#MyMalaysia: Bantahan “Innocence of Muslim”.. Antara Keindahan & Persoalan


 

Hari ini telah berlangsungnya demonstrasi bantahan terhadap penghinaan yang telah dibuat melalui filem “Innocence of Muslim”, dianjurkan oleh PAS dan UMNO yang disertai umat Islam tidak mengira parti. Sungguhpun dilakukan di dua tempat berbeza, ianya tetap melambangkan perpaduan dan kesepakatan mengenai isu ini. Untuk itu, tahniah diucapkan.

Sesungguhnya saya amat seronok dan bersyukur dengan perkembangan ini, memandangkan pada kebanyakan masa, PAS dan UMNO seolah tidak boleh berpakat langsung. Di kebanyakan masa, “janji lawan” digunakan, biarpun satu lagi pihak (tidak kira UMNO atau PAS) melakukan perkara yang betul. Oleh itu, saya amat berharap dan berdoa agar disebalik insiden yang mengguris hati umat Islam ini, terdapat satu hikmah dimana sinar dan harapan untuk dua parti terbesar muslim melayu untuk bekerjsama dan sependapat demi kebaikan ummah itu masih ada.

Indah bukan pemandangan di atas?

Apa yang saya harapkan juga adalah bukan hanya hinaan dan cacian terhadap Rasulullah sahaja yang dipertahankan, tetapi biarlah amalan kita sebagai umat Islam juga dipertingkatkan. Jangan hanya pertahan Nabi, tetapi amalan kita entah kemana. Jangan hanya pertahan Nabi, tetapi sunnahnya kita campak entah kemana.

Cuma, apa yang kurang sedap adalah gambar ini (yang diperoleh dari laman ini):

Jadi.. apakah benar Syiah telah bertapak? Apakah benar, salah satu pintunya di Kelantan?

Selain itu juga, yang kurang enak juga adalah pertikaian “niat” demonstrasi atau apa-apa tindakan dan usaha yang dilakukan oleh orang lain. Biarkanlah. Jika orang itu tidak ikhlas, malah mungkin sampai tahap munafik, hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Jangan pula masa ini pun mahu “cah keting”!!!

Soalan dijalanan: Berapa banyak sunnah, pesanan dan ajaran Rasulullah yang anda amalkan (bukan buat sekali sekala tau)?

 

 

 

 

About these ads

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s