#TandaPutera, Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera dan Diskriminasi Pekerjaan Sektor Swasta


Hari ini, saya nak sampaikan apa yang bermain dalam fikiran saya 3 dalam 1, yang mana dari sudut pandang saya, ianya berkait rapat dan wajar diberi perhatian.. kerana ianya boleh menjadi pemangkin kembali utuhnya UMNO dan BN, atau mempercepatkan kejatuhan UMNO dan BN.

Tanda Putera

Pertama, saya ingin ulas secara ringkas filem Tanda Putera yang saya saksikan sendiri di pawagam, berbayar dan bukannya bergantung kepada imej-imej yang dihantar oleh proPR.

Saya mulakan dari perkara paling tak penting – Dari sudut ‘showmanship’, ada ketikanya saya terasa seperti menonton Cicakman atau mana-mana filem produksi KRU sebelum ini kerana kesan CGInya agak… terasa sesetengah adegan itu benar-benar dalam studio. Apapun, saya puji dengan usaha yang telah dibuat, kerana hasilnya belum tentu lagi baik kalau saya yang buat. Apa yang pasti, saya percaya juga ia boleh dibuat dengan lebih baik.

Dari sudut lakonan, watak dan jalan cerita, saya ucap syabas kepada pelakon kerana cuba membawa watak masing-masing dengan sebaik mungkin, tetapi untuk menang hati rakyat, saya tidak pasti.

Mungkin kerana sedikit sebanyak jalan cerita yang pada saya tidak begitu kuat (biarpun ada insiden-insiden itu fakta) dan ‘kesibukan’ mencari kelemahan yang digambarkan oleh proPR (yang saya tak pasti mereka ni dah tonton ke belum atau cedok dan cilok buat Tanda Putera sendiri), Tanda Putera tidak begitu meyakinkan pada sesetengah penonton.

Contoh babak yang benar tapi kurang meyakinkan saya adalah babak-babak Allahyarham Tan Sri Rahman Hashim dan Mendiang Tan Sri Khoo Chong Kong dibunuh. Kedua-duanya memang dibunuh, tetapi tempat dimana mereka dibunuh itu seakan-akan serupa. Jika niat yang datang untuk menonton itu hendak mencari salah, pastinya ini boleh dijadikan alasan untuk mengatakan Tanda Putera adalah tidak benar.

Jika hendak dibandingkan dengan “Iron Lady”, lagilah jauh bezanya (bukan sebab kos, tetapi jalan cerita dan penyampaian penghayatan cerita kepada penonton).

Kesimpulan yang saya boleh ambil dari Tanda Putera? Ada mesej-mesej yang baik. Meskipun ada yang boleh dikategorikan sebagai propaganda, NAMUN, ia boleh menjadi satu KPI kepada saf kepimpinan sekarang untuk kembali berkhidmat seikhlas dahulu. Mesej-mesej yang disampaikan menerusi betapa berkorbannya pemimpin terdahulu itu sewajarnya diterjemah oleh yang ada pada hari ini dan esok. Gagal bermakna selamat tinggal BN, selamat berkhidmat YB-YB Pakatan Rakyat.

Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera

Ini satu lagi inisiatif yang baik, memberi reaksi kepada keluh kesah bumiputera sejak berakhirnya PRU13. Secara persepsinya, seolah sokongan bumiputera telah kembali kepada UMNO dan BN (walaupun persepsi juga menunjukkan saluran-saluran muda tidaklah condong kepada BN), kerajaan telah merancang pelan-pelan untuk memperkasakan ekonomi bumiputera.

Ya, bumiputera masih lagi tertinggal.

Ya, pelan-pelan yang diumumkan juga baik.

Namun, yang sata risaukan adalah perlaksanaannya. Di hari DS Najib umumkan rancangan-rancangan tersebut, saya telah menulis di twitter yang berbunyi:

Picture1

Ya, ini adalah amaran. Rakyat mahukan ianya diterjemah kepada nikmat yang dikongsi bersama semua bumiputera, bukan khusus kepada kelompok yang rapat dengan ahli-ahli UMNO (apatah lagi kalau pemimpin-pemimpin UMNO).

Ingat! Imej yang dipaparkan dalam Tanda Putera itu boleh menambah kesan kalau UMNO tamak makan sendiri!

Ingat juga DEB bukan dianggap GAGAL bagi sesetengah pihak kerana tidak membantu bumiputera, tetapi dianggap GAGAL kerana ada orang politik dan bukan politik yang tamak mengeksploitasi DEB untuk kepentingan diri.

Diskriminasi Pekerjaan Sektor Swasta

Sedikit sebanyak, kerana DEB jugalah kononnya bumiputera ‘tidak terbela’ di sektor swasta yang tidak boleh dikawal sepenuhnya (kerana kuasa ekonomi bukan ditangan bumiputera). Ianya berbunyi dendam. Samada betul atau tidak, saya kurang pasti.

Saya cuba memahami dari dua sudut pandang:

Pertama – ya, mungkin kerana ada yang melihat DEB hanya nak tolong bumiputera, ada yang ‘membalasnya’ dengan kuasa ekonomi sektor swasta… tanpa memahami punca DEB itu diwujudkan.

Kedua – tidak, kerana DEB itu adalah satu reaksi kepada ketidak adilan yang berterusan dalam mengimbangi kedudukan ekonomi rakyat Malaysia.

Hasilnya, kita masih gagal bekerjasama sebagai satu negara dengan baik kerana dendam tak sudah dan pentingkan diri sendiri.

Pemerkasaan sesebuah institusi itu boleh dibuat dengan empat cara:

  1. Sampai ke matlamat dengan memperkuatkan apa yang ada tanpa menganggu orang lain;
  2. Sampai ke matlamat dengan memperkuatkan apa yang ada sambil menganggu orang lain;
  3. Sampai ke matlamat dengan mencantas apa yang orang lain ada, sambil kuatkan apa yang ada; atau
  4. Sampai ke matlamat dengan mencantas apa yang orang lain ada, tapi tak buat apa-apa pada apa yang ada;

Yang mana satu pilihan anda?

Soalan dijalanan: Pernah dengar Allah itu Maha Adil? Faham dan hayati atau tidak?

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s