Tazkirah Jumaat: Peristiwa Dan Pengajaran Perang Badar


Maaf kerana sudah agak lama saya tidak berkesempatan berkongsi apa-apa Tazkirah baru, apatah lagi berkait dengan Ramadhan.

Memandangkan kita sudah melangkah ke bulan Ramadhan, dan ada diantara kita bagaikan berperang, elok juga kita renungkan kisah Perang Badar, yang saya ambil dari laman ini:

Setiap kali kedatangan Ramadhan al-Mubarak akan mengingatkan kita kepada beberapa peristiwa besar yang berlaku pada bulan ini, yang menghendaki kita sama-sama merenungi dan mengambil pengajaran darinya. Antara peristiwa besar yang berlaku pada bulan Ramadhan ialah berlakunya peperangan Badar al-Kubra pada tanggal 17 Ramadhan tahun kedua Hijrah. Peperangan ini adalah merupakan titik tolak kepada kemenangan perjuangan Rasulullah s.a.w dalam menyebarkan risalah Islam seterusnya.

Melalui peristiwa peperangan Badar al-Kubra yang penuh bersejarah ini, terlalu banyak pengajaran dapat kita petik dan teladani sebagai bekalan kehidupan harian kita. Antaranya ialah:

Pertama: Agama Islam yang kita anuti dan nikmat hari ini adalah merupakan hasil perjuangan yang menuntut pengorbanan yang tinggi dari para pengdukungnya, khususnya Nabi dan para sahabat baginda s.a.w. Oleh yang demikian, marilah kita hargai Islam ini dengan mengamalkan sepenuhnya.

Kedua: Syura atau bermesyuarat sebelum membuat apa-apa keputusan dalam perkara yang tiada nas yang jelas dalam al-Quran dan al-Sunnah, adalah merupakan asas pentadbiran dan politik Islam yang tetap, yang tidak harus diabaikan.

Ketiga: Keimanan yang kental, doa yang berterusan serta tawakkal yang tinggi kepada Allah SWT merupakan senjata yang ampuh dan berkesan bagi menghadapi sebarang serangan musuh-musuh Allah dan Islam di sepanjang zaman.

Keempat: Sesuatu kebenaran itu tidak akan dapat ditegakkan jika ianya tidak disertai dengan strategi yang betul, perancangan dan penyusunan yang kemas dan rapi.

Kelima: Sebagai umat Islam kita mestilah yakin bahawa sesungguhnya Allah SWT Maha Kuasa untuk memberi pertolongan dan kemenangan kepada perjuangan Islam sekalipun jumlah pendokongnya kecil dan kekuatannya terhad.

Semoga semangat dan roh kemenangan Badar al-Kubra yang bersejarah ini akan kembali berulang di abad ini, dan membakar semangat kita supaya sama-sama kita bangkit menghayati dengan teguh mendokong perjuangan Islam dan kepimpinannya. Dengan ini sahajalah, agama Islam akan terbela, syariatnya akan tertegak gagah dan rahmatnya akan dapat dinikmati dalam negara ini oleh semua lapisan masyarakat dalam tempoh terdekat Insyaallah.

Nukilan OnDaStreet: Sudah berbelas hari kita berada dalam ‘universiti’ Ramadan, tetapi saya masih belum puas menikmati Ramadan. Apatah lagi, melihatkan beberapa insiden isu semasa yang memperlihatkan betapa terkadang, silap kita itu bukan kerana dihasut syaitan, tetapi memang silap kita sendiri.

Semoga kita dapat mengambil iktibar dengan apa yang berlaku, dan yang lebih penting adalah perubahan positif kita ini bukan setakat terhenti ketika kita menyambut Syawal nanti. Teruskanlah amal maaruf yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan ini.

Wallahualam…

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s