Buku Latihan 1Malaysia: Najib tagih sokongan pelajar sekolah… Pengajaran Untuk @Keadilan_Daily


Awal hari ini, Suara Keadilan telah menyiarkan sebuah artikel yang bertajuk “Buku Latihan 1Malaysia: Najib tagih sokongan pelajar sekolah“. Artikel itu mendapat perhatian beberapa pihak, termasuk OnDaStreet. Akan tetapi, pada ketika artikel ini ditulis, artikel Keadilan Daily tersebut telah ditarik balik.

Walaupun begitu, di laman Nasional, masih boleh dilihat cebisan berita tersebut:

Sebelum ini, OnDaStreet sekali sekala sahaja masuk membaca berita di Suara Keadilan, kerana kebanyakan berita diulang tayang. Balik-balik Altantuya, Rosmah.. Seolah itu sahaja berita panas yang boleh dilaporkan.

Namun, semenjak semalam, berdasarkan twitter, saya tidak dapat lari dari untuk membaca kerana tajuknya dan cerita yang cuba disampaikan.

Sebagai contoh, isu jet peribadi yang dinaiki oleh DS Anwar Ibrahim.

Bagi OnDaStreet, terpulanglah kepada DS Anwar mahu naik apa sekalipun, apatah lagi jika dipinjamkan oleh rakannya. Saya percaya rakannya meminjamkan itu ikhlas dan tidak mengharapkan apa-apa balasan.

Namun, agak pecah perut juga apabila Keadilan Daily boleh melaporkan berita berikut dengan tajuk “Isu jet supaya tokoh korporat henti sokong Pakatan – Anwar“:

(Oleh Mohd Martin Kahar)

KUALA LUMPUR 24 September: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, media Umno BN sengaja membesar-besarkan isu beliau menaiki jet bagi manakut-nakutkan ahli korporat supaya tidak membantu pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan).

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, dengan berbuat demikian, tokoh-tokoh korporat takut berurusan dengan pimpinan Pakatan kerana bimbang perniagaan mereka akan terjejas.

“Orang yang curi bilion ringgit, curi tanah ratus ribu ekar tidak diisukan. Tapi, menaiki jet dijadikan isu besar. Kononnya untuk menakut-nakutkan ahli korporat supaya jangan bantu Pakatan Rakyat. Kalau bantu akan jadi isu besar dan bakal jejas perniagaan,” katanya mengulas laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini berkenaan isu tersebut.

Anwar berkata demikian pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ketua Umum KEADILAN itu menjelaskan, beliau dan beberapa pimpinan Pakatan lain menggunakan pesawat itu kerana menghadapi masalah penerbangan ketika dalam perjalanan dari Labuan ke Kota Kinabalu semasa menghadiri sambutan Hari Malaysia di Sabah dan Sarawak pada 15 September lalu.

Menurutnya, mereka ke sana untuk menerima penyertaan tokoh politik Sabah, Tan Seri Ibrahim Menudin ke dalam KEADILAN.

“Ada masalah daripada Labuan ke Kota Kinabalu. Masa itu tiada penerbangan petang. Jadi kita terpaksa atur bot laju. Tapi saya ada masalah naik bot selama dua jam…Maka ada seorang rakan membantu memberi pinjam jet,” katanya.

Anwar berkata, pemilik jet tidak mempunyai kepentingan politik di mana-mana negeri yang ditadbir Pakatan.

“Dia cuma bantu…macam kereta saya rosak, saya pinjam kereta orang.. Itu tak jadi masalah. Saya dah periksa, dia tiada apa-apa kepentingan. Saya pun bimbang kalau dia nak mintak tanah atau apa-apa,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar secara berseloroh berkata, beliau mahu meminjam jet berkenaan jika pemiliknya sudi meminjamkan sekali lagi.

Baiklah. Isunya mengenai jet peribadi yang dinaiki. Apa yang saya nampak adalah proBN mempersoalkan siapa punya jet, bagaimana urusan berkaitan jet dan betapa bezanya nilai “zuhud” dan mesra rakyatnya yang selama digambarkan untuk Pakatan Rakyat. Tidak langsung terlintas yang DS Anwar ataupun Keadilan Daily boleh memutar cerita sehingga mengatakan isu ini adalah untuk menakutkan tokoh korporat Malaysia untuk membantu Pakatan Rakyat.

Apakah pembaca fikir tokoh korporat kita bodoh dan penakut? Jika semua tokoh korporat kita bodoh dan penakut, sehinggakan tidak lagi membantu Pakatan Rakyat, siapa pula yang menyalur dana yang banyak untuk Pakatan Rakyat? Saya tidak fikir kutipan derma melalui ceramah boleh begitu banyak, kerana ramai maklum, nak kutip derma nak bina masjid pun ambil masa yang lama, inikan pula menyediakan prasarana dan kemudahan untuk Pakatan Rakyat.

Dengan gendang PRU semakin kuat, OnDaStreet amat mengharapkan rakyat Malaysia, terutama pembaca blog ini agar bijak dan adil apabila membaca dan menilai sumber.

Soalan dijalanan: Bila pelajar sekolah boleh mengundi?

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s