“Baiah PAS setia pada Allah, bukan pemimpin” – @KhalidSamad


Ini tajuk berita MalaysiaKini. Isi kandungannya adalah seperti berikut:

Baiah yang disebut-sebut dibuat oleh anggota PAS sebenarnya dilakukan untuk mengikrarkan taat setia kepada Allah dan Rasul dan bukannya mana-mana pemimpin, kata anggota Jawatankuasa Pusat PAS, Khalid Samad.

Khalid berkata demikian dalam satu wawancara dengan Malaysiakini sewaktu menjelaskan pandangan yang mendakwa mereka yang berhujah dan berbeza pendapat dengan presiden parti dan Majlis Syura sebagai tidak taat kepada parti.

Menurut Khalid, dalam PAS kini wujud segolongan “ustaz muda” yang cuba mewujudkan persepsi bahawa perbezaan pendapat dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai satu kesalahan – demi agenda peribadi mereka.

“Baiah itu adalah untuk memberikan taat setia kepada Allah dan Rasul – bukan kepada mana-mana pemimpin atau sokongan tanpa syarat kepada mana-mana pemimpin.

“Mereka (ustaz muda) ini tidak faham.

“Selagi mana presiden itu patuh pada ajaran Islam, ia OK.

“Namun ia bukan bermakna kita kena dengar dan patuh pada semua kata-katanya,” kata MP Shah Alam.

Menurutnya, badan pembuat keputusan tertinggi (legislatif) dalam PAS sebenarnya adalah muktamar tahunan parti.

Sementara, Jawatankuasa Pusat PAS pula bertindak sebagai pelaksana (eksekutif) dan Majlis Syura pula memberikan panduan umum bagi memastikan PAS tidak terkeluar dari landasan syariah.

Menurutnya, ramai sebenarnya keliru di antara kuasa eksekutif dan legislatif dan ramai juga yang tidak sedar bahawa seorang presiden parti tidak semestinya merupakan seorang ulama.

“Kertas kerja asal penubuhan PAS memperincikan dengan jelas bahawa Jawatankuasa Pusat PAS adalah eksekutif, Majlis Syura pula adalah organisasi yang memberi panduan dan memantau legislatif sendiri iaitu muktamar,” katanya.

Oleh sebab itu, keputusan bersifat polisi yang penting seperti keputusan untuk terus kekal bersama Pakatan Rakyat diputuskan sewaktu muktamar tahunan.

Berdasarkan artikel ini dan kenyataan beliau, ada beberapa persoalan yang saya minta penyokong PR khususnya dan ahli PAS terutamanya, untuk menjawab kemusykilan saya:

  1. Majlis Syura terdiri dari “Ustaz Muda”?
  2. Berdasarkan “Selagi mana presiden itu patuh pada ajaran Islam, ia OK“, adakah TG Hj Hadi sebagai Presiden tidak patuh pada ajaran Islam?
  3. Apakah bermakna, PAS juga tidak perlu patuh kepada Pakatan Rakyat?
  4. Jika PAS tidak perlu patuh kepada Pakatan Rakyat, kenapa perlu kalau tak setuju dengan Pakatan Rakyat, ahli PAS yang tidak bersetuju dinasihat boleh keluar PAS?
  5. Siapa yang kamu ikut, wahai YB Mat Sabu, YB Khalid Samad dan mereka dalam PAS yang seangkatan dengan dua YB ini?

Hanya 5 soalan. Semoga ada yang sudi menjawab. Sukacita jika sesiapa boleh sampaikan, agar kemusykilan ini terjawab.

Terima kasih

One thought on ““Baiah PAS setia pada Allah, bukan pemimpin” – @KhalidSamad

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s