Tazkirah Jumaat: Kisah Yahudi, Baju Besi Khalifah Dan Hakim


Untuk Tazkirah Jumaat kali ini, ingin saya kongsikan sebuah artikel yang menarik perhatian saya.. yang mana saya fikir ianya sesuatu yang AMAT sukar untuk saya temui, terutama dengan keadaan sekarang dimana sesetengah itu mendabik lebih arif, lebih alim, lebih Islamik.. tetapi terkadang tidak diterjemah dalam amal dan perbuatan. Jemput baca:

Satu kisah menarik seorang yahudi telah masuk islam setelah dia mendapati islam menyuruh umatnya bersikap adil, terutama seorang hakim yang mengadili antara dua orang yang bersengketa, mestilah bertindak adil tanpa berat sebelah walaupun hukuman yang hendak dijatuhkan itu melibatkan seorang khalifah atau ketua negara.

Saiyidina Ali ibnu Abi Talib k.w seorang khalifah islam yang ke-4 sesudah wafat Rasulullah s.a.w tergolong sebagai khulafa’ Rasyidin.Beliau adalah sepupu Rasulullah s.a.w dan juga menantu kepada baginda.Beliau memerintah Madinah pada tahun 35 hingga 40 hijrah bersamaan 656 hingga 661 masihi.

Baju besi khalifah Saiyidina Ali telah hilang didalam peperangan Siffin,Beberapa hari kemudian Ali melihat baju itu dipakai oleh seorang yahudi. Ali minta baju itu dipulangkan kepadanya. “ ini milik saya”, kata Saiyidina Ali.” Tidak baju itu milikku sejak dulu”. Jawab yahudi. Keduan-duanya bertengkar. Masing-masing mengaku haknya. Akhirnya mereka berdua bersetuju menemui Hakim Syuraih untuk membuat keputusan.

“ yang Arif Tuan Hakim! Baju besi yang dipakai oleh orang ini adalah kepunyaanku.Ia hilang daripada tanganku didalam peperangan Siffin yang lalu”’,kata Khalifah Ali kepada Hakim.”Bagaimana dengan kata-kata Amirul mukminin?.”T anya Hakim kepada kepada yahudi itu.

“ Tidak tuan.Baju itu milik saya”.jawab Yahudi dengan sungguh-sungguh.Wahai Amirul Mukminin! adakah tuan ada saksi yang membenarkan baju ini kepunyaan tuan ?”.”Ada,Tuan Hakim.Puteraku Hassan dan Husain tahu,baju ini milik saya.” jawab Khalifah.” saksi anak sendiri untuk bapanya tidak boleh diterima menurut hukum Islam yang ada”.Kata hakim sambil menggeleng-geleng kepalanya.Yahudi mula tersenyum mendengar kata-kata ini.

Akhirnya Hakim Syuraih menjatuhkan keputusan, bahawa baju besi itu kepunyaan si pemakainya.Betapa gembiranya yahudi dengan keputusan itu.Dia sangat kagum atas sikap Hakim Syuraih yang menghukum dengan adil tanpa merasa takut terhadap seorang Khalifah.Sementara Khalifah Saiyidina Ali k.w menerima keputusan hakim dengan tenang. Lalu baginda menghampiri yahudi itu.

“ Maafkan saya,tuan,” ujar Saiyidina Ali kepada yahudi dengan lembut sambil menghulurkan tangan berjabat salam. Hakim Syuraih tersenyum menyaksikan peristiwa itu. Orang yahudi itu kagum dengan dan terharu dengan sikap Saiyidina Ali.Ketika ini tanpa disedari air matanya membasahi pipi. Lalu dia pun memeluk Khalifah Saiyidina Ali dengan suara tersekat-sekat.

Sepatutnya tuan boleh merampas baju saya ini.Tetapi , tuan tidak lakukan. Sebaliknya tuan sanggup berjumpa hakim untuk menegakkan keadilan.” ujarnya sambil mengesat airmata.” Yakinlah saya sekarang, islam adalah agama yang terbaik…,”jelas yahudi itu dengan sungguh-sungguh. Dan pelukkanya semakin bertambah erat. Ali pun merasa terharu sambil mengusap-usap belakang yahudi.Beberapa detik kemudian,orang yahudi itu dengan kerelaan hatinya memeluk agama Islam didepan Khalifah Saiyidina Ali dan Hakim Syuraih.

Nukilan OnDaStreet: Saya tidak tujukan khusus kepada sesiapa yang berkuasa ketika ini, tetapi saya kongsikan artikel ini untuk peringatan bersama. Ini kerana situasi ini boleh berlaku dimana sahaja, malah antara suami isteri dan anak, rakan-rakan, pejabat dan sebagainya.

Oleh itu, saya AMAT berharap, jangan diambil secara khusus antara kerajaan, hakim di Mahkamah dan Yahudi.. tetapi amal perbuatan khalifah dan hakim tersebut.

Ini kerana, ada kala kita menjadi ‘hakim’ perbalahan antara anak-anak, ibu bapa dan mertua, ibu bapa dan adik beradik kita, jiran-jiran dan sebagainya. Antara yang paling mudah dilihat adalah ramai yang menjadi ‘hakim’ di media sosial, samada facebook mahupun twitter. Manakan tidak, cuba semak berapa ramai yang ‘menjatuhkan hukum’ setelah membaca sesuatu status, tanpa memeriksa kesahihan perkara tersebut.

Semoga kita menjadi insan dan hamba Allah yang lebih baik.

Wallahualam…

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s