#HBN2012: Program Pengisian Rohani – Spin Tidak Menjadi Atau Fitnah Pro Pakatan Rakyat???


Kemaskini 7.20pm

Satu lagi posting daripada Suara Generasi Baru berkenaan aktiviti berunsurkan Islam.

Saya tahu, bagi sesetengah, memang tidak cukup. Beginilah, terpulang… OnDaStreet yang berada di HBN2012 ini pun tidak menjejak kaki ke K-Pop, walaupun program itu diadakan. Saya sampaikan apa yang saya perolehi, hasil pembacaan dan pemerhatian serta menimbang semua informasi yang sampai.

Terima kasih.

Artikel asal

OnDaStreet berada di Himpunan Jutaan Belia untuk menyaksikan sendiri program-program yang dianjurkan sempena Hari Belia Negara 2012.

Menurut addin77.blogspot.com, pengisian rohani Himpunan Jutaan Belia adalah seperti berikut:

Persoalannya.. adakah benar? Apakah ini program kerohanian yang diatur bersempena Hari Belia Negara 2012?

Bagaimana pula dengan ini?

Program 1

Program 2

Program 3

Apa yang pasti, blogger pro Pakatan Rakyat tidak menyampaikan kebenaran dan terdapatnya program pengisian kerohanian berunsurkan Islam biarpun mereka (blogger pro Pakatan Rakyat) ini berimejkan Islam.

Kepada saudara addin77, hentikanlah sebaran fitnah. Insaflah saudara. Program kerohanian yang baik jangan dinafikan. Janganlah bencikan Barisan Nasional semua itu dipandang buruk dan hina.

Soalan dijalanan: Spin tidak menjadi atau kini artikel itu kini suatu fitnah? Sanggupkah penulis itu menanggung fitnah yang ditulisnya sendiri?

2 thoughts on “#HBN2012: Program Pengisian Rohani – Spin Tidak Menjadi Atau Fitnah Pro Pakatan Rakyat???

    1. Darlyn Azlina
      Amar Makruf Nahi Mungkar merupakan salah satu ciri yang hanya ada pada kaum Muslimin. Bahkan keistimewaan umat Islam banyak dicirikan dan dikaitkan dengan adanya sifat amar makruf nahi mungkar. Banyak ayat-ayat al-Quran yang menyebut tentang amar makruf nahi mungkar dan menggandingkannya serta mengaitkannya dengan sifat-sifat sebagai seorang Muslim, contohnya dalam surah Ali-Imran, ayat 110 yang bermaksud: “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan kepada manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah…”

      Oleh yang demikian, beriman kepada Allah SWT dan RasulNya, pada Hari Qiamat, syurga dan neraka, dan lain-lain adalah dianggap sebagai perkara yang makruf dan diperintahkan. Ia juga berkaitan dengan iktikad (keyakinan/keimanan). Perlaksanaan solat, puasa, zakat, haji, sedekah, berjihad fi sabilillah dan yang seumpama dengannya pula adalah tercakup dalam perbuatan-perbuatan (amal) yang makruf. Mengucapkan/melafazkan kata-kata yang haq (benar), memerintahkan untuk menjalankan kewajiban agama, dan melarang terjerumus dalam perkara-perkara yang diharamkan atau dosa, juga tergolong dalam perkara yang makruf.

      Oleh yang demikian, syirik kepada Allah, percaya kepada ramalan bintang dan dukun, menyandarkan nasib pada mentera-mentera dan tangkal dan yang sejenis dengannya, adalah keyakinan yang mungkar.

      Begitu juga dengan meminum arak, berzina, mencuri, mengumpat, berdusta, bersaksi palsu, korupsi, rasuah, membunuh tanpa hak, meminta bantuan ketenteraan negara kafir untuk memerangi sekumpulan umat Islam, mengabaikan urusan rakyat, mengambil harta milik masyarakat (milik umum) tanpa kebenaran syariat, menjalankan hukum taghut (selain hukum Islam) adalah termasuk tindakan-tindakan mungkar.

      Amar makruf nahi mungkar adalah diwajibkan oleh syariat Islam sepertimana dalam firmanNya dalam surah Ali-‘Imran, ayat 104 yang bermaksud; “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar; dan merekalah orang-orang yang beruntung.”

      Adapun taghyir al-munkar (mengubah kemungkaran), ia juga diwajibkan ke atas setiap Muslim. Caranya juga telah ditentukan oleh Rasulullah SAW. Sabda baginda SAW (yang bermaksud):

      “Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya (mulutnya). Jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya (iaitu membenci kemungkaran yang berlaku) dan itulah selemah-lemah iman” (Hadis riwayat Muslim).

      Bagaimana dengan mereka yang menganjurkan program Mungkardan Maksiat?

      Semuga ODS dapat kupas dalam Tazkirah Jumaat minggu. Insyallah

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s