Tazkirah Jumaat: Kesempurnaan Solat


Aduh, sudah terlalu lama tak berkongsi artikel untuk santapan minda dan muhasabah diri kerana tiada kelapangan masa untuk berkongsi. Jangankan tazkirah, artikel lain pun tidak tertulis.. hanya tersimpan di benak, atau ada sedikit dilampiaskan di twitter.

Untuk tazkirah Jumaat kali ini, saya ingin kongsikan satu artikel yang menarik untuk renungan bersama:

Kesempurnaan di dalam melaksanakan solat amat penting dalam menentukan samada solat kita diterima atau pun tidak oleh Allah S.W.T. Kebanyakan kita sekarang ini melaksanakan solat sambil lewa dan menjadi sia-sia sahaja. Ada yang bersolat mengikut keadaan seperti mengikuti majlis atau hanya utk menunjuk kepada org lain.

Ini bersesuaian dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud “Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya.” [Surah Al-Ma’un : ayat 4-5]

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud : “Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya.”

Tahukah kita betapa nikmatnya solat itu andai dilaksanakan dengan penuh penghayatan dan kesempurnaan sepertimana firman Allah yang bermaksud :
“Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya” [Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].

Sebuah Kisah sebagai renungan..

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?
”Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu’ zahir dan batin.”
Isam bertanya, “Bagaimana wudhu’ zahir dan batin itu?” Hatim berkata, “Wudhu’ zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu’ dengan air”
.

Sementara wudhu’ batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya’)
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratal mustaqim’ dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.”

“Setiap bacaan dan doa didalam solat aku fahami maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.”
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta dipertanggungjawabkan di akhirat kelak”

Kesimpulannya, khusyuk dalam solat amat penting untuk mencapai satu tahap yang amat tinggi disisi Allah S.W.T. Penting bagi kita menghayati dan memahami makna setiap ayat yang dibaca untuk mendapatkan khusyuk dan kesempurnaan dalam melaksanakan solat. Mudah-mudahan amalan kita diberkati dan diredhoi oleh Allah S.W.T.

Nukilan OnDaStreet: Solat, salah satu tiang agama, rukun Islam yang kedua. Ya, ada antara kita yang solat lima waktu, penuh.. (yang tak penuh tu.. jom penuhkan).. tapi cukupkah tonggang tonggek itu?

Mari kita semak diri kita sendiri, tidak perlu semak orang lain. Periksa solat kita sendiri, cukup ok, atau cukup-cukup ok.. atau cukup tak ok.. Mana yang tak ok, kita perbaiki, perdalami ilmu, carilah guru (bukan cari kat internet membuta).

Bagi diri saya sendiri, saya risau.. kerana biarpun saya solat, tetapi terkadang amalan saya diluar solat tak macam orang yang jaga solatnya…

Jom kita perbaiki solat kita.

Wallahualam..

One thought on “Tazkirah Jumaat: Kesempurnaan Solat

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s