Tragedi #MH17: Mengapa ujian datang bertimpa-timpa?


Berikut adalah artikel daripada sebuah portal berita yang membawa panji parti PAS:

MENGAPA ujian datang bertimpa-timpa ketika rakyat masih lagi menikmati erti keamanan? Selepas 57 tahun merdeka ramai berhujah baru sekarang Malaysia diuji bertalu-talu.

Selepas tragedi 13 Mei dan Memali yang mengorbankan banyak nyawa, kini episod baru pula menimpa MAS dan Sabah. Ia ternyata lebih dahsyat lagi.

Belum sempat makna di sebalik slogan 1Malaysia dituai, tiba-tiba negara kita diheret ke persada dunia dengan imej buruk yang disentap dalam sekelip mata.       

Terbaru pesawat Boeing 777-200 Malaysia Airlines (MH17) sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur diyakini pakar ditembak jatuh dengan peluru berpandu pada 17 Julai lalu.

Pesawat kebanggaan negara itu ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine.

Sedangkan tragedi kehilangan pesawat MH370 juga milik MAS pada 8 Mac masih diselubungi misteri.

Nasib 239 penumpang dan anak kapal tidak tahu di mana kesudahannya. Biar pun Perdana Menteri pada 24 Mac 2014 menyebut MH370 telah berakhir di Lautan Hindi, namun sehingga detik sekarang tiada sebarang penemuan fizikal.

Ketika sedu keluarga mangsa MH370 masih bersisa, tiba-tiba direntap pula sebuah lagi pesawat negara terhempas dan hancur berkecai di Ukraine.

MH17 menerbangkan 298 penumpang termasuk anak kapal terhempas akibat ditembak. Apakah malang yang berganda itu kerana pemimpin negara yang ada sekarang kurang memiliki tuah (keberkatan).

Mengambil kira dua tragedi tersebut sebanyak 537 nyawa sudah melayang. Lebih mendebarkan lagi sebahagian besarnya ialah rakyat negara asing. Rakyat China dan Belanda paling ramai dilaporkan terbabit dalam dua episod nahas tersebut.

Ramai mempersoalkan di mana sikap kebertanggungjawaban sebenar pemimpin negara ketika kedua-dua ujian menimpa dalam tempoh begitu hampir.

Sedangkan pada 27 April lalu Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Hong Won meletak jawatan ekoran tragedi feri karam yang juga mengorbankan ratusan penumpang.

“Saya mohon maaf kerana gagal membendung kejadian itu daripada berlaku dan gagal bertindak dengan betul ketika kejadian.

“Saya percaya sebagai Perdana Menteri semestinya perlu mengambil tanggungjawab ini dan meletakkan jawatan,” katanya dipetik media asing.

Ketika insiden tersebut Sewol, feri penumpang terbesar karam bersama 476 penumpang ketika dalam perjalanan menuju ke pulau peranginan Jeju, 16 April lalu.

(Analisis lanjut dalam Harakah edisi cetak akan datang)

Sesungguhnya, mengambil kira apa yang telah berlaku dalam beberapa hari lepas DAN mengambil kira apa yang telah tercapai di sidang Parlimen semalam, artikel ini nyata seperti tidak mengikuti perkembangan semasa.

Ya, kita boleh jadikan insiden-insiden ini sebagai untuk muhasabah diri, tetapi biarlah dengan fakta dan maklumat yang betul.

Dalam insiden MH17 ini, Malaysia TIDAK dipersalahkan. Kita telah lakukan apa yang perlu dilakukan mengikut peraturan. Malaysia juga berjaya membantu dalam mendapatkan kembali kotak hitam dan mayat-mayat mangsa tragedi ini dikala kuasa besar lain masih “bergaduh” untuk mendapatkan kotak hitam, mayat-mayat mangsa dan laluan selamat ke tempat kejadian.

Bermuhasabahlah dengan minda terbuka dan maklumat yang betul. Ini kerana, dengan minda tidak terbuka, maklumat yang salah akan menyebabkan kita menilai dengan salah.

Berkenaan dengan kenyataan individu dari PAS Kedah dimana MH17 adalah bala disebabkan MAS hidang arak, saya sudah nyatakan sebelum ini menerusi twitter untuk fikiran bersama:

“Jika dikata bala drpd Allah sbb hidang arak, maka masalah air di Selangor sbb PAS janji nak buang kilang Carlsberg, tapi x buat?”

Saya tweet status tersebut dengan berasaskan hujah yang sama daripada PAS.

Sama-sama muhasabah diri dengan cara yang betul. Bukakan minda, dapatkan maklumat yang betul.

Al-fatihah kepada mereka yang terkorban dalam insiden MH17.

Soalan dijalanan: Masing-masing cuba buktikan siapa tembak MH17, tetapi kenapa ada orang Malaysia suka “tembak” Malaysia sendiri?

2 thoughts on “Tragedi #MH17: Mengapa ujian datang bertimpa-timpa?

  1. Agaknya punca sebab Atlantuya dibunuh dengan kejam dam pembunuhnya tidak dikenakan tindakan malah paling berkuasa.Maka ini adalah balasan kepada kekejaman tersebut.

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s