Salam Maal Hijrah… Muhasabah Sejauh Mana Kita Sudah Berhijrah..


Sudah agak “berhabuk” blog ini saya tinggalkan dek kekurangan masa untuk menukilkan pendapat, pandangan mahupun artikel yang boleh kita jadikan pengajaran untuk kita menjadi lebih baik sebagai hambaNya.

Untuk itu, mohon maaf terutama kepada mereka yang memberi komen untuk mendapatkan pandangan.

Dalam kesempatan ini juga, sebagai rangkuman yang mudah, pendek untuk peristiwa-peristiwa yang panjang sejak kali terakhir saya menulis di blog ini, saya ingin mengajak pembaca-pembaca untuk berhenti sebentar dan muhasabah diri.

Bukan apa, kita kadang-kadang bermuhasabah tapi kita masih fikir kita sentiasa betul. Ada kala kita bermuhasabah dengan tanpa sedar kita rasa kita yang betul, mereka yang salah.

Renungilah, terutama mereka yang punya ilmu agama yang lebih baik dan lebih tinggi. Cuba fikirkan dari sudut Allah kurniakan anda ‘nikmat’ ilmu itu untuk anda mendidik yang lain dengan penuh hikmah, bukan menghukum. Jadilah hamba Allah yang mendidik, bukan menghukum. Jika sahabat kita tidak tahu, kita pimpin. Apalah faedah menidakkan keislaman sesama muslim semata tidak sependapat?

Bersatulah wahai sahabat-sahabat. Muhasabahlah kita sebagai umat Islam yang seharusnya tidak terpisah dek ideologi politik yang berbeza-beza. Jangan jadikan bendera politik anda (kepada yang sibuk berpolitik) sebagai batas untuk bersatu sebagai umat Islam yang satu.

Bayangkan, semudah satu perlawanan bola Pahang lawan Kelantan pun, boleh bertukar jadi isu politik dan tuduh menuduh ada rasuah!! Dan kita yang sesama muslim bergaduh???

Selamat menyambut Maal Hijrah… tapi saya tidak tahu sejauh mana bermaknanya maal hijrah kepada umat Islam di Malaysia ini kerana ada antara kita makin terpisah kerana berbeza bendera politik…

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s