#HBN2012: Kenyataan Rasmi KSU KBS


Saya tahu, mungkin ramai yang telah tahu, tetapi makluman ini yang saya terima saya sampaikan juga mungkin kerana ada yang tidak tahu lagi.

Kenyataan akhbar-KBS tidak guna wang kerajaan (klik untuk baca). Tidak mahu klik? Baca di bawah:

“ 1 BELIA 1 MALAYSIA”
‘HIMPUNAN JUTAAN BELIA-PUTRAJAYA MEI 2012’
.
SIARAN SEGERA
KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

KBS TIDAK BAYAR K-POP GUNA WANG KERAJAAN

PUTRAJAYA, 1 JUN 2012– Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, tidak menggunakan sebarang wang kerajaan untuk membayar persembahan K-Pop daripada Korea untuk persembahan mereka di Himpunan Jutaan Belia dari 23 hingga 27 Mei 2012.

Ini kerana kos untuk membawa tiga kumpulan tersebut ke Malaysia oleh Stadium First bernilai RM900,000 (USD300,000) akan dibuat melalui wang tajaan yang diterima oleh KBS daripada penaja-penaja.

“Bagaimanapun sehingga hari ini, KBS masih belum membuat sebarang pembayaran kepada Stadium First kerana ianya masih dalam proses perincian.

“Kos RM900,000 ini telah ditanggung oleh Stadium First selaku pembekal program kepada KBS dan kita akan menggunakan wang daripada tajaan pihak swasta untuk menyelesaikannya.

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia menerima tajaan daripada pelbagai syarikat swasta bernilai RM28juta dalam bentuk wang tunai, barangan dan juga pelaksanaan program.

KBS ingin menjelaskan bahawa invois bernilai RM2.4juta yang telah diedarkan di dalam blog-blog itu adalah invois awal yang dibuat berdasarkan perkiraan awal yang dikenakan oleh agen kepada Stadium First.

Bagaimanapun menerusi perbincangan dengan agen tersebut akhirnya pihak Stadium First telah berjaya mendapatkan pengurangan dengan kos akhir membawa kumpulan K-pop tersebut hanya RM900,000.

Tiga kumpulan K-Pop dari Korea yang membuat persembahan di Himpunan Jutaan Belia adalah U KISS, TEEN TOP dan DAL SHABET.

Persembahan K-pop ini adalah salah satu daripada lebih 500 aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tempoh 5 hari Himpunan Jutaan Belia 2012.

DATO’ MOHID MOHAMED
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA.
1 JUN 2012

Untuk maklumat tambahan, sila berhubung
PUAN AZIAH AHMAD
Ketua Komunikasi Korporat, KBS
019-3315577

Saya amat mengharap, bagi mereka yang masih tidak berpuas hati, hubungi secara terus, dan bukannya kecoh riuh sekampung tanpa merujuk kepada sumber. Siarkanlah juga sepenuhnya apa yang ditanya dan dijawab.

Soalan dijalanan: Nombor sudah ada, nama sudah ada.. apa lagi, bila nak telefon untuk hilangkan resah di hati mengenai Himpunan Jutaan Belia 2012 ini?🙂

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s