@Khalid_Ibrahim: MCA Bakal Disaman Selangor


Berikut adalah artikel Harakahdaily:

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor akan mengambil tindakan undang-undang terhadap MCA yang membuat tuduhan kerajaan negeri melakukan penyelewengan RM1 bilion berkaitan Talam Corporation Bhd (Talam).

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini.

“Keputusan mengambil tindakan undang-undang ini dibuat kerana tuduhan ini bukan sahaja tidak benar, berat dan serius; malah telah mencemar nama baik Kerajaan Selangor.

“Sehubungan itu, kita tidak akan membuat apa-apa ulasaan buat masa ini demi untuk tidak menganggu proses perundangan kelak,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong sebelum ini mendakwa kerajaan negeri terbabit dalam penyelewengan bernilai hampir RM1 bilion dan ia dikatakan dibuat dengan berselindung di sebalik pelan ‘menyelamatkan’ Talam.

Beliau juga mendakwa penyelewengan berlaku dalam dua bentuk iaitu membabitkan pembelian ke atas aset Talam berjumlah RM676 juta serta ke mana peruntukan RM392 juta yang diluluskan pada 2009 dibelanjakan.

Perkembangan ini adalah sesuatu yang menarik, kerana isu penyelewengan ini bukan sesuatu yang sepatutnya boleh dituduh tanpa bukti. Samada benar seleweng, MCA cukup bukti atau tidak, pastinya RM1 billion itu bukan sedikit.

“Billion” ini agak kerap diperkatakan di Selangor. Pertama – rizab Selangor sudah melebihi RM1 billion dan hampir kepada RM 2 billion. Kedua – Tan Sri Khalid pernah mengeluarkan kenyataan ingin meminjam RM1 billion daripada kerajaan persekutuan untuk membantu mangsa banjir.

Kita tunggu dan saksikan sahaja.. cuma yang dipinta, pihak yang kalah nanti, jangan pula kata mahkamah tidak adil.🙂

Soalan dijalanan: Adakah dalam isu ini, MCA melanggar akta BAFIA atau tidak?

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s