Tazkirah Jumaat: UMNO Kafir, PAS Sesat…Renungan Untuk Muhasabah


Saya terpanggil untuk menulis sendiri untuk Tazkirah Jumaat kali ini, bukan sebagaimana biasa saya kongsikan artikel-artikel atau Tazkirah dari blog-blog atau laman yang saya telah baca dan sesuai untuk dikongsi bersama.

Ya, saya ingin menyentuh tentang satu perkembangan yang saya dapat lihat secara fizikal dan secara maya – mengkafirkan UMNO, menyesatkan PAS.

Saya dapat lihat, ada golongan-golongan yang kini, pada pandangan saya amat taksub, dan “mampu” menjatuhkan hukum kafir atau sesat sesama umat Islam. Ya, saya sedar, dalam hujah-hujah mereka ini, mereka akan sertakan sekali dalil-dalil yang mereka pegang semata untuk menguatkan hujah yang UMNO itu kafir atau PAS itu sesat. Keduanya bermain dalil naqli, yang mana si pendengar pasti susah nak tolak atau nak jawab kerana sebagai balas – “Berani engkau pertikai ayat Allah???!!!”. Barangsiapa yang menjawab, ada kemungkinan akan diteruskan dengan melabel dan tuduhan. Akhirnya, kita sesama umat Islam juga yang bergaduh…

Wahai sahabat-sahabat, terutama yang membaca blog ini secara istiqamah, saya pohon, tolonglah kita perbetulkan semua ini.

Jika UMNO=Kafir dan PAS=Sesat, dan berdasarkan dalil-dalil yang telah dipergunakan, agaknya, berapa ramai sebenarnya umat Islam di Malaysia ini? Apakah mereka yang berdaftar sebagai UMNO dan PAS kini sudah tidak muslim? Jadi.. apakah bermakna, mereka yang muslim adalah mereka yang tidak berpaksikan PAS dan UMNO?

Anggota PKR? Jika berdasarkan hujah yang biasa digunakan terhadap ahli UMNO, maka saya fikir, PKR juga “terhilang” keislamannya. Manakan tidak, PKR juga tidak meletakkan Islam sebagai asas pertubuhannya.

Jadi, jika mengambil kira beratnya pengkafiran dan penyesatan yang diisytiharkan kepada PAS dan UMNO sesama golongan ini, saya fikir, ramai yang sudah tidak Islam. Ramai yang perkahwinannya juga tidak sah, kerana bukan lagi Islam. Ramai yang berzina kerana perkahwinan terbatal kerana bukan lagi Islam…

Berhati-hatilah berbicara. Ya, kita boleh berbeza pendapat, tetapi janganlah sampai berpecah dan “menghilangkan” keislaman saudara kita. Ikutlah resmi dan contoh ulama-ulama terdahulu, imam-imam 4 mazhab.

Jika benar berpolitik cara Islam, terjemahkanlah dalam amal perbuatan. Saya pasti ramai yang pandai berkata-kata – kembalilah kepada Al-Quran dan Hadis yang telah ditinggalkan apabila berbeza pendapat.. tetapi sejauhmana diterjemahkan dalam perbuatan? Ketika ini, kedua golongan taksub yang mengkafirkan UMNO dan menyesatkan PAS juga “menggunakan” Al-Quran dan Hadis. Janganlah guna sebahagian dan tinggal sebahagian semata untuk menyokong hujah sendiri (tetapi diamkan apabila terkena batang hidung sendiri).

Tolonglah wahai saudara-saudaraku.

Jika benar Al-Quran dan Hadis menjadi pegangan, kita sewajarnya tidak akan jumpa “UMNO Kafir” atau “PAS Sesat”.

Pendakwah atau penyeru bukan penghukum. Meminjam dari kata-kata Ustaz Badli Shah dalam majalah Al-Ustaz (isu no 12, Mac 2013):

Sikap dan fikrah dibalik ungkapan penuh hikmat “du’ah la qudah” (dai bukan hakim), menjadikan pendakwah kembali fokus kepada peranannya iaitu menyeru, menyampai, mengubati dan mendidik. Yang sesat diberi petunjuk, yang berdosa diajak bertaubat, yang jahil dibimbing, dan yang kafir diislamkan.

Sekali lagi, tolonglah sahabat-sahabat dan saudara-saudaraku. Hentikanlah semua ini. Sampaikanlah kepada golongan-golongan yang taksub ini agar jangan menjatuhkan hukum dengan cara yang berhikmah.

Semoga Tazkirah Jumaat kali ini dapat memberi manfaat.

Wallahualam…

5 thoughts on “Tazkirah Jumaat: UMNO Kafir, PAS Sesat…Renungan Untuk Muhasabah

  1. Assalamualaikum w.b.t. ustaz, saya ingin bertanya..sekiranya telah diberi panduan serta petunjuk (Al-quran & Sunnah) tetapi masih lagi tidak diambil ia sebagai hukum utk dilaksanakan…apakah hukumnya dn adakah perlu kita bersama mereka lg..? mohon pencerahan…terima kasih..

    1. Waalaikumussalam,
      Pertama sekali, saya belum layak untuk gelaran ustaz itu. Saya hanya berkongsi tazkirah dan kesimpulan yang saya boleh pelajari dari Tazkirah Jumaat yang saya kongsikan.

      Untuk soalan saudara, saya hanya mampu tersenyum.

      Saya tersenyum kerana, benar, kita sebagai hamba Allah, kita wajib mengikut perintahNya.

      Namun, kita terkadang terlalu memberatkan hukum tanpa memahami apa yang diperintahkanNya.

      Saya ambil analogi mudah. Kita diperintahkan untuk solat fardhu 5 kali sehari. Itu wajib diikuti dan tidak melaksanakannya adalah satu dosa. Nah, di sini, kita ada perintah, kita ada hukum, dan hukumannya.

      Namun, dalam mahu menunaikan solat itu, ada cara-caranya, ada persediaannya, ada rukhsahnya.

      Bolehkah kita solat dalam keadaan tidak cukup syarat untuk solat (hatta solat itu wajib)? Tidak bukan? Apa yang perlu kita buat? Cukupkan syarat sekurang-kurangnya untuk kita boleh solat.

      Begitu juga untuk kita jalankan perintah Allah yang lain, termasuklah hukum-hukum agama untuk dilaksanakan. Jika cukup syaratnya, wajiblah kita jalankan perintah Allah itu.

      Saya bagaikan terasa saudara mungkin juga merujuk kepada hukum Hudud, sebagai salah satu hukum Allah yang wajib kita laksanakan.

      Untuk hal ini, saya pinta saudara rujuk balik tentang syarat-syarat hukum Hudud dan sejarahnya. Saya harap, apabila saudara membacanya, ada terjumpa ada satu ketika satu pemerintah Islam itu tidak menjalankan hukum hudud kerana keadaan semasa.

      Apapun, terima kasih kerana bertanya.. dan secara kebetulan, soalan saudara ini merupakan antara satu topik yang saya ingin kongsi untuk Tazkirah Jumaat esok.

      Wallahualam..🙂

      p/s: jika saudara mengikuti artikel dan twitter saya, saya memang menyokong sebarang usaha Hudud dijadikan sebahagian undang-undang Malaysia.🙂

  2. Salam Tuan Penulis,

    dengan izin saya mohon share artikel tuan dalam media baru. Sakit hati saya sebagai muslim melihat saudara seagama menuduh si dia kafir dan si dia sesat. mereka bertelagah dan benci membenci ibarat palestin dan israel. mereka lupa dan mereka terlalu taksub. bila kita berpecah, yang menang adalah kaum kafir.

    tiada siapa layak mengaku dirinya paling benar dan orang lain semua nya salah kerana sifat itu adalah sifat firaun.. kita lupa sejarah dan paling ramai buta sejarah adalah bangsa kita.

    moga tiada bala dari Allah untuk bumi Malaysia akibat perbuatan dan perlakuan hamba-hamba nya yang tersilap.. semoga Allah memberi mereka hidayah.

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s