#GE13: PAS lawan PKR… Siapa Kita Mahu Undi #PRU13???


Daripada senarai calon-calon yang diisytihar untuk bertanding, ada beberapa kawasan yang mempertemukan sesama rakan Pakatan Rakyat.

Sebagai contoh:

  1. (Terengganu) N.22 – Kota Putera : Adam Mat Said (PAS) dan Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (PKR);
  2. (Terengganu) N.11 – Seberang Takir: Zakaria Dagang (PAS) dan Ahmad Nazri Mohd Yusof (PKR);
  3. (Selangor) N.39 – Kota Damansara: Mohd Nasir Hashim (PAS) dan Ridzuan Ismail (PKR);
  4. (Pulau Pinang) N.21 – Sungai Acheh: Mohd Yusni Mat Piah (PAS) dan Badrul Hisham Shaharin (PKR)

Ini antara yang jelas pertandingan ketara antara dua parti yang berpakat.

Saya tidak tahu apa yang terjadi, tetapi yang pasti, saya tertanya-tanya, jika anda proPAS, dan terdapatnya calon parti anda dan parti kawan, yang mana satu anda akan undi? Demi parti atau demi Pakatan Rakyat?

Saya letakkan persoalan dan jawapan itu hanya ada pada anda.

Kepada yang lain, jadikan teladan. Renung-renungkan. Daripada senarai calon yang bertanding, saya pasti masing-masing ada kesimpulan tersendiri.

Bagi saya, berikut adalah kesimpulan dan pandangan saya:

  1. Bertambahnya dan ramainya calon bebas menunjukkan ada yang mahu memberi pilihan ketiga untuk mereka yang bencikan politik taksub;
  2. Bagi calon yang BN atau PR bertanding atas tiket bebas, saya kurang pasti apakah PR mahu lakukan terhadap ahli mereka yang menjadi calon bebas;
  3. Bagi calon yang membawa bendera parti sendiri, dan masih bertembung dengan parti kawan, saya kurang pasti apakah yang berlaku, dan gambaran yang boleh diberikan kepada kepimpinan mereka jika mereka menang negeri atau negara;

Yang paling saya risaukan adalah kesimpulan ketiga. Ini kerana, ini baru sekadar penamaan calon, belum lagi jika mentadbir. Apakah konsensus Pakatan Rakyat sebenarnya terletak lebih kepada “siapa lagi banyak kerusi, dia yang berkuasa”? atau benar-benar kami berpakat?

Mungkin, dengan berlakunya perkara sebegini, menguatkan lagi pandangan saya bahawa, cara pentadbiran dan kemakmuran di bawah pentadbiran PR bergantung kepada siapa yang menang lebih. Ini berlaku kepada Kelantan dan Kedah dimana cara dan makmurnya disebabkan PAS adalah parti dominan, serta Pulau Pinang ditadbir ikut acuan DAP, kerana DAP dominan.

Sebab itu jugalah, dari keempat-empat negeri dibawah pentadbiran PR, Selangor yang paling “celaru” sebab tiada siapa yang benar-benar dominan.

Namun, ini tidak bermakna BN akan menang Selangor secara mudah. Pengundi masih menilai. Calon-calon BN di Selangor akan dikaji, dan difikirkan siapa bakal Menteri Besar, kerana ini antara faktor BN boleh menang atau kalah di Selangor.

Apapun, selamat berkempen, dan selamat mengundi.

Pilihan ditangan anda!🙂

Soalan dijalanan: Jika anda proPAS, calon PAS ada, lawan calon rakan PR.. siapa yang anda pilih?

One thought on “#GE13: PAS lawan PKR… Siapa Kita Mahu Undi #PRU13???

  1. Selamat berkempen dan mengundi serta tentukan memilih untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang harmoni dan selamat.Kita boleh berperang dalam fahaman politik tapi jangan sampai begaduh sesama rakyat sendiri.Tiada siapa yang sempurna di dalam dunia ini. Kalau kita kata kita tahu atau pandai, sebenarnya ada lagi yang bijaksana atas dari kita. Langit yang tinggi ada lagi langit diatasnya. Pilihlah Keharmonian sesama rakyat maka datanglah Kesejahteraan sesebuah negara.
    Pesanan dari Kopi Bro Ali, Nikmat Kopi yang menjamin isteri selalu tersenyum.
    http://kopisaleh.blogspot.com

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s