Tazkirah Jumaat: #Hudud Di Malaysia


Untuk Tazkirah Jumaat kali ini, ingin saya menarik perhatian kepada perkembangan terkini tentang perlaksanaan hukum hudud yang saya benar-benar harapkan berlaku (tak tahu kenapa kali ini berharap benar).

Sebelum PRU13, adalah panas sekejap. Lepas itu suam dan sejuk.

Kini dah mula suam dan nak panas kembali.

Beberapa hari lepas, menurut laman facebook Dr Asyraf Wajdi, ahli Parlimen Barisan Nasional menyokong hudud. Pada 2 April lepas, satu artikel di Sinar Harian oleh Dr Asyraf bertajuk PAS Kelantan boleh laksanakan hudud. Dan benar, tidak lama kemudian, PAS kini sedang membawa usaha usul perlaksanaan hukum hudud.

Bagi saya, ini satu perkembangan yang sihat. Setidaknya ada usaha, dan saya harapkan biarlah menjadi dengan cara yang berhikmah.

JIKA usul yang baru ini ditolak, saya harap JANGAN TERUS melompat. Kaji dulu apa yang tidak kena.  Jika ada, betulkan, dan bentangkan kembali. Usahakan wahai pemimpin-pemimpinku.

Jangan risau, hukum hudud secara asasnya adil kerana ianya hukum Allah.

Akan tetapi…

Dalam keadilan hukum itu, saya juga mengharapkan perlaksanaan itu sendiri adil. Bermula dari menuduh dan tertuduh, kepada saksi dan bukti, peguam-peguam sehinggalah hakim dan mereka yang terlibat sepanjang proses keadilan ini. Takutilah hukum Allah dan janganlah terfikir sempat untuk bertaubat dan terlepas hukum di akhirat.

Saya amat mengharapkan kita umat Islam bersatu dalam hal ini. Tolak tepi bendera kepartian itu. Kita usahakan secara berhikmah. Kita tunjukkan keindahan Islam. Kita ajak dan ajar secara berhikmah.

Mari kita usahakan dan semoga Allah permudahkan.🙂

One thought on “Tazkirah Jumaat: #Hudud Di Malaysia

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s