Tazkirah Jumaat: #MH370, Qada Qadar.. Dan Ketaksuban Politik


Kita mulakan tazkirah kali ini khas dengan sedekah Al-Fatihah kepada anak kapal dan penumpang yang dikhuatiri sudah tiada lagi di dunia ini.

Al-Fatihah…

Benar, ianya pahit untuk diterima. Ada ketika, macam tidak masuk akal akan apa yang telag berlaku. Mengapa dan bagaimana insiden ini berlaku, kita doakanlah agar kotak hitam pesawat MH370 segera ditemui dan kemungkinan terungkailah rahsia disebalik kejadian. Sehingga itu, saya mengharapkan kita tidak terlalu terikut dan percaya akan pelbagai teori-teori daripada pakar-pakar dan ‘pakar-pakar’ yang berada di sekeliling kita. Nak dengar, baca, silakanlah.. tetapi jangan jadi nasi tambah, menambah sedap perisa dan perencah teori-teori ini.

Sesungguhnya apa yang berlaku ini qada dan qadar yang telah ditentukan Allah. Sedikit sebanyak saya bersyukur keluarga dari Malaysia lebih tenang berbanding mereka yang di China. Semoga terus tabah akan ketentuan ini. InsyaAllah, doamu untuk ahli keluargamu itu dimakbulkan.

Akan tetapi, yang saya pelik, yang bukan keluarga pula macam melebih-lebih. Bagaikan mereka pula yang hilang orang yang tersayang di pesawat itu. Tidak kurang juga ada yang ambil kesempatan mendesak bagai sebab insiden telah pun diketahui. Tidak dapat jawapan ketika ini? – kerajaan tidak berkemampuan.

Yang taksub politik? Aduhai.. insiden ini dilihat sebagai peluang. Tak kira proBN atau proPR, ada sahaja dari kedua-dua belah pihak yang mempolitikkan insiden ini. Cukup-cukuplah..

Ini masa untuk kita bersatu. Kita berhadapan dengan dunia. Di akhirat kelak, kita akan berhadapan dengan Allah atas apa yang kita taksubkan sangat sampai mungkin terjejas amal dan akidah (dan juga termasuklah amalan-amalan kita yang lain).

Timbang taralah.. anda dikurniakan akal. Allah dah bagi akal, pakai elok-elok.

Wallahualam…

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s