#GE13: Selamat Mengundi Dengan Guna Akal, Bukan Emosi


Hanya tinggal beberapa jam sebelum penentuan siapa peneraju kerajaan Malaysia bagi 5 tahun yang seterusnya. Saya tidak ingin berbicara panjang, melainkan ingin mengucapkan selamat mengundi, dan adalah diharapkan anda mengundi dengan akal anda, bukan dengan emosi.

Gunakanlah akal untuk menilai. Baik BN ataupun PR, kedua-duanya tidak sesempurna mana. Kedua-duanya ada kurang dan lebih. Terpulang kepada anda yang mana satu anda utamakan.

Kedua-dua BN dan PR juga berjanji, tetapi saya fikir anda tahu yang mana lebih banyak janji ditepati dan janji yang “dicapati”. Timbang tarakan, berapa banyak yang tertunai dari apa yang dijanjikan dahulu… dan kebarangkalian kemampuan menepati atau “mencapati” janji-janji baru.

Nilaikan juga akan ketahanan sesebuah perikatan atau pakatan itu. Konsep “agree to disagree” dan “elegance silence” bukan solusi sesebuah kerajaan. “Elegance silence” Tun Lah membawa bencana kepada BN pada 2008.. dan “agree to disagree” hanya menangguh masalah, bukan penyelesai masalah.

Kedua-dua BN dan PR juga bukan sebersih mana. Rasuah? Ia akan berlaku selagi mana tiada kesedaran diri dari sipelaku dan penerima. Apalagi bukan semua penerima dan pemberi rasuah itu orang politik.. yang mana bertukarlah kerajaan bagaimana sekalipun, parasit ini dan rakyat yang tidak bertanggungjawab memberi rasuah itu akan terus lakukannya selagi tidak tertangkap. Marilah sama-sama meenghukum orang yang sepatutnya, bukan main pukul rata (sebab, jika PR menang dan masih berlaku rasuah, apakah PR=Rasuah?).

Kepada muslim yang masih ragu-ragu samada boleh mengundi yang bukan Islam, PAS kini sudah kata boleh selepas tahaluf siyasi mereka. Jangan ditanya kenapa mereka yang paling berhak menentukan boleh atau tidak boleh.. yang pasti, anda kini sudah tidak perlu rasa bersalah untuk mengundi bukan Islam. Dan jangan risau, ISMA menerusi parti BERJASA ada sebagai pilihan alternatif.

Niatlah kerana Allah, kerana Allah yang lebih tahu apa yang terbaik untuk kita, biarpun mungkin kita tidak sukakannya. Allah sebaik-baik perancang, dan Dia Yang Maha Mengetahui.

Selamat mengundi wahai rakyat Malaysia. Andalah yang paling bertanggungjawab ke atas pilihan anda.. undilah dengan akal, bukan dengan emosi..ikut rasa, binasa..

My Malaysia:Nationality – A Non-Negotiable and Non-Tradable Trait

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s