Bukan Senang Jadi Pemimpin


Bukan mudah jadi pemimpin,

Tanggungjawabnya berat, amanahnya besar,

Silapnya kecil, dijaja bagai dunia mahu berakhir.

 

Bukan mudah jadi pemimpin,

Kiri kanan atas bawah semua diperhati,

Keluarga kawan rakan dan taulan semua susah mahu makan,

Manakan tidak, asal nak makan sahaja – dituduh pilih kasih.

 

Bukan mudah jadi pemimpin,

Semua orang mahu perhatian, semua mahu bantuan (percuma jika boleh),

Tak tolong? Tak mengapa, akan ku raung seumpama pemain bola berlakon dipadang.

 

Bukan mudah jadi pemimpin,

Tika bersedih, tidak boleh tunjuk muka sedih,

Lembik dikatanya,

Tapi, jika tunjuk muka tidak bersedih,

Tiada hati perut dikatanya,

Jika muka tidak sedih, tapi hanya cakap “sedih”?

Lagi dikata hipokrit.

 

Bukan mudah jadi pemimpin,

Dari mana sudut pun, dia tetap manusia,

Bukan maksum, tidak sempurna..

 

Bertabahlah wahai pemimpin,

Ingatlah kisah Luqman Hakim bersama anaknya dengan keldai tunggangan…

 

Harapan cuma janganlah anda pula yang dikeldaikan..

~ Sekadar nukilan hati, terutama melihatkan dugaan yang kita hadapi seharian kini..

Nota: “Pemimpin” ini boleh datang dalam pelbagai sudut dan peringkat, hatta “pemimpin kepada diri sendiri”🙂

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s