Isu Kalimah Allah: Mat Sabu Meranjau Atau Diranjau?


“Ranjau” adalah satu perkataan yang biasa saya dengari dan gunakan semasa di sekolah dahulu, yang membawa maksud mengenakan atau dikenakan.

Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita baca laporan Harakahdaily ini (bukan Utusan Malaysia ya):

KUALA LUMPUR: Mohamad Sabu menyatakan sokongan kepada pendirian PAS dalam isu penggunaan kalimah Allah.

“Saya bukan ahli agama, tapi saya menyokong apa yang telah diputuskan oleh Mursyidul Am PAS (Tuan Guru Nik Aziz) dan Presiden PAS (Tuan Guru Abdul Hadi) dalam isu penggunaan kalimah Allah,” kata Timbalan Presiden PAS itu kepada Harakahdaily.

Beliau turut menjelaskan tidak mengikuti perkembangan isu kalimah Allah yang tercetus sejak Krismas yang lalu kerana baru saja pulang dari luar negara.

“Jadi kenyataan Tuan Ibrahim saya pun tak baca lagi,” kata beliau.

PAS telah menyatakan pendirian boleh menerima bahawa orang Kristian berhak menggunakan nama Allah dalam gereja atau sebarang upacara agama mereka sebagaimana keputusan sebelum ini.

Manakala, PAS berpendirian terjemahan Bible harus mengikut teks asal di mana Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah ‘God’ dengan ‘Tuhan’ dan bukannya ‘Allah’ untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal.

Perkara itu ditegaskan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman baru-baru ini.

Mohamad berkata ketika menjawab soalan wartawan-wartawan yang menelefonnya, beliau hanya merujuk kepada penggunaan kalimah Allah secara awam di mana PAS telah memutuskan bahawa orang bukan Islam boleh menggunakannya.

“Saya tidak merujuk kepada terjemahan kitab Bible tapi hanya penggunaan kalimah Allah secara general,” kata beliau.

Sekarang sudah ada dua kenyataan secara “rasmi” daripada PAS. Satu, rujukan pada 2010, yang mana, ya, pada ketika itu, PAS memang benarkan. Satu lagi, TIDAK membenarkan.

Saya harap PAS tidak bermain politik. Kita mahu satu keputusan dan pendirian daripada PAS, bukan pendapat PERIBADI.

Terima kasih.

Soalan dijalanan: Semalam DS Anwar kata kalimah Allah HAK MUTLAK umat Islam. Kafirkah DS Anwar jika begini (mengenangkan, mereka yang menyokong tidak membenarkan dikatakan cetek dan ada yang mendakwa terkeluar dari Islam kerana tidak ikut apa yang terkandung dalam Quran)?

2 thoughts on “Isu Kalimah Allah: Mat Sabu Meranjau Atau Diranjau?

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s