Tazkirah Jumaat: Tiga Amalan Yang Sangat Berkualiti


Assalamualaikum.

Minggu ini ada satu artikel yang ringkas, tetapi pada saya ingin dikongsikan bersama.. sebab macam senang, tapi kadangkala macam susah juga nak buat (bagi sesetengah dari kita lah):

Imam as-Shafie r.a telah berkata bahawa terdapat tiga jenis amalan yang sangat afdhal atau berkualiti untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian sebagai seorang mukmin yang sejati. Antaranya ialah:

Bersikap pemurah waktu ada sedikit harta. Yakni kita sanggup bersedekah walaupun kita hanya mempunyai sedikit harta sekalipun sedangkan kita memerlukannya tetapi kita masih sanggup bersedekah kepada orang yang lebih memerlukan.

Bersikap wara’ walaupun bersendirian. Yakni walaupun kita bersendirian di tempat sunyi daripada pandangan manusia, tetapi kita tidak melakukan dosa atau maksiat kerana takutkan Allah s.w.t. Kita mesti takutkan Allah s.w.t seperti kita melihat-Nya dan sekiranya kita tidak melihat-Nya maka Allah s.w.t sentiasa melihat kita di mana kita berada.

Berkata benar walaupun kepada orang yang kita yang kita takuti atau yang kita sangat mengharapkan sesuatu daripadanya. Berkatalah benar walaupun pahit, bercakap benar di hadapan seorang pemimpin yang zalim merupakan suatu jihad yang tidak dapat dilakukan oleh ulama’-ulama’ di zaman moden ini. Ulama’ yang menyembunyikan kebenaran akan dibangkitkan nanti seperti seekor syaitan bisu.

Nukilan OnDaStreet: Dalam 3 amalan di atas itu, rasanya dua susah nak buat – bersikap pemurah ketika harta ada sedikit dan berkata benar kepada orang yang kita takuti (kalau boleh kita luaskan dari konteks politik.. sebab ada antara kita pun takut dengan bos-bos kita semasa kerja).

Saya faham yang terkadang itu bukan disengajakan. Cubalah amalkan..

Semoga kita dapat menjadi hamba Allah yang lebih baik dari masa ke masa.

Wallahualam…

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s