Tazkirah Khas Raya: Baliklah Anakku Raya Pertama


Blog ini sudah lama tidak update dan share tazkirah. Namun, hampir setiap hari, alhamdulillah masih ada yang menjenguk blog ini dan membaca apa yang sedia ada, termasuk tazkirah.

Tazkirah paling popular berkisar hukum ibubapa vs anak menantu.

Dan, saya fikir untuk rakyat Malaysia, apabila tiba Raya Aidilfitri, ramai yang bergaduh dan serba salah khas buat yang dah berkahwin.

MANA SATU NAK BALIK NI???

Manakan tidak, setiap ibubapa sebolehnya mahukan semua anak (dan menantu) berhari raya HARI PERTAMA dengan mereka. Lewat hari pertama pun, dah boleh jadi sebab bermasam muka. Apatah lagi raya kedua ketiga bla bla bla.

Maka, tidak menjadi kehairanan jika ada yang berdalil untuk justifikasi RAYA HARI PERTAMA DI MANA.

Beginilah… khas untuk diri dan mereka yang ada anak menantu, bersikap adil lah. Hukum yang ada (yang menjadi senjata guna pakai nak bagi anak rasa bersalah dengan istilah “derhaka”) itu hanya panduan. Memang, ada turutan keutamaan.

Namun, ingin dimohon agar janganlah salah gunakan. Kasihanilah pasangan anak-anak kita. Kalau sebelah sini dan sana guna hukum (semata nak kena raya pertama bersama ibubapa), mahu ada yang bergaduh bermasam muka.

Aidilfitri seharusnya disambut dengan kegembiraan, bukan bermasam muka.

Sebolehnya, terimalah hakikat. Kalau kita pun dulu serba salah nak balik mana, jangan kita lakukan kepada anak menantu kita. Beri peluang mereka bergilir.

Dengan kesempatan ini juga, blog ini ingin memohon ampun dan maaf untuk segala kesilapan dan kekhilafan.

Wassalam.

One thought on “Tazkirah Khas Raya: Baliklah Anakku Raya Pertama

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s