Tazkirah Jumaat: 3 Golongan Manusia Yang Hampir Melangkah Ke Dalam Syurga Tetapi Di Rejam Ke Dalam Neraka


Pertama sekali, mohon maaf kerana kurang istiqamah berkongsi Tazkirah Jumaat.

Minggu ini, saya ingin membawa perhatian kepada satu artikel ini. Isi kandungan ini saya pernah dengar di suatu majlis Tazkirah semasa saya di sekolah dahulu, dan sedikit sebanyak telah membantu saya supaya berhati-hati dan beringat agar tidak tergolong dalam 3 golongan ini kerana satu perkara yang tertinggal. Sila baca artikel ini yang saya petik dari blog ini.

Terdapat 3 golongan yang hampir-hampir melangkah masuk ke dalam syurga, namun akhirnya dia dilemparkan ke dalam api neraka……… 

1. Seorang mujahid, yang berjuang dan akhirnya dia mati syahid.Dia hampir melangkah masuk ke dalam syurga, tapi sebelum dia melangkah, ALLAH bertanya kepadanya,“Wahai Mujahid, kenapa kamu masuk ke dalam syurga?” Berkatalah oleh dia kepada ALLAH, “Aku masuk ke dalam syurga kerana aku mati syahid, kerana berjuang ke jalanMu ya ALLAH. “

Kemudian ALLAH menjawab, “Kau cuma berdusta, kau sebenarnya bukan berjuang untuk aku, tetapi kau berjuang dan syahid hanya untuk dikenang sebagai wira dan mahu diangkat sebagai hero didalam masyarakat selepas kematianmu..” Maka dengan itu, si mujahid ini, dilemparkan ke dalam api neraka.

2. Seorang yang mengajar ilmu kepada orang.Hampir sahaja melangkah masuk ke dalam Syurga apabila ALLAH bertanya kepadanya, “Wahai kamu, tahukah kamu mengapa kamu masuk ke dalam syurga?” Lalu si guru pun menjawab, “aku masuk kedalam syurga kerana semasa hidupku, aku mengajar ilmu kepada orang, ilmu yang bermanfaat, ilmu yang supaya orang semakin mendekatiMu Ya ALLAH.”
Lalu ALLAH berkata, “Kau tipu, sebenarnya kau mengajarkan ilmu ketika hidupmu bukan untuk itu, kau hanya mahu mengajar kerana hendak wang,glamor dan dihormati sebagai guru, seorang ustaz, seorang guru, alim ulama’ yang mengajarkan ilmu Aku kepada mereka. Maka atas sebab itu juga, kau akan aku masukkan ke dalam neraka ku.”

3. Si kaya raya yang suka bersedekah.Sudah hampir menjejakkan kaki kedalam syurga tapi sebelum itu bertanya ALLAH kepadanya,“Wahai hambaku, tahukah kamu mengapa kamu mendapat balasan syurgaKu?” Maka dijawab olehnya, “Wahai Tuhanku, aku dahulu semasa hidupku telah kau kurniakan aku dengan kekayaan, dan dengan harta kurniannyaMu itu, aku gunakan untuk jalanMu, aku sedekahkan kepada anak yatim, aku berikan kepada orang miskin, pendek kata, hartaku banyak kugunakan demi untuk kepentingan memartabatkan agamu Ya ALLAH. “
Sekali lagi ALLAH menjawab,“Kau tipu dalam beribadat, yang kau lakukan itu hanya demi mendapat kan title “Dermawan” ketika kau hidup satu ketika dahulu, perbuatanmu itu bukan untuk mendapat redhaku.” Dan si kaya raya juga turut dilemparkan ke dalam api neraka yang maha siksa dan pedih azab
siksanya.

Dari ketiga-tiga contoh yang diceritakan di atas itu, mempunyai satu kaitan sahaja sebenarnya, iaitu KEIKHLASAN dalam kita beribadat. Jika berniat hanya kerana ALLAH, maka amalan kita takkan terpesong, tapi sekiranya hanya kerana inginkan pengiktirafan dari hamba, maka yang kita dapat hanyalah pengiktirafan dari mereka, tapi bukan dari ALLAH.

Nukilan OnDaStreet: Ya, IKHLAS itulah yang dirisaukan tertinggal dalam amalan. Tanpa keikhlasan, amalan itu tidak bermakna.

Saya telah berikan satu artikel yang berkaitan dengan “IKHLAS” dahulu, dimana dalamnya saya nukilkan:

Jika benar kita ikhlas kerana Allah, apakah mungkin kita akan bertelagah sesama kita, mencari dan mendedah aib untuk menunjukkan kita “adalah lebih baik”? Apakah jika benar kita ikhlas kerana Allah, kita akan lebih mencari titik perbezaan atau titik persamaan? Apakah benar jika kita ikhlas kerana Allah, kekurangan itu didepani atau diuruskan dengan cara berhikmah dan memperbaikinya?

Dari sudut pandang hidup ini, jika benar kita ikhlas kerana Allah, mungkin kita akan kurang stress atau mengalami tekanan hidup. Ini kerana, Allah akan menguji hambaNya dengan apa yang hamba itu mampu tanggung dan lakukan.

Dari sudut pandang sosial, jika benar kita ikhlas kerana Allah, kita akan bantu memperbaiki dan usaha bersama menjadikan masyarakat kita menjadi lebih baik dengan bukan dengan cara menuding jari semata tetapi duduk tanpa usahakan memperbaikinya, tetapi dengan berusaha bersama secara berhikmah.

Dari sudut pandang politik, jika benar kita ikhlas kerana Allah, kita akan berusaha menjadi lebih baik tanpa memburukkan pihak lawan. Dengan memberikan yang pilihan dan khidmat yang baik (tanpa memburukkan lawan), rakyat akan dapat menilai dan dididik atas perkara yang baik. Cuba bayangkan, bagaimana agaknya jika semasa pemilihan khalifah pertama (dan khalifah-khalifah yang seterusnya), orang Islam diperhidangkan dengan keburukan para calon khalifah, apakah yang mungkin terjadi?

Marilah kita muhasabah diri. Perbetulkan mana yang tidak betul.

Saya percaya, jika kita ikhlas kerana Allah, kita tidak akan taksub. Dan memandangkan PRU13 pun bila-bila masa, dengan ikhlas kerana Allah, saya fikir kita tidak akan taksub kepada kepartian mahupun pemimpin yang ada pada hari ini.

Sama-samalah kita perbaiki diri, agar menjadi hamba Allah yang lebih baik..

Wallahualam…

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s