Apabila Amy Search Sertai UMNO… Berbakul Kutukan Untuknya…


Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita saksikan satu persembahan video klip, khusus untuk “2 Lagenda: Tuan Guru Nik Aziz dan Amy Search”

Video klip itu disediakan sempena Majlis Makan Malam Untaian Mesra pada 2009. Ketika itu, nama Amy Search diangkat dan dipuji, kerana “rapat” dan “mesra” dengan Tuan Guru Nik Aziz.

Lihat juga rangkaian video ini, dimana nama Amy Search juga disebut, apabila membicarakan “PAS dan Fenomena Artis”

Namun, apabila diberitakan Amy Search menyertai UMNO, mari kita lihat antara reaksi berdasarkan facebook Berita Harian:

Antara komen yang diterima?

Indahkan? Habis berbakul “pujian” diberi hanya kerana UMNO dipilih untuk disertai.

OnDaStreet hanya mampu tersenyum sendiri melihat pro Pakatan Rakyat, terutama lagak mereka yang sungguh alim yang berahlikan PAS. Manakan tidak, cuba kita perhatikan dua artis ternama yang menyertai PAS  – Bob Lokman dan Aishah. Sertai PAS dan habis dikutuknya UMNO dan Barisan Nasional. Amy Search dan Afdlin Shauki? Saya tidak mendengar sekelumit pun dalam kenyataan mereka ketika menyertai UMNO mengutuk dan mengata PAS yang bukan-bukan.

Apakah dengan menyertai PAS, orang itu “dibolehkan” mencaci maki sesama Islam?

Insaflah wahai sahabat-sahabat saudara seIslamku. Mereka ini hanya menyertai parti politik berdasarkan ideologi dan pemahaman mereka. UMNO dan PAS bukan agama. Perjuangkanlah Islam secara hikmah menerusi amalan perbuatan dan pertuturan.

Teguran ikhlas buat ahli PAS – bersikap adillah kamu. Di sini sahaja telah dipersembahkan betapa tidak adilnya kamu dalam menilai seseorang. Tika bersama, dipuji. Tika tidak bersama tetapi tidak memusuhi, kamu mengeji. Dengan mengaku lebih Islamik dari UMNO, terjemahkanlah dalam bentuk amalan perbuatan dan percakapan.

Soalan dijalanan: Mengapa ramai ahli PAS begini? Pheewiiitttt!!!????

Terimalah… Fantasia Bulan Madu… (ilham dari twitter)

One thought on “Apabila Amy Search Sertai UMNO… Berbakul Kutukan Untuknya…

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s