim hendak diturunkan. “Kuasa MB” terlalu berharga untuk ketiga-tiga parti ini, dengan masing-masing cuba menuntut hak dan janji. Ia adalah peperangan dalaman Pakatan Rakyat sendiri, tanpa UMNO dan Barisan Nasional usik pun. Perlu diingat, BN Selangor bertambah lemah dari PRU 2013 berbanding PRU 2008. BN Selangor hanya penonton, rakyat Selangor watak penentu.

Memandangkan blog ini juga banyak berbincang isu berkaitan dengan PAS, respon yang kebiasaan yang didengari adalah “PAS bertahaluf siyasi dengan Pakatan Rakyat, yang mana, kami percaya kami mampu mendakwah DAP (dan PKR), lebih senang berbanding berdakwah dengan UMNO dan Barisan Nasional.

Baiklah, itu yang biasa didengari, bukan?

Buat ketika ini, yang blog ini perhatikan adalah, hasil daripada dakwah ini adalah PKR masih tetap dengan PKR, DAP masih dengan DAP… dan PAS melahirkan PASMA dan GHB.

Maka, soalan saya… siapa dakwah siapa ini???

Soalan dijalanan: Siapa setuju untuk tidak setuju?

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s