Tazkirah Jumaat: Jangan Politikkan Islam Dengan Jumlah MP dan Calon


Assalamualaikum.

Hari ini saya tangguhkan dulu perkongsian Tazkirah Jumaat sebagaimana lazimnya yang saya lakukan apabila ada masa. Apa yang ingin saya nukilkan hari ini adalah tentang tindakan sesetengah pihak dari pihak BN dan PR yang ‘berkempen’ dengan memberi ‘fakta’ jumlah calon dan MP yang beragama Islam semata untuk menunjukkan mereka lebih ‘memperjuangkan’ Islam’.

Seingat saya, sebelum PRU13 berlangsung, dalam kehangatan berkempen dan perang cyber, ada pihak di PR yang mengeluarkan satu hujah dimana menyatakan jumlah calon muslim untuk kawasan Parlimen mereka lebih ramai daripada BN. Hujah ini disambut dengan penuh semangat oleh proPR, terutama yang beragama Islam… dan sudah tentu PAS.

Baiklah. Kelihatan bagus.. tetapi ada ‘setback’nya.

Dengan bahan kempen itu jugalah PR dan PAS didesak dan disoal malah oleh rakyat akan pendirian mereka tentang hukum Islam, hukum hudud dan pendekatan yang akan diambil JIKA mereka menang PRU13. Pihak PR dan PAS mengalami masa yang agak sukar untuk memberi jawapan balas yang membina (selain daripada memperlekehkan BN tak laksanakan Islam).

Pasca PRU13?

Kini ada pihak di BN pula mengguna semula ‘bahan’ kempen yang gagal oleh PR dengan membariskan jumlah calon MP muslim dan bukan muslim antara BN dan PR, dengan cubaan mengatakan BN lebih ramai MP muslim dan disokong umat Islam untuk memperjuangkan Islam.

JIKA sebelum PRU13 berlangsung, kempen seumpama ini ditanya dengan perancangan dan perlaksanaan Islam dan ditanyakan kepada PR… apakah BN mampu untuk menjawab soalan-soalan yang sama? Mampukah BN melaksanakan apa yang dijawab? Bagaimana caranya?

Ya, politik itu dalam Islam pun ada caranya.. tetapi BUKAN dengan cara mempolitikkan Islam.

Allah itu Maha Adil.. Ingatlah.. dan kalau terleka, mohon ada yang mengingatkan.

Wallahualam…

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s