Pro-BN Buang Masa Protes Usul Naik Gaji PR Selangor


Saya pasti ramai yang dapat melihat gambar di bawah, perbandingan gaji Perdana Menteri dan peringkat-peringkat bawahnya dengan Menteri Besar Selangor dan peringkat-peringkat jawatan bawahnya:

Gaji

Secara amnya, nampak bagaikan ini satu peluru untuk mengenakan PR Selangor. Ditambah pula dengan DS Anwar Ibrahim dilaporkan kurang bersetuju dengan usul ini kerana terlalu tinggi. Apa yang berlaku antara mereka, saya serahkan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat sendiri untuk uruskannya.

Namun, pada saya, isu ini mungkin tidak berpanjangan.

Ini kerana pertamanya, rakyat Selangor ada yang berpendapat mereka ini wajar diberi kenaikan tersebut kerana rezab Selangor bertambah dibawah kepimpinan DS Khalid Ibrahim. Jika tidak, manakan mereka mendapat pertambahan kerusi dan majoriti undi pada PRU13 yang lalu. Rata-rata, rakan-rakan saya di Selangor pun mengalunkan persetujuan mereka ini wajar mendapat kenaikan atas sebab rezab Selangor bertambah dan tidak banyak berbelanja. (Antara sedar atau tidak, memang patut pun tambah, sebab tidak dibelanjakan. Kalau simpan tapi tak bertambah, itu yang haru)

Alasan kedua yang saya fikirkan proBN buang masa adalah kerana bisinglah bagaimanapun, majoriti undi di dewan masih milik Pakatan Rakyat. Ditambah pula belum ada hujah yang ampuh untuk menidakkan usul itu wajar diterima dewan.

Jika rakyat tidak membantah dan majoriti undi rakyat pun milik Pakatan Rakyat, apa kemampuan yang ada pada wakil rakyat BN?

Alasan ketiga kenapa saya beranggapan proBN akan buang masa adalah masalah persepsi rakyat terhadap wakil rakyat BN yang masih pekat likat. Amarah mereka masih belum hilang, sebab itu, biarpun mungkin ada yang kurang bersetuju dengan kenaikan tersebut, marah dan dendam terhadap BN lagi menebal. Di fikiran mereka ini, lebih baik beri wakil rakyat dari Pakatan Rakyat daripada diberikan kepada wakil rakyat dari BN.

Selagi mana wakil rakyat BN dan juga BN tidak berubah, tidak mengubah cara hidup dan terus menerus memberi alasan tidak masuk akal (sindrom kaki masuk mulut bak kata rakan-rakan saya), bagaimana rakyat mahu diyakini akan ketelusan BN memperjuangkan nasib rakyat di Selangor?

Jadi bagaimana?

Secara peribadi, rakyat Selangor pada ketika ini bagai antara mulut buaya dan mulut harimau. Mana-mana pergi sekarang pun kena ‘ngap’.

Soalan dijalanan: Beranikah kerajaan yang bakal didirikan selepas PRU14 mengusulkan kenaikan gaji ini dimansuhkan atau diterbalikkan?

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s