Tazkirah Jumaat: Bacalah!


Assalamualaikum.

Tajuk hari ini mudah, tetapi memperlihatkan keadaan masyarakat hari ini, saya kurang pasti “membaca” itu sampai habis atau tidak.

Muslim sedia maklum ayat pertama yang diturunkan adalah Surah Al-Alaq yang bermaksud:

Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang mencipta,

Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.

Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah,

yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam.

Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya

Bacalah!

Akan tetapi, BAGAIMANA kita membaca? Ini yang saya ingin kita sama-sama renung dan muhasabah diri kembali. Ini kerana sedikit sebanyak apa yang kita baca, ia membentuk pemikiran dan seterusnya memberi kesan kepada tindakan yang akan kita ambil.

Baiklah, untuk hari ini, saya ambil dua artikel untuk tajuk yang sama. Cuba baca tajuk ini: “PM on Hudud: Not now we’re not ready” dan satu lagi “PM: Semua perlu sedia sebelum laksana hudud

Jika anda baca tajuk SAHAJA, saya percaya ada antara kita sudah tidak baca isi kandungannya kan? Malah ada yang lebih “bijak” terus mengeluarkan pendapat tanpa membaca dengan habis dan memahaminya.

Untuk penjelasan (bagi yang tidak baca habis dan mungkin yang kurang faham Bahasa Inggeris), dalam The Star ianya tertulis:

While the Government lauded calls by any quarter to implement hudud in Malaysia, Najib said it must also take into consideration other aspects in practising the true teachings of Islam.

He said both the Muslim and non-Muslim communities must be ready for its implementation.

“We have to ensure that the Muslim community is mentally ready and fully understands the law.

“The same goes for the non-Muslim community.

“They must be given the opportunity to understand the Islamic law clearly and comprehensively so there will be no misunderstandings about the teachings of Islam.

Manakala dalam Sinar Harian, tertulis:

Katanya kerajaan menyokong niat baik pihak mana sekalipun untuk melaksanakan hukum hudud tetapi ia perlu mengambil kira hal-hal lain yang menuju ke arah Islam yang sejati.

Najib berkata, sebelum melaksanakan hudud, pastikan masyarakat Islam bersedia untuk melaksanakannya baik dari segi pemahaman, penghayatan, mental mahupun pemikiran.

“Begitu juga dengan masyarakat bukan Islam, perlu diberi kefahaman yang betul dan menyeluruh tentang hukum-hakam Islam supaya tidak wujud pandangan yang salah terhadap ajaran Islam yang suci ini,” katanya.

Kedua ayat-ayat ini maksudnya sama, tetapi kerana tajuk, mungkin ada yang berlainan kefahaman dan persepsinya.

Bacalah dengan habis dan adil. Bacalah untuk keadilan diri sendiri agar kelak tidak menzalimi diri sendiri.

Wallahualam..

p/s: Untuk kesekian kalinya, saya cuma berkongsi tazkirah.. saya bukan seorang “ustaz”. Masih jauh lagi ilmu ini untuk bergelar seorang ustaz.

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s