Tazkirah Jumaat: Adab Menegur


Sebelum ini, telah dikongsikan sebuah artikel mengenai menegur. Untuk Tazkirah Jumaat kali ini, saya ingin kongsi satu artikel lagi mengenai adab menegur. Mari kita baca, renungkan dan amalkan:

Tegur menegur adalah satu sikap atau perbuatan yang baik pada pandangan aku. Memang kita sebagai manusia perlu mendapat teguran dari orang lain kerana kita bukan maksum bebas dari segala dosa. Dari situlah kita akan sedar kesilapan, kesalahan dan kelemahan diri kita. Dan dari situlah kita akan dapat meningkatkan pengetahuan dan pengalaman. Setiap orang mesti pernah merasa ditegur oleh orang lain apabila melakukan kesalahan. Aku yakin mesti ada yang dapat menerima teguran dan tak kurang juga yang tidak boleh menerima teguran dari orang lain. Biasanya orang yang tak boleh terima teguran ni adalah jenis yang angkuh, sombong,bongkak dan bangga diri. Mereka rasa diri tu dah terlalu baik dan hebat sehingga apa yang dibuat walaupun salah tetapi ianya tetap betul. Kalau ditegur jugak mesti melenting dan meradang, silap gaya yang menegur tu pulak yang kena hambur dengan cacian.

adab menegur

Begitu juga dengan orang yang nak menegur. Nak menegur kesilapan atau kesalahan orang mestilah beradab dan penuh hormat. Bukannya dengan cara yang boleh mendatangkan perasaan malu kepada orang yang ditegur tu. Ada segelintir, mereka menegur dengan penuh kasar dan biadab. Kalau ye pun rakan kita tu tersilap, kan ke kita boleh beri nasihat baik-baik. Bukanya dengan intonasi yang bongkak dan bangga. Umpama diri tu aje yang betul. Seboleh-bolehnya kalau nak menegur tu biarlah dalam situasi kita dan dia sahaja, elakkanlah menegur di khalayak ramai. Kalaulah tengah ramai-ramai, then korang terpandang zip seluar sorang rakan ni terbukak(lupa nak zip), janganlah terus “woi!zip ko terbukak tu”..korang kalaulah kene tegur macam tu tengah geng ramai-ramai, nak-nak ada awek-awek manis jelita..agak-agak merah tak muka..agak-agak rase nak lari balik tak..malu wooo. Sepatutnya kita terus bisik kat rakan tu atau terus ajak rakan tu ketempat orang tak leh dengar, then baru bagi tau. Kan ke baik adabnya tu. Sekurang-kurangnya die malu kat kite aje. Itu aku bagi contoh yang ringan lah.

Contoh lainnya, apabila rakan kita buat surat panggilan mesyuarat dan berlaku kesilapan pada surat tu, janganlah sound “ko buat surat macam mana ni! Takkan ini pun taktau”. Agak-agak panas hati tak orang yang menerima teguran pedas tu. Letak aje lah kita kat tempat orang tu, agak-agak apa rasa. Ada beberapa perkara perlu ditekan jika ingin menegur seseorang. Info ni aku kutip dari beberapa blog yang aku baca:

1) Tegur dengan suara yang lembut.

2) Tidak menegur dengan suara yang tinggi atau menguatkan suara.

3) Elakkan dari menegur kesilapan atau kesalahan seseorang di depan khalayak ramai.

4) Tegurlah dengan menggunakan perkataan-perkataan yang baik agar tidak menyinggung perasaan orang yang ditegur.

5) Sebelum menyebut kesilapan seseorang, cuba lah bermukadimah dengan perkara yang boleh membuat seseorang itu gembira.

6) Selepas membuat teguran pastikan anda meminta maaf atas teguran yang dibuat. Cubalah memujuk hatinya supaya jangan terasa atas teguran itu.

Sebab teguran jugaklah boleh menyebabkan tali persaudaraan sesame islam boleh terputus. Sebab teguran jugak boleh menyebabkan dua individu itu bermusuh. Tapi tak semua orang begitu. Hanya segelintir sahaja yang bersikap buruk macam tu. Asalkan kita sedar siapa kita, apa tujuan kita hidup, tahu dari mana kejadian kita, maka takkan berlaku perkara-perkara sebegitu.

Nukilan OnDaStreet: Dengan cara, bahasa, pendekatan yang betul dan berhikmah, insyaAllah teguran itu akan diterima dengan terbuka dan baik. Yang menegur, tegurlah cara yang baik dan berhikmah, tetapi janganlah pula mahu yang ditegur itu kena ikut 100% apa yang dimahukan oleh si penegur.

Jadilah umpama air.. biarpun menitik satu demi satu, jika konsisten dan berterusan, insyaAllah, batu pun boleh dipecahkan.

Semoga Tazkirah Jumaat kali ini membawa manfaat dan faedah untuk kita memperbaiki diri kita, insyaAllah.

Wallahualam..🙂

2 thoughts on “Tazkirah Jumaat: Adab Menegur

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s