Pra-Ramadhan El Nino Selangor: #IniKaliLah… SEKALI LAGI!!!


Berikut adalah kenyataan SYABAS, untuk makluman rakyat Selangor:

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan bahawa beberapa kawasan di lima wilayah iaitu Wilayah Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam dan Hulu Langat mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah berikutan pengeluaran air terawat dari loji-loji rawatan air yang berkaitan tidak dapat menampung permintaan.

Beberapa kawasan di sekitar Wilayah Hulu Langat dan sebahagian Kuala Lumpur telah mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah sejak 17 Jun 2014 lalu disebabkan pengeluaran air terawat dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Sg Langat tidak dapat menampung permintaan air yang tinggi di kawasan tersebut.

Dalam pada itu, beberapa kawasan di sekitar Wilayah Klang/Shah Alam juga mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah tidak berjadual pada 24 Jun lalu disebabkan penutupan sementara LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP 1) yang diurus oleh Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH). Ini berikutan gangguan bekalan elektrik dari jam 4 pagi hingga 6 pagi hari yang sama di loji rawatan air tersebut. Ia sekali gus menyebabkan pengurangan pengeluaran air terawat daripada loji rawatan itu. Walaupun LRA SSP1 telah beroperasi semula, bekalan air ke kawasan yang terlibat masih belum pulih sepenuhnya.

Sementara itu, beberapa kawasan di Wilayah Gombak, Kuala Lumpur dan Petaling pula mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah mulai 25 Jun 2014,  disebabkan pengeluaran air terawat dari LRA Sungai Selangor Fasa 3 (SSP 3) telah dikurangkan oleh SPLASH, berikutan berlakunya penurunan paras aliran air mentah Sungai Selangor.

Pengurangan pengeluaran air terawat dari LRA SSP1 dan LRA SSP3 mengakibatkan penurunan paras kolam-kolam utama yang menerima bekalan air dari kedua-dua loji rawatan air tersebut dan mengakibatkan gangguan bekalan air serta tekanan rendah.

Berikutan bekalan air terawat yang diterima oleh SYABAS tidak dapat menampung permintaan, sebahagian daripada kira-kira 758,976 pintu rumah di lima wilayah  mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah, terutama mereka yang berada di kawasan tinggi dan di penghujung sistem agihan. Antara kawasan yang telibat adalah seperti berikut:-

WILAYAH GOMBAK
  • Air panas
  • Aman Siara
  • Ampang Jaya
  • Ampang Water Front
  • Andaman Ukay
  • Astana Gemilang
  • AU1 – AU5
  • Balai Polis Gombak
  • Bandar Baru Ampang
  • Bandar Baru Selayang
  • Bandar Baru Wangsa Maju
  • Beverly Height
  • Bukit Antarabangsa
  • Bukit Idaman/Idaman Hills
  • Bukit Indah
  • Bukit Lela
  • Bukit Setiawangsa
  • Bukit Wangsa Mas
  • Dagang Jaya/ Halaman Indah
  • Dataran Ukay
  • Desa bakti
  • Desa Hussein Onn
  • Desa Lembah Pantai
  • Desa Melawati
  • Desa Minang
  • Gombak Setia
  • Harmonis
  • Industri Bolton
  • Intan Baiduri
  • Jalan Ampang
  • Jalan Chung Hwa Gombak
  • Jalan Genting Kelang
  • Jalan Hulu Kelang
  • Jalan Kepong
  • Jinjang Baru
  • Jinjang Selatan
  • Kampung Ampang Campuran
  • Kampung Ampang Indah
  • Kampung Baru Ampang
  • Kampung Cangkat
  • Kampung Dato Mufti
  • Kampung Datuk Keramat
  • Kampung Kemensah
  • Kampung Kerdas
  • Kampung Klang Gates
  • Kampung Kok Doh
  • Kampung Lee Kong Chian
  • Kampung Melayu Ampang
  • Kampung Melayu FRIM
  • Kampung Padang Balang
  • Kampung Pasir Hulu Kelang
  • Kampung Puah
  • Kampung Setia Jaya
  • Kampung SPG 3 Gombak
  • Kampung Sri Gombak Indah
  • Kampung Sungai Mulia
  • Kampung Sungai Sering
  • Kampung Tasek Permai
  • Kawasan Perindustrian Bebas Hulu Kelang
  • Kemensah Heights
  • Kepong Baru
  • Kepong Interprenuer
  • Keramat Hujung
  • Kuala Ampang
  • Magna Villa
  • Megan Setapak
  • Metro Prima
  • One Selayang
  • Pesona Villa
  • Pinggiran Batu Caves
  • Platinum Victory
  • Prima Melawati
  • Prima Selayang
  • Puncak Setiawangsa
  • Pusat Kepong
  • Rampai Niaga Business Park
  • Residen Sri Utara
  • Rimbunan Melati
  • Selayang Baru
  • Selayang Height
  • Selayang Jaya
  • Selayang Pandang
  • Selayang Permai
  • Selayang Segar
  • Selayang Sejati
  • Selayang Utama
  • Sering Ukay
  • Setapak Jaya
  • Sri Edaran Kepong
  • Sri Gombak
  • Sri Melati
  • Sri Murni
  • Taman Ampang Indah
  • Taman Ampang Mewah
  • Taman Ampang Prima
  • Taman Ampang Utama
  • Taman Andaman Wangsa Maju
  • Taman Beringin Jinjang
  • Taman Bidara
  • Taman Bukit Ampang
  • Taman Bukit Ampang Permai
  • Taman Bukit Jaya
  • Taman Bukit Jubina
  • Taman Bukit Kemensah
  • Taman Bukit Mas Melawati
  • Taman Bukit Mewah
  • Taman Bukit Mulia
  • Taman Bukit Utama
  • Taman Bunga raya
  • Taman Cahaya Indah
  • Taman Cemerlang
  • Taman Danau kota
  • Taman DAR
  • Taman Desa Setapak
  • Taman Fadason
  • Taman Faizura Ampang
  • Taman Gombak Jaya
  • Taman Grandview Ampang Jaya
  • Taman Halaman/ KESUMA
  • Taman Harmonis
  • Taman Hijau
  • Taman Hillview
  • Taman Ibukota
  • Taman Kamariah
  • Taman Kelab Ukay
  • Taman Kemensah Indah
  • Taman Kepong
  • Taman KOSAS
  • Taman Melati
  • Taman P.Ramlee
  • Taman Pandan Ria Ampang
  • Taman Permai Jaya Ampang
  • Taman Permai Jaya Ampang
  • Taman Permata
  • Taman Perwira 2 Ampang Jaya
  • Taman Perwira Gombak
  • Taman Pinggiran Ukay
  • Taman Puncak Utama
  • Taman Raintree
  • Taman Rasmi Jaya
  • Taman Selayang Baru
  • Taman Setapak Indah
  • Taman Setapak Permai
  • Taman Setia Gombak
  • Taman Setiawangsa
  • Taman Sri Ampang
  • Taman Sri Bayu
  • Taman Sri Jaya Ampang
  • Taman Sri Keramat
  • Taman Sri Rampai
  • Taman Sri Segambut
  • Taman Sri Ukay
  • Taman Sri Watan
  • Taman Suria Setapak
  • Taman TAR
  • Taman Uda Jaya
  • Taman Usahawan
  • Taman Wahyu
  • Taman Wangsa Jaya
  • Taman Wilayah
  • Taman Zooview
  • Taman/ Kampung Tasek Tambahan
  • Ukay Bistari
  • Ukay Height
  • Ukay Perdana
  • Villa Sri Ukay
  • Villa Wangsa Mas
  • Wangsa Maju
  • Wangsa Melawati
  • Wangsa Ukay
Jumlah Pintu Rumah: 218,940 
WILAYAH KLANG/SHAH ALAM
  • Bandar Putera
  • Batu 3 Shah Alam
  • Batu 8 Bukit Kemuning
  • Bukit 5 Jalan Bukit Kemuning
  • Bukit Naga
  • Bukit Jelutong
  • Jalan Harum Estate
  • Jalan Hulubalang
  • Jalan Kebun
  • Jalan Kebun Nenas
  • Jalan Sellathevan
  • Kampung Baru HICOM
  • Kampung Bukit Lanchong
  • Kampung Kebun Bunga
  • Kampung Lombong
  • Kota Kemuning
  • Lorong Seri Gambut
  • Puncak Perdana
  • Putra Height
  • Seksyen 1, Shah Alam
  • Seksyen 2, Shah Alam
  • Seksyen 3, Shah Alam
  • Seksyen 7, Shah Alam
  • Seksyen 8, Shah Alam
  • Seksyen 9, Shah Alam
  • Seksyen 11 – 13, Shah Alam
  • Seksyen 16, Shah Alam
  • Bukit Rimau
  • Jalan Kebun
  • Kampung Lombong
  • Berjaya Park
  • Johan Setia
  • Seksyen 22, Shah Alam
  • Seksyen 25 (Axis), Shah Alam
  • Seksyen 26, Shah Alam
  • Seksyen 27, Shah Alam
  • Seksyen 28, Shah Alam
  • Seksyen 32, Shah Alam
  • Seksyen 33, Shah Alam
  • Seri Lembayung
  • Subang Mas
  • Taman Alam Nyata
  • Taman Alam Impian, Seksyen 35, Shah Alam
  • Taman AMJ
  • Taman Cahaya SPK
  • Taman D’Kayangan
  • Taman Desa Kemuning
  • Taman Desa Latania
  • Taman Kandis Permai
  • Taman Samarinda
  • Taman Sentosa
  • Taman Sunway Suria
  • Taman Subang Impian
Jumlah Pintu Rumah: 390,861
WILAYAH PETALING
  • Seluruh USJ Subang
Jumlah Pintu Rumah: 2,300
WILAYAH KUALA LUMPUR
  • Flat DBKL Dato Keramat
  • Jalan Padang Tembak
  • Jalan Semarak
  • Jalan Gurney
  • Kementah
  • Pulapol
  • Wisma tanah
  • JUPEM
  • Universiti Teknologi Malaysia(UTM)
  • FELDA
  • Pusat Latihan Telekom
  • Jalan U-Thant
  • Jalan Ampang Hilir
  • Taman Pandan Jaya
  • Taman Cempaka
  • Taman Bakti
  • Taman Nirwana
  • Kampung Pandan Dalam
  • Taman Cahaya
  • Pandan Cahaya
  • Taman Dagang
  • Taman Shamelin Perkasa
  • MINDEF
  • Taman Tenaga
  • Taman Miharja
  • Taman Kobena
  • Desa Pandan
  • Flat Sri Melaka
  • Jalan Kent 1 hingga 7
  • Taman Putra Sulaiman
  • Taman Pandan Utama
  • Bandar Sri Permaisuri
Jumlah Pintu Rumah: 146,875

Gangguan bekalan air ini tidak dapat dielakkan disebabkan ketiadaan sumber bekalan air alternatif disalurkan ke kawasan yang terjejas. Ini kerana secara keseluruhan kapasiti bekalan air terawat sedia ada di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak mencukupi dengan paras rezab bekalan air berada di sekitar kurang dari 1% atau negatif apabila berlaku permintaan puncak.

Pihak SYABAS menjangkakan pemulihan bekalan air mengambil masa yang agak lama dan tidak dapat ditentukan kerana ia bergantung kepada bilakah loji-loji rawatan air yang terlibat dapat mencapai pengeluaran maksimum dan juga jika terdapat sumber air terawat tambahan disediakan.

Bagi membantu mengurangkan kesulitan yang dihadapi pengguna di kawasan yang masih terjejas, pihak SYABAS terus menggerakkan lori-lori tangki air dan tangki statik untuk pengagihan bekalan air kecemasan. Walau bagaimanapun, keupayaan bantuan bekalan air kecemasan ini amat terhad dan tidak mampu untuk menampung sepenuhnya permintaan pengguna di kawasan yang terlibat. Keutamaan bantuan bekalan air kecemasan ini diberikan kepada pengguna-pengguna kritikal seperti hospital kerajaan/swasta, pusat dailisis dan rumah kebajikan serta situasi yang amat memerlukan seperti upacara kematian atau kenduri.

Pihak SYABAS akan melakukan pemantauan secara berterusan dan akan memaklumkan perkembangan terkini dari masa ke semasa melalui media massa.

Pada masa sama, pihak SYABAS menjangkakan para pengguna juga mungkin menghadapi  kesukaran untuk menghubungi Pusat Panggilan SYABAS (PUSPEL) kerana kesesakan talian telefon PUSPEL dan mereka diminta bersabar jika terpaksa  menunggu lebih lama sedikit sebelum panggilan dijawab.

Para pengguna di kawasan yang terjejas atau tidak dengan gangguan bekalan air  diminta agar sentiasa menggunakan air secara berhemah serta mengurangkan penggunaan air secara keseluruhan. Sebarang penjimatan ini boleh membantu mempercepatkan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas dengan gangguan berkenaan.

-tamat-

PRISCILLA ALFRED

Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam

** Sementara itu, pihak SYABAS ingin menyarankan orang ramai yang yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian paip pecah atau bocor agar terus menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan SYABAS, iaitu PUSPEL di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melalui SMS, dengan menaip PUSPEL <jarak><aduan atau pertanyaan> dan hantar ke 39222 supaya tindakan segera diambil oleh SYABAS. Para pengguna juga boleh membuat laporan kepada SYABAS menerusi laman web twitter dan facebook dengan mendaftar di laman web berkenaan.

Maka, bersiap sedialah untuk rakyat Selangor menakung air sekali lagi, di kala musim panas El Nino dan Ramadhan tiba.

Jangan dilupa, bukan TS Khalid Ibrahim sahaja patut bertanggungjawab. Rakyat Selangor juga perlu “berterima kasih” kepada DS Anwar Ibrahim kerana:

Anwar cadang Selangor henti dahulu catuan air

Nasihat Anwar

Siapkan sediakan air secukupnya. Ramadhan bakal tiba…

Soalan di jalanan: Jaminan dahulu, apa jadi? Guarantees Unguaranteed?

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s