Tazkirah Jumaat: Nada Dering Al-Quran dan Azan


Assalamualaikum.

Untuk Tazkirah Jumaat hari ini, ingin dikongskan fatwa tentang penggunaan nada dering Al-Quran yang masih lagi menjadi pilihan sesetengah hamba Allah:

Hukum Penggunaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Dan Laungan Azan Dalam Nada Dering Dan Paparan Skrin Di Dalam Telefon Bimbit

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-77 yang bersidang pada 10 – 12 April 2007 telah membincangkan Hukum Penggunaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Dan Laungan Azan Dalam Nada Dering Dan Paparan Skrin Di Dalam Telefon Bimbit. Muzakarah telah memutuskan bahawa pada prinsipnya Islam tidak menghalang penggunaan nada dering ayat-ayat suci Al-Quran ini dengan syarat penggunaannya menepati adab yang telah ditetapkan oleh Islam dan digunakan di tempat-tempat yang tidak mencemarkan kesucian ayat-ayat suci tersebut seperti di dalam tandas.

Penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran dan laungan azan dalam nada dering dan paparan skrin di dalam telefon bimbit

Tarikh Keputusan:

30 May, 2007

Huraian Tajuk/Isu:

Hukum penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran dan laungan azan dalam nada dering dan paparan skrin di dalam telefon bimbit

Keputusan:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada hari ini bersetuju dengan Fatwa yang telah diputuskan oleh Muzakarah Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-77 pada 20-21 April 2007 bahawa: Hukum penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran dan laungan azan dalam nada dering dan paparan skrin di dalam telefon bimbit adalah harus.
Walau bagaimanapun, pengguna telefon bimbit hendaklah sentiasa menjaga kesucian Al-Quran seperti tidak membiarkan deringan Al-Quran atau laungan azan ketika berada di dalam tandas.

Nukilan OnDaStreet (kemaskini dengan penjelasan):  Nampak macam baik (sebab kita tak boleh nak nilaikan niat).. tetapi, elok juga kalau fikir elok-elok. Ayat-ayat Al-Quran yang berkumandang itu pun nanti belum tentu ayat itu habis dibacakan sebab telefon diangkat (lainlah sengaja tak nak angkat nak bagi bacaan itu habis… tak pun bagi habis ayat dimana yang sesuai.. kalau faham maksud bacaan lah)

Bukan senang nak kawal.. terutama kalau dah masuk tandas (melainkan letak mode senyap).

Fikir-fikirlah mana yang elok.

Mungkin sebab anda tidak setuju dengan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia dan harus ikut bagaimana Arab Saudi lakukan? Untuk pengetahuan, Arab Saudi pun HARAMKAN.

Tolonglah fahamkan.

Saya berharap keadaan ini dapat diperbaiki.

Wallahualam….

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s