Tazkirah Jumaat: Amal Makruf, Nahi Mungkar… Tapi Terpilih???


Untuk Tazkirah Jumaat kali ini, saya ingin membawa pembaca merenung seketika untaian kata yang biasa kita dengar, iaitu “amal makruf, nahi mungkar”.

Biasa dengar bukan? Malah ada yang biasa juga menuturkannya. Pasti, saya mengandaikan, ramai yang faham akan maksud bait-bait tersebut – mengamalkan kebaikan, dan menjauhi kemungkaran, bersesuaian dengan antara dalil naqli –

“Hendaklah terdapat antara kamu segolongan yang menyeru dengan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Itulah golongan yang berjaya.”
(Surah Ali-Imran, ayat 104)

Saya juga pasti, dalam Islam, amal makruf nahi mungkar ini tidak khusus hanya kepada sesuatu pihak. Cuba baca beberapa contoh artikel berkaitan dengan amal makruf nahi mungkar ini (seperti ini, ini, ini, ini, ini dan ini.. ada 6 kesemuanya), dan saya pasti, tiada dalil yang mengatakan amal makruf ini hanya kepada sesuatu pihak sahaja.

Akan tetapi, apa yang dapat ramai daripada kita lihat hari ini, amal makruf nahi mungkar itu seolah terpilih dan hanya tertumpu kepada sesuatu pihak sahaja.

Sebagai contoh, (ini yang kerap saya jumpa ya), nahi mungkar itu hanya kepada BN, tetapi tidak kepada PR. Alasan mendedah buruk BN itu adalah nahi mungkar, tetapi nahi mungkar PR, perlu ada disiplinnya. Kenapa begitu?

Amal makruf nahil mungkar ini sesungguhnya tidak terhad hanya kepada satu-satu pihak. Islam mengajar kita untuk adil. Bersikap adillah kita. Janganlah kita ambil sebahagian, dan membuangkan sebahagian.

Kepada proBN dan proPAS yang beragama Islam, yang memang pekat politiknya, saya doakan terbukalah pintu hati itu untuk bersikap adil. Janganlah gunakan dalil dan hujah hanya untuk pertahankan pihak sendiri, dan mencari kesalahan orang lain.

Sekali lagi, saya ingin berpesan kepada diri sendiri dan para pembaca, bersikap adillah kamu dalam mengamalkan amal makruf nahi mungkar. Lebihkanlah amal makruf daripada asyik nak dedahkan buruk orang atas nama nahi mungkar (tapi mungkar rakan-rakan sendiri, diam buat tidak tahu).

Semoga Tazkirah Jumaat kali ini memberi manfaat kepada semua.

Wallahualam…

 

 

 

One thought on “Tazkirah Jumaat: Amal Makruf, Nahi Mungkar… Tapi Terpilih???

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s