Pandangan Terhadap Artikel @tm_insider: Kisah Buli di SDAR – Ahmad Tajuddin


Semalam, Malaysian Insider menyiarkan satu artikel daripada abang seorang mangsa buli (?) di SDAR. Mari kita baca:

Buli, bukan perkara yang boleh dipandang ringan. Buli ini ada pelbagai ragam. Di dunia siber kita puas menonton cerca nista pada sesetengah individu, khususnya remaja yang memuat naik video sama ada video lagu, lawak dan sebagainya di YouTube. Ini adalah bentuk buli. Ada juga buli secara emosi, yang kebanyakannya berlaku dalam kalangan remaja di sekolah dan rakan sejawatan di pejabat.

Malah lagi teruk, buli secara fizikal sama ada bentuk kekerasan atau seksual. Ini juga boleh diperhatikan banyak berlaku dalam kalangan remaja. Ada orang cakap, tak mengapa hal ini berlaku nanti mereka akan belajar. This is learning curve for them.

Untuk mereka yang berpendapat begini, sila bagi penampar sebelum membalas hujah mereka.

Ini mukadimah saya, sebelum saya menceritakan kisah buli di Sekolah Dato’ Abdul Razak atau popular dengan panggilan akronimnya, SDAR. Ia baru sahaja berlaku iaitu kira-kira minggu lalu. Apatah lagi salah seorang mangsa buli ini merupakan adik kepada rakan saya, maka saya rasa bertanggungjawab untuk menulis dan memberitahu kepada awam kisah buli yang berlaku di SDAR.

Kita maklum, ini perangai kebanyakan sekolah berasrama penuh. Mereka sedaya upaya cuba menyembunyikan perkara hitam dan buruk yang berlaku dalam sekolah mereka. Cuba selak halaman akhbar setiap hari, pernah terjumpa berita tentang kes buli atau kes rogol atau kes liwat yang berlaku di sekolah berasrama penuh?

Tentu tidak bukan?

Mana mungkin, maruah dan nama baik sekolah perlu dijaga biarlah nyawa dan emosi anak remaja yang dibuli itu terus terancam dan rasa tidak selamat.

Kisahnya bermula apabila pasukan ragbi SDAR tewas kepada MCKK. Pasukan sorak bagi SDAR dianggotai oleh junior iaitu Tingkatan 1 dan 2. Mereka tewas dan kecewa. Tambah parah apabila pasukan ragbi ini, yang anggotanya sudah tentu senior sakit hati dan melunaskan kekecewaan mereka terhadap pasukan sorak dengan mendenda mereka.

Dendanya adalah, memperalatkan seorang pemegang tali pinggang hitam taekwondo yang juga seorang senior menumbuk dada setiap seorang pelajar Tingkatan 1 dan 2. Kesannya, adik rakan saya mengalami lebam dan bengkak pada dadanya. Katanya, sakit.

Rakannya yang lain juga mengalami derita yang sama. Sesiapa yang pernah hidup di sekolah berasrama penuh akan tahu betapa berpengaruhnya senior, dan betapa takutnya junior terhadap senior.

Ada yang lagi teruk, seorang rakannya yang memang sedang menderita sakit jantung terpaksa dikejarkan ke ICU akibat ditumbuk oleh si tali pinggang hitam taekwondo tersebut.

Mangsa yang lain, kebanyakannya tidak berani untuk bersuara. Adik rakan saya juga, pada mulanya cuba menyembunyikan kisah itu. Tidak lain tidak bukan, dia takut dan bimbang. Itu sangat-sangat kita faham kenapa mangsa akan bersikap repulsive.

Akhirnya, dia membuka cerita. Dia menunjukkan dadanya yang lebam akibat ditumbuk oleh si tali pinggang hitam. Dia menceritakan kenapa dia ditumbuk. Emaknya bertindak membawa dia ke pemeriksaan kesihatan (medical check-up). Doktor mengarahkan emaknya membuat laporan polis kerana ini kes buli.

Parahnya, ibu bapa rakan saya mendapat maklumat ini lambat kerana pihak sekolah tidak memaklumkan kepada seluruh ibu bapa mangsa. Nasib baik mereka melawat anak mereka di SDAR dan mengetahui berita ini. Kemungkinan ada mangsa yang bertindak memberitahu ibu bapa mereka terlebih awal jadinya polis mula bertindak.

Rakan saya memberitahu, polis sedang mengambil keterangan semua mangsa buli. Daripada cerita adiknya, semua mangsa ini takut untuk memberitahu kisah sebenar sehinggakan polis terpaksa meminta mereka berkumpul di dalam dewan dan masing-masing menulis kisah mereka pada sehelai kertas.

Rakan saya mendesak adiknya untuk “memperkenalkan” dia kepada si tali pinggang hitam itu. Tapi adiknya takut untuk berbuat demikian. Kita faham kenapa mereka takut. Ini masalah yang dibutakan oleh kebanyakan pentadbir sekolah.

Ayah rakan saya pergi bertemu dengan warden asrama untuk kepastian keselamatan anaknya. Jawapan yang diterima adalah begitu cliché, “Tak mengapa encik. Keselamatan anak encik di bawah jaminan kami!”

Oleh kerana jaminan keselamatan yang begitulah, adik rakan saya mendapat lebam dan bengkak di dadanya.

Salah seorang mangsa buli, ibu bapanya bertindak memindahkan dia ke Victoria Institution. Kata mereka, tinggal di sekolah itu pun bukannya selamat untuk anak mereka. Namun pihak sekolah SDAR ini umpama menempah sakit. Dengarnya, salah seorang mangsa adalah anak kepada saudara TYT Negeri Sembilan. OK, mari kita saksikan lagak tempang sekolah yang cuba menyembunyikan kes buli ini.

Ini realiti. Apabila ibu bapa mendesak sekolah mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan pembuli ini, desakan itu hanya hilang dalam tiupan angin. Mana mungkin, si tali pinggang hitam itu anak emas sekolah. Ayam tambatan, mewakili sekolah ke Korea dalam taekwondo dan mengharungi nama sekolah merata ceruk dunia.

Pasukan ragbi pula, mana boleh disentuh pelajar mereka. Kalau tiada ragbi, maka tiadalah SDAR. Seolah-olah begitu lagaknya pihak pengurusan SDAR yang cuba membela kumpulan pembuli dalam kalangan pemain ragbi tersebut.

Saya masih ingat ketika bersekolah di salah sebuah sekolah berasrama penuh di Terengganu, mana-mana pelajar yang menjadi ayam tambatan pasukan bola sangat disayangi oleh pengurusan sekolah. Saya faham kenapa mereka sayang, tapi jikalau ada dalam kalangan pelajar itu melakukan kesalahan serius maka hukumlah.

Jangan play favorite. Ini yang membuatkan saya benci dengan perangai pilih kasih tidak bertempat. Bagaimana perasaan mangsa buli?

Saya menulis ini, kerana saya tahu bagaimana rasanya dibuli secara keras dan emosi ketika saya masih di sekolah menengah. Cuma saya bernasib baik kerana ia tidak berbentuk fizikal. Saya pernah melihat depan mata seorang junior dibuli secara brutal oleh senior, iaitu dengan membelasahnya secara beramai-ramai dalam bilik dorm yang sempit sehinggakan berdarah. Ini juga kisah di sekolah berasrama penuh.

Kalau di Terengganu, mereka yang pernah menjalani kehidupan di asrama sama ada asrama penuh atau harian akan biasa dengan istilah “gulai”. Ini istilah yang diguna pakai bagi aktiviti belasah beramai-ramai seorang mangsa oleh sekumpulan pembuli. Kumpulan ini boleh mencapai angka 15 orang pada satu masa. Maka saya menonton depan mata sendiri bagaimana junior saya ini digulaikan oleh senior.

Saya tidak mampu berbuat apa-apa, apalah daya saya ketika itu untuk menghalang. Semuanya takut kalau-kalau diri sendiri pula bakal menjadi target gulai.

Kepada pihak sekolah SDAR, bertindak tegas terhadap mereka yang terlibat dalam kes ini. Jangan biarkan hal ini berlalu tanpa sebarang tindakan. Kepasifan anda untuk berbuat sesuatu bagi menghalang budaya buruk buli ini terus menular adalah jenayah. Kamu bertoleransi dengan hal ini, hanya akan mengundang jujukan lagi permasalahan yang sama bahkan lagi teruk.

You did nothing to change things, you created an environment where this kind of hate and arrogance isn’t just tolerated, but it’s silently encouraged. What did you think would happen?

Saya menulis bukan semata-mata adik rakan saya malah untuk semua mangsa buli di Malaysia. Adik rakan saya menjadi subjek perbualan kami. Saya yakin, ibu bapa mangsa jauh lebih sakit hati apabila mendapat tahu anak mereka dibuli, dipukul. Jika mereka tidak lagi mampu meletakkan kepercayaan pada pihak sekolah untuk menguruskan hal ini dengan sebaik mungkin, maka sekolah wajib bermuhasabah.

Saya dikhabarkan, tidak lama lagi akan diadakan pertemuan PIBG. Sudah tentu ini peluang ibu bapa mangsa untuk menyuarakan isi hati mereka. Kepada pihak pengurusan SDAR, dengarlah dan bertindaklah!

Ini kisah buli di SDAR, bukan lagi di sekolah lain. Mahukah hal itu berterusan? Tuntasnya, sekolah adalah laman untuk mendidik manusia menjadi manusia. Didiklah anak remaja menjadi manusia, bukannya menjadi produk berupa sekumpulan monyet yang hanya tahu makan dan tidur, yang tidak punya hati dan perasaan.

Ini amanah anda! – 11 Februari, 2014.

* Penulis ialah Pembaca The Malaysian Insider.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider. 

Bunyi tajuk dan cara luahan dibuat, memang menusuk kalbu dan sudah tentu mendatangkan kemarahan bagi mereka yang sayangkan ahli keluarga dan benci pembuli. Saya pun benci pembuli.

Dan saya pun bekas pelajar SDAR.

Sebagaimana tweet saya semalam, makin dibaca, macam makin tidak masuk akal pula. Mari saya tunjukkan kenapa bagai tidak masuk akal.

Kisahnya bermula apabila pasukan ragbi SDAR tewas kepada MCKK. Pasukan sorak bagi SDAR dianggotai oleh junior iaitu Tingkatan 1 dan 2. Mereka tewas dan kecewa. Tambah parah apabila pasukan ragbi ini, yang anggotanya sudah tentu senior sakit hati dan melunaskan kekecewaan mereka terhadap pasukan sorak dengan mendenda mereka

Ragbi memang permainan tradisi SDAR. Johan Negeri Sembilan sudah menjadi kebiasaan perebutan setiap tahun (sejak berada di Negeri Sembilan). Perlawanan dengan MCKK? Biasa.. sebab memang ada kemungkinan berjumpa di Piala Premier. Kalah dibelasah dengan Kings College Thailand pun pernah.

Maka, dalam permainan, menang ada, KALAH pun tentulah ada.

Jadi, untuk apa sebab nak belasah dan denda junior sebegitu rupa?

Dendanya adalah, memperalatkan seorang pemegang tali pinggang hitam taekwondo yang juga seorang senior menumbuk dada setiap seorang pelajar Tingkatan 1 dan 2. Kesannya, adik rakan saya mengalami lebam dan bengkak pada dadanya. Katanya, sakit.

Denda dengan menumbuk setiap seorang pelajar Tingkatan 1 dan 2 oleh SEORANG pemegang tali pinggang hitam taekwando?

Satu Tingkatan ada lebih kurang 100-120 orang pelajar. Jika dua tingkatan, maka 200-240 orang pelajar. Penghukumnya cuma SEORANG? Berapa lama nak ‘settle’ 200-240 orang satu malam?

Logik?

Ada yang lagi teruk, seorang rakannya yang memang sedang menderita sakit jantung terpaksa dikejarkan ke ICU akibat ditumbuk oleh si tali pinggang hitam taekwondo tersebut.

Ditumbuk SEKALI terus masuk ICU?

Hmm.. hebat.. bagai jaguh dalam komik sahaja ceritanya.

Sepanjang pengalaman hidup di SDAR, kalah menang permainan adat biasa. Kalau berdasarkan kisah si Ahmad Tajuddin, rasanya patut dah ada yang mati sebab SDAR bukan johan sepanjang masa.

Nilaikanlah 3 bahagian yang saya ajak untuk anda baca dan nilaikan (sebab yang baki cerita itu pendapat peribadi penulis).

Soalan dijalanan: Apa kisah yang sebenar benarnya?

7 thoughts on “Pandangan Terhadap Artikel @tm_insider: Kisah Buli di SDAR – Ahmad Tajuddin

  1. 1. Pasukan sorak bagi SDAR dianggotai oleh junior iaitu Tingkatan 1 dan 2 = Satu Tingkatan ada lebih kurang 100-120 orang pelajar. Jika dua tingkatan, maka 200-240 orang pelajar. Penghukumnya cuma SEORANG? Berapa lama nak ‘settle’ 200-240 orang satu malam?
    * tak semua yg attend. hanya sebilangan. tak logik semua yg jadi supporter unless kena paksa dgn senior
    * main character selalunya 1-2 org yg paling taiko. pelakon tambahan biasanya ramai

    2. Jadi, untuk apa sebab nak belasah dan denda junior sebegitu rupa? = Denda dengan menumbuk setiap seorang pelajar Tingkatan 1 dan 2 oleh SEORANG pemegang tali pinggang hitam taekwando?
    * biasanya ada kasus2 terpendam, maka saat kekalahan menjadi peluang untuk melunaskan dendam

    3. Ada yang lagi teruk, seorang rakannya yang memang sedang menderita sakit jantung terpaksa dikejarkan ke ICU akibat ditumbuk oleh si tali pinggang hitam taekwondo tersebut.= Ditumbuk SEKALI terus masuk ICU? Hmm.. hebat.. bagai jaguh dalam komik sahaja ceritanya.
    * kalau sakit jantung, tak payah tumbuk, sergah pun boleh KO

    4. Sepanjang pengalaman hidup di SDAR, kalah menang permainan adat biasa. Kalau berdasarkan kisah si Ahmad Tajuddin, rasanya patut dah ada yang mati sebab SDAR bukan johan sepanjang masa.
    * bukan hanya SDAR, tapi semua SBP akan ramai org mati bertingkek2. Selalunya tak sampai mati sebab tu belum ramai yang dah mati

    Hakikatnya kes di atas bukan bertujuan memburukkan SDAR tapi sebagai pengajaran untuk semua institusi. Memang di SBP abang2 senior lebih ditakuti jika dibandingkan dengan guru2. Buli akan tetap ada walaupun diharamkan macam rokok. Berpuluh2 fatwa kata rokok haram tapi masih ramai yg merokok.

    1. 1. Saya kurang pasti dengan SBP anda, tetapi mengikut kebiasaan, memang semua pelajar tingkatan 1 dan 2 kena turun untuk sorak sokongan kepada pasukan yang bermain. Susah nak ‘escape’, dan mudah menjadi target kalau ada barang hilang di asrama.

      Dan setaiko atau tailong mana pun, susah nak settle 200-240 orang satu malam.

      2. Dendam apa nak belasah 200-240 orang sekaligus? Kalah ragbi? Belum pernah saya dengar dendam kalah lepas begitu rupa. Boleh kongsi jenis dendam apa di SBP anda sampai nak pukul 200-240 orang sekaligus?

      3. Sakit jantung diusia 13 dan 14 biasanya akan mudah diketahui. Lebih-lebih lagi masa orientasi. Dendam apa nak pukul orang sakit jantung ya?

      4. Benar.. tapi penulis yang menghantar ke Malaysian Insider mengatakan budak junior dibelasah sebab kalah ragbi. Apa logiknya?

      Saya setuju buli memang tidak elok… tetapi kita nilaikanlah juga si pengadu (dalam kes ni sipenulis itu).. saya menggariskan mana yang saya fikir tidak masuk akal mengikut pengalaman saya di SDAR.

      Terima kasih

  2. Hemph!! Budak2 sbp yg mcm ni ke nk jadi bkal pmimpin negara nnty!!?? Patutlah pmpinan ngara trumbang-ambing!! Manusia mcam nilah kan yg kononnya “brprestij”.. Come on larh.. Tak kemana pon kau walaupon lpasan sbp klau prngai mcm tutt******:-/

  3. Comments di atas bkn ats sbb Crita SDAR je.. walaopon mcm mragukan.. tpi smua sbp mmang mcm tu… Hrap je plajar pndai.. tpi sahsiah mana? Mana?? Itu realitinya..Hahahah

    Trime kaseh

    1. Tuck,
      Budak SBP bukan malaikat. Penulis si Ahmad Tajuddin tu pun produk SBP.

      Yang kami, budak-budak SDAR kisahkan adalah kesahihan ceritanya. Jika betul, biarlah tindakan sewajarnya diambil.

      Tapi kalau tak betul? Bukan fitnah namanya?🙂

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s