Mengundi @anwaribrahim Ibarat Menempah Bilik Neraka


NOTA: Sebelum hendak melenting tidak tentu pasal, baca sehingga habis dahulu, fahamkan dan fikir. Terima kasih

Begitulah tajuk imej akhbar Harakah yang diberikan kepada saya baru baru ini:

Sebelum ini pun, saya ada melihat satu imej surat khabar lama Utusan, yang mana, saya percaya ditimbulkan oleh pro Pakatan Rakyat kerana tajuk muka depannya berbunyi seperti tidak memihak Barisan Nasional ketika ini.

Satu trend? Saya tidak tahu. Akan tetapi, apa yang pasti, kita boleh belajar sesuatu dari tajuk-tajuk sebegini.

Antara yang bermain difikiran saya apabila disuakan imej ini adalah, betapa bencinya PAS kepada DS Anwar Ibrahim dahulu. Betapa teruknya taraf DS Anwar ini sehinggakan dikata mengundi beliau ibarat menempah bilik neraka.

Namun, ketika ini, pastinya PAS tidak akan berkata begitu. Ini kerana, DS Anwar Ibrahim kini bersama mereka. DS Anwar kini teman seperjuangan, dan pastinya, bak kata-kata lazim, undi beliau, PKR atau DAP, sama seperti undi PAS. Lebih dari itu, saya tiada komen.

Begitulah betapa boleh berubahnya keadaan dan situasi perjalanan politik seseorang atau sesebuah organisasi.

Apabila berlaku keadaan sebegini, terfikir juga apa akan jadi jika tiba-tiba Tun Mahathir membuat keputusan menyertai PAS. Apa akan jadi? Bagaimana dengan segala caci maki, sumpah seranah, kutukan, doa azab atas beliau yang telah dilemparkan sepanjang menjadi seteru PAS? Hilang begitu sahaja? Diampunkan? Dipandang hina? Tidak diterima? Diragui penyertaan ke dalam PAS?

Ini jika individu ternama UMNO menyertai PAS…

Tetapi, bagaimana pula jika, DS Anwar Ibrahim kembali menyertai UMNO? Apakah kisah lama DS Anwar kembali dinyanyikan? Apakah kembalinya tajuk-tajuk seumpama di atas oleh PAS? Pakatan Rakyat (DAP atau PKR) mungkin tidak akan akan mengeluarkan kenyataan sebegini, kerana mereka bukan dilihat alim agama.

Bagaimana pula jika Tuan Guru Haji Hadi menyertai UMNO, sebagaimana yang pernah berlaku kepada salah seorang bekas presiden mereka dahulu, atas nama ingin menyatupadukan umat? Adakah akan dihina dan dicaci? Adakah akan dikorek segala cacat cela Tuan Guru Haji Hadi? Apakah akan dituduh Tuan Guru Haji Hadi dibayar untuk sertai UMNO?

Soalan-soalan sebegini sebenarnya telah beberapa kali terlintas di fikiran, terutama sejak Dr Hasan Ali dipecat keluar dari PAS, dan ditambah pula dengan kebarangkalian Ustaz Nasha melalui nasib yang sama (hanya kerana mengkritik PAS agar keluar Pakatan Rakyat demi menjalankan hukum hudud)?

Apa yang saya lihat hari ini, ada tokoh-tokoh politik ini seumpama bidak, yang merasakan diri mereka berharga, dan mampu menggoncang dunia. Lebih malang, terdapat pengikut yang mengikut tanpa berfikir. Taat setianya diberi tanpa dibimbing iman dan akal.

Lebih menyedihkan, majoriti mereka ini adalah umat Islam, yang bertuhankan Allah, yang bersaksikan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, berpegang pada rukun Iman yang enam, bersandarkan rukun Islam yang lima.

Jika benar demi Allah, tolak ke tepi perbezaan ideologi politik itu apabila bicarakan perpaduan ummah.

Kepada UMNO dan pro UMNO, mana-mana yang diteguri sahabat di PAS, terima dan ubahlah kepada kebaikan, dan ucapkanlah terima kasih, tanpa mengeji sahabat di sana.

Kepada PKR dan pro PKR (yang muslim), sokonglah saudara PAS kamu dalam perjuangan menegakkan hudud dan mana-mana hukum Islam yang tidak tertegak lagi. Bukan diam sejuta bahasa, melihat saudara PAS kamu bersilat seorang diri. Jadilah pendamai yang ADIL, mencari jalan tengah agar amal ma’arug, nahil mungkar.

Kepada PAS dan pro PAS, memandangkan anda yang mengakui paling mengetahui (mungkin bukan dengan tutur lidah secara terang, tetapi melalui sikap dan reaksi), terjemahkanlah nilai Islam yang indah itu dalam bentuk amalan. Jika UMNO itu cacat pegangan agamanya, bimbinglah, bukan dikeji dicaci didoakan jatuh terlungkup tidak mendapat hidayah Allah. Jika PKR itu terbisu tidak menyokong, ajaklah mereka, pimpinlah mereka.

Demi Allah, aku berdoa agar saudara-saudara ku ini dibuka pintu hati untuk bersatu. Jika pun berbeza pendapat dan pandangan, diuruskan melalui nilai-nilai Islam yang indah, bukan dengan perang mulut, kaki dan tangan (jika ada).

Islam itu ada adabnya.. begitu juga nilai timur adab orang Malaysia.. Melayu pun terkenal nilai adab sopannya..

Soalan dijalanan: Akan tetapi kenapa ramai yang hilang semua itu (baik yang mengaku Islam, terasa dirinya orang Malaysia, dan tahu bangsanya adalah melayu, biarpun tidak diminta lahir sebegitu)?

One thought on “Mengundi @anwaribrahim Ibarat Menempah Bilik Neraka

  1. nak kena tunggu Nabi Isa turun kut baru boleh bersatu …satu hal yang jelas terdapat kekurangan pada pimpinan terutama orang Melayu ( ? ) …tak kira dari parti atau organisasi mana untuk menjadi “global leader” yang boleh mencorak dunia mengikut kerangka yang benar ( Islam ) …kelihatannya pemimpin dan yang dipimpin mempunyai ilmu zahir & batin yang lebih kurang sahaja …tak ada yang betul2 menonjol …masing2 terdapat kekurangan yang amat jelas ..

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s