Tazkirah Jumaat: Hudud & Perlaksanaan Hukum Islam


Beberapa jam yang lalu saya menerima satu soalan di Tazkirah Jumaat saya yang lalu. Bunyinya begini:

Assalamualaikum w.b.t. ustaz, saya ingin bertanya..sekiranya telah diberi panduan serta petunjuk (Al-quran & Sunnah) tetapi masih lagi tidak diambil ia sebagai hukum utk dilaksanakan…apakah hukumnya dn adakah perlu kita bersama mereka lg..? mohon pencerahan…terima kasih..

Jawapan yang saya berikan adalah seperti berikut:

Waalaikumussalam,
Pertama sekali, saya belum layak untuk gelaran ustaz itu. Saya hanya berkongsi tazkirah dan kesimpulan yang saya boleh pelajari dari Tazkirah Jumaat yang saya kongsikan.

Untuk soalan saudara, saya hanya mampu tersenyum.

Saya tersenyum kerana, benar, kita sebagai hamba Allah, kita wajib mengikut perintahNya.

Namun, kita terkadang terlalu memberatkan hukum tanpa memahami apa yang diperintahkanNya.

Saya ambil analogi mudah. Kita diperintahkan untuk solat fardhu 5 kali sehari. Itu wajib diikuti dan tidak melaksanakannya adalah satu dosa. Nah, di sini, kita ada perintah, kita ada hukum, dan hukumannya.

Namun, dalam mahu menunaikan solat itu, ada cara-caranya, ada persediaannya, ada rukhsahnya.

Bolehkah kita solat dalam keadaan tidak cukup syarat untuk solat (hatta solat itu wajib)? Tidak bukan? Apa yang perlu kita buat? Cukupkan syarat sekurang-kurangnya untuk kita boleh solat.

Begitu juga untuk kita jalankan perintah Allah yang lain, termasuklah hukum-hukum agama untuk dilaksanakan. Jika cukup syaratnya, wajiblah kita jalankan perintah Allah itu.

Saya bagaikan terasa saudara mungkin juga merujuk kepada hukum Hudud, sebagai salah satu hukum Allah yang wajib kita laksanakan.

Untuk hal ini, saya pinta saudara rujuk balik tentang syarat-syarat hukum Hudud dan sejarahnya. Saya harap, apabila saudara membacanya, ada terjumpa ada satu ketika satu pemerintah Islam itu tidak menjalankan hukum hudud kerana keadaan semasa.

Apapun, terima kasih kerana bertanya.. dan secara kebetulan, soalan saudara ini merupakan antara satu topik yang saya ingin kongsi untuk Tazkirah Jumaat esok.

Wallahualam.. :)

p/s: jika saudara mengikuti artikel dan twitter saya, saya memang menyokong sebarang usaha Hudud dijadikan sebahagian undang-undang Malaysia. :)

Baiklah, sememangnya secara kebetulan, saya memang ada terfikir untuk membawa pembaca berfikir sejenak dalam muhasabah diri, terutama sekali dalam pada kita menghampiri hari mengundi untuk Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Berdasarkan pemerhatian saya, topik agama dan hudud ini, pastinya akan timbul, baik dalam ceramah politik mahupun ke sembang kedai kopi.

Tentang soalan yang diberikan ini, saya fikir saya sudah lihat beberapa kali, lebih kepada memberatkan hukum, dan ada kadangkala orang yang bertanya itu mengharapkan jawapan itu “memerangkap” si pemberi jawapan. Dalam keadaan soalan itu ditanya kepada saya, saya beranggapan soalannya ikhlas.🙂

Dalam jawapan saya kepada hamba Allah itu, saya berikan analogi, yang saya harapkan, ianya difahami.

Jika tidak faham, beginilah… ini soalan saya, dan saya fikir anda tahu jawapannya.

  1. Solat fardhu itu wajib?
  2. Jika tidak laksanakan, apakah hukumannya?

Ini dua soalan yang biasa kita tanya dan kita dapat jawapan yang ‘direct’. Kebiasaannya, bila sampai soalan no. 2, kita dah terdiam, tak boleh jawab. Jika ditanya, kebiasaan jawapan atau “tuduhan” yang diterima – “Apakah kau berani persoal hukum Allah?”

Ya, solat itu fardhu, dan meninggalkannya satu dosa besar. Namun, jika kita solat dalam keadaan tidak berwudhu, tidak tutup aurat, dalam keadaan hadas besar, apakah solat itu sah?

Maksud saya disini, untuk menjadikan solat itu sah dan semoga Allah terima solat kita, kita cukupkanlah apa yang patut untuk membolehkan solat kita sah.

Begitu juga dengan hukum Hudud atau mana-mana hukum Islam yang ingin kita laksanakan. Kalau ikut hukumnya, memang wajib dilaksanakan, tetapi kenapa dalam sesetengah perkara kita abaikan cara dan syarat?

Blog ini sudah menyentuh bab ini beberapa kali. Klik sini untuk membaca artikel-artikel yang pernah ditulis, baik dari sudut bukan politik dan politik.

Untuk tambahan, baca juga dua artikel ini, yang saya fikir menarik untuk dibaca (iaitu ini dan ini).

OK, jika dibaca artikel tambahan pertama dan kedua dan diperhalusi, keduanya juga bersetuju bahawa perlaksanaan hudud itu perlu mengambil kira beberapa perkara sebelum melaksanakannya, bukan secara membabi buta. Jika diingatkan kembali, TG Hj Hadi sendiri pernah menyebutkan pada ketika ini hudud bukan keutamaan. Renungkanlah!!!

Oh ya, sebagai tambahan, menurut Dr Abdul Aziz Bari, politiklah yang menghalang perlaksanaan hudud, bukan perlembagaan (sedutan dari Harakah ya).

Sebagai hambaNya, kita wajib menurut perintahNya. Dalam menurut perintahNya, pastikan betul caranya, jika tidak, sia-sia amalan itu.

Seingat saya, dalam menuntut agar hukum yang Allah tetapkan itu dijalankan, ramai yang terlalu menitik beratkan hukum, bukan bagaimana untuk melaksanakannya. 

Saya kadangkala terfikir, kenapa rakan-rakan bukan Islam kita begitu menentang hukum Allah. Manakan tidak, jika saya perhatikan dan berdasarkan pengalaman saya sendiri, bilamana bukan Islam berbicara tentang hukum Islam, sebagaimana kebanyakan kita yang umat Islam sendiri pun, lebih tertumpu kepada proses akhir hukum itu – iaitu menghukum, tanpa memahami proses-proses yang perlu dilalui sebelum hukum itu diadili, dijatuhi dan dijalankan.

Sama-samalah kita didik diri kita untuk memahami dan mengetahui bagaimana sesuatu hukum itu, bukan sekadar kata wajib buat, tapi tidak tahu buat atau bagaimana nak buat.🙂

Semoga Tazkirah Jumaat ini dapat memberi manfaat dan menjadikan kita hambaNya yang lebih baik.

Wallahualam…🙂

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s