Menjelang PRU13: Dilema Pengundi Hantu – Mana Mahu Pergi @NajibRazak, @anwaribrahim?


Berikut adalah artikel dari Suara Keadilan, berkenaan desakan supaya DS Najib segera mengumumkan tarikh PRU13:

KUALA LUMPUR 11 Jun: KEADILAN menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera membubarkan Parlimen dan tidak lagi terus berteka-teki mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).

Timbalan Presidennya, Azmin Ali berkata, KEADILAN di semua peringkat negeri dan akar umbi sudah bersiap sedia untuk menghadapi PRU13.

“Kita minta Perdana Menteri hentikan teka-teki mengenai tarikh PRU13 ini dan segera bubarkan Parlimen kerana rakyat sudah bersedia untuk hadapi pilihan raya,” katanya.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya KEADILAN juga menggesa Najib membuat kenyataan terbuka bahawa Umno sedia menerima kekalahan dalam PRU13.

“Kita juga tidak mahu Umno teruskan budaya samseng seperti yang dilakukan sebelum ini dan Najib perlu bertanggungjawab membuat kenyataan terbuka bahawa Umno sedia terima kekalahandan hormati keputusan rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Azmin berkata, sebanyak 13 juta risalah yang mengandungi manifesto Pakatan Rakyat (PR) mengenai 13 isu rakyat turut diedar ke seluruh kawasan cabang KEADILAN menerusi Kempen 1 Pengundi 1 Risalah.

“Selain pengedaran risalah ini, kita turut menggunakan sistem data berkomputer yang membolehkan kita mengesan pergerakan pengundi-pengundi hantu dari satu kawasan ke kawasan lain.

Dengan adanya sistem ini akan dapat membantu kita menangani masalah pengundi hantu dengan lebih awal sebelum PRU berlangsung,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Pelepasan Konvoi Kempen Pilihan Raya KEADILAN Peringkat Negeri Johor, semalam seperti dilapor Sinar Harian.

Dalam perkembangan sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor berkata, PRU 13 akan diadakan tidak lama lagi tetapi tarikhnya juga tidak terlalu cepat.

Menurutnya, tarikh sebenar masih menjadi teka-teki sedangkan banyak pihak meramalkan PRU 13 akan diadakan awal Julai. Malah ada yang menjangkakan selepas Aidilfitri. Mandat semasa akan berakhir April 2013.

Bagaimanapun, Sidang Parlimen bermula hari ini di tengah-tengah spekulasi bahawa PRU 13 akan diadakan dalam waktu terdekat

Saya tidak mahu mengulas panjang tentang artikel diatas, melainkan beberapa perkara yang menarik perhatian.

Pertama: Sudah acapkali kita dengar betapa Pakatan Rakyat SUDAH dan SENTIASA BERSEDIA menghadapi PRU13. Kenapa perlu risau bila tarikhnya jika BENAR sudah dan sentiasa bersedia?

Kedua: Jika BENAR rakyat sudah bersedia, kenapa Selangor sudah beberapa kali mengumumkan tidak akan bubarkan DUN serentak dengan PRU13? Apakah rakyat Selangor hanya tidak bersedia untuk pembubaran DUN?

Ketiga: Dinyatakan di artikel diatas, PR dan PKR sudah mempunyai cara untuk mengesan pengundi hantu, dan membantu untuk menangai masalah pengundi hantu sebelum PRU berlangsung. Tahniah! Semoga alasan pengundi hantu tidak lagi digunakan jika kalah dalam mana-mana pilihanraya.

 

Soalan dijalanan: Akan berulang lagikah skrip “pengundi hantu” jika Pakatan Rakyat kalah? Bila pula Barisan Nasional akan gunakan alasan “pengundi hantu” jika kalah?

 

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s