#Hudud: PAS dan UMNO Sama-sama PANDAI dan BODOH


Inilah apa yang sedang bermain-main dalam fikiran saya.

Ya, dalam beberapa minggu lepas, telah berlakunya perkembangan yang positif tentang perlaksanaan hudud. MP BN telah pun ditanya di Parlimen dan mereka jawab mereka sokong. PAS pun sudah bersiap sedia untuk membawa kembali usul hudud ke Parlimen.

Ini satu perkembangan yang bagus hasil bijak pandai yang berusaha untuk hudud dilaksanakan.

Akan tetapi, ada juga yang bodoh dikalangan BN dan PR, khusus proUMNO dan proPAS berikutan terdapat usaha-usaha untuk menghalang terlaksananya hudud di Malaysia ini. Apabila berlakunya perkara itu, maka berlakulah tuding menuding, ungkit mengungkit, tuduh menuduh. PAS tuduh UMNO, UMNO tuduh PAS.

Jika bijak, saya fikir samada proUMNO atau proPAS akan duduk berfikir sebentar. Jumlah MP muslim (BN+PR) seharusnya membolehkan usul hudud disokong.

Oleh itu, kenapa bergaduh sesama kita? Apa perlu ada orang PAS tuduh orang UMNO tidak Islam? Apa perlu ada orang UMNO tuduh PAS sesat? Apa hasilnya? Penyatuan atau perbalahan?

Bersatulah wahai MP muslim ku dan muslim di Malaysia. Gunakan akal. Lakukan sesuatu yang membawa manfaat.. bukan makin menjauhkan sesama kita muslim. Biarlah berbeza pendapat, tetapi jangan sehingga untuk kebaikan ummah, kita berpayungkan sangat panji politik yang didokong.

Soalan dijalanan: Hudud.. adakah demi Allah atau modal politik? Jika bukan modal politik, berusahalah demi Allah dengan gunakan akal dan hikmah..

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s