Tazkirah Jumaat: Yahudi Dan Nasrani Tidak Akan Redha Terhadap Muslim


Untuk Tazkirah Jumaat kali ini, ingin saya kongsikan artikel berikut.. dan fikir-fikirkanlah ada kaitan atau tidak dengan suasana sekarang, ditambah dengan isu terjemahan kalimah Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu. Sila baca:

Gambar-gambar yang membuktikan betapa penggunaan nama ALLAH yang ternyata disalahgunakan dari kacamata aqidah Islam, dan jelas mengelirukan dan boleh membawa kesan negatif kepada keharmonian dan ketenteraman awam dalam negara kita.

Sebenarnya ALLAH telah memberi amaran dan peringatan kepada kita umat Islam tentang dakyah dan konspirasi halus Yahudi & Kristian ini yang tidak akan redho dan setuju dengan kita umat Islam selama-lamanya selagi kita tidak mengikut cara kehidupan dan kemahuan mereka:

Al Baqarah 120 : “Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah ‘sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar’. Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang kepada kamu ‘ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.

Dan ALLAH menceritakan kepada kita tentang kesesatan, kekufuran dan kesyirikan golongan Yahudi & Kristian ini dengan menyalahgunakan nama ALLAH ini:

At Taubah (30-32): “Kaum Yahudi mengatakan , ‘Uzair itu anak ALLAH’ dan kaum Kristian pula berkata ‘Isa (Jesus) itu anak ALLAH. Demikian itulah ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu. Dila’nati ALLAH mereka, bagaimana mereka sampai berpaling”.

“Mereka (Yahudi & Kristian) menjadikan orang ‘alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain ALLAH, dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih Putera Maryam (Jesus); padahal mereka hanya disuruh menyembah ALLAH Tuhan Yang Satu, tidak ada tuhan (yang berhak disembah) selain Dia (ALLAH). Maha suci ALLAH dari apa yang persekutukan”.

Mereka mahu memadamkan cahaya (agama) ALLAH dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan ALLAH tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang kafir tidak menyukainya”.

Dan ALLAH menegaskan bahawa apa jua pun, ALLAH telah mengutuskan Rasul dan kitab Al Quran yang benar dan hak, dan akan pasti menang atas segala agama lain, walaupun kafir musyrikin tidak suka dengannya.

At Taubah (33) : “Dialah ALLAH yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk (Al Quran) dan agama yang benar, untuk dimenangkannya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak suka!”

Dan ALLAH memberikan penegasan yang muktamad tentang hakikat ketuhanan dan ketauhidan kepada ALLAH ini.

Al Ikhlas  (1-4): “Katakanlah, “Dialah ALLAH Tuhan Yang Maha Esa (Satu), ALLAH adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu, Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada sesuatu pun yang sekufu (setaraf) dengan Dia”.

Malahan sebenarnya isu penggantian nama God kepada ‘ALLAH’ ini juga muncul di Eropah Isnin lepas. Seorang tokoh kanan Roman Kristian Katolik di Belanda yang berusia 71 tahun Bishop Tiny Muskens mencadangkan supaya penganut Kristian menggantikan nama God kepada ‘ALLAH’, namun cadangan beliau dibantah keras oleh tokoh-tokoh Kristian Euro-Amerika.

Seorang tokoh dan ilmuan Kristian di Amerika, Dr. R. Albert Mohler, Jr., President of The Southern Baptist Theological Seminary, menegaskan bahawa,

“it is inappropriate for Christians to call God “Allah” based on irreconcilable theological differences associated with the name “Allah” and core Christian beliefs.The key condition behind calling the Christian God “Allah” is that “Allah” must refer to the same God as the one in the Bible. However, this requirement presents “a huge problem for both Muslims and Christians,” contends Mohler.The theologian pointed out that the Qur’an explicitly denies that “Allah” has a son, and Islam considers the idea of a triune God to be blasphemy. “Thus, from its very starting point Islam denies what Christianity takes as its central truth claim – the fact that Jesus Christ is the only begotten Son of the Father,” wrote Mohler on his web blog Wednesday. “If “Allah” has no Son by definition, “Allah” is not the God who revealed himself in the Son. How then can the use of “Allah” by Christians lead to anything but confusion …and worse?”.

Berdasarkan itu, saya ingin bertanya kepada segelintir Melayu di Malaysia ini yang beriya-iya sangat menyokong kemahuan segelintir Kristian di Malaysia ini yang mahu menggunakan nama ALLAH dalam bentuk triniti- bahawa ALLAH itu adalah Tuhan Bapak, Tuhan Anak & Roh Suci, apakah kamu bersetuju dan redho dengan kemahuan itu? Bagaimana kita boleh sampai menjadi golongan yang ‘summum bukmum ‘umyum faahum-buta, pekak dan bisu!! “Ingatlah “Ar ridho bil kufr..kufr. Mereka yang redho dengan kekufuran itu adalah kafir!! Na’uzubillah minzaalik.

Sebab itu saya menyeru kepada diri saya dan seluruh umat Islam yang masih punya walau sekelumit iman, bertaubatlah kita kepada ALLAH dan kembalilah kita kepada petunjuk Al Quran dan Sunnah. Ingatlah pesanan ALLAH di dalam surah Al Baqarah:2, ” sesungguhnya Al Quran itu tiada sedikit pun keraguan kepadanya, menjadi petunjuk bagi mereka yang menuju ketaqwaan”. Dan ingatlah pesanan Rasulullah saw dalam khutbatul wida’, “aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang selagi kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat..iaitu Al Quran dan Sunnahku”. “Dan sampaikanlah kepada mereka yang tidak hadir pada hari ini (hari wukuf haji Rasulullah), semoga mereka yang terkemudian yang mendengarnya lebih memahaminya”.

Dan pesan saya kepada diri saya dan saudara/i yang se aqidah dengan kalimah Tauhid Laa ila ha illallah, janganlah kita terpedaya dan terpesona dengan mainan hidup didunia ini. Janganlah kita menjadi saperti kalkatu, yang begitu terpesona dengan keasyikan cahaya pemusnah, dan terus berebut pergi kapadanya walaupun mereka tahu cahaya itu akan memusnahkan mereka. Janganlah kita menjadi Muslim Al-Kalkatu, sehingga sanggup menjual agama dan Tuhannya sendiri demi mengejar sedikit habuan didunia ini!!

Ya ALLAH, persaksikanlah bahawa aku telah menyampaikan amanat itu. Semoga ALLAH memberikan keampunanNya, dan menganugerahkan petunjuk, taufiq dan hidayahNya, dan memberikan istiqomah dalam perjuangan membela, mempertahan, dan menobatkan syariat dan risalah tauhid ini. Ameen ya robbal ‘alameen.

Nukilan OnDaStreet: … dah tak mampu nak kata apa-apa. Dimulakan oleh golongan Kristian, untuk Bible versi Bahasa Melayu.. tetapi yang berbalah adalah kita yang beragama Islam.

Fikir-fikirkanlah.. terutama yang sungguh arif dan pantas keluarkan dalil yang pelbagai ni.. bukan nak memperolokkan golongan ini, tetapi ada sedikit rasa hampa dan menyampah kerana hanya keluarkan dalil untuk pandangan yang tak adil.

Tak risau balasan Allah ke kat akhirat sebab salah guna ilmu?

Semoga Tazkirah Jumaat kali ini dapat memberikan maksud untuk kita menjadi hamba Allah yang lebih baik.

Wallahualam…

3 thoughts on “Tazkirah Jumaat: Yahudi Dan Nasrani Tidak Akan Redha Terhadap Muslim

  1. Tolong ODS terjemahkan ajaran Nabi Musa dan Nabi Isa ini dalam bible ini:.

    In the New Testament, Jesus Christ ( عليه سلام ) said: ‘Hear, O Israel, the Lord our God, the Lord is One. / And you shall love the Lord your God with all your heart, with all your soul, with all your mind, and with all your strength.’This is the first commandment. / And the second, like it, is this: ‘You shall love your neighbour as yourself.’There is no other commandment greater than these.” (Mark 12:29-31).

    Serta ajaran Nabi Musa ke Bani Israel ni.

    Book of Deuteronomy (6:4-5), a centrepiece of the Old Testament and of Jewish liturgy, says: Hear, O Israel: The LORD our God, the LORD is one! / You shall love the LORD your God with all your heart, and with all your soul, and with all your strength.(6:4-5).

    Apakah kita akan jatuh murtad dan keluar dari Islam kalo kita memahami “The LORD our God, the LORD is one” ini sebagai Allah?

    Nooh Gadut: Mereka benarkan penggunaan kalimah Allah di Bible boleh jadi murtad

    JOHOR BAHARU, 12 Jan (Bernama) — Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut berkata mereka yang membenarkan penyelewengan penggunaan kalimah Allah boleh jadi murtad dan perlu bertaubat dengan segera.

    Menurutnya kalimah Allah adalah hak mutlak agama Islam serta mereka yang mengucap dua kalimah syahadah iaitu kalimah penyaksian, sumpah setia dan akujanji terhadap keEsaan Allah S.W.T.

    “Apabila sesuatu hukum telah tercatat di dalam Al Quran dan Hadis, selain ijmak ulamak, maka ia tiada kompromi.

    “Daripada segi hukum kalau seseorang itu melanggarnya, dia boleh jadi murtad dan kafir sekiranya perbuatan itu dilakukannya dengan keadaan sengaja dan waras,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Wakaf dan Perancangan Harta Pusaka Islam, di sini hari ini.

    Katanya, di dalam Al Quran jelas menerangkan kalimah Allah merupakan kalimah eksklusif untuk orang Islam sepertimana dalam Surah Thaha ayat 14 maksudnya,

    “Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Aku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Aku”.

    “Jadi jelas barang siapa yang mengatakan agama semua sama, hukumnya murtad.

    “Kerana itu apabila bercerita tentang akidah dan hukum, ia tidak boleh ditafsirkan mengikut politik sama ada politik pembangkang atau politik kerajaan,” katanya.

    Nooh berkata, jika penggunaan kalimah Allah dibenarkan dalam Bible versi bahasa Melayu ia akan menimbulkan kekeliruan kerana menurutnya di dalam agama Kristian itu sendiri terdapat tiga nama tuhan.

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s